Anda di halaman 1dari 1

Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar menafaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus. Keterangan/Hujah: 1. Lintah dan cacing sebenarnya merupakan haiwan yang memberi manfaat kepada manusia sama ada dari sudut perubatan, pertanian, kosmetik dan lain-lain. Sehubungan itu, pendapat yang mengharuskan berjual beli dengan kedua-dua jenis haiwan ini lebih sesuai diamalkan kerana kegunaannya adalah pelbagai dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Para fuqaha tidak mengharuskan berjual beli dengan barang yang tidak bermanfaat seperti semua jenis haiwan kecil ( , ) haiwan buas yang tidak sesuai untuk berburu dan seumpamanya. 2. Para fuqaha sepakat tentang kesucian haiwan air dan keharusan penggunaannya untuk tujuan perubatan dan kosmetik walaupun ia tidak boleh dimakan. Berasaskan konsep urf yang disebut sebelum ini, bahawa lintah dan cacing merupakan haiwan khabis yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam, para fuqaha sebenarnya telah mempunyai pandangan dalam hal ini iaitu kesemua Imam Mazhab bersepakat bahawa bangkai haiwan akuatik sama ada ikan atau lainlain adalah suci, ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Ia bersih airnya dan halal bangkai-bangkai didalamnya. 3. Uruf masyarakat Islam menganggap lintah dan cacing sebagai benda kotor yang tidak boleh dimakan. Walaubagaimanapun, mengikut hukum asal dan pandangan ulama, binatang air seperti lintah dan cacing tidak dikategorikan sebagai najis. Sekiranya dianggap sebagai najis, banyak persoalan berkaitan hukum yang perlu diselesaikan. Umpamanya seorang yang sedang bersolat di tanah lapang dan digigit lintah, adakah sembahyang tersebut batal atau tidak. Begitu juga ikan yang diberi makan cacing, adakah ikan tersebut boleh dimakan atau tidak. Selagimana tidak dikategorikan sebagai najis, manfaat daripada kedua-dua haiwan ini boleh diambil oleh masyarakat Islam.

Anda mungkin juga menyukai