Anda di halaman 1dari 28

TAJUK:

Disediakan oleh:Yong Teck Weng Won Chee Leong Chew Mei Ling

Aspek-aspek pertuturan merupakan perkara yang terlibat pada masa penutur melafazkan ujarannya.
Dibahagikan kepada 2 perkara: 1. Linguistik 2. Bukan Linguistik

Bersifat universal kerana terdapat dalam semua bahasa. Aspek inilah yang menyebabkan sesuatu bahasa dapat difahami oleh pendengar. Aspek ini dibahagikan kepada 7 bahagian : 1. Sebutan 2. Tekanan 3. Intonasi 4. Nada 5. Jeda 6. Mora 7. Tempo

Sebutan Bermaksud melafazkan bunyi bahasa yang bermakna. Sebutan lebih tepat, pendengar lebih mudah difahami.

Tekanan Bermaksud bunyi kata yang diucapkan lebih lantang atau pengucapan kata yang dikuatkan. Dilakukan pada suku kata untuk menyampaikan maksud seperti rasa marah atau hairan Untuk menandaskan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

Intonasi Merujuk kepada keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa sesuatu ayat itu dilafazkan. Digunakan untuk menentukan bentuk ayat seperti pernyataan,pertanyaan, permintaan dan sebagainya. Nada Merujuk kepada keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa sesuatu perkataan itu dilafazkan.
Lebih ketara dalam bidang muzik.

Jeda (juga disebut persendian) Digunakan untuk memisahkan elemen linguistik seperti perkataan dan rangkai kata. Dalam ujaran,digunakan sebagai hentian sebentar. Mora (juga disebut panjang pendek) Merupakan kadar sesuatu bunyi sama ada panjang atau pendek yang diucapkan. Tidak begitu ketara dalam Bahasa Melayu. Tidak membawa perbezaan atau perubahan makna sesuatu perkataan.

Tempo Merupakan kadar cepat atau lambat sesuatu ujaran itu dituturkan. Amat ketara dalam bidang muzik

Disebut sebagai unsur para linguistik. Aspek ini juga termasuk pergerakan tubuh badan dan bahasa isyarat. Aspek ini dibahagikan kepada 4 bahagian : 1. Kelancaran 2. Kefasihan 3. Pergerakan tubuh 4. Bahasa isyarat

Kelancaran Merujuk kepada keupayaan murid bertutur dengan kemas dan teratur. Boleh dicapai dengan berbual,bersyarah, berpidato dan berbahas.
Kefasihan Merupakan keupayaan murid bertutur dengan petah dan lancar. Boleh dicapai dengan sentiasa menggunakan bahasa itu untuk berkomunikasi dan berinteraksi.

Pergerakan tubuh (bahasa tubuh) Merupakan komunikasi tanpa menggunakan bunyi-bunyi bahasa. Sebagai contoh, memeluk tubuh, pandangan mata, gerakan tangan dan sebagainya.
Bahasa isyarat Menggerakan tangan dan bibir untuk menyampaikan mesej. Contohnya kombinasi pola gerakan jejari, tangan, badan serta ekspresi muka.

Terdapat 3 faktor: 1. Faktor Fisiologi 2. Faktor Fizikal 3. Faktor Persekitaran

Faktor Fisiologi (a)Jantina 1. Pada peringkat kanak, kanak perempuan boleh bertutur lebih lancar kerana mereka boleh bertutur lebih awal daripada kanak lelaki. (b)Penyakit 1. Kecacatan pita suara 2. Serangan penyakit pada tenggorok dan paru-paru 3. Kecacatan otak

(c) Kecerdasan 1. Bermaksud otak yang sihat dan dapat berfungsi dengan sempurna. 2. Justeru, orang yang cerdas dapat bertutur dengan mudah dan lancar dan sebaliknya.

Faktor Fizikal (a) Masalah alat pendengaran manusia

1. Ketidakupayaan telinga mendengar sebarang bunyi (disebut pekak). 2. Pekak berlaku kerana kerosakan pada gegendang telinga.
(b) Masalah alat pertuturan

1. Ketidakupayaan alat artikulasi berfungsi dengan baik dan menyebabkan bisu atau gagap. 2. Contohnya, bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit.

Faktor Persekitaran (a) Keluarga

1. Ibu bapa harus mengajar kanak cara bertutur dan berbual yang betul sejak kecil lagi. 2. Dengan ini, kanak dapat menambah perbendaharaan kata,struktur bahasa dan tatabahasa yang betul.
(b) Sosioekonomi

1. Sosioekonomi yang tinggi dapat menyediakan kemudahan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak. 2. Contohnya, Internet, televisyan,buku-buku dan perisian pembelajaran bahasa.

Peringkat Kemahiran bertutur


Kemehiran bertutur penting kerana ia merupakan asas penting kepada semua aktiviti pembelajaran dan berkomunikasi dengan orang lain. Dapat disenaraikan kepada 3 peringkat: 1. Peringkat Awal 2. Peringkat Pertengahan 3. Peringkat Maju

1. Peringkat Awal
Aktiviti yang dapat dijalankan dalam bilik darjah: Membunyikan perkataan dan ayat yang didengar Menyoal untuk mendapatkan maklumat Memberi arahan Menjawab soalan mudah Bercerita berdasarkan pengalaman Menyatakan perasaan,pemerhatian dan fikiran Bertutur secara ekspresif menggunakan nada suara yang berbeza Menggunakan bahasa deskriptif menerangkan bentuk seperti bentuk,rupa,benda dan keadaan

2. Peringkat Pertengahan
Antara aktiviti kemahiran bertutur peringkat pertengahan yang dapat dijalankan di dalam bilik darjah adalah seperti:
* Mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan * Bertanya dan memberikan respons pada soalan yang

dikemukakan. * Menggunakan nada suara yang pelbagai dan intonasi yang berbeza bagi menggambarkan situasi yang bberbeza dan bentuk

ayat yang berbeza.


* Menggunakan kosa kata yang bersesuaian dalam pertuturan * Membuat persembahan secara lisan di dalam kelas.

3. Peringkat Maju
Antara aktiviti kemahiran bertutur peringkat maju yang dapat dijalankan di dalam bilik darjah adalah seperti: ~ Memainkan peranan yang aktif dalam perbincangan kumpulan.

~ Bertanyakan soalan.
~ Menggunakan pelbagai aras kota kata dan laras bahasa dalam pertuturan.

~ Menggunakan teknik komunikasi verbal yang teratur bagi


pembentangan hasil perbincangan. ~ Membuat persembahan lisan secara formal di dalam kelas.

UNTUK KESERONOKAN

UNTUK MEMAKLUMKAN

JENIS AKTIVITI BERTUTUR BERDASARKAN TUJUAN

UNTUK PENYELESAIAN MASALAH

UNTUK MEMPENGARUHI

BERCERITA

BERBUAL

BERLAKON

AKTIVITI BERTUTUR DI DALAM BILIK DARJAH


BERBINCANG

MENYANYI

BERCERITA

Amat sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Bertujuan menyampaikan pengajaran,teladan, dan hiburan. Berunsur hiburan dan menyeronokkan Aktiviti ini perlu diubah bentuk daripada guru kepada murid kerana berfokus kepada murid: 1. murid sendiri diberi peluang bercerita. 2. buku cerita pilihan sendiri. 3. perlu menyatakan unsur pengajaran dan pendidikan yang diperoleh . 4. aktiviti soal tanya tentang cerita.(watak, peristiwa yang berlaku) 5. cuba menulis cerita dengan gaya sendiri. 6. melakonkan aksi dalam cerita.

BERLAKON
Melibatkan aktiviti pergerakan tubuh badan dan perlakuan yang dilakukan oleh watak-watak dalam cerita. Dijalankan dalam bentuk bermain dan santai di sekolah. Murid diberi peluang bertutur secara bebas, beraksi sesama sendiri, berhibur bersama kawan. Contoh lakonan: 1. lakonan tanpa skrip 2. lakonan tanpa suara 3. lakonan bisu 4. lakonan patung murid digalakkan untuk melakukan sesuatu aksi atau melakonkan dengan watak tertentu sambil bertutur. Murid dapat dilatih supaya bertutur dalam bahasa yang kemas dan teratur serta menghindari sifat malu.

MENYANYI

Dikatakan sinonim dengan kank-kanak kerana telah didedahkan dengan nyanyian sejak kecil lagi. Mampu mendorong kanak-kanak bersuara atau berkata-kata. Lagu yang berkaitan dengan pengalaman sebenar murid lebih digemari. Guru boleh menyesuaikan lirik lagu mengikut tahap umur murid. Faedahnya: 1. menjadikan pengajaran guru lebih menarik 2. memudahkan pemahaman. 3. membantu murid mengingat kembali perkara yang telah dipelajari 4. murid dapat menguasai perbendaharaan kata dan sebutan dengan mudah.

BERBUAL

Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu: 1. Secara tidak langsunga. tidak memelukan persediaan guru. b. guru dan murid boleh berbual tentang pelbagai perkara atau isu yang berlaku di persekitaran. c. guru memulakan perbualan dengan mula bertanyakan soalan tentang beberapa perkara dan kemudian berfokus kepada topik yang dapat menarik perhatian pelajar. d. guru menggalakkan murid memberi komen dan pendapat.

2. secara langsung a. memerlukan persediaan secara terancang. b. guru perlu bijak memilih topik yang mampu memotivasikan pelajar berbual. c. murid dibenarkan memilih rakan sendiri.

BERBINCANG

Merupakan aktiviti mengeluarkan, menghujahkan, dan mengulas pendapat tentag sesuatu tajuk. Bertujuan melatih murid mengeluarkan buah fikiran dan pendapat mereka, mempertajamkan minda mereka serta melatihkan kepetahan mereka untuk bertutur. Pemilihan tajuk perlulah sesuai dengan murid. Murid digalakkan untuk menggunakan bahasa lisan yang betul, di samping menjalinkan kerjasama dan hubungan interpersonal antara mereka. Guru berperanan sebagai fasilitator sambil bergerak daripada satu meja ke meja yang lain demi membimbing murid agar tidak tersasar daripada topik.

SEKIAN TERIMA KASIH