Anda di halaman 1dari 24

AHLI KUMPULAN :

Norazlin Bt Mustapa Nur Ain Bt Husin

ISU KESIHATAN
Kesihatan murid prasekolah perlu diberi perhatian serius. Kesihatan murid prasekolah merangkumi pemakanan, kebersihan dan jangkitan penyakit.

Dari segi pemakanan, setiap prasekolah telah diberikan menu sihat atau menu seimbang yang perlu dipatuhi oleh guru. Menu sihat ini bersesuaian dengan keperluan zat makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran.

Sambungan..

Namun begitu, adakah semua prasekolah mengikut menu yang telah ditetapkan??? Masih terdapat banyak prasekolah yang tidak mengikut menu, alasannya adalah masalah kewangan dan sukar untuk menyediakan menu tersebut. Dari segi kebersihan, guru hendaklah memastikan prasekolah dalam keadaan bersih terutama di bahagian dapur dan tandas.

Sambungan.

Prasekolah yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah akan mengundang pelbagai penyakit kepada kanak-kanak seperti demam, selsema, keracunan makanan dan batuk. Seterusnya, jangkitan penyakit. Prasekolah perlu peka dengan penyakit yang boleh berjangkit seperti ciritbirit dan penyakit kaki, tangan dan mulut.

Jika seorang kanak-kanak dikesan mempunyai penyakit berjangkit, kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan bersekolah.

Sambungan..

Persoalannya, adakah pihak prasekolah peka terhadap isu ini???? Contohnya, pernah berlaku seorang kanak-kanak mati disebabkan penyakit kuku, tangan dan mulut. Setelah disiasat, prasekolah kanak-kanak tersebut mempunyai kes penyakit itu sebelum ini. Namun tiada tindakan diambil oleh guru seperti membersihkan tempat dan peralatan ataupun menutup sementara prasekolah tersebut.

ISU KESELAMATAN
Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa bermain. Mengawasi kanak-kanak Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang pergaduhan. Penggunaan selipar ke tandas kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin. Pembalutan span pada tiang yang keras membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih selamat.

Sambungan..
Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering

- Guru sentiasa meneliti keadaan lantai prasekolah.Lantai harus kering dan bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Pintu pagar ditutup mengikut waktu - Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan ini akan membahayakan kanak-kanak. Pinggan dan cawan plastik digunakan - Kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika makan. Jika perkakas ini terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak mengundang risiko kecederaan kepada kanak-kanak berbanding jika menggunakan perkakas kaca.

KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH


Guru dan pembantu sentiasa memberi perhatian dan mengawal kanak-kanak yang sedang bermain di luar. Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik yang boleh mengurangkan risiko kecederaan. Semua longkang adalah bertutup. Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian kanak-kanak.

KESELAMATAN DI DALAM BILIK DARJAH


Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa kepada kanakkanak ketika aktiviti berkumpulan. Alatan yang digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting yang hujungnya tidak tajam. Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanak-kanak tidak keluar sewenangwenangnya. Perlatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain diletakkan di tempat yang selamat dan tinggi. Semua perabot berbucu bulat yang lebih selamat. Semua peralatan elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi. Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dan baru.

KESELAMATAN DI TANDAS
Lantai di dalam tandas adalah bersih dan kering. Guru dan pembantu sentiasa memastikan paip air, sinki dan pam tandas berfungsi dengan baik. Tiada bahan-bahan pencuci bertoksik yang disimpan di dalam tandas.

Kanak-kanak disediakan alas kaki yang sesuai untuk ke tandas agar kanak-kanak tidak jatuhketika di tandas.

KESELAMATAN RUANG DAPUR DAN TEMPAT MAKAN


Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang tidak mudah pecah dan berkarat.

Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran guru atau pembantu.
Dapur adalah di dalam keadaan yang bersih dan kemas.

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG MENEPATI PANDUAN

Pagar sentiasa berkunci sepanjang persekolahan

Kawasan taman permainan yang berpagar

Taman permainan di alas dengan karpet yang diperbuat daripada bahan fiber

Pusat permainan air mestilah bersih dan kosong jika tidak digunakan

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG TIDAK MENEPATI PANDUAN

Alatan permainan yang rosak masih tidak diperbaiki

Alatan permainan yang sudah berkarat dan rosak

Taman permainan berhampiran dengan kawasan pembakaran sampah

Kedudukan bangku yang berhampiran dengan longkang

ISU PENGLIBATAN MURID


Penglibatan murid dalam prasekolah sudah semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini adalah kerana kesedaran ibubapa tentang betapa pentingnya pendidikan awal bagi anak-anak mereka. Berbeza dengan masa dahulu, di mana ibu bapa lebih berasa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana masih kecil.

Kesannya, banyaklah prasekolah telah wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Sambungan
Guru perlu memikirkan bagaimana cara untuk melakukan penglibatan kanak-kanak dalam proses p & p secara menyeluruh. Penglibatan kanak-kanak haruslah dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak dalam belajar Contoh penglibatan seperti penyoalan, melibatkan pelajar dalam aktiviti lakonan, nyanyian dan permainan Guru perlu sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar

Sambungan.
Persoalannya sekarang adakah penglibatan murid sekarang dalam p&p bersesuaian dengan perkembangan mereka ??

Dewasa ini, kanak-kanak prasekolah lebih ditekankan untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sehingga guru lupa tentang fitrah kanak-kanak yang lebih kepada bermain dan keseronokan.

Sambungan.
Tambahan pula, desakan dan kemahuan ibubapa yang lebih kepada kecemerlangan anak-anak mereka dalam akademik menyebabkan guru membuat p & p dan cara pengajaran yang menekan dan memaksa kanak-kanak. Ini memberi impak yang besar kepada kanakkanak di masa akan datang kerana mereka tidak berpeluang untuk bergembira dan berseronok dalam dunia kanak-kanak mereka.