Anda di halaman 1dari 46

ISLAM SEBAGAI PERADABAN DAN TAMADUN

Konsep Peradaban dan Tamadun


Pengenalan Tamadun dr segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Jacqueta Hawkes, tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Justeru, orang-orang Greek seperti Strabo menganggap masyarakat yang tidak mempunyai bandar adalah masyarakat yang tidak bertamadun. Pinjaman perkataan Arab, tamaddun. Istilah lain yang semakna dengannya ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah.

Samb
Kesimpulannya, semua istilah tersebut walaupun daripada pelbagai latar belakang secara umumnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai satu makna tamadun yang sama supaya mudah difahami.

Pengertian Tamadun
PERTAMA Tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan kota atau Bandar. Ibn Khaldun merujuk terminologi Umran:
- kawasan tanah atau rumah yang didiami atau dihuni manusia secara menetap, - keadaan yang berkembang subur lagi makmur - bekalan ekonomi yang cukup - selamat nyawa dan harta. - bangunan atau kerja-kerja mendirikan bangunan dengan segala binaan dan strukturnya.

Samb
Keadaan maju yang merujuk kepada kewujudan wilayah yang diduduki penduduk ini biasanya dikenali sebagai kampung atau Bandar, juga diistilahkan oleh beliau sebagai hadharah. Berlawanan dengan keadaan terbiar, gersang dan tandus di mana manusia sering hidup secara nomad atau berpindah randah. Keadaan ini boleh digambarkan dalan istilah yang lebih tepat iaitu badawah atau kedaratan.

Samb

KEDUA Proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam kehidupan. Prof Ismail al-Faruqi mengatakan tamadun (yang menggunakan istilah umran tetapi menyamakan dengan imran, iaitu kutipan dari surah al-Imran ayat 33-35 yang berakar kata dari amara) membawa maksud membina atau membawa kebaikan atau menjadikan kehidupan ini aman. CTH: mengimrankan muka bumi, ia bermaksud membina dan menukarkan kehidupan ini kepada acuan yang dikehendaki oleh pencipta, seperti berbuat baik di antara satu sama lain atau misalnya khusus bagi orang-orang Islam membina masjid untuk berbakti kepada pencipta tersebut.

Samb

KETIGA kombinasi kemajuan aspek pemikiran, rohani dan jasmani atau material manusia. Osman Khalid merumuskan makna tamadun melalui 2 istilah : madaniah : pencapaian kebendaan yang tinggi seperti dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya dan keperluan asasi dan sebaliknya seperti makan minum, tempat tinggal, rekreasi kerana ada kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang semestinya mempunyai kekuatan ekonomi. hadharah pula merujuk kepada kemajuan aspek-aspek pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusasteraan, kesenian, pemerintahan, adat resam, budi pekerti dan kepercayaan.

Samb

KEEMPAT Kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau Bandar atau mencapai kemajuan material. Menurut Prof. S.M. al-Attas, apabila beliau menjelaskan tamadun sebagai suatu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan susila dan keluhuran kebudayaan bagi seluruh masyarakat itu. Manakala Idris al-Marbawi pula menerangkan makna tamadun di dalam kamusnya sebagai hidup dengan berkehalusan budi pekerti dan berakhlak mulia seperti orang kota.

Kesimpulan
Dari pelbagai pengertian di atas kita boleh ringkaskan tamadun sebagai suatu keadaan atau pencapaian tinggi manusia bermasyarakat di dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek kerohanian dan kebendaan yang luhur berpusat di kota.

CIRI-CIRI TAMADUN

Darcy Riberio
1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. mengenengahkan tamadun sebagai proses menyenaraikan beberapa tahap perkembangan tamadun yang dicirikan oleh: Teknik pertanian yang menamatkan cara nomad dengan terciptanya alatan baru dalam pertanian. Penternakan dan sistem pembahagian kerja yang berasaskan kemahiran. Pertumbuhan perbandaran dengan wujud stratifikasi sosial, sistem saliran, tulisan, angka dan seumpamanya. Penggunaan sistem pengairan secara meluas. Revolusi teknik logam yang membawa kepada ciptaan alatan baru, mata wang, perkapalan dan kemudahan perdagangan. Revolusi perternakan Revolusi perdagangan Revolusi teknologi Revolusi perindustrian.

Ibn Khaldun
Dalam bukunya yang terkenal Muqaddimah Ibn Khaldun telah menghuraikan konsep ketamadunan dari beberapa aspek : 1. Pengenalan terhadap tamadun dunia secara umum. 2. Kajian terhadap kehidupan Badwi 3.Negara dan sistem pemerintahannya. 4.Aspek ekonomi : tumpuan kepada bidang kemahiran, profesion dan perdagangan. 5.Aspek keilmuan: Sains dan pengajian ilmuilmu seperti matematik, kimia, perubatan dan pengajian Islam.

Ciri-ciri Masyarakat Yang Bertamadun Secara Ringkas

Pertama : wujud negara dan sistem pemerintahan yang teratur.


Kewujudan tamadun agung dunia seringkali dihubungkaitkan dengan kehebatan sistem pemerintahannya. Sebagai contoh tamadun orang-orang Sumeria atau Mesopotamia muncul kerana kekemasan dan aturan sistem pemerintahannya. Begitu dengan kegemilangan tamadun China Hwang Ho, tamadun Islam dan seumpamanya.

Kedua : wujud stratifikasi dan organisasi sosial.


Negara = pemerintah + rakyat. Pemerintah mempunyai kuasa dan rakyat merealisasikan ketaatan. Di pihak lain pula wujud pelbagai fungsi, kemahiran, profesion dan pelbagai bidang di dalam sistem hidup. Desakan hidup, kemahiran, minat dan kepimpinan menyebabkan masyarakat menjadi bersusun lapis, teratur dan berkembang maju. Ada masyarakat menceburi bidang pendidikan, keusahawanan, perkhidmatan dan seumpamanya. Semua ini sebagai contoh susun lapis dan organisasi dalam masyarakat bertamadun.

Ketiga : wujud kota dan bangunan serta seni bina.


Kewujudan sesebuah tamadun tidak akan sah jika tidak ada kota atau bandar dengan bangunan serta seni binanya yang merupakan lambang keagungan dan identiti sesebuah tamadun. Ciri kota ini juga merupakan ciri yang diasaskan sendiri oleh nabi Muhammad s.a.w yang membina Islam di kota Mekah, kemudian menamakan Yathrib dengan nama kota atau bandar Madinah selepas berhijrah ke sana. Sementara seni bina pula mengingatkan kita kepada tamadun-tamadun yang pernah muncul seperti Piramid julukan Tamadun Mesir, Taman Tergantung Babylon, Tembok Besar China. Aspek lain kepada seni bina ini seperti bentuk kubah dan awan kepada seni bina Islam.

Keempat : wujud aktiviti ekonomi.


Aktiviti ekonomi dengan segala syarat dan keperluannya merupakan pemangkin kewujudan kota atau bandar. Aktiviti ini tercerna dalam aspek-aspek seperti pertanian, perternakan, perniagaan, perindustrian dan seumpanya. Infrastruktur dan kemahiran atau ketinggian ilmu menjadi penjana aktiviti ini di samping kestabilan politik dan keadilan pemerintah untuk mengembang dan mempertahankan sesuatu tamadun.

Kelima : wujud sains dan teknologi.


Kewujudan aspek ini menolong memartabatkan sesebuah tamadun dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Kemajuan material selalunya berpunca dari kemajuan pemikiran atau minda dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf pemikiran yang tinggi ini pula diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat benda, alatan atau teknologi. Kemajuan dalam bidang perdagangan sekadar contoh, diiringi dengan teknologi perkapalan, penciptaan mata wang, alatan tembaga, tembikar dan seumpamanya.

Keenam : wujud sistem bahasa dan tulisan.


Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat. Lantaran itu sistem tulisan dan bahasa menjadi syarat utama untuk menghasilkan tamadun. Ia juga sebagai cara untuk menjadikan tamadun terus berkembang dan dapat bertahan.

Ketujuh : wujud sistem agama dan kepercayaan.

Manusia pertama yang lahir ke dunia telah dibekali oleh Tuhan dengan sistem hidup beragama dan kepercayaan yang kudus kepada tuhan. Ia membuktikan bahawa zuriat manusia seluruhnya amat memerlukan kepada peraturan dan ajaran agama untuk membangunkan tamadun. Peristiwa besar dunia hari ini pun seringkali dikaitkan dengan agama. Tahun Masihi sebagai contoh, dinasabkan kepada seorang nabi yang menyebarkan ajaran agama. Lantaran itu, seorang sarjana pernah menyuarakan bahawa, pernah ditemui bahawa kewujudan sesuatu negara bangsa tanpa ada istana, tetapi tidak pernah ditemui kewujudan sesuatu negara bangsa tanpa adanya rumah agama.

Tamadun Sumeria

CIRI-CIRI TAMADUN

PEMERINTAHAN

STRATA SOSIAL

SENI BINA

EKONOMI

SAINS & TEKNOLOGI

BAHASA & TULISAN

AGAMA/ KEPERCAYAAN

Uji minda
Apakah konsep tamadun secara umum? Nyatakan secara ringkas pengertian tamadun menurut para sarjana ilmu ketamadunan. Sebutkan tiga daripada ciri-ciri tamadun berserta contohnya sekali.

Perbandingan Konsep dan Perspektif Tamadun Islam dan Barat

a) Tamadun Islam
Dalam tamadun Islam sebagai contoh, epistemologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama, akal dan keupayaan manusia seperti pengalaman hidup dan intuisi adalah merupakan sumber sokongan yang boleh digunakan pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya. Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada seluruh world view tamadun Islam. Epistemologi inilah menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai sama ada baik atau buruk, hukum halal haram dan berguna atau tidak yang menjadi kepercayaan, pegangan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun.

Kepentingan pandangan semestanya yang tersendiri. Pandangan semesta ini mempunyai fungsi yang besar dalam mempengaruhi keseluruhan konsep, inti dalaman dan ciri fizikal sesuatu tamadun. Konsep sesuatu tamadun amat bergantung kepada world view atau pandangan semesta sesuatu tamadun itu sendiri. Tamadun yang berasaskan agama seperti tamadun Islam, menterjemahkan tamadun semestanya dari ajaran agama. Manakala tamadun yang berhubungan dengan bangsa, seperti Tamadun China dan India atau Yunani, maka sudah tentu pengaruh bangsa mereka menghalakan pandangan semesta tamadun mereka. Manakala tamadun Barat pula, kekuatan akal rasional amat terserlah dalam mencorak pandangan semestanya. Justeru itu, kedudukan pandangan semesta sesuatu tamadun amat berkait rapat dengan sistem nilai dan ilmu sesuatu masyarakat.

epistemologi dalam Islam adalah bersumberkan daripada wahyu Allah SWT. Dengan wahyu ini, tidak bermakna manusia hanya berserah tanpa berusaha dalam konteks fatalistic*. Ini adalah kerana penyerahan begitu adalah sesuatu yang amat bertentangan dalam sistem akidah Islam. Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya untuk membangunkan tamadun di atas muka bumi ini. * cenderung, percaya atau berpegang kpd nasib: sbg khalifah
Allah, masyarakat Islam tidak boleh bersikap ~, sebaliknya harus aktif, dinamik, kreatif dan produktif.

Ini kerana dalam banyak perkara wahyu membuka ruang yang seluasnya manusia menggunakan kecerdasan minda dan pengalaman hidup. Amat sedikit perkara yang telah menjadi ketetapan wahyu secara mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh keterbatasan akal manusia misalnya dalam hal pengharaman judi dan seumpamanya. Ini bererti apa juga bentuk kecekapan minda manusia untuk mendapatkan harta dan kekayaan yang terdapat unsur judi dalam membangunkan tamadun di bumi, adalah tidak diiktiraf oleh tamadun Islam.

ii) Tamadun Barat


Tamadun Barat boleh dirumuskan bahawa seluruh epistemologinya adalah bersumberkan kepada keupayaan manusia. Kunci mutlak penentuan epistemologi mereka adalah manusia bukannya Tuhan atau wahyu. Sumber-sumber ilmu yang datang dari keupayaan manusia antara lain seperti ratio atau akal, pengalaman hidup, intuisi atau bisikan hati, serta melalui hawas atau pancaindera.

Dari sumber inilah yang membentuk ilmu dan seterusnya mencorak pandangan hidup dan menterjemahkan nilai di dalam masyarakat. Lantaran itu, pandangan hidup atau nilai mungkin berubah bersesuaian dengan perubahan epistemologi mereka mengikut zaman. Oleh yang demikian, menerusi pegangan epistemologi ini, manusialah yang menentukan epistemologinya yang menjadi sistem kepercayaan, pegangan dan seterusnya diterjemahkan dalam amalan pembinaan tamadun.

iii) Interaksi Tamadun Islam & Barat


Interaksi antara tamadun Islam dan barat telah berlaku dengan pesat apabila terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi pintu masuk kepada elemen-elemen daripada tamadun Islam ke Barat. Negara-negara tersebut dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan tamadun Islam dengan Tamadun Barat. Proses pembentukan interaksi antara Islam dan Barat berlaku secara aman dan juga perang.proses interaksi secara aman berlaku melalui perdagangan, manakala Perang Salib yang panjang antara orang Eropah dengan Arab (Islam) merupakan proses interaksi secara konflik.

Tamadun Islam sebenarnya merupakan jambatan yang menghubungkan orang Barat dan Greek (Yunani). Ini kerana perterjemahan buku-buku Greek yang dilakukan oleh ahli-ahli cendekiawan Islam semasa zaman pemerintahan Bani Abbasiah. Usaha-usaha penterjemahan ini telah memberi peluang kepada orang Barat dan masyarakat dunia kemudiannya membaca tulisan ahli-ahli falsafah Greek seperti Aristotle, Plato, Thucydides, Herodotus dan lain-lain lagi. Kemudian hasil-hasil tulisan Greek yang meliputi bidang-bidang ilmu sains, sejarah, matematik, falsafah telah diperkembangkan oleh ahli cendekiawan Arab Islam. Proses interaksi antara Islam dan Barat yang berlaku secara aman telah berakhir dengan Peperangan Salib.

Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam

i)

Ciri-ciri tamadun Islam

a. Tamadun Rabbani : - Ciri rabbani bermaksud tamadun Islam adalah tamadun yang bersifat ketuhan. Ia merujuk kepada tamadun yang dihasilkan oleh manusia adalah mengikut panduan atau aturan allah SWT. - Umpamanya, manusia membina kemajuan politik, ekonomi dan sosial sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran islam seperti mereka fesyen yang menutup aurat dan berjual beli tanpa riba.

b. Persamaan : Dalam ukuran tamadun Islam, manusia adalah makhluk yang bertaraf hamba dan khalifah iaitu pemegang amanah atau wakil allah di muka bumi ini. Lantaran itu manusia mempunyai taraf yang sama di antara mereka, lelaki atau wanita. Mereka hanya dimuliakan jika dibandingkan dengan makhluk lain. Begitu pun tahap kemuliaan ini dikelafikasi menurut tahap ketaqwaan.

c. Kebebasan Memilih : Menurut perspektif Islam, manusia diberikan kebebasan yang luas untuk memilih tingkahlaku mereka sendiri dalam membina tamadun. Inilah merupakan sumbangan paling penting Islam dalam falsafah tingkahlaku manusia. Ia membawa maksud meskipun manusia berada di tahap hamba kepadanya, tetapi manusia masih mempunyai peranan untuk melakukan pemilihan dalam setiap tindaktanduknya.

d. Ciri Tanggungjawab : Rentetan daripada kebebasan memilih, maka manusia tidak boleh dilucutkan daripada bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Mana-mana pilihan yang dilakukan oleh manusia tidak dapat tidak perlu kepada kewajipan dan tanggungjawab. Jika baik, sewajarnya mendapat ganjaran, jika pilihan keburukan wajar baginya menanggung dosa.

e. Ciri Kesejagatan : Pengamatan kepada penggunaan kalimah Islam terhadap tamadun sebenarnya tidak dikhususkan kepada mana-mana kaum atau golongan. Ia bermakna Islam itu sendiri adalah bersifat universal atau sejagat. Ianya untuk semua manusia, tempat, zaman dan keadaan. f. Ciri Menyeluruh : Maksud menyeluruh adalah menunjukkan tamadun Islam merangkumi semua aspek kehidupan di dunia ini dan juga aspek kehidupan selepas mati.

ii) Sumber Tamadun Islam


a) Sumber naqli : ialah sumber yang diambil dan dikembangkan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber naqli ini adalah sumber tertinggi yang berkaitan soal-soal ketuhanan, keinsanan dan kealaman yang dalam banyak hal tidak dapat digarap secara tepat oleh akal manusia. Contoh yang dapat dilihat ialah mengenai ketuhanan, sifat-sifat tuhan dan sebagainya tidak dapat diketahui secara tepat kecuali melalui panduan Al-Quran dan al-Hadith, sedangkan persoalan ketuhanan adalah soal yang cukup besar pengaruhnya terhadap tamadun insane secara keseluruhannya.

Sumber naqli begitu penting dalam proses untuk menentukan matlamat kehidupan yang hakiki, serta peranan manusia yang sebenarnya di dunia ini. Ia memerlukan penjelasan dari kuasa yang menciptakan, yakni yang Maha Mengetahui, sebab dantujuan mengapa manusia dan makhluk yang lainnya dijadikanNya. Soal keribatan dan akhlak manusia yang harus juga durujuk kepada sumber asasi iaitu al-Quran dan alHadith. Kedua-duanya menggariskan prinsipprinsip asasi dan perlu dihayati oleh insane dalam hubungan insane tersebut dengan tuhan, dirinya, manusia dan makhluk yang lain.

b) Sumber aqli : iaitu sumber yang berteraskan akal manusia, atau sesuatu yang diusahakan oleh manusia. Sumber aqli ini begitu penting kerana akal manusia adalah khazanah potensi manusia yang cukup besar yang hanya dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dan tidak kepada makhluk yang lain. Penggunaan akal manusia perlu diusahakan dengan melakukan penerokaan dan pengkajian terhadap fenomena alam serta mencari hikmahnya untuk kebaikan manusia. Makhluk-makhluk lain termasuk alam ini harus dimanfaatkan dengan cara yang betul untuk kesenangan manusia.

Pengunaan akal juga harus tunduk kepada nilai dan prinsisp asasi yang dikemukakan oleh unsure dan sumber naqli. Ia tidak harus bertentangan dengan peraturan dan tujuan umum yang dinyatakan dalam al-Quran dan alHadith. Islam mengiktiratf dan menghargai hasil tamadun dari mana-mana budaya, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsisp Islam.

Faktor kejayaan Tamadun Islam


Sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang boleh dihubungkan sebagai penyebab kecemerlangan tamadun Islam. Antaranya : i. Sikap Islam yang menggalakkan Intelektualisma merupakan antara faktor utama dan terpenting yang mencetuskan perkembangan yang cepat dan hebat dalam bidang keilmuan khususnya sains dan teknologi. ii. Sikap umat Islam yan gigih mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan, khususnya dalam sains dan teknologi yang amat berkait pula dengan

iii. Sikap Islam yang bukan sahaja mewajibkan ilmu fardhu ain, tetapi juga mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardhu kifayah dan ini adalah antara bentuk kolektif berdasarkan kepada keperluan dan kepentingannya dalam sesebuah masyarakat. iv. Kualiti dan sikap pemerintahan yan begitu positif terhadap perkembangan tamadun dan keilmuan amat membantu perkembangan dan kejayaan umat Islam. Sebagai contohnya Khalifah Harun al-Rasyid (786M-809M) yang mengambil berat tentang bidang kedoktoran dan memajukan bidang tersebut.

v. Kestabilan politik dan ekonomi umat Islam. Walaupun corak dan bentuk pemerintah dalam beberapa hal ada kelainan anatara satu zaman dengan zaman yang lain, namun secara umumnya sistem pemerintahan umat Islam masih lagi di bawah prinsip semangat keIslaman. vi.Sikap umat Islam yang mengamalkan sikap terbuka dan kritis terhadap masyarakat serta khazanah pencapaian tamadun yang terdahulu. Dalam keadaan yang sedemikian umat Islam telah melakukan penelitian dan pengkajian terhadap tamadun yang terdahulu seperti Yunani, Romawi, Parsi, India, China dan lain-lain.

SEKIAN TERIMA KASIH