Anda di halaman 1dari 34

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH (PJJ)

TAJUK

Soalan 3 : 3.1 Anda dikehendaki mengenalpasti satu isu berkaitan permasalahan sahsiah pelajar dewasa ini. Bincangkan kenapa berlaku permasalahan sahsiah pelajar dewasa ini berdasarkan teori yang anda pelajari dan cadangan jalan penyelesaian. 3.2 Bincangkan nilai-nilai BITARA dan bagaimanakah dapat diaplikasikan dalam usaha meningkatkan sahsiah guru bagi memastikan guru yang dilahirkan UPSI berwibawa dan berkemahiran.

KUMPULAN EL-W02(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA RUSLI BIN KEMAT NO. ID D20121061537 NO. TELEFON 0133495774

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHD NOOR BIN IDRIS TARIKH SERAH : 8 NOVEMBER 2012

3.1

Anda dikehendaki mengenalpasti satu isu berkaitan permasalahan sahsiah pelajar dewasa ini. Bincangkan kenapa berlaku permasalahan sahsiah pelajar dewasa ini berdasarkan teori yang anda pelajari dan cadangan jalan penyelesaian.

Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Punca utama masalah disiplin pelajar sekolah ialah diri meraka sendiri. Personaliti setiap pelajar adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh pelajar yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Pelajar yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan pelajar lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan, terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.

Hal yang demikian turut berlaku di kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka yang cepat marah dan bertindak ganas. Mereka ini kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka mendapat layanan dan perhatian daripada guru-guru, rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan suka melanggar

peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan kurang perhatian di rumah kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang sebegini.

Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap pelajar malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Pengajaran yang terlalu bersifat sehala serta kurang pengelibatan pelajar akan menimbulkan kebosanan. Terutamanya pelajaran yang sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar serta penggunaan bahan bantu

mengajar yang tidak dapat menarik perhatian. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran dan berkomunikasi sehala semata-mata serta kurang peka terhadap pelajar-pelajarnya. Keadaan yang membosan akan mendorong pelajar untuk

memberontak. Pelajar cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya.

Selain itu, keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang tidak selesa dan tidak teratur juga menjadi punca masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Suasana yang terlalu panas, kelas yang ramai, terlalu sesak, kerusi dan meja yang disediakan tidak selesa ditambah pula pencahayaan yang tidak cukup mendorong wujudnya masalah disiplin. Situasi seperti ini, menyebabkan pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran. disiplin. Kesempatan ini digunakan untuk menimbulkan masalah

Guru yang bersifat autokratik dan dominan menyebabkan pelajar sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu. Emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayaan pelajar untuk menerima pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau.

Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin pelajar-pelajar. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap

pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan pelajar-pelajar dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal pelajar-pelajar di bawah jagaannya.

Selain suasana yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru, sikap pelajar juga turut menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat kepada aspek pelajar, wujudnya pola persahabatan dalam kalangan pelajar yang bermasalah atau kelompok tertutup, perasingan, dan pelajar tersingkir. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. Golongan pelajar yang bersifat sebegini perlu diberi bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat ditangani. Guru perlu melaksanakan dan merancang aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar ini dalam aktiviti berkumpulan dalam suasana yang sihat, tenteram, dan harmonis. Aktiviti yang menyediakan suasana yang menggalakkan menjurus kepada proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, faktor kesihatan pelajar juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Keadaan pelajar tidak sihat akan membuatkan mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang menganggu tumpuan untuk belajar. Keadaan ini turut memberi kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila pelajar mudah berasa marah dan tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran di dalam kelas.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah juga berpunca daripada faktor persekitaran sekolah. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengasingan pelajar mengikut pencapaian (streaming). Selain itu, pihak sekolah yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan juga

menyumbang berlakunya disiplin pelajar sekolah. Antara lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu tinggi juga turut menekan pelajar. Guru-guru yang gemar melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Pelajar-pelajar yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan pelajar yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Pelajar-pelajar yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain.

Seterusnya ialah faktor keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan di sekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkala ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Kebanyakkan pelajar bermasalah datang dari keluarga yang mengalami masalah. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.

Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi tindakan pelajar di sekolah. Rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar atau

remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan mendorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku yang baik. Hal yang sama turut berlaku kepada pengaruh rakan sebaya yang negatif akan mendorong rakannya untuk turut bersikap negatif. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti pelajar. Sekiranya berkawan dengan rakan sebayanya yang positif seperti rajin, tekun, menhormati orang lain, maka secara tidak langsung terpengaruh dengan sikap positif tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Akhir sekali ialah faktor kemiskinan. Terutamanya jika pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina. Mereka tidak mampu untuk

mendapatkan sesuatu, lalu melakukan perkara yang salah. Contohnya, sering berlaku kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.

Peranan Guru Dalam Menangani Disiplin Sekolah Segala tindakan disiplin dan tatacara ditentukan oleh guru besar atau pengetua sekolah. Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik dan mengurus bilik darjah. Guru membentuk sikap, nilai, dan akhlak pelajar-pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar- pelajarnya.

Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau role

model kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah.

Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya mempunyai rutin harian. Rutin harian yang sistematik membantu guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengedarkan bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Rutin yang dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar.

Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajarpelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan yang mesra dengan pelajar-pelajarnya. Komunikasi yang baik di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan menjadi pendengar yang naik. Guru mendengar luahan masalah pelajar-pelajarnya, menunjukkan rasa empati kepada pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong-menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

Guru hendaklah membantu pelajar-pelajar membentuk disiplin diri. Pelajar sepatutunya bertanggungjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan-jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina

sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri. Kegiatan luar bilik darjah juga membentuk peribadi, tahu menghargai masa, membentuk tingkahlaku serta memperbaiki cara berkomunikasi dengan rakan-rakan. Manakala guru bertindak sebagai pemerhati,

pembimbing selain sebagai rujukan kepada pelajar sekiranya timbul sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan disiplin diri dan menghindari perbuatan-perbuatan negatif yang menjurus kepada masalah disiplin.

Peranan Guru Didiplin Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru-guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar- pelajar.

Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin. Guru disiplin membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah. Selain itu, guru disiplin juga berperanan mengawasi dan membimbing pengawas-pengawas sekolah melakukan tugastugas mereka dengan baik dan selain tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah.

Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru-guru lain ketika menyelasaikan masalah-masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling dengan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling juga bertindak sebagai penyelaras bagi aktiviti-aktiviti dan program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar dan agensi luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain.

Peranan Guru Kokurikulum Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru-guru lain di antara ahliahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan. Selain itu, guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta mencungkil bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar supaya mereka dapat menunjulkan bakat dan potensi mereka. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Ganjaran Dan Hukuman Objektif bagi konsep ganjaran dan hukuman adalah sama iaitu untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi, ia berbeza dari segi perkaedahan. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini.

Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi. Konsep ganjaran juga mempunyai kelemahan seperti ia menggalakkan pelajar menipu dan biasanya ia adalah ekstrinsik dalam menggerakkan pelajar memenangi hadiah, bukanlah kerana menyukai sesuatu tugas itu. Dalam kebanyakan kes, hanya beberapa pelajar cerdas sahaja yang akan mendapat ganjaran iaitu mereka yang tidak perlu dimotivasikan dengan kuat selain menggalakkan sikap yang salah(tanpa hadiah, pelajar mungkin tidak akan berikhtiar lagi).

Hukuman juga mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Di antara kebaikankebaikan hukuman ialah ia bertindak sebagai pencegah. Hukuman bertindak sebagai satu bentuk disiplin dan berguna sekiranya ia merupakan satu akibat semulajadi disebabkan tingkahlaku yang salah, digunakan bersama- sama dengan ganjaran dan pelajar-pelajar akan menyedari bahawa yang dihukum ialah tingkahlakunya yang tidak diingini dan bukanlah dirinya.

Hukuman boleh dikategorikan kepada hukuman pembuangan, penggantungan dan hukuman-hukuman biasa. Hukuman pembuangan melibatkan pelajar-pelajar yang

mempunyai disiplin yang teruk atau kesalahan yang berat seperti mengancam nyawa orang lain, menghisap rokok dan meminum minuman keras, kerap melanggar peraturan-peraturan sekolah, merosakkan atau membinasakan harta sekolah, menyertai pertubuhan-pertubuhan haram dan melawan pihak-pihak berkuasa.

Hukuman penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Ia merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati kemudahan sekolah. Jika hukuman penggantungan dibuat sebagai satu hukuman, peluang hendaklah diberi kepada pelajar untuk membela diri atas tuduhan yang dibuat terhadapnya. Hukuman-hukuman biasa termasuklah hukuman dera, penahanan, denda dan amaran. Hukuman dera atau rotan adalah berkesan dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku dilakukan oleh pelajar. Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan kecuali ke atas pelajar perempuan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan

menggunakan rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di punggung yang dilapik pakaian. Setelah hukuman rotan dikenakan, catatan

hendaklah dibuat dalam satu buku rekod khas. Butiran- butiran seperti bilangan pukulan, bahagian anggota yang dirotan, sebab-sebab, tarikh dan tandatangan pengetua dan seorang guru yang menjadi saksi. Hukuman rotan juga boleh dijalankan oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberi kuasa oleh pengetua atau guru besar. Kesan hukuman rotan bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke

10

atas pesalah itu sendiri. Selepas hukuman dera dikenakan, pelajar berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri.

Hukuman penahanan merupakan satu proses menafikan pelajar- pelajar nakal dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan sepatutnya menentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Semasa dalam penahanan, pelajar yang berkenaan hendaklah menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan membina seperti membersihkan persekitaran sekolah, membersihkan tandas dan surau, dan sebagainya. Tujuan penahanan ialah mencegah pelajar berkenaan dan pelajar- pelajar lain daripada menonjolkan tingkahlaku antisosial.

Hukuman denda boleh dikenakan sama ada secara fizikal mahupun kemampuannya. Hukuman denda secara fizikal seperti berdiri atas bangku, tekan tubi dan sebagainya. Hukuman denda dengan kemampuan seseorang pelajar untuk membayar perlu

dipertimbangkan. Adalah penting bagi denda itu supaya sejajar dengan wang saku pelajar berkenaan dan dibayar oleh pelajar berkenaan, bukan oleh ibubapanya. Cara ini akan menyebabkan pelajar itu merasakan bahawa dirinya dihukum. Amaran dikenakan apabila didapati salah laku pelajar berkenaan adalah kecil dan oleh itu tidak perlu dikenakan hukuman yang lebih berat.

Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin Guru-guru hendaklah mematuhi beberapa langkah dalam menyelesaikan masalahmasalah disiplin. Setiap kesalahan hendaklah dianggap secara objektif. Guru hendaklah ketepikan nafsu marah dan elakkan daripada membuat keputusan atau kesimpulan yang terburu- buru tanpa penyiasatan. Langkah seterusnya ialah memastikan suasana adalah tenang

11

di antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang tuduhan yang disabitkan dan guru hendaklah menyedarkan pelajar berkenaan kesalahannya dengan memberi hukuman sewajarnya.

Ketika menghukum pelajar, guru hendaklah mempunyai tujuan menolong pelajar yang bersalah untuk memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin. Punca yang menyebabkan masalah disiplin perlu dikaji kerana masalah disiplin tidak akan dapat diatasi dengan hukuman semata-mata dan hukuman tidak seharusnya berbentuk kejam, penghinaan atau kritikan kerana ini akan menimbulkan perasaan dendam dan kehilangan rasa hormat terhadap guru. Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menghukum semata-mata untuk melepaskan geram. Guru tidak seharusnya memberi kerja kelas seperti kerja menulis atau mengira sebagai denda kepada pelajar. Hukuman secara beramai-ramai seperti menahan seluruh kelas disebabkan kesalahan seorang atau beberapa pelajar harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan perasaan dendam di kalangan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. Hukuman merotan dan menampar pelajar haruslah dijauhi.

Kesan- kesan hukuman hendaklah dinilai sebelum dan selepas oleh guru. Ini adalah kerana sikap pelajar-pelajar terhadap hukuman adalah berbeza. Ada pelajar yang sengaja inginkan hukuman untuk mendapatkan perhatian atau status di kalangan kawan sebaya. Hukuman perlu difahami oleh pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain sebagai adil dan berpatutan. Mereka perlu tahu sebab-sebab pelajar tersebut dihukum. Setelah hukuman dilakukan, kesalahan pelajar perlulah dimaafkan dan tidak patut disebut lagi. Adalah lebih baik sekiranya hukuman dapat menghasilkan sesuatu daripada denda. Hukuman perlulah

12

tekal dan dianggap adil. Kadar hukuman itu haruslah selaras dengan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

Jika usaha untuk mengubah kelakuannya gagal, guru bolehlah meminta bantuan guru kaunseling untuk menyiasat punca masalah disiplin pelajar. Jika masalah berkaitan dengan keluarga atau hal peribadi pelajar, kerjasama ibubapa atau penjaga pelajar hendaklah diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Jika masalah disiplin ada kaitan dengan masalah ekonomi keluarga, bantuan pegawai kebajikan sekolah hendaklah diperoleh. Jika masalah bersabit dengan kes- kes berat seperti penyalahgunaan dadah, peras ugut, pencurian dan jenayah yang lain, guru besar atau pengetua haruslah diberitahu.

Langkah- Langkah Mengatasi Masalah Disiplin Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. Dengan cara ini pelajarpelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar. Selain itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran-pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah.

Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan masalah disiplin akan berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar-pelajar seperti manusia biasa. Layanan

13

yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. Tambahan pula, guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Kebolehan pelajarpelajar yang berbeza menyebabkan pencapaian yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan.

Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. Pelajar- pelajar berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar yang lain. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan.

Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk membela diri. Guru seharusnya meluangkan masa untuk mendengar masalah-masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.

14

KESIMPULAN Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Dari segi pendidikan, disiplin adalah mengorientasi ahli- ahli masyarakat kepada norma-norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma-norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma-norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma-norma masyarakat di sekolah dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPK)

15

3.2

Bincangkan nilai-nilai BITARA dan bagaimanakah dapat diaplikasikan dalam usaha meningkatkan sahsiah guru bagi memastikan guru yang dilahirkan UPSI berwibawa dan berkemahiran.

Pemgenalan Bitara bermaksud unik, unggul, sempurna, tiada tolok bandingnya dan lain dari yang lain. Terdapat enam nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh guru dan para pelajarnya. Nilai-nilai tersebut ialah integriti, professional, semangat berpasukan, berorentasikan pelanggan, perihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif. Berpandukan nilai-nilai ini kita akan dapat melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental.

1.

Integriti Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip

moral tinggi atau profesionalisma. Sebagai contoh, amalan balajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat islam di mana setiap amal itu bermula dengan niat. Sebagai seorang guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang di sekolah. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat petunjuk iaitu bersukap adil, amanah, akauntabiliti dan telus.

1.1

Petunjuk Adil Guru memulakan dan menamatkan kelas tepat pada masanya dan dalam tempoh yang ditetapkan. Contohnya guru menepati masa masuk ke kelas untuk mengajar dan dalam pengajaran juga guru banyak membantu pelajar dalam menangani masalah yang dihadapi terutama sekali dalam menguasai topik yang diajar

16

pada hari tersebut. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik seperti bersembang, melakuakan aktiviti jual beli seperti jualan langsung dan sebagainya.

1.2

Petunjuk Amanah Menyampaikan fakta yang benar dalam pengajaran adalah salah satu sifat amanah seorang guru. Dengan perancangan yang betul dan teliti guru dapat menyampaikan pengajaran dengan tepat. Contohnya untuk mengajar tajuk pecahan guru mestilah menyediakan bahan maujud seperti sebiji epal dan menunjukkan bagaimana sebiji epal boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Dengan penerangan yang jelas maka pelajar dengan mudah dapat memahami maksud pecahan tersebut.

1.3

Petunjuk Telus Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan pengajaran secara adil dan telus mengikut perancangan tahunan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya guru mestilah mengajar mangikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam masa yang ditetapkan. Guru juga perlu telus dalam menilai tahap kemampuan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoah, guru mestilah memberi markah yang sama rata mengikut kemampuan pelajar dan jangan terpengaruh dengan status pelajar tersebut seperti markah kurang kerana tidak suka kepada pelajar tersebut, markah tinggi kerana pelajar tersebut anak kawan baik kita dan sebagainya.

17

1.4

Petunjuk Akauntabiliti Guru harus menunjukkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang ditetapkan. Contohnya

seorang guru mesti malaksanakan Pentaksiran Lisan Barasaskan Sekolah (PLBS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, SBOA untuk Bahasa Inggeris, PEKA untuk mata pelajaran Sains dan PAFA untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Pentaksiran tersebut mesti dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.

2.

Profesional Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta

melibatkan kemahiran dan kecekapan. Sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru. Ini adalah kerana dengan adanya perkara baru guru akan dapat mengaplikasikan kemahiean tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus memperkemaskan diri dalam mengharungi dunia globalisasi ini. Contohnya dalam zaman teknologi ini guru-guru dapat mengajar menggunakan peralatan ICT. Dengan teknologi maklumat guru dapat memperolehi pelbagai bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat memahami penyampaian guru dengan lebih cepat dan menyeluruh dengan bantuan teknologi maklumat. Guru pula dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dari masa ke semasa. Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten.

2.1

Petunjuk Beretika Guru mestilah sentiasa mementingkan organisasi iaitu sekolah. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan pelajar-pelajar juga mesti dijaga. Contohnya,

18

sebagai rakan sekerja kita tidak seharusnya menceritakan keburukan yang boleh mengaibkan rakan kita samada sesama guru mahupun orang lain. Sebagai seorang guru, kita tidak seharusnya mengaibkan pelajar itu dihadapan pelajar lain. Contohnya, Jika seorang pelajar mencuri duit guru, guru mestilah menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu. Jika didapati pelajar tersebut bersalah, guru seharusnya menasihati pelajar tersebut supaya tidak mengulangi kesalahan dan memberi amaran kepada pelajar tersebut. Guru jangan sekali-kali mengumumkan kesalahannya di hadapan pelajar-pelajar lain.

2.2

Petunjuk Iltizam Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini memerlukan perancangan yang teliti supaya guru dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap anak bangsa dengan penuh keazaman tanpa mengira masa dan tenaga. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar di dalam kelas tetapi mendidik pelajar-pelajar dalam pelbagai aspek termasuklah dalam bidang kokurikulum. Dengan pengorbanan ini, diharap akan dapat melahirkan insan yang mempu mencapai kehendak dan seruan kerajaan dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, saya sebagai

ketua jurulatih pasukan bola jaring sekolah, banyak meluangkan masa pada setiap petang untuk melatih pasukan bola jaring sekolah. Saya tidak menganggap tugasan tersebut sebagai beban kerana tanggungjawab itu telah diamanahkan kepada saya sebagai seorang jurulatih sekolah. Malahan, saya juga mendapat manafaat daripada aktiviti tersebut.

19

2.3

Petunjuk Cinta Ilmu Guru digalakkan menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas masingmasing. Guru ,mestilah menghadiri kursus dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh hari dalam setahun. Kursus tersebut dilajankan samada di dalam atau di luar sekolah. Melalui majlis ilmu tersebut guru dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda pelajar-pelajar dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita adalah life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Sama ada pelajar ataupun pengajar kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang dilakukan. Rangkaian dengan rakan sekerja dan pelajar-pelajar juga dibina dan

pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri maklumat. Contohnya, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu guru-guru dapat menyampaikan maklumat yang didapati kepada rakan sekerja seperti NKRA. Di dalam NKRA untuk pendidikan terdapat program LINUS untuk pelajar-pelajar tahun 1,2 dan 3. Dengan perkongsian ilmu tersebut guru-guru dapat mengetahui perkara tersebut dengan lebih jelas lagi.

2.4

Petunjuk Kompeten Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyampaikan tugasan yan berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Guru juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Contohnya, guru perlu memastikan pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai contoh, pelajar dapat mengaplikasikan penggunaan wang dalam kehidupan seharian mereka daripada pembelajaran tajuk wang dalam mata pelajaran Matematik. Dalam Matematik pelajarpelajar diajar menjumlahkan dan menolak wang. Guru menggunakan teknik simulasi bagi memudahkan pemahaman pelajar dalam jual beli. Pelajar dapat menggunakan

20

wang untuk membeli barang-barang yang biasa dibeli sepimerti gula-gula, aiskrim, biskut dan sebagainya. Apabila membuat bayaran menggunakan sejumalah wang pelajar dapat mengira baki yang dipulangkan oleh penjual dengan betul.

3.

Semangat Berpasukan Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong

di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai satu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada memburuk-burukkan rakan atau memfitnah antara satu sama lain. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya dapat menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Terdapat empat petunjuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormatmenghormati dan bangga sekolah.

3.1

Petunjuk Muafakat Sikap muafakat dalam bekerja dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Galakan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumplan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai contoh, dalam melaksanakan sesuatu program disekolah perlu ada kesepakatan barulah program itu berjaya. Contoh program Minggu Panitia Bahasa Malaysia, semua guru yang terlibat menjalankan tugas masing-masing dalam menjayakan aktiviti tersebut. Guru juga menerapkan nilai ini dikalangan pelajar seperti dalam kerja kumpulan.

21

3.2

Petunjuk Fokus Matlamat Guru perlu bekerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan prestasi sekolah. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian. Sebagai contoh, sekolah telah menyadiakan visi iaitu SK Batu Muda Mencapai Kecemerlangan Dalam Zon Sentul Menjelang Tahun 2013 dan misi iaitu Untuk Melahirkan Warga Sekolah Yang Berilmu Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Melalui fokus matlamat ini kakitangan SK Batu Muda berusaha sedaya mungkin merancang aktiviti dan membuat penambahbaikan dalam bidang akademik seperti program kelas tambahan tahun 6, mentor-mentee dan sebagainya.

3.3

Petunjuk Hormat-Menghormati Dengan mengamalkan sikap hormat-menhormati antara guru dan pelajar, kita akan dihormati dikalangan rakan sejawat dan pelajar-pelajar. Menghormati orang lain tanpa mengira usia adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham dikalangan guru. Sebagai contoh, Guru mesti menghormati guru besar, guru penolong kanan sebagai ketua dalam sekolah. Setiap keputusan adalah bergantung kepada mereka. Di dalam kelas pula guru haruslah menghormati ketua kelas yang dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab didalam kelas. Guru mesti manerapkan sikap hormat-menghormati dikalangan pelajar terhadap guru-guru dan rakan-rakan mereka seperti pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.

3.4

Petunjuk Bangga Sekolah Guru-guru mesti merasa bangga dengan sekolah yang mana sekolah tersebut merupakan tempat mencari rezeki dan mendidik anak bangsa. Sekolah itulah yang

22

harus dibanggakan oleh pelajar dan guru. Sebagai contoh, SK Batu Muda merupakan sebuah sekolah yang digeruni oleh pelajar-pelajar sekolah lain dalam bidang sukan di zon Sentul. Ini adalah kerana SK Batu Muda telah 23erjaya membawa pasukan olahraga, bola sepak, bola baling, bola tampar dan sepak takraw di tempat pertama dan kedua dalam perlawanan sukan sekolah-sekolah zon Sentul. Pelajar berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi mempertahankan nama baik sekolah. dan harus mamelihara dan

4.

Berorientasikan Pelanggan

Sebagai seorang pelajar universiti dan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa anda perlu ingat dan sedar bahawa anda merupakan aset yang sangat bernilai kepada diri anda, keluarga, bangsa, agama dan negara. Setiap perkhidmatan yang akan anda berikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa anda akan berjumpa atau berhadapan. Jika di universiti, anda akan berhadapan dengan pensyarah, rakan-rakan dan staf-staf sokongan. Apabila anda berada dalam persekitaran pekerjaan sebagai seorang guru, anda akan berhadapan dengan murid dan guru-guru di sekolah. Jadi setiap perkhidmatan yang anda berikan perlu berorientasikan pelanggan. Ertinya di sini, kepuasan pelanggan adalah melandaskan suatu perkhidmatan ke arah kepuasan orang lain atau pelanggan yang mendapat perkhidmatan. Pelanggan yang dimaksudkan adalah pensyarah di universiti dan murid di sekolah tempat seseorang guru berkhidmat. Nilai Bitara berorientasikan pelanggan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu responsif, berkualti, mesra dan proaktif.

23

4.1

Responsif Perkataan responsif sudah memberikan gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera. Pelajar yang responsif adalah pelajar yang cepat mencari maklumat, segera bertindak dan tidak menunggu arahan. Jika dikaitkan dengan pembelajaran di universiti, seorang pelajar yang responsif merupakan pelajar yang bertindak segera mencari maklumat sebelum pensyarah mengajar subjek tersebut, tidak menunggu arahan tarikh menghantar tugasan tetapi menyiapkan tugasan sebelum tarikh serahan dan mengulangkaji pelajaran selepas kuliah diajar.

4.2

Proaktif Proaktif sangat penting dalam diri setiap individu sama ada individu tersebut seorang pelajar, guru, staf sokongan, jurutera, pekerja teknikal dan sebagainya. Individu yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga, menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Contohnya apabila anda sebagai guru, anda telah merancang dan merangka keperluan murid anda berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Selain itu, sistem maklumat yang sistematik dapat membantu anda dan pelanggan anda dalam memberi petunjuk kepada mereka dalam merangka dan merancang kerjaya dan masa depan mereka.

4.3

Mesra Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam menjadi seorang guru. Guru yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang juga mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah. Pasti anda juga akan gembira untuk datang ke sekolah berjumpa murid dan berjumpa rakanrakan sekerja yang lain. Sentiasa

24

mengamalkan senyuman, mengangguk kepala apabila berjumpa rakan sekerja, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu mengamalkannya secara konsisten. Jika anda seorang yang mudah mesra, murid dan rakan-rakan guru yang lain juga akan mesra dengan anda.

4.4

Berkualiti Melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan anda dan menepati kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut juga dikatakan berkualiti apabila anda menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu. Jika anda menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan anda contohnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah tepat, sumber yang betul dan lengkap. Jangan memberi maklumat yang tidak betul atau tidak tepat kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelanggan anda. Terutamanya dalam kontek sekolah, ia akan medatangkan salah faham kepada murid anda terhadap maklumat tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih seperti komputer riba, kemudahan internet, telefon bimbit dan media massa yang pelbagai, anda boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media. Contohnya anda memuat turun nota-nota kuliah melalui portal, blog atau menerusi email dan ini akan memudahkan akses pelajar terhadap maklumat anda.

25

5.

Prihatin Kebajikan Anggota

Sebagai seorang insan yang bergelar manusia yang mempunyai hati dan perasaan kita seharusnya ingin didekati dan disenangi oleh sesiapa sahaja apatah lagi dengan rakan-rakan sekerja yang sama-sama mencari rezeki dibawah satu bumbung. Sikap prihatin dengan mengambil berat terhadap rakan sejawat merupakan sikap yang baik terutama sekali terhadap rakan yang paling rapat dengan kita. Sebagai contoh, bertanya khabar rakan yang tidak hadir bertugas, berkongsi masalah anak-anak dan lain-lain lagi. Guru juga harus prihatin tentang pelajar-pelajar terutama sekali pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Anggota sekolah termasuklah pelajar,guru dan kakitangan yang bekerja di sekolah tersebut. Dalam menjaga kebajikan pelajar pelbagai bantuan dihulurkan kepada pelajar yang memerlukan seperti bantuan buku teks, rancangan makanan tambahan (RMT), batuan biasiswa Baitulmal dan sebagainya. Sekolah juga telah menubuhkan Badan Kebajikan Staf (BKS) untuk menjaga kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Nilai Bitara prihati kebajikan anggota telah dibahagikan kepada empat petunjuk iaitu peluang untuk maju, empati, penghargaan dan keselesaan persekitaran.

5.1

Petunjuk Peluang Untuk Maju Guru memainkan peranan penting dalam mengebangkan potensi pelajarpelajar. Sebagai contoh, dengan mengadakan pertandingan bercerita, pidato, syarahan dan sebagainya dapat mencungkil bakat dan potensi diri pelajar-pelajar. Bakat pelajar juga dapat dikembangkan melalui aktiviti sukan dengan mangadakan pelbagai pertandingan antara sekolah seperti bola sepak, bola jaring, olahraga dan sebagainya. Pelajar akan dapat mengembangkan potensi mereka ketahap yang lebih tinggi seperti daerah dan negeri.

26

5.2

Petunjuk Empati Empati adalah perasaan murni yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang guru. Sabagai seorang guru yang prihatin terhadap pelajar-pelajar dan guru-guru lain kita seharusnya mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Walaupun kita tidak dapat menyelesaikan masalah rakan, kita boleh menjadi pendengar yang baik bagi membantu rakan sejawat untuk meluahkan perasaan sedih, marah, sesal dan sebagainya. Menjadi pendengar yang baik dengan mendengar luahan rakan serta bersimpati dengan masalah yang dialami sudah memadai. Sebagai contoh, sekiranya ternampak rakan yang mempunyai masalah, harus bartanya dan cuba menyelami masalah rakan. Bagi pelajar pula, sebagai contoh pelajar yang selalu tidak hadir ke sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah dan pelajar yang melakukan salahlaku disiplin seperti mencuri, menggangu rakan dan sebagainya. Sebenarnya pelajar yang bermasalah di sekolah ini mempunyi masalah lain sebaliknya. Dengan bantuan dan bimbingan daripada guru pelajar rasa dihargai oleh guru. Ini akan dapat meningkatkan keinsafan dan kayakinan pada diri mereka untuk terus berusaha memperbaiki diri.

5.3

Petunjuk Penghargaan Penghargaan juga merupakan aspek penting dalam nilai Bitara prihatin kebajikan anggota. Penghargaan sangat penting kepada individu terutama sekali pelajar-pelajar sekolah rendah. Penghargaan seperti tepuk tangan, perkataan bagus, baik dan sebagainya boleh membuatkan pelajar rasa dihargai. Sabagai contoh, selepas pelajar menjawab soalan daripada guru, guru meminta pelajar lain menepuk tangan kerana pelajar memberi jawapana yang betul, mengucapkan tahniah apabila pelajar

27

mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran dan sebagainya. Pelajar akan rasa lebih dihargai jika guru memberi hadiah seperti penyampaian hadiah minggu panitia yang disampaikan dihadapan pelajar-pelajar lain. Bagi guru pula, sebagai contoh guru besar telah memberi hadiah sempena hari guru kepada guru-guru yang menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun. Guru-guru akan rasa dihargai dengan penghargaan yang diberikan poleh guru besar.

5.4

Petunjuk Keselesaan Persekitaran Guru dan pelajar akan merasa selesa berada di sekolah yang mempunyai persekitaran yang selesa dan kondusif. Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada guru dan pelajar dalam menghayati pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar akan rasa lebih selesa berada di dalam kelas yang bersih untuk belajar. Sebelum memulakan tugas mengajar guru-guru mesti memastikan keadaan kelas bersih ini bertujuan supaya pelajar dapat belajar dengan tenang dan selesa. Pelajar-pelajar juga digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kerjasama seperti perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini pelajar akan dapat mengeratkan hubungan sesama rakan dan juga guru. Pelajar akan merasa lebih rapat, mesra dan lebih senang berinteraksi tanpa rasa kekok. Sebaliknya jika pelajar tidak berminat melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini pelajar akan menyebabkan hubungan dengan rakan-rakan semakin jauh dan tidak rapat, secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang tidak selesa di sekolah.

28

6.

Kreatif dan Inovatif

Kreatif dimaksudkan dengan kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan suatu idea sama ada dalam suaru kaedah, sistem adat dan sebagainya. Kreatif dibahagikan kepada beberapa petunjuk iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan tambah nilai. 6.1 Petunjuk Berdaya Cipta: Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar sentiasa peka kepada ilmu baru. Penerokaan perlu dari masa ke semasa kerana mengikut perkembangan arus globalisasi sekarang. Zaman teknologi memerlukan kita meneroka dan memajukan dari untuk diselalaskan dengan kehendak zaman. Bayangkan sekiranya guru masih lagi di takuk lama tanpa dapat menguasai ICT, guru akan ketinggalan malahan akan menjadi bahan gurauan pelajar-pelajar. Sebagai seorang pendidik, guru seharusnya berusaha sedaya mungkin menyapaikan pengajaran dengan cara yang paling berkesan dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang kreatif dan inovatif.

6.2

Petunjuk Penambahbaikan Berterusan: Teknik pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan dari masa ke semasa. Ini adalah bartujuan penambahbaikan untuk kepentingan anak bangsa kita. Tanpa pembaharuan, pelajar akan merasa jemu dan bosan. Oleh itu kita perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan merangkumi cara mengajar,

pendekatan baru untuk mengajar, campuran pelbagai teknik pengajaran, latihan dan kerja secara berkumpulan. Sebagai contoh, sekarang guru banyak menggunakan

29

peralatan ICT untuk melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran. Dengan

kemudahan yang ada sekarang bermacam-macam bentuk aktiviti dan bahan yang dapat diperolehi melalui internet. Dengan bantuan bahan bantu mengajar tersebut guru dapat mengajar dengan berkesan manakala pelajar dapat menguasai pelajaran dengan cepat dan berkesan.

6.3

Petunjuk Rebut Peluang: Dalam bidang pendidikan sentiasa merebut peluang yang ada bukanlah bermakna kita tamak untuk mendapat sesuatu tetepi peluang yang ada sudah semestinya untuk diambil bukannya dibiarkan sahaja. Guru harus bijak merebut peluang yang ada terutamanya yang berkaitan dengan bidang pendidikan khususnya pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, kursus memperkasakan bahasa inggeris, sebagai guru kita sepatutnya menyertai kursus tersebut bagi

memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa inggeris. Begitu juga dengan kursus ICT, bagi guru-guru yang masih kurang mahir dalam menggunakan ICT terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran, seharusnya merebut peluang yang diberikan oleh mana-mana agensi yang mengelolakan kursus tersebut. Guru-guru mesti membimbing pelajar supaya berusaha merebut peluang dalam bidang akademik dan juga sukan sebagai contoh, guru mendorong pelajar menyertai pelbagai avtiviti yang diadakan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Seperti kursus-kursus motivasi yang dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, teknik menjawab soalan,teknik mengira cepat aritmetik mentel dan sebagainya. Peluang yang datang ini biasanya menyediakan tempat dan peruntukan yang terhad, jadi guru seharusnya pandai mempromosikan peluang tersebut kepada pelajar.

30

6.4

Petunjuk Nilai Tambah: Nilai tambah dalam petunjuk Bitara kreatif dan inovatif bermaksud guru menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan sistem portal pelajar dan kemudahan telefon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di sekolah sebagai guru, kita akan menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan kepada pelajar-pelajar dan rakan sejawat. Sebagai contoh, guru menjalankan program melalui portal pendidikan seperti Score A, Zoom A untuk pelajar-pelajar tahun 6 dengan harapan pelajar mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Melelui internet pula guru dapat mencari bahan-bahan rujukan dan teknik yang lebih berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti gambar-gambar, carta dan sebagainya. Bersama rakan sejawat guru-guru boleh berkongsi idea dalam pelbagai aspek seperti sukan dan kurikulum. Sebagai contoh, guru yang menghadiri kursus kejurulatihan bola jaring. Apabila kembali ke sekolah guru akan mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru lain dengan berkongsi kemahiran dan teknik-teknik dalam permainan bola jaring.

Rumusan

Sebagai seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap pelajar, kita seharusnya menjadikan nilai-nilai Bitara ini sebagai garis panduan untuk membolehkan kita menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadilah seorang guru yang disayangi, disenangi, dikasihi, disanjungi, dihargai dan dihormati oleh pelajarpelajar, rakan-rakan dan masyarakat.

31

Bibliografi Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan Dan Perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Abdul Jalil Borham (1998). Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Dan Pelaksanaannya Di IPT Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abdullah Nashih Ulwan (1994). Pesanan Kepada Pemuda Islam. Kuala Lumpur, Penerbitan Al-Ramadhan. Ahmad Jazimin Jusoh, et al. (2010). Kesahan Modul Kaunseling Kelompok Choice theory & Reality Therapy (Ctrt) Dalam Menangani Tingkahlaku Disiplin. Jurnal Perkama, 16, 1-12 Al-Ghazali (1989). Bimbingan Mukmin Pada Mencari Ridha Al-Alamin. (Terjemahan oleh Sayyid Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Ptd. Ltd. Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Membina kesejahteraan remaja. Bangi: Tekno Edar. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya, et al. (2007). Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Prestasi Pencapaian Akademik. Unpublished Article. Pp1-17. Burger, J. M. (2000). Personality. (5th ed). Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Cloninger, S. (2008). Theories Of Personality: Understanding Persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Comer, R.; & Gould, E. (2011). Psychology around us. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Eysenck, M. W.; & Flanagan, C. (2000). Psychology for AS level. East Sussex: Psychology Press Ltd. Foo Say Fooi, (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html http://www.berita-harian-online.com/aduan/complaint-sek_men_lktp_palong_timur_128.html http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/187-penceraian--kesan-padaanak.html Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Imam al-Nawawi Dalam Pembinaan Insan: Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kamus Dewan (2011). Dipetik pada 6 Mac 2011 daripada http://prpm.dbp.gov.my/ Search.aspx?k=sahsiah&id=+Cari. Mohd Ismail Mustari (1999). Belia Sebagai Insan Cemerlang Dari Perspektif Islam: Kajian Status Belia-belia 32

Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Miltenberger, R. (2008). Behavior modification: Principles and procedures. (4th ed). Pacific Grove CA: Brooks & Cole Publishing. Mohd Ismail Mustari, et al. (2004). Kajian Sahsiah Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, Kluang, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Nasir Ripin, at alt, (2006). Kajian Program Bina Sahsiah Staf Di IPTA: Kajian Kes Di UTM & USM. Laporan Kajian. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Papalia, D. E.; Olds, S. W.; & Feldman, R. D. (2004). Human development. (9th ed). Boston: McGraw-Hill. Rahmatullah Khan Wahab Khan, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2011), KKD2063 Pembangunan Sahsiah. Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Teori Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur, Dan Barat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-Asas Masyarakat Cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi,Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 03 November 2012 Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan Masyarakat Dari Perspektif Kebajikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara. Wubolding, R.E.(1988). Using Reality Therapy. New York: Harper Collins. Wubolding,R.E. & Brickell,J. (1999).Using Reality Theraphy. New York: Harper Collins.

33

Anda mungkin juga menyukai