Anda di halaman 1dari 9

Faedah Solat Sunat Dhuha & Kelebihan Solat Sunat Istikharah

Mohammad Ubaidullah Bin Mohd Jaafar Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja Batu Pahat, Johor Darul Tazim

Ubaidullahjaafar@gmail.com

Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Faedah Solat Sunat Dhuha

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud


Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar. (HR. Anas B Malik). Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan. (HR Tirmizi)

Faedah Solat Sunat Dhuha

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud


Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat. (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Faedah Solat Sunat Dhuha

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha


Rakaat : 2,4,6 hingga 12 Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu karangan Imam Nawawi).
1.Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati : ++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" ++ Baca Alfatihah hingga akhir ++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams ) 2. Rakaat Kedua ++ Baca Alfatihah ++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha) ++ Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 3. Doa ++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.

Faedah Solat Sunat Dhuha

Kelebihan Solat Sunat Istikharah


Solat istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada sesuatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentukan aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama.

"Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"

dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud


Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha


Lafaz niat:Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Taala Rakaat pertamaBaca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun Rakaat keduaBaca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah. Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: Ya Allah, jika hal ini.(sebutkan namanya) Doa istikharah

Doa Istikharah
: : .