Anda di halaman 1dari 3

PENDINDING JIN DARI ASAR KE ASAR...

Iaitu amalan yang berkhasiat untuk menjauhkan seseorang daripada di dekati jin dari Asar keAsar keesokan harinya...

Maka ia diamalkan pada waktu Asar dan sebaikbaiknya selepas Solat asar...

Amalannya :

1.Baca Suroh Al fatihah 1 x.

2.Baca Salawat 3 x.

3.5 Ayat awal Suroh Al Baqoroh.

4.Ayat Kursi.

5.Ayat-Ayat penutup Suroh Al Baqoroh bermula ...Aamanarrosuul....hingga tamat.

6.Baca Doa ini sekurang-kurangnya 3 x.

...A uuzubillaahissamii el Aliimi minash syaitoonirrrojiim...3x( Ertinya...saya berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi maha mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam...) ( sila belajar dari orang yang tahu sebutan betulnya...)

7.baca Ayat Lau Anzalna 1 x.

Sekiranya anda dalam keadaan memerlukan maka

Doa no 6 dibaca 21 x dan Ayat lau Anzalna dibaca 3 x.

Bacaan Asas 10 Pertama


Muqadimah Bacaan Asas 10 Pertama Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang, bisa juga racun. Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu a minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama. Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata: Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai. Dia menjawab, Ya! Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan alHamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t. Bacaan :

1- Alfatihah Terjemahan: (1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. Terjemahan: (21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaanperumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,

Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)