Anda di halaman 1dari 8

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan

Shah, 31400 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT AGUNG KSKBPT KALI KE 7 (2010) Tarikh Masa Tempat KEHADIRAN : AHLI JAWATANKUASA: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Hj. Mohd. Zaidi b. Mohd. Hasan (Presiden) En. Mohd. Fuzi b. Hashim (Setiausaha Kehormat) Pn. Rahmah bt Kasim (Pen. Setiausaha Kehormat) En. Mohd. Zahar b. Ibrahim (Bendahari Kehormat) Pn. Suraya bt. Abdullah Sani (Pen. Bendahari Kehormat) Tn. Hj. Wan Zulasmin b. Wan Ibrahim (Ahli Jawatankuasa) Cik Farawahida bt. Khusnan (Ahli Jawatankuasa) (TIDAK HADIR) En. Sabadun b. Yatim (Juru Audit) : : : 5 Mei 2010 8.30 pg Bilik Persidangan, Blok Zamrud, BPT.

Telefon: 05-5406000 Faks: 05-5406100 Laman Web: www.kskbpt.com

7.
8.

Dan 83 orang ahli yang berdaftar sebagai ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Senarai Kehadiran di lampirkan di Lampiran A. 1.0 UCAPAN PRESIDEN KELAB MERANGKAP PENGERUSI MESYUARAT Tuan pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab yang dapat hadir pada pagi ini. Beliau juga memaklumkan KSKBPT telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti dan mendapat sambutan agak baik dari kalangan ahli-ahli kelab KSK sendiri. 2.0 PENENTUAN KORUM DAN PERLANTIKAN JURUTULIS MESYUARAT 2.1 Mengikut rekod kehadiran, seramai 83 orang ahli yang berdaftar telah hadir ke mesyuarat kali ini. Oleh yang demikian, jumlah kehadiran ini adalah mencukupi korum yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli biasa. Hj. Wan Zulasmin telah mencadangkan Puan Norhana bt. Muhamad Yusuf dilantik menjadi Jurutulis Mesyuarat dan cadangan ini disokong oleh En. Abd. Kadir b. Ahmad.

2.2 3.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6(2010). Setiausaha kehormat membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke 6 (2010) seperti lampiran D (muka surat 19-27). En. Arshad bin Mohd Dahari mencadangkan supaya minit mesyuarat tersebut diterima dan telah disokong oleh En. Hasrol Redzuan b. Mustafa.

4.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6(2010).

4.1 Imbuhan Tetap Kepada AJK Sebagai Galakan/Tarikan


Telah diambil tindakan. Makluman

4.2 PERKARA 4.7 : Pindaan Undang-undang Kelab: Logo dan Motto


Telah diambil tindakan.

Makluman

4.3 PERKARA 4.8 : Pindaan Undang-undang Kelab: Ahli Bersekutu.


Telah diambil tindakan Makluman 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN BIRO-BIRO 5.1 LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT Setiausaha Kehormat telah membentangkan laporan seperti yang terkandung di dalam Lampiran E (muka surat 29-35), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7/2010 dan beberapa penjelasan telah diberikan kepada perkara-perkara berikut: 5.1.1 Kepelbagaian Servis dan Perkhidmatan Untuk Ahli (Perkara 1.1) Insentif seperti kemudahan pinjaman kepada ahli dari RM300 - RM1000 hanya akan disediakan bergantung kepada kedudukan kewangan KSKBPT dan bayaran balik dilakukan melalui potongan Biro Angkasa. Begitu juga dengan kemudahan Rumah kelab dan Homestay KSKBPT yang mendapat sambutan dari pelbagai pihak Kelab bercadang/dalam proses memohon sebuah lagi rumah Kuarters JMG bernombor 8 (rumah en.Fuzi) dari pentadbiran BPT untuk dijadikan rumah Kelab ke-2. 5.1.2 Statistik Kedudukan Kewangan Semasa Kelab (Perkara 1.4) Setiausaha Kehormat memaklumkan statistik kewangan Kelab agak menurun pada tahun 2009 dan dijangka akan lebih menurun pada tahun 2010 kesan dari langkah berjimat cermat oleh Bahagian kewangan JMG dalam penyediaan makanan / minuman bagi mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat Jabatan. 5.2 LAPORAN BENDAHARI KEHORMAT Bendahari Kehormat telah membentangkan laporan seperti yang terkandung di dalam Lampiran E (muka surat 36-40), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7/2010 dan beberapa ulasan telah diberikan kepada perkara-perkara berikut: 5.2.1 Menyediakan hadiah percuma (Perkara 2.1.2) Jumlah ahli kelab yang membuat potongan yuran melalui Biro Angkasa telah meningkat sehingga 44% melalui beberapa insentif seperti pemberian hadiah percuma, pelupusan baki yuran, bantuan segera kepada ahli-ahli yang membuat potongan yuran melalui Biro Angkasa. Kelab juga akan menghantar usul sekali lagi kepada Pendaftar Pertubuhan dengan Klausa-klausa yang lebih longgar untuk kemudahan bersama. 5.2.2 Potongan Biro Angkasa (Perkara 2.2) Pembayaran yuran melalui potongan Biro Angkasa boleh dibuat dengan kadar segera kerana Kelab telah membeli peralatan untuk tujuan tersebut yang berharga RM280. 5.2.3 Web Team (Perkara 2.3) Web Team telah membeli 1 domain dengan kos sebanyak RM120 dan domain ini perlu diperbaharui setiap tahun. 5.2.4 Pelancaran Laman Web Baru Kelab Pelancaran Laman Web Baru Kelab ini sedikit sebanyak telah menambah sumber pendapatan Kelab apabila Promosi Rumah Kelab dilakukan secara online. Ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi sumber kewangan Kelab pada masa akan datang.

5.2.5

Aktiviti Kiosk KSKBPT (Perkara 2.5.1) Keuntungan bersih Kiosk BPT agak menurun sedikit akibat langkah berjimat cermat oleh bahagian kewangan dalam penyediaan makanan/minuman bagi mesyuaratmesyuarat di peringkat BPT.

5.3

LAPORAN BIRO KEBAJIKAN Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Kebajikan telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di muka surat 46-47, Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2010).

5.3

LAPORAN BIRO REKREASI Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Rekreasi telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di muka surat (48-53), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2010).

5.4

LAPORAN BIRO SUKAN Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Sukan telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam Lampiran E (muka surat 41-45), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2010).

5.5

LAPORAN BIRO HELWA Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Helwa telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di muka surat 51-53), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 (2007).

6.0

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2009 En. Mohd Zahar bin Ibrahim selaku Bendahari Kehormat Kelab telah membentangkan laporan kedudukan kewangan Kelab seperti yang terkandung di dalam Lampiran F (muka 54-65), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7 (2010). En. Arshad membangkitkan isu Caj Perkhidmatan RHB di dalam Penyata Pembayaran (muka surat 59) yang berjumlah RM16.00. Bendahari memaklumkan caj tersebut adalah caj bagi perkhidmatan pembatalan palang bagi sesetengah cek pembayaran yang diterima oleh Kelab. En. Arshad juga membangkitkan isu mengenai Laporan Kewangan tidak disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira. Namun begitu isu yang dibangkitkan hanya kekeliruan pada nama jawatan Juruaudit Dalaman yang juga bermaksud Pemeriksa Kira-kira. Makluman PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KSKBPT SESI 08/10 Tuan Presiden iaitu Tn Hj Zaidi Bin Mohd Hasan dengan secara rasminya mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan bagi Sesi 2008/2010 dan membuka kepada sesi mesyuarat untuk meneruskan agenda pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baru Kelab bagi sesi 2010/2012.

7.0

8.0

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU KSKBPT BAGI SESI 2010/2012 Bagi sesi Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru KSKBPT bagi sesi 2010/2012 berjalan lancar Pengerusi Pemilihan telah dilantik secara automatik iaitu En. Abdul Rani b. Abu Bakar.

8.1

Bagi Jawatan Presiden Kelab, En Hasrol telah mencadangkan En. Abdul Kadir dan disokong oleh En. Wan Zulasmin dengan catatan undian paling tinggi iaitu sebanyak 37 undian.

8.2

Bagi Jawatan Timbalan Presiden, En. Arshad Dahari telah mencadangkan En. Dzazali Ayub dan disokong oleh Tn. Hj. Zaidi dengan catatan undian paling tinggi iaitu sebanyak 29 undian. Bagi jawatan Bendahari Kehormat mesyuarat dengan sebulat surat mengekalkan En. Mohd. Zahar sebagai Bendahari Kehormat memandangkan pengalaman luas yang dimiliki dalam menyelenggara kewangan kelab. Bagi jawatan Penolong Bendahari Kehormat, Pn. Rubiah telah mencadangkan En. Arshad b. Dahari dengan catatan undian paling tinggi iaitu 27 undian. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengerusi memaklumkan penggundian perlu dibuat berdasarkan undian dan keputusan undian adalah seperti berikut:Nama Calon Pn. Rahmah bt. Kasim Tn. Hj. Wan Zulasmin b. Ibrahim En. Khatib b. Md. Yan En. Zahrunajmi b. Mohd Salleh En. Azrul b. Ariffin Pn. Ramlah bt. Satar Pencadang Pn. Rozana bt. Zabri Tn. Hj. Zaidi b. Hassan En. Muhamad Zabidi b. Ahmad Darbi En. Sabadun b. Yatim Pn. Ramlah bt. Satar En. Mohd. Zahar b. Ibrahim Jumlah Undi 44 36 32 29 28 28

8.3

8.4 8.5
Bil 1 2 3 4 5 6

8.6

Bagi Jawatan Pemeriksa Kira-kira/Juru Audit Dalaman, seramai 2 orang diperlukan untuk jawatan ini. Oleh itu, En. Mohd. Rizal b. Jasmin telah mencadangkan En. Yusuff b. Abu Hassan dan disokong oleh En. Arisman b. Seruji. Manakala En. Wan Zulasmin telah mencadangkan Pn. Salbiyah bt. Yakob dan disokong oleh Pn. Rahmah bt. Kasim. Dengan ini En. Abdul Rani sebagai Pengerusi Pemilihan telah mengesahkan bahawa namanama seperti di atas secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2010/2012. Bagi jawatan Setiausaha Kehormat dan Pen. Setiausaha Kehormat, jawatan ini dilantik sendiri oleh Presiden di kalangan Ahli KSKBPT.

8.7

9.0

SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA BARU KSKBPT SESI 2010/2012 Berikut adalah senarai penuh berdasarkan keputusan pemilihan yang telah dibuat untuk perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru KSKBPT Sesi 2010/2012. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jawatan Disandang Presiden Timbalan Presiden Setiausaha Kehormat Timb Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Timb. Bendahari Kehormat AJK AJK AJK Senarai Nama Penyandang En. Abdul Kadir b. Ahmad En. Dzazali b. Ayub - Dilantik Presiden- Dilantik PresidenEn Mohd Zahar Bin Ibrahim En. Arshad b. Mohamed Dahari Pn. Rahmah bt. Kasim Tn Hj. Wan Zulasmin b. Ibrahim En. Khatib b. Md. Yan

10 11 12 13 14. 10.0

AJK AJK AJK Pemeriksa Kira-kira/Juru Audit Pemeriksa Kira-kira/Juru Audit

En. Zahrunajmi b. Mohd. Salleh En. Azrul b. Ariffin Pn. Ramlah bt. Satar En. Yusuff b. Abu Hassan Pn. Salbiyah bt. Yakob

PEMBENTANGAN USUL 10.1 AKTIVITI KEBAJIKAN En Mohd Fuzi memaklumkan bahawa En. Ahmad Zulkifli b. Kamaruzaman mencadangkan supaya memperbanyakkan aktiviti kebajikan Kelab seperti melawat rumah anak-anak yatim, membersih kawasan kubur dan menziarahi rumah balu/duda kakitangan JMG yang sudah meninggal supaya hubungan silaturrahim tidak terputus di samping dapat kita bermuhasabah diri dengan aktiviti yang dijalankan. Tindakan : Biro Kebajikan INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK En. Mohd Zahar mencadangkan agar diwajibkan ahli-ahli Kelab menyertai skim insurans takaful berkelompok berjumlah RM60 setahun, di mana bayaran hanya sebanyak RM5 setiap bulan dikenakan dan ia boleh dilakukan melalui potongan BIRO ANGKASA. Cadangan ini menerima sambutan agak positif namun terdapat pandangan yang berbeza dan berbelah bahagi dari ahli. Antaranya Encik Arshad yang seperti kurang yakin sama ada skim ini dijalankan melalui orang perseorangan kepada agen atau dijalankan terus secara langsung dengan syarikat Takaful. En. Mohd Zahar memaklumkan bahawa KSKBPT sendiri adalah agen kepada ahli-ahli yang menyertai skim ini nanti dan berurusan terus dengan syarikat Takaful Malaysia. Tindakan : Bendahari Kehormat STATUS AJK DAN AHLI En. Hasrol Redzuan mencadangkan pada mesyuarat-mesyuarat pemilihan yang akan datang supaya mengekalkan AJK yang aktif. Beliau juga mencadangkan agar diberi perhatian kepada ahli yang tidak membayar yuran kerana ahli-ahli seperti ini tidak berhak untuk bersuara di dalam mana-mana mesyuarat KSKBPT yang dijalankan. Tindakan : Presiden / Bendahari Kehormat SUMBANGAN AHLI KELUARGA En. Hasrol juga mencadangkan agar menaikkan sumbangan ahli keluarga kepada ahli KSKBPT yang dimasukkan ke hospital. Tindakan: Presiden / Bendahari Kehormat YURAN KELAB En. Hasrol mengesyorkan semua ahli KSKBPT membayar yuran keahlian melalui potongan gaji melalui Biro Angkasa dengan keizinan ahli itu sendiri bukan terhad kepada ahli baru yang mendaftar bagi sesi 7/1010 sahaja. Tindakan : Bendahari Kehormat SUKAN BADMINTON Encik Arisman memohon agar pihak Kelab dapat menambah pembiayaan sewaan gelanggang badminton dari RM50 ke RM100 memandangkan sukan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Tindakan: Bendahari Kehormat/Pengerusi Biro Sukan SUKAN BOLA SEPAK

10.2

10.2

10.3

10.4

10.5

10.6

11.0

En. Zamrizun mencadangkan menubuhkan pasukan bola sepak memandangkan buat masa ini ramai dikalangan ahli yang mengambil inisiatif sendiri dengan membiayai perlawanan yang diaturkan. Beliau juga berharap pihak Kelab dapat membiayai sewaan padang dan khidmat pengadil sebanyak RM50 seperti yang dilakukan sebelum ini. Walaupun dalam sukan ini ada beberapa pemain luar yang diundang namun pembiayaan ini hanya terhad kepada ahli KSKBPT yang terlibat sahaja. Tindakan: Bendahari Kehormat/Pengerusi Biro Sukan HAL-HAL LAIN 11.1 Langkah Berjimat Cermat Encik Nordin Abdullah membangkitkan isu langkah berjimat cermat setelah meneliti statistik kewangan dalam Laporan Bendahari Kehormat yang menunjukkan penurunan sumber perolehan kewangan. Kelab perlu mencari jalan lain untuk menambah sumber pendapatan sedia ada. Tindakan : Presiden Rumah Kelab Ke-2

11.2

12.0

En. Arisman telah menyuarakan ketidaksesuaian untuk mengambil Kuarters No: 8 (rumah En. Fuzi) untuk dijadikan rumah Kelab ke-2 memandangkan kawasan tersebut seringkali banjir apabila hujan lebat. Kelab pasti akan menanggung kerugian besar apabila setiap kali banjir berlaku. Tindakan : Presiden UCAPAN PENANGGUHAN Tn. Hj. Mohd Zaidi bin Mohd Hasan selaku Presiden Kelab memohon agar semua ahli Kelab memberi kerjasama di dalam semua aktivi-aktivi yang akan dijalankan oleh Kelab. Akhir sekali, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli serta AJK di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

13.0

PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan Mesyuarat Agung yang akan datang akan ditentukan kemudian.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh::

................ (PUAN NORHANA BT. MUHAMAD YUSUF) Pencatat Minit Disahkan Oleh:

(MOHD FUZI BIN HASHIM) Setiausaha Kehormat

.. (TN HJ MOHD ZAIDI BIN MOHD HASAN) Presiden

LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG KSKBPT KALI KE-05 (2008) BIL. NO. AHLI NAMA 173 ABDUL AZIZ BIN MOD. NOOR 197 ABDUL KADIR BIN AHMAD 85 ABDUL RANI BIN ABU BAKAR 65 AHMAD ISMAIL BIN NAZRI 137 AHMAD NASIR BIN YAHYA 171 ARISMAN BIN SERUJI 202 ARNIDA BINTI ARIPIN 90 ARSHAD BIN MOHAMED DAHARI 4 AZHARI BIN AHMAD 193 AZRUL BIN ARIFIN 36 CHE ESHAH BINTI SULAIMAN 13 DZAZALI BIN AYUB 110 FAHIMAH ZAIDAH BINTI ZAINUL ABIDIN 106 FAIRUL AZIZAN BIN SHAHINI 158 FARAWAHIDA BINTI KHUSNAN 209 HAIRANI SHAM BINTI MANAS 145 HAMID BIN MOHAMED ZAKARIA 139 HASRINI SHIMA BINTI HAMDAN 120 HASROL REDZUAN BIN MUSTAFA 121 IDI AZHAR BIN HARUN 108 IFTIHARMAN BIN ISHAK 39 JUWAIRIAH BINTI ABDUL HAMID 165 KAMARDIN BIN YAAKUB 189 KHAIRUL AFENDI BIN MOHAMED 102 KHALID BIN ARSHAD 78 KHATIB BIN MD. YAN 84 LATIFAH BINTI HASHIM 160 MARIHAM BINTI YAACOB 196 MOHAMAD ALIFF BIN ZAMZURI 113 MOHAMAD BIN KASIM 205 MOHAMAD FADZLIE BIN MANAP 175 MOHAMAD FAZIL BIN ABDUL HAMID 130 MOHAMAD JO BIN IBRAHIM 170 MOHAMAD TAMIN BIN SHAARI 127 MOHAMAD YUSOFF BIN ABU HASAN 118 MOHD FAUZI BIN MUHAMMAD SAID 100 MOHD FUZI BIN HASHIM 172 MOHD HAFIZ BIN MOHD ALWI 155 MOHD RAIS BIN RAMLI 86 MOHD RIZAL BIN JASMIN

151 153 81 16 204 167 1 44 208 150 185 186 105 40 103 136 163 114 141 129 59 82 28 168 166 143 178 161 58 154 149 112 77 164 169 180 188 203 138 107 140 195 70 199

MOHD SABRI BIN MANSOR MOHD SHAFIE BIN SHAARI MOHD ZAHAR BIN IBRAHIM MOHD ZAIDI BIN MOHD HASAN MUAZ BIN JUSOF KHADIDI MUHAMAD ZABIDI BIN AHMAD DARBI MUHAMMAD SAFFUDIN BIN SAFFIAI NAZILAH BINTI AHMAD NAZRI NIK HERYSHAMZELY BIN DERAMAN NOORIAH BINTI MOHD ALI NORAN ALWAKHIR BIN SHAARANI NORDIN BIN ABDULLAH NORHAIDAH BINTI SEHAT NORHANA BINTI MUHAMAD YUSUF PAUZI BIN AHMAD PETRI JAMALIAH BINTI MEGAT DAHALAN RAHMAH BINTI KASIM RAMLAH BINTI SATAR RASHID BIN SHAPEE ROBIAH BINTI ABD. RAHMAN RODZIAH BINTI HUSAIN ROZANA BINTI ZABRI SABADUN BIN YATIM SHAHALUDDIN BIN HASIM SAIFUL BAHARIL BIN ABU BAKAR SALASIAH BINTI DIN SALBIYAH BINTI YAKOB SARINAH BINTI SUBOH SITI NUR IDYANI BINTI YAHAYA SURAYA BINTI ABDULLAH SANI TAN KIN CHING THANGAVELU A/L RAMEN WAN ZULASMIN BIN WAN IBRAHIM ZAHRUNAJMI BIN MOHD SALLEH ZAINUDDIN BIN BAKAR ZAINUNAZIZ BIN AB RAHMAN ZAITUN BINTI OTHMAN ZAKARIA BIN HUSAIN ZAMRIZUM BIN JAAFAR ZULIANA BINTI AB. HAMID ZULIANA BINTI TUKIAR ZUNITA BINTI YAACOB ZURAIDA BINTI ABD. RANI

Anda mungkin juga menyukai