Anda di halaman 1dari 5

Sub tugasan 4 Anda dikehendaki menyediakan catatan ringkas mengenai konsep dan teori berkait bahan media yang

disediakan dalam latihan amali.

KONSEP BAHAN MEDIA DAN TEORI PEMBELAJARAN Media mempunyai pengaruh yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Alat dan bahan media ini dapat membantu guru dalam pencapaian sesuatu objekif pembelajaran dengan lebih berkesan. Pemilihan media yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan dalam proses pngajaran dan pembelajaran dapat membantu guru menyalurkan maklumat yang sepatutnya dengan lancar dan afektif. Mengikut Heinich, Molenda Russel (1981), media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti video, audio, gambar foto dan risalah. Mengikut Yusup Hashim (1997), media diistilahkan sebagai peralatan dan bahan media yang dibina dan dirancang untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan. Media merupakan alat yang dapat membantu guru bagi meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber pembelajaran murid. Menurut Naim (2000) proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru dapat menggunakan kreativiti, menggabungjalinkan penggunaan media dalam pengajarannya dan merangsang seluruh pancaindera murid-murid kerana belajar merupakan fitrah manusia. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan sekiranya murid meminati dan menyukai proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. Heinich (1993) menyatakan bahawa manusia belajar 10% melalui penglihatan, memahami dan mengingati sebnayak 20% daripada deria pendengaran dan lebih 80% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Bagi menghasilkan kesan yang maksimum, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggabungkan semua pancaindera.

Kesimpulannya, media pengajaran merupakan mediaum yang dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dan jelasdapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid. Di dalam penghasilan bahan media, pelbagai aspek perlu diambil kira agar ianya menepati keperluan pelajar serta mampu memenuhi kehendak pembelajaran. Memandangkan bahan pembelajaran yang akan dibina merupakan suatu sumber yang akan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajran, maka penggunaan teori pembelajaran sebagai panduan dalam mereka bentuk bahan-bahan tersebut perlu diambil kira dengan mendalam. Proses mereka bentuk bahan pembelajaran berasakan teknologi terkini seperti perisisan multimedia, video pendidikan dan bahan-bahan media yang lain juga tidak terlepas dari peraturan ini. Becker dan Hativa (1994) menyatakan bahawa penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran perlu dipertingkatkan agar kemahiran-kemahiran kognitif aras tinggi dapat dibentuk. Pernyataan ini disokong oleh Ryan (1991) yang menyatakan bahawa kaedah mengintegrasi teknologi komputer ke dalam persekitaran pembelajaran agar ianya mampu dimanfaatkan secara optima serta meningkatkan kualiti pembelajaran merupakan satu cabaran kepada para pendidik masa kini. Oleh itu video pendidikan merupakan antara bahan media yang boleh membantu guru dalam mendapatkan pembelajaran yang efektif. Dalam penghasilan video pendidikan ini, saya menggunakan beberapa teori pembelajaran seperti teori konstruktivis,kognitif, dan teori multiple intelligent (Howard Gardner, 1983).

Teori konstruktivisme Konstruktivisme dalam bahasa Inggeris berakar daripada perkataan construct yang bermaksud membina.Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget dan Vygotsky. Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitik beratkan pengalaman pendidikanyang boleh membantu kanakkanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan. Di dalam pengajaran dan pembelajarn yang berbentuk konstuktivis, penggunaan masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah di galakkan. Oleh itu, di dalam penghasilan video pendidikan ini, saya menggunakan situasi sebenar yang pernah dialami oleh kebanyakan muridmurid. Saya yakin, hampir semua murid-murid pernah mengalami maslah aiskrim mencair. Pengalaman aiskrim mencair ini boleh dianggap pengetahuan sedia ada pelajar ataupun skema. Menurut Vygotsky, isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada. Zon perkembanagn terdekat. Oleh itu video Aiskrim Oh Aiskrim ini amat sesuai di tunjukkan kepada pelajar pada awal pembelajaran agar guru mudah untuk menyampaikan pengajaran seterusnya. Melalui pendekatan konstuktivisme guru perlu mengorganisasikan dengan cermat dan jelas

bahan media yang hendak dihasilkan teruatamya video pendidikan, bahan media itu hendaklah diorganisasi daripada perspektif kanaj-kanak. Ia akan membantu muridmurid membentuk perkaitan antara idea-idea dan membina pola yang bermakna untuk mewakili pengetahuan yang dibina.

Teori multiple intelligence Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu: Jenis Sifat Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai Linguistik keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan Logikal menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik dan menyelesaikan puzzle Gemar Bodily / Kinesthetic pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai

kemahiran berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on' . Sukar memberi tumpuan dan fokus. Perlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling

Visual / spatial

berkesan melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.

Muzik

Sensitif terhadap irama dan bunyi .Boleh belajar dengan muzik latarbelakang

Interpersonal Intrapersonal Naturalist

Suka berinteraksi dengan individu lain . Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan. Sensitif . Belajar paling baik secara individu Mampu berinteraksi dengan persekitaran

Oleh yang demikian, dalam penghasilan bahan media, seperti bahan 2D dan 3D, kepelbagaian kecerdasan setiap pelajar harus di ambil kira. Begitu juga dalam penghasilan video pendidikan Aiskrim oh Aiskrim ini, saya meletakkan bunyi, gambar serta soalan yang membina bagi membantu pelajar yang mempunyai kecerdasan logikal, muzik dan visual. Teori kognitif Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teoriteori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan. Untuk mempraktikkan teori kognitif, video ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ringkas bagi menyusun fakta mengikut turutan mudah kepada yang lebih sukar. Di samping itu saya mengaitkan dengan memberikan contoh yang berkaitan dengan persekitaran mereka dalam kehidupan seharian.Dengan ini akan membantu pelajar mudah mengingati pengetahuan yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai