Anda di halaman 1dari 4

TM

BIL. 13 / NOVEMBER2012

enquiry@utmspace.edu.my

utmspace 2012

2nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON

WATER RESOURCES

Pada 5 hingga 6 November 2012 yang lalu, telah berlangsungnya Persidangan 2nd International Conference on Water Resources (ICWR2012) bertempat di Langkawi, Malaysia. Sebanyak 148 kertas kerja, yang dihadiri oleh seramai 108 orang pembentang dan 101 orang peserta persidangan. ICWR2012 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, iaitu YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Tema persidangan ini adalah Perkongsian Pengetahuan Berkenaan Isu-isu Perkaitan dalam Pengurusan Sumber Air bagi Menghadapi Perubahan Dunia Pada Masa Hadapan. Persidangan ini bertujuan untuk membawa bersama-sama ahli akademik, saintis, pengamal dari pelbagai disiplin yang terlibat dalam penyelidikan air, jurutera, penyelidik dari industri dan penyelidikan dari Universiti untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mereka berkenaan hasil penyelidikan serta pengurusan sumber air yang efektif dan berkesan serta membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi dan penyelesaian yang digunakan. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengkaji dan memahami strategi pengurusan air yang sedia ada serta sumber yang diterima pakai di Malaysia, dan berkongsi maklumat dengan tenaga pakar dari negara-negara lain. ICWR2012 membariskan penceramah ucaptama yang sememangnya pakar dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan sumber air iaitu: 1. Dr Olivia la O 'Castillo, ahli Lembaga Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu Penasihat Setiausaha Agung, Air dan Sanitasi (UNSGAB); 2. Profesor Dr. P. P. Mujumdar, Pengerusi jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Persatuan Antarabangsa bagi Penyelidikan Hidro-persekitaran (IAHR); 3. Profesor Shahbaz Khan, Timbalan Pengarah dan Senior Programme Specialist UNESCO Jakarta; 4. Profesor Soontak Lee, President of UNESCO IHP Intergovernmental Council serta Profesor dari Yeungnam University, Korea; 5. Profesor Dr. Ahmad Khairi bin Abd. Wahab, Pengarah Coastal and Offshore Engineering Institute (COEI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.

Persidangan ini juga melibatkan saintis fizikal, ahli biologi, ahli-ahli sains komputer, matematik, ekonomi, pengurus pelancongan, ekologi dan sosial serta ahli politik sains yang terlibat secara langsung dengan sumber air dan kemampanannya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan kepakaran bagi menghadapi perubahan dunia berkenaan dengan pengurusan sumber air.

UTMSPACE Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia, 34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor, Malaysia Tel : 607-521 2000

PC REPAIR WORKSHOP
15 16 OKTOBER 2012 LAB KOMPUTER, BANGUNAN UTMSPACE, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR Kursus ini telah dijalankan pada 15 16 Oktober 2012 yang bertempat di Lab Komputer, Bangunan UTMSPACE Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bengkel ini menyentuh kepada kepentingan kepada sesiapa yang memiliki komputer sendiri dimana mereka mahu melakukan penambahbaikan iaitu dari segi teknologi maklumat dan sokongan teknikal terhadap kemahiran membaiki komputer. Penceramah bengkel ini adalah Puan Raja Aida Raja Shaharuddin iaitu pensyarah di Bahagian Komputer Sains, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Beliau juga merupakan seorang instruktor penyelenggaraan komputer dan mengajar subjek pembaikian komputer.

Jom Sihat
KARNIVAL & SEMINAR
K e A r a h K e s i h a t a n M e n y e l u r u h
Pada 19 21 Oktober 2012 yang lalu, telah berlangsungnya Karnival dan Seminar Jom Sihat yang bertempat di Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Program ini dianjurkan bersama Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan, Unit Sukan dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor. Objektif karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada umum tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan kepakaran dan perkongsian ilmu dalam menjaga kesihatan holistik. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya Seminar Jom Sihat, Pertandingan Mewarna, Gerai Jualan dan Pameran, Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan dan Ujian Kecergasan Percuma, Pertandingan Futsal, Jom Aerobik, Jogathon dan Treasure Hunt. Selain itu karnival ini diserikan lagi dengan kehadiran krew MyTV3. Selain itu untuk acara malam telah diadakan Ceramah Agama oleh Ustaz Hj. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan untuk malam seterusnya diadakan Malam Gala Karnival yang diserikan oleh artis terkenal tanah air iaitu Azlan & The Typewritter, Salma Mentor dan Zatul Mentor. Selain itu, seminar Jom Sihat telah diwarnai dengan kehadiran barisan penceramah yang hebat dan terkenal. Penceramah yang turut serta dalam seminar ini ialah Kevin Zahri, Dr. Nurashikin Ibrahim, Coach Omar Ali dan Puan Siti Fariza. Seramai 47 orang peserta dari pelbagai organisasi telah menyertai seminar ini. Diharap Karnival dan Seminar Jom Sihat ini berjaya memberi input serta kesedaran berkaitan isu-isu kesihatan dan gaya hidup seharian, cara pemakanan yang sempuna dan cara pencegahan dan rawatan.

UTMSPACE Kuala Lumpur: Lot 195A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-2772 2500

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL


JOHOR BAHRU Berikut adalah senarai Program Pembangunan Profesional yang telah dijalankan sepanjang bulan Oktober BIL
1 2 3 4 5 6 7

PROGRAM
Bengkel Pembangunan Standard dan Sistem Akreditasi Berdasarkan Ketetapan Dublin Accord Workplace Ergonomic Risk Assessment (WERA) Diagnostic Tool Take Charge! Pembangunan Kurikulum "Modular-Based Course" (Siri 2) Karnival Jom Sihat 2012 2 day PIC Microcontroller : Hands-on- Workshop Microsoft Powerpoint

TARIKH
1 - 5 Okt 2 - 3 Okt 10 Okt 10 - 12 Okt 19 - 21 Okt 20 - 21 Okt 22 - 23 Okt

TEMPAT
La Grandeur Palm Resort, JB Jab. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, JB SUP Sarawak Tower Regency Hotel, Ipoh UTM Johor Bahru UTM Johor Bahru UTM Johor Bahru

Berikut adalah senarai Program Pembangunan Profesional yang ditawarkan sepanjang bulan November - Disember 2012 BIL
1 2 3 4 5
nd

PROGRAM
2 International Conference on Water Resources (ICWR 2012) Kursus Asas Kontraktor Binaan Asian Summit on Health Engineering (ASHE 2012) & Symposium on Health Biomechanic 2012 My English Camp International Conference on Interactive Digital Media (ICIDM 2012)

TARIKH
5 - 9 Nov 16 - 18 Nov 28 Nov - 1 Dis 16 - 18 Nov 30 Nov - 2 Dis 3 - 4 Dis

TEMPAT
Bayview Hotel, Langkawi MCM I Tech Development Sdn Bhd, Kuala Terengganu UTM Johor Bahru UTM Johor Bahru Bayview Hotel, Langkawi

KUALA LUMPUR Berikut adalah senarai Program Pembangunan Profesional yang dijalankan sepanjang bulan Oktober 2012 BIL
1 2 3 4

PROGRAM
Workplace Ergonomic Risk Assessment (WERA) Diagnostic Tool Bengkel Setiausaha Super! PC Repair Workshop Touch Typing

TARIKH
8 - 9 Okt 10 - 11 Okt 15 - 16 Okt 15 - 16 Okt

TEMPAT
Jab. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Bangi Institut Latihan Pos Malaysia, Bangi UTMSPACE, Kuala Lumpur UTMSPACE, Kuala Lumpur

Berikut adalah senarai Program Pembangunan Profesional yang ditawarkan sepanjang bulan November Disember 2012 BIL
1 2 3 4 5 6

PROGRAM
Have Fun with English Association of Asia-Pacific Business Schools Annual Conference & Meeting 2012 (AAPBS 2012) Satellite Communication Engineering : The Wave Propagation Perspective Have Fun with English PC Repair Workshop Microsoft Office (Word, Excel & Power Point)

TARIKH
21 Nov 27 - 28 Nov 10 - 11 Dis 12 Dis 17 - 18 Dis 17 - 19 Dis

TEMPAT
UTMSPACE, Kuala Lumpur UTM KL UTMSPACE, Kuala Lumpur UTM Kuala Lumpur UTMSPACE, Kuala Lumpur UTMSPACE, Kuala Lumpur

UTMSPACE Pulau Pinang : 70-31,32 & 33, DPiazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-6422 140

INFO TERKINI

UTMSPACE Kota Bharu : PT813-816 Tingkat 2, Wisma Redland, Jalan Sri Cemerlang 8/27, 15300 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia Tel: 609-747 1700

Anda mungkin juga menyukai