Anda di halaman 1dari 16

PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri. Keadaan ini telah menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk 1

mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni . Keadaan ini telah menunjukkan bertapa pentingnya wujud perpaduan dan intergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Maka kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) "masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa wujudnya halangan-halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai.

USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL
Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial. 1. Politik Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan 3

perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli. 2. Ekonomi Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik hartaharta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang

pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara. 3. Sosial Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial. Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak

dibangku sekolah. Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara. Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, Bahasa Jiwa Bangsa dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan

membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional. Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/) Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat.

USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Sekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usaha oleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikut adalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah. Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah. Kedua adalah mewujudkan program pertukaran pelajar-pelajar sekolah. Program pertukaran pelajar-pelajar di antara sekolah akan membawa perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan. Misalnya, pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan digalakkan supaya bergaul dengan pelajar dari Sekolah Kebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini akan membolehkan pelajar sekolah mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah yang berlainan dan sekali gus mewujudkan perpaduan diantara mereka.

Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajarpelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya, pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsipprinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajarpelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka. Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan di kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan mengamalkannya. Kelima adalah memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahankemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yang berbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajar tanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberi kebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkan bahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.

Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lainlain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya perpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana mereka telah mengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia.

10

BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA


Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan kepada perpaduan dan intergrasi nasional. Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-kaum di Malaysia. Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan 11

bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan. Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Menurut (http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdev elopment/Report26.htm) setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national. Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.

12

Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan orang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombongan serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkan kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India di kawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidak langsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimana orang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayu adalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi national kerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza, Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaan status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan status. Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu

13

mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan. Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada masyarakat. Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan intergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi national. Cara mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah

mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajarpelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah

14

sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.

15

RUJUKAN

1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. 2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd. 3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ 5. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc ialdevelopment/Report26.htm

16

Anda mungkin juga menyukai