Anda di halaman 1dari 7

2.

AKTIVITI 3 - APAKAH MENDEFINISI SECARA OPERASI?

Salah satu keputusan secara operasi yang paling penting seorang saintis perlu lakukan ialah untuk menentukan bagaimana ukuran sesuatu pembolehubah itu dibuat. Kaedah yang digunakan untuk mengukur pembolehubah adalah mendefinisi secara operasi. Mendefinisi secara operasi menentukan cara ukuran dibuat. Setelah saintis menentukan kaedah, kaedah tersebut mestilah dilaporkan kepada saintis lain supaya mereka boleh menguji hasil penyiasatan tersebut. Mana-mana saintis boleh membaca definisi secara operasi dan dengan mudah memahami atau melakukan ukuran yang sama. Contoh di bawah menunjukkan definisi operasi bagi pembolehubah.

Contoh Pertama. Seorang pelajar mahu menguji kesan vitamin C ke atas kesihatan pelajar dalam kelasnya. Pembolehubah kesihatan pelajar boleh didefinisikan dengan cara berikut. Bilangan yang mengalami selesema dalam masa sebulan. Bilangan hari yang tidak hadir disebabkan sakit dalam sebulan. Bilangan mereka yang batuk dalam sebulan.

Contoh Kedua. Seorang pelajar mahu menguji kesan poster Jangan Buang Sampah keatas masalah sampah di sekolah. Pembolehubah masalah sampah-sarap boleh didefinisi melalui cara berikut. Bilangan pembalut gula-gula di taman permainan. Bilangan beg sampah sarap yang dikumpulkan, Bilangan tin aluminium di courtyard.

Tugasan anda adalah untuk memikirkan definisi operasi yang boleh digunakan untuk mengukur pembolehubah dalam beberapa situasi. Sebelum itu, lihat contoh .

25

Seorang pelajar ingin mengukur penyerapan tuala kertas. Oleh itu, pembolehubah adalah penyerapan. Pelajar mestilah menghasilkan definisi secara operasi bagi mengukur penyerapan tuala kertas. Dia menghasilkan 3 definisi secara operasi.

Celupan: Mengukur jumlah air yang tinggal selepas kertas tandas yang terperonyok diletakkan dalam 25 ml air selama 5 minit. Curahan/ tuang: Mengukur jumlah air yang terkumpul selepas 25 ml air telah dituang ke tisu tandas yang terperonyok. Kenaikan: Mengukur ketinggian air yang dicapai selepas hujung tuala kertas yang dilipat dimasukkan ke dalam air selama 15 minit.

Fikirkan definisi secara operasi yang mungkin boleh digunakan untuk mengukur pembolehubah dalam situasi berikut.

1. Seorang pelajar berminat terhadap magnet. Dia hendak mengukur kekuatan magnet kesukaannya. Definisi secara operasi bagi pembolehubah kekuatan magnet Kebolehan magnet untuk menarik klip kertas.

2. Seorang pelajar berminat dalam menyiasat percambahan biji benih. Definisi secara operasi bagi pembolehubah percambahan Ketinggian anak pokok selepas seminggu

3. Seorang pelajar hendak mengukur minuman bergas manakah yang menjadi pilihan rakan sekelas. Definisi secara operasi bagi pembolehubah minuman bergas pilihan Bilangan tin minuman bergas yang dibeli oleh pelajar mengikut jenis dalam seminggu

26

4. Seorang pelajar hendak mengetahui tahap rakan sekelasnya minat dalam membaca buku-buku tentang Sains. Definisi secara operasi bagi pembolehubah minat membaca buku-buku tentang Sains. Bilangan buku Sains yang dipinjam oleh pelajar di perpustakaan pada setiap bulan.

5. Seorang pelajar hendak mengetahui jika belajar mempengaruhi gred Sains. Definisi secara operasi bagi pembolehubah belajar Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk belajar sains pada setiap hari.

MENDEFINISI PEMBOLEHUBAH SECARA OPERASI

1. Seorang guru berminat dalam menyiasat kesan kerja rumah ke atas keputusan ujian. Apakah dua definisi secara operasi bagi kerja rumah ? a) Bilangan soalan yang telah dijawab oleh murid dalam seminggu b) Bilangan pelajar yang tidak membuat kerja rumah dalam seminggu

2. Seorang peniaga kedai runcit ingin mengetahui jika papan iklan mempengaruhi jualan. Berikan dua definisi secara operasi bagi pembolehubah papan iklan a) Jumlah jualan selepas papan iklan dipasang dalam seminggu. b) Bilangan pembeli yang datang ke kedai selepas papan iklan dipasang dalam seminggu. 3. Seorang pelajar hendak mengukur pizza topping manakah yang menjadi pilihan rakannya. Apakah definisi secara operasi bagi pembolehubah pizza topping preference? a) Bilangan pelbagai jenis pizza yang dibeli oleh pelajar setiap hari dalam seminggu b) Jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli pizza dalam seminggu.
27

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Di akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan yang berikut.

1.

Apakah yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini?

Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi adalah memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu. Hal ini bermakna kemahiran ini melibatkan proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Saya juga mendapati bahawa mendefinisi secara operasi juga adalah merupakan pelaporan tentang kaedah khusus mengukur sesuatu kuantiti fizik supaya orang lain yang membaca laporan tersebut dapat mengulangi pengukuran itu. Dengan penguasaan kemahiran ini juga, ia dapat membantu untuk mengukur pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan. Secara langsung, ia dapat memudahkan penyiasatan

dilakukan dengan lebih lancar kerana objektif yang ingin dicapai telah dicatatkan terlebih dahulu. 2. Bahagian manakah yang terdapat di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini?

Merangkumi topik sains dari tahun 1 hingga tahun 6.

28

3.

Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti bagi mendefinisi secara operasi merupakan salah satu bagi pengaplikasian kemahiran proses sains dalam menjalankan sebuah eksperimen dengan langkah yang betul. Oleh itu, bagi aktiviti mendefinisi secara operasi, saya akan membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa soalan, pembelajaran kooperatif boleh dijalankan bagi menggalakan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kelompok. Hal ini membolehkan pertukaran idea dan pemeriksaaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Kemudian, murid akan diminta untuk memberikan tafsiran tentang sesuatu konsep berdasarkan pemerhatian tersebut. Seterusnya, digunakan untuk mendefinisikan pembolehubah atau fenomena yang tidak dapat diukur secara langsung. Daripada aktiviti yang telah dilakukan itu, seterusnya saya akan menjelaskan hasil daripada aktiviti yang dilakukan dan apakah objektif yang ingin dicapai.

4.

Kreativiti adalah elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam kemahiran proses mendefinisi secara operasi.

Semasa melaksanakan kemahiran mendefinisi secara operasi, kreativiti murid dapat dipupuk dan dikembangkan dengan baik. Melalui proses

kemahiran ini, murid akan menggunakan idea kreatif mereka untuk menghubungkaitkan iaitu di mana murid dapat membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan sepanjang melakukan pemerhatian. Selain itu, murid juga akan dapat meningkatkan kreativiti mereka dengan menguasai kemahiran membuat gambaran mental. Melalui kemahiran ini,
29

murid dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea atau konsep dalam minda dan fikiran mereka. Sebagai contoh, murid dapat memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu Seterusnya ialah murid dapat menjanakan idea di mana murid mampu menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Melalui pemerhatian, murid akan berfikir dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara dan akan mencari perkaitan terhadap apa yang berlaku. 5. Dalam mengembangkan kebolehan pelajar berfikir dan bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik untuk seorang guru menggalakkan perkembangan kreativiti. Bincangkan perkara yang kamu boleh lakukan? (5 markah)

Untuk pengembangan kreativiti yang berkesan, sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik. Selain dapat mengembangkan kreativiti murid, aktiviti hands-on dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran sains. Aktiviti handson berupaya meningkatkan sifat inkuiri murid dan meningkatkan kemahiran sains seperti kemahiran memerhati dan menginterpretasi data. Guru juga boleh melaksanakan teknik pelaksanaan projek bagi mengembangkan kreativiti murid. Murid akan dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyiapkan tugasan dengan idea yang bernas melalui bimbingan daripada guru. Guru juga boleh menggunakan teknik sumbangsaran di dalam kelas. Teknik ini boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu (Said & Yunos, 2008). Teknik ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat.
30

Guru

juga

boleh

melaksanakan

pengajaran

koperatif

seperti

menjalankan eksperimen yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif. Murid dalam pengajaran koperatif tugasan bekerja dalam kumpulan untuk membuat

menyempurnakan

kumpulan,

bertukar

pendapat,

perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah.

31

Anda mungkin juga menyukai