Anda di halaman 1dari 6

MENYUSURI SIRAH RASULULLAH DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar

iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi. KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian dan tenteranya meruntuhkan Kaabah di Mekah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. Akhirnya tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil. Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih dalam kandungan. Baginda dilahirkan, tidak menangis sebagaimana bayi2 biasa. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira dengan kelahiran Nabi

Muhammad. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi. KISAH PENYUSUAN Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. Dalam rombongan bani Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskin yang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. Disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ,walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi... Dipendekkan cerita,ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah.

Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. NABI YATIM PIATU Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya.

PENGAJARAN/IKTIBAR 1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda 4. kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 7. Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.

SOALAN DARI CERITA DI ATAS Tahun 6 1. Kenapakah anak bangsawan arab dihantar kedesa setelah di lahirkan 2. Sebutkan 2 perkara luar biasa ketika nabi Muhammad dilahirkan 3. Bagaimanakah keadaan kuda halimatussadiah ketika sebelum membawa NM Tahun 5 1. Apakah agama yg dianuti oleh orang Nasrani sesebelum islam 2. Apakah yang mereka lakukan jika melahirkan anak perempuan 3. Kenapakah mereka ingin meruntuhkan kaabah Tahun 4 1. Kenapakah anak bangsawan arab dihantar kedesa setelah di lahirkan 2. Bagaimanakah keadaan kuda halimatussadiah ketika sebelum membawa NM 3. Apakah yang mereka lakukan jika melahirkan anak perempuan Tahun 3 1. Apakah yang ditunggang oleh ketua tentera yang ingin meruntuhkan kaabah. 2. Apakah nama ketua yg meruntuhkan kaabah 3. Siapa kah nama bapa saudara nabi Muhammad yang membuat kenduri besar besaran kerana kelahiran NM Tahun 2 1. Sebutkan nama ibu susu NM berdasarkan cerita tadi 2. Siapakah nama ibu NM 3. Siapakah yg menjaga NM setelah kematian ibunya Tahun 1 1. Siapakah Nama nabi kita 2. Apakah nama binatang yang menghancurkan tentera abrahah 3. Apakah nama tahun kelahiran NM

Anda mungkin juga menyukai