Anda di halaman 1dari 12

Saturday, 26 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 1


Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 1

Mata Pelajaran Kelas Bilangan murid Tarikh Masa Tema Tajuk Hidup

: Sains : Darjah 1 : 8 orang : 10/10/2011 (Isnin) : 8.00pagi8.30pagi : Sains Hayat : Benda Hidup dan Benda Bukan

Ringkasan

Di dalam tajuk ini, murid mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.

Kandungan Standard

Sains Hayat 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard

1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu : perlukan air dan

pembelajaran makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan

Sumber

1. Hiasan ikan 2. Ikan dan akuarium 3. Kad gambar 4. Kad perkataan 5. Lembaran Kerja 1- Penilaian 6. Lembaran Kerja 2- Pemulihan 7. Lembaran Kerja 3 - Pengayaan

Pengisian Kurikulum

1. Ilmu: Pendidikan Moral 2. Nilai: Kasih sayang, sayang akan benda hidup, berdisiplin 3. KBT: Kemahiran memerhati, mencirikan, membandingkan dan membezakan

Aktiviti Set Induksi (5 minit) 1. Guru menunjukkan ikan yang berada dalam akuarium dan hiasan ikan. 2. Murid memerhati pada kedua-dua ikan. 3. Guru bersoal jawab dengan murid:-

Pengisian Kurikulum

Catatan

Nilai: Kasih Sayang

ABM: Hiasan ikan, ikan

KBT: Kemahiran memerhati

dan akuarium

a) Apakah perbezaan di antara kedua-dua ikan tersebut? b) Mengapakah ikan hiasan tidak dapat bergerak sendiri?

4. Guru memberi respon pada jawapan murid. Langkah 1 (10 minit) 1. Guru menunjukkan kad perkataan ciri-ciri benda hidup iaitu air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. 2. Guru meminta murid menyebut perkataan tersebut. 3. Guru menerangkan ciri-ciri benda hidup iaitu memerlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. 4. Guru membimbing murid mengikut kad gambar untuk menyatakan ciri-ciri benda hidup iaitu air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. Langkah 2 (10 minit) 1. Murid menjalankan aktiviti secara individu. Nilai: Berdisiplin ABM: Kad perkataan, KBT: Kemahiran mencirikan Nilai: Sayang akan benda hidup ABM: kad perkataan, kad gambar

2. Murid memadankan kad gambar dan kad perkataan yang telah disediakan. 3. Guru membimbing murid yang lemah. 4. Guru meminta murid membaca secara individu perkataan tersebut berdasarkan gambar. 5. Guru membimbing murid menulis perkataan ciri-ciri benda hidup. 6. Guru memberi peneguhan kepada murid-murid. Penutup (5 minit) 1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan. 2. Guru menyedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk membuat penilaian.

KBT: Kemahiran membandingkan dan membezakan

kad gambar

Lembaran kerja 1

Aktiviti Pemulihan 1. Guru membimbing murid untuk menguasai perkataan ciri-ciri benda hidup. 2. Murid menyiapkan lembaran kerja 2. Aktiviti Pengayaan Lembaran kerja 2

1. Murid menyiapkan lembaran kerja 3

ajuk: HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?

Ringkasan

Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard: Kandungan

Sains Hayat 1.1 Memahami ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

Standard 1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan Pembelajaran: benda bukan hidup. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran,TMK, penulisan atau lisan.

EMK

1.

TMK

Tempoh masa:

60 minit (2 waktu)

Sumber: 1. Teks bacaan benda hidup, benda bukan hidup. 2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian 3. Lembaran kerja 2 - Penilaian 4. Lembaran kerja 3 - Pemulihan 6. Lembaran kerja 4 Pengayaan 7. Komputer

Aktiviti:

1. Guru mengarahkan murid menamakan 5-10 benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (persekitaran sekolah) 1.1 Menama dan menyenaraikan 5 benda-benda yang terdapat di kawasan kajian. 1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.

2. Kembali ke bilik darjah 2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis. (Guru belum memperkenalkan / menyebut benda hidup dan benda bukan hidup) 2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil berinteraksi dengan beberapa soalan berkaitan seperti: i. ii. iii. Apa tujuan kita mengumpulkan gambar gambar ini? Apakah persamaan dalam gambar ini? Apakah perbezaan pada gambar ini? 2.3 Murid menerangkan kepada kelas tentang lakaran yang ditampalkan di dalam ruangan tersebut.

2.4 Pengukuhan & pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan) 3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan Teks bacaan. 4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup 4.1 Guru meminta murid menyediakan jadual menggunakan ms word. 4.2 Guru meminta murid menamakan dan mengelaskan benda hidup dan bukan hidup mengikut ruangan pengelasan yagn betul di lembaran kerja 2 Penilaian: Aktiviti Pemulihan: Menyiapkan Lembaran Kerja 1 . Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan

menggunakan teknik yang bersesuaian. Murid menyiapkan lembaran kerja 3 Aktiviti Pengayaan: Murid menyiapkan lembaran kerja 4

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP


BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP Standard Kandungan 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup. Standard Pembelajaran Murid boleh: 1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. 1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu: perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui