Anda di halaman 1dari 11

1

Jawapan

BAB 1
SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D 11 C 16 C 21 B 26 C 2 7 12 17 22 27 C B D B D A 3 8 13 18 23 28 D D C D C B 4 9 14 19 24 29 A B C C C C 5 10 15 20 25 30 C B D D C D 15 16 17 18 19 20 21

SOALAN STRUKTUR 1 salima 2 Ibadah 3 roh, jasmani 4 Akidah/tauhid 5 (a) Penempatan manusia di sesuatu tempat. (b) Peningkatan kualiti kehidupan. (c) Sistem organisasi dan institusi sosial yang tersusun. (d) Sistem bahasa dan sistem tulisan yang hidup. (e) Sistem undang-undang dan moral yang berwibawa. 6 (a) Atid (d) Nakir (b) Ridhuan (e) Isral (c) Izrail 7 (a) Ibadah (c) Munakahat (b) Muamalat (d) Jinayat 8 umum 9 (a) Zihar (d) Fasakh (b) Taklik (e) Talak (c) Khuluk 10 sunnah alam 11 wahyu 12 ujian 13 khalifah 14 (a) Mencipta manusia

(b) Menetapkan peraturan dan perundangan (c) Memberikan kebebasan memilih teori ilmu akal subjek, objek aksiologi wahyu/nakal (a) Sifat dasar sesuatu pengetahuan (b) Keesahan sesuatu pengetahuan (a) Makruh (d) Wajib (b) Harus (e) Haram (c) Sunat

SOALAN ESEI Soalan 1 Istilah tamadun merupakan istilah terkini yang digunakan bagi menggambarkan budaya dan peradaban kehidupan manusia. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan, peradaban. Istilah tamadun sering kali digunakan dalam menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam kehidupan mereka, khususnya dari sudut kebendaan dan perkembangan pemikiran yang tinggi. Dari sudut bahasa, istilah tamadun berasal dari bahasa Arab dan kata dasarnya adalah din yang bermaksud agama, atau gambaran kehidupan beragama. Dari perkataan din maka lahirlah perkataan maddana, merujuk kepada pembukaan bandar serta perlakuan sopan dan halus. Pada kurun ke-19, istilah civilization mula digunakan di Eropah bagi merujuk kepada maksud ketamadunan dan peradaban hidup manusia. Civilization berasal daripada perkataan civitas, perkataan dalam bahasa Latin yang memberikan maksud bandar atau kota.

Pengajian Islam 2E

Manakala pada abad ke20, istilah madaniyyat dan tamadun mula diperkenal dan digunakan secara meluas. Farid Wajdi dan Muhammad Abduh mula memperkenalkan serta menggunakan istilah Madaniyyat bagi menggambarkan maksud ketamadunan. Jurji Zidan pula memperkenalkan istilah tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun alIslami (Sejarah Tamadun Islam). Istilah tamadun seterusnya diguna pakai sehingga sekarang. Soalan 2 Ibadah ialah perkara asas dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap aktiviti dalam kehidupannya boleh dijadikan sebagai ibadah. Malah, penciptaan manusia dan penghantarannya ke bumi atas tujuan beribadah kepada Allah. Dari sudut bahasa, perkataan ibadah merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal dari kata dasar abada, abdun. ibadatan. Perkataan tersebut merujuk kepada maksud merendahkan diri, tunduk, taat dan patuh. Dari sudut istilah syarak, perkataan ibadah menerangkan situasi ketaatan dan penyerahan diri yang disertai dengan perasaan kecintaan, kepatuhan dan ketakutan kepada Allah sematamata demi mendapat keredaan-Nya. Ibadah terbahagi kepada dua kategori, iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah umum merupakan ibadah yang tidak ditentukan sifat, syarat dan peraturannya secara khusus oleh al-Quran ataupun Sunnah. Manakala ibadah khusus pula, merupakan ibadah yang telah ditentukan syarat serta peraturannya oleh alQuran atau al-Sunnah. Antara contoh ibadah khusus adalah solat, puasa, zakat dan sebagainya. Solat, misalnya, mempunyai rukun dan syaratnya yang tertentu. Setiap tindakan atau aktiviti hanya diterima sebagai ibadah sekiranya memenuhi beberapa syarat, iaitu beriman kepada Allah, ikhlas dan Ittiba (mencontohi Rasulullah SAW.) Tanpa syarat-syarat tersebut, tidak ada satu pun tindakan dan perlakuan manusia dapat dikategorikan sebagai ibadah. Tanpa ibadah, maka makin jauh seseorang individu dari mencapai tujuan penciptaannya dan juga matlamat akhir kehidupannya, iaitu mendapatkan keredaan Allah.

Soalan 3 Perpisahan dan perceraian adalah suatu perkara halal yang amat dibenci Allah. Ia bukanlah hak mutlak suami. Isteri juga diberikan hak untuk memohon perpisahan. Justeru, perpisahan dan perceraian dalam Islam dibahagikan kepada: Talak: perceraian yang dijatuhkan oleh suami. Talak terbahagi kepada talak satu dan dua yang boleh dirujuk semula melalui kata-kata ataupun perbuatan, dan talak tiga yang hanya boleh dirujuk melalui perkahwinan semula setelah si isteri dinikahi oleh lelaki lain terlebih dahulu. Khuluk: dikenali juga dengan tebus talak, di mana bayaran dikemukan sebagai balasan untuk perceraian. Bagi khuluk, tidak boleh rujuk semula kecuali nikah semula. Fasakh: talak yang dijatuhkan oleh hakim berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak isteri. Taklik: Perceraian akan berlaku berdasarkan syarat yang telah dipersetujui. Zihar: Suami menyamakan sebahagian daripada zikal isteri dengan perempuan yang haram dinikahinya. Bagi zihar, isteri haram disetubuhi sebelum dibayar kafarah atau hendaklah diceraikan. Dari segi hukum, talak dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu; Talak Sunni Talak Bidi Rujuk atau kembali bersatu sebagai suami isteri adalah dibenarkan. Hukum rujuk boleh dibahagikan kepada: Talak satu atau dua sudah disetubuhi boleh rujuk Talak tiga tidak boleh rujuk Talak belum disetubuhi tidak boleh rujuk Khuluk tidak boleh rujuk Fasakh tidak boleh rujuk Edah ialah tempoh isteri yang telah diceraikan sama ada hendak rujuk atau hendak bernikah lain. Edah boleh diterangkan seperti berikut: Perempuan dicerai sudah pernah disetubuhi (3kali suci) tidak mengandung. Perempuan dicerai sedang mengandung (hingga bersalin). Perempuan dicerai putus haid, sudah tua (3bulan sahaja). Perempuan kematian suami (4 bulan 10 hari). Perempuan dicerai belum pernah disetubuhi (tiada edah).

Jawapan

Soalan 4 Kamus Dewan mendenisikan hak sebagai kebenaran, kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu, dan milik serta kepunyaan. Hak Allah dalam konteks ini bermaksud milik Allah yang mesti dikembalikan oleh manusia. Antara hak dan milik Allah yang mesti ditunaikan oleh manusia adalah mengenal Pencipta, mengetahui dan mengamalkan peraturan serta perundangan Allah, menggunakan kuasa memilih yang diberikan oleh Allah untuk memilih kebaikan, melaksanakan ibadah dan sentiasa mengingati diri tentang pembalasan serta akibat yang akan ditanggung di akhirat kelak sebagai balasan tindakan pilihannya semasa hidup di dunia. Manusia perlu mengiktiraf Allah sebagai Pencipta manusia dan alam sekitarnya, bersamasama dengan peraturan dan perundangannya sekali. Allah menetapkan peraturan dan perundanganNya bagi setiap makhluk-Nya, termasuklah manusia dan alam sekitarnya. Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna dan diiktiraf sebagai sebaik-baik kejadian. Allah telah memberikan akal kepada manusia untuk berkir dan membuat pertimbangan antara baik dan buruk. Manusia tidak diberikan kebebasan mutlak. Kebebasan dalam Islam adalah yang tidak dikuasai oleh tuntutan nafsu. Soalan 5 Manusia dan alam diciptakan oleh Allah. Wujud kesalingan serta kebergantungan antara manusia dan alam. Alam ini dan segala ciptaan yang ada di dalamnya diciptakan oleh Allah SWT demi kepentingan manusia. Dan tugas utamanya adalah memanfaatkannya dan merenungkan asal-usulnya sehingga dengan cara itu ia dapat menemukan Khaliqnya. Alam yang diciptakan oleh Allah ini, selain berperanan sebagai tempat kediaman manusia, turut berperanan memberikan kehidupan kepada manusia. Manusia amat bergantung kepada alam kehidupannya. Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan. Manusia sedar tentang manfaat yang boleh didapati daripada alam.

Manusia perlu berusaha memelihara dan memulihara alam kerana manusia amat berpotensi melakukan kerosakan di muka bumi. manusia. Manusia dan alam ialah makhluk ciptaan Allah, namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk yang lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab kekhalifahannya.

BAB 2
SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D 2 B 7 A 3 D 8 C 4 C 9 B 5 C 10 A

SOALAN STRUKTUR 1 (a) Wujud penempatan masyarakat (b) Wujud peningkatan kualiti kehidupan (c) Wujud sistem organisasi dan institusi sosial yang baik dan sistematik (d) Wujud bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri (e) Wujud sistem undang-undang dan sistem moral berwibawa 2 Kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi, sekolah, observatori, perpustakaan, naungan kepada saintis, mengendalikan kajian-kajian teknologi dan saintik. 3 al-Madinah al-Fadilah, al-Siyasah alMadaniyyah, Kitab al-Jam. 4 pembuatan kertas, kemunculan elemen MingTang dalam kimia Islam. 5 (a) Tamadun Greek (b) Tamadun India (c) Tamadun Parsi (d) Tamadun China 6 (a) kesejagatan (b) keterbukaan (c) kewujudan sepanjang zaman (d) toleransi terhadap agama serta budaya lain (e) kesatuan dalam kepelbagaian 7 ilmu pengetahuan, tinggalan artifak, tamadun lain yang terhampir 8 civilization 9 keilmuan, kekuasaan 10 Ibn Battutah 11 Ibn al-Haytham 12 Arab

Pengajian Islam 2E

SOALAN ESEI Soalan 1 Memang wujud interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat. Interaksi menjadi hebat apabila kegemilangan Tamadun Islam di Andalus menarik minat orang-orang Barat. Universiti Cordova di Andalus telah menarik minat pelajar di Barat untuk belajar di Andalus. Kesediaan orang Barat untuk menguasai bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantar dunia Islam ketika itu memudahkan lagi proses interaksi antara dua tamadun ini. Malah bahasa Arab pernah diberikan kedudukan yang sama tarafnya dengan bahasa Latin yang menjadi bahasa rasmi di Barat. Bahasa Arab juga menjadi bahasa pengantar pengajian ilmu perubatan. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat juga berlaku apabila wujudnya Universiti Naples. Hal ini kerana universiti ini ditubuhkan untuk mengembangkan lagi sains Muslim ke Eropah. Interaksi antara kedua tamadun juga berlaku apabila karya Ibn Sina, iaitu al-Qanun alTib dijadikan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran ilmu perubatan di Universiti Montpellier yang terletak di Peranchis Selatan. Soalan 2 Konsep dan perspektif tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun Barat. Hal ini kerana, Tamadun Islam menekankan kesepaduan ilmu dan kerohanian, manakala Tamadun Barat menekankan kepada pengkhususan ilmu dan menganggap segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal kiran manusia tanpa pertolongan daripada tuhan. Konsep kesepaduan ilmu dalam Tamadun Islam terserlah apabila kebanyakan daripada golongan sarjana Muslim yang terlibat memajukan Tamadun Islam ialah golongan yang menjadikan pengajian agama sebagai ilmu asas. Hanya selepas itu barulah mereka mempelajari ilmu sains. Oleh itu, mereka menguasai kedua-dua bentuk ilmu. Ibn Sina misalnya telah dapat menghafal alQuran sejak berusia 10 tahun, mula menjadi doktor yang berkaliber semasa berusia 16 tahun

dan pada usia 18 tahun pula, beliau sudah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang wujud pada masa itu. Konsep kerohanian dalam tamadun Islam pula memberi maksud bahawa tamadun tersebut sentiasa mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep-konsep dasar dalam Islam dan sentiasa berharmoni dengan prinsip-prinsip agama. Antara konsep dasar dalam Islam adalah tauhid yang boleh difahami dalam dua maksud. Pertama ialah ia berkait dengan pandangan Islam terhadap kosmos. Segala yang terdapat di dalam kosmos sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan juga planet adalah ciptaan Allah. Manakala yang kedua pula ialah segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah adalah dengan perancangan tertentu yang hanya diketahui olehNya. Kesemua ini menjadi bukti bahawa tamadun Islam tidak memisahkan antara ilmu wahyu dengan ilmu intelek. Malah, ilmu wahyulah yang telah meletakkan kajian-kajian dalam konteks intelek ke tahap yang sewajarnya dengan sifat manusia itu sendiri. Sementara itu, konsep pengkhususan ilmu yang ditekankan dalam Tamadun Barat pula dilakukan kerana golongan yang terlibat dalam Tamadun Barat berpendapat bahawa bidang ilmu terlalu luas dan mustahil bagi seseorang itu boleh mengetahui semua bidang ilmu. Oleh itu, Tamadun Barat menjadi begitu menjurus. Ini adalah hasil dari kaedah turunisme yang disarankan oleh Descartes dan Bacon. Kaedah ini menghendaki berlakunya pemisahan antara satu persoalan yang ingin ditangani dengan persoalan lain, dan masalah yang diselesaikan itu hanyalah masalah pokok semata-mata. Ini membawa kepada tanggapan bahawa Tamadun Barat itu bebas nilai, neutral dan objektif. Ekoran daripada kaedah ini juga, maka wujudlah golongan intelek dalam Tamadun Barat yang hanya mahir dalam bidang pengkhususan semata-mata. Golongan ini juga tidak ingin mengambil tahu bidang ilmu yang lain.

Jawapan

Selain itu, tamadun Barat juga berpegang kepada konsep bahawa segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal kiran manusia tanpa pertolongan daripada tuhan. Soalan 3 Tamadun Islam menjadi gemilang dengan bantuan beberapa faktor. Pertembungan antara Tamadun Islam dengan tamadun purba di Timur Tengah adalah salah satu daripada faktor tersebut. Pertembungan ini berlaku di Mesir, apabila kawasan tersebut sudah pun menyerap Tamadun Yunani yang tiba di sana melalui peluasan jajahan oleh Alexander the Great, dan kemudiannya bertembung dengan Tamadun Islam yang mula masuk ke sana setelah Iskandariah ditakluki oleh tentera Islam. Selain itu, polisi sains negara juga turut membantu menambahkan kegemilangan Tamadun Islam. Polisi ini antara lainnya melibatkan kegiatan penterjemahan karya saintik dari tamadun lain ke dalam bahawa Arab. Penterjemahan ini memudahkan masyarakat Islam untuk memahami dan mengkaji tamadun lain dan kemudian menjadikannya sebagai asas dan panduan dalam memperkembangkan tamadun mereka pula. Polisi sains negara juga melibatkan penubuhan akademi, sekolah, observatori dan perpustakaan. Akademi seperti Bayt al-Hikmah dan Dar alHikmah, masjid yang berfungsi sebagai sekolah, madrasah dan universiti seperti al-Azhar, Zaytuniyyah dan Qarawiyyin, perpustakaan seperti Khizanat al-Hikmah serta observatori yang muncul di dunia Islam telah menyediakan ruang yang sangat luas kepada kegemilangan Tamadun Islam. Kegemilangan Tamadun Islam turut dipacu oleh naungan yang diberikan kepada saintis, termasuk gaji, pencen, tempat tinggal di istana khalifah dan sebagainya. Kajian-kajian teknologi dan saintik yang dilakukan oleh saintis dalam Tamadun Islam juga dikenal pasti sebagai fakta yang membawa kepada kegemilangan Tamadun Islam. Soalan 4 Evolusi sains memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun manusia.

Evolusi sains bermula dengan penterjemahan karya saintik dari tamadun lain seperti Greek, India dan juga Parsi. Sains terus berevolusi apabila mula timbul penyelidikan dan inovasi. Contohnya, cerapan-cerapan dalam bidang astronomi bagi menghasilkan penciptaan yang berterusan. Sains terus berkembang apabila saintis mula menghasilkan karya-karya asli mereka. Contoh karya asli yang dihasilkan ialah al-Jabr wa alMuqabalah oleh al-Khwarizmi. Ketika sains berada pada peringkat penterjemahan, ia telah berjaya meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana penterjemahan dilakukan dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab. Ketika sains berevolusi hingga ke tahap penyelidikan dan inovasi, sumbangannya kepada tamadun manusia antara lainnya ialah dari segi pengenalan sistem angka dan angka sifar seperti yang dilakukan oleh al-Khwarizmi. Apabila sains berevolusi hingga ke tahap penghasilan karya asli pula, ia juga turut menyumbang kepada tamadun manusia apabila karya asli yang dihasilkan itu boleh digunakan sebagai penyelesaian kepada masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam dalam kehidupan seharian mereka seperti harta pusaka dan jual beli. Soalan 5 Bidang perubatan mencapai kemajuan yang besar dalam Tamadun Islam. Kemajuannya boleh dilihat dari segi penghasilan karya yang kemudiannya dijadikan rujukan di Eropah, dan juga menerusi kewujudan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Karya agung dalam bidang perubatan yang dihasilkan oleh tamadun Islam ialah al-Qanun al-tib yang ditulis oleh Ibn Sina, al-Hawi yang dihasilkan oleh al-Razi dan al-Tasrif yang ditulis oleh al-Zahrawi. Al-Qanun al-tib ialah sebuah karya perubatan yang hebat dan merupakan hasil gabungan pengalaman perubatan Yunani dan Arab, selain cerapan yang dilakukan oleh Ibn Sina sendiri. Kemajuan dari segi kemudahan pula ialah pembinaan hospital, klinik swasta, kedaikedai ubat dan sekolah-sekolah farmasi di

Pengajian Islam 2E

seluruh kerajaan Islam. Malah, pada zaman pemerintahan khalifah Harun al-Rashid sahaja, terdapat 35 buah hospital dibina di seluruh negara. Kemajuan kepada bidang farmakologi. AlZahrawi misalnya telah mencipta alat pemuntah, ubat yang digunakan sebagai alat pencegah kehamilan, memperkenalkan penggunaan ubatan berbentuk cecair dan membuat pil daripada sedikit dadah bagi tujuan pengubatan pelbagai penyakit. Pengenalan beberapa alat yang digunakan dalam pembedahan juga adalah satu kemajuan besar Tamadun Islam dalam bidang perubatan. Antara alat tersebut adalah picagari pembedahan, bebenang pembedahan yang diperbuat daripada tali perut, sutera, rambut dawai emas ataupun perak dan pelbagai jenis pisau seperti scalpel, gunting, forcep dan gergaji. Tamadun Islam juga telah berjaya menghasilkan tokoh terkemuka dalam bidang perubatan dengan munculnya Ibn Sina, al-Razi, alZahrawi, Sinan bin Thabit, Ali bin al-Abbas al-Majusi, Ibn al-Jazzar al-Qayraqani al-Tunisi, Amar bin Ali al-Mawsali, Ibn Wad al-Andalusi, Ibn Tufayl dan Ibn al-Nas.

10 syair, puisi, prosa, pidato, risalah, qasidah, maqamat SOALAN ESEI Soalan 1 Konsep tauhid ialah prinsip kesenian Islam. Ia memberi maksud bahawa kesenian Islam berpaksikan agama dan bertujuan mempertingkatkan agama. Ia juga menunjukkan bahawa kesenian Islam bersumberkan wahyu al-Quran. Kewujudan konsep tauhid dalam kesenian Islam memberi gambaran bahawa Islam ialah pencetus idea dan kreativiti dalam melahirkan karya seni. Islam juga ialah paksi yang nyata dalam setiap proses kreativiti dan imaginasi seni. Seniman-seniman Islam berjaya membuktikan perletakan konsep tauhid sebagai paksi kepada kesenian Islam apabila mereka melahirkan karya seni yang tertakluk kepada peraturan keagamaan. Malahan, pada masa yang sama juga, mereka memastikan kehidupan mereka patuh dan tunduk kepada peraturan syariat agama. Apabila tauhid dijadikan asas dalam kesenian seni Islam, dengan demikian seni haruslah menjurus kepada pengabdian kepada Allah SWT. Seni haruslah dilahirkan untuk memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah SWT. Justeru, keseniaan Islam harus tunduk kepada kebenaran untuk mencari keredaan Allah SWT. Soalan 2 Kesenian Islam mempunyai beberapa prinsipnya yang tersendiri. Antaranya adalah prinsip mementingkan persoalan kebenaran. Misalnya, seni khat ialah seni tulisan yang mulia dalam Islam. Satu contoh yang ingin dipaparkan di sini ialah mesej yang hendak disampaikan menerusi seni khat, iaitu makna surah al-Ikhlas. Surah ini ditulis dengan menggunakan tulisan Arab. Penulisannya pula mematuhi kaedah dan adab seni khat. Namun, makna yang diberi telah menyeleweng dengan menyebut cacian terhadap Tuhan atau penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam hal ini, kebenaran makna sudah diabaikan. Keindahan bentuk tulisan itu penting, tetapi kebenaran makna juga perlu diberi kepentingan yang sama. Hal ini kerana, kesenian Islam ditegakkan atas prinsip mementingkan

BAB 3
SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D 2 D 7 D 3 D 8 A 4 B 9 C 5 D 10 A

SOALAN STRUKTUR 1 tauhid 2 agama, etika, estetika, intelek, sosial, diri sendiri 3 seni bina dan reka bentuk bangunan, kaligra, kesusasteraan dan persuratan/seni suara 4 Abd al-Malik bin Marwan, Byzantine, dekorasi, ukiran dan tulisan ku 5 banyak kisah, dikarang, disalin, kumpulankumpulan nasihat 6 batu jongkong, tanah liat 7 (a) Masjid Sehzade (b) Masjid Suleymaniye (c) Masjid Selimiye 8 geometri 9 nama buku dan kitab, hiasan lain

Jawapan

persoalan kebenaran. Kesenian Islam juga dihasilkan atas prinsip melibatkan hubungan kerohanian antara seniman dengan karya-karya seni. Hal ini kerana seni Islam berteraskan konsep tauhid serta pengabdian diri kepada Allah SWT. Prinsip yang sama juga menjelaskan bahawa seni mempunyai unsur rohani. Setiap manusia juga sebenarnya memiliki unsur rohani. Unsur rohani ini meliputi agama, etika, estetika, intelek, sosial dan diri sendiri. Aspek estetika inilah yang akan mewujudkan kesenian. Kesenian Islam juga ditegakkan atas prinsip melibatkan hubungan antara manusia dengan tuhan, alam sekitar, sesama manusia dan juga makhluk lain. Prinsip kesenian Islam juga adalah bersumberkan wahyu. Ini bermakna kesenian Islam bersumberkan al-Quran. Ini sekali gus menjelaskan bahawa Islam ialah pencetus idea dan kreativiti. Soalan 3 Kaligra dan seni bina adalah antara bidang kesenian Islam. Kaligra Islam dianggap sebagai bentuk geometri bagi unsur kerohanian. Istilah kaligra meliputi semua jenis tulisan. Namun, selama ini ia digunakan untuk merujuk kepada tulisan Latin. Walau bagaimanapun, hanya khat dan tulisan Cina sahaja sebenarnya yang diiktiraf sebagai tulisan kaligra. Seni khat mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan jiwa Islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf alQuran. Seni khat mengandungi lapan model, iaitu khat ku, khat thuluth, khat nasakh, khat farisi, khat riqah, khat diwani, khat diwani jali dan khat rayhani. Sementara itu seni bina Islam pula merupakan satu daripada kebudayaan Islam itu sendiri. Ia merupakan hasil usaha masyarakat Muslim untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani mereka. Contoh yang wajar dilihat ialah seni bina masjid. Dari segi jasmani, masjid khususnya pada zaman Rasulullah SAW menjadi pusat pentadbiran, tempat kegiatan kemasyarakatan, tempat bermesyuarat, tempat Baginda menerima perwakilan asing dan tempat Baginda

merancang strategi peperangan. Dari segi rohani pula, masjid ini berperanan sebagai pusat ibadat umat Islam. Ia turut berfungsi sebagai tempat kegiatan agama dijalankan seperti pengajaran agama kepada saudara-saudara baharu, peningkatan tahap pemahaman terhadap Islam dan beberapa aktiviti kursus jangka pendek. Soalan 4 Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Selimiye masing-masing mempunyai keunikan binaannya yang tersendiri. Keunikan Masjid Sehzade terserlah menerusi reka bentuk skala monumen yang berasaskan ruang yang luas dan pelbagai saiz kubah dan separa kubah. Selain itu, masjid ini juga unik kerana ia mempunyai halaman yang cukup luas, dihiasi dengan sardirvan (tempat wuduk) di tengahtengahnya. Keunikan Masjid Suleymaniye pula terserlah menerusi konsep kubah utama yang diapit dengan dua separa kubah; setiap separa kubah pula digabungkan dengan dua exedra. Kulliye ini pula mempunyai sebuah universiti, di samping 18 bangunan lain yang dibangunkan berdasarkan perancangan bandar yang tersusun. Kawasan arkednya yang beranjung dihiasi dengan sardirvan dibahagian tengahnya. Keunikan Masjid Selimiye pula tergambar menerusi pelbagai sudut. Keistimewaan masjid ini ialah bahagian utamanya berbentuk segi lapan, ketinggian empat menaranya, iaitu setinggi 70.9 meter di samping ukuran garis pusat kubah utamanya. Soalan 5 Seni suara salah satu dari bidang kesenian Islam. Seni suara yang melibatkan bidang muzik dan seni lagu turut menerima tempias ekoran kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Marhaban dan qasidah adalah sejenis lagu Arab. Namun, ia telah disesuaikan agar selari dengan cita rasa masyarakat Melayu. Ia biasanya membawa mesej mengenai ajaran Islam serta turut memuatkan puji pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Nasyid juga boleh dimasukkan ke dalam kategori seni suara. Ia merupakan sejenis lagu

Pengajian Islam 2E

tanpa iringan muzik. Namun, perkembangan mutakhir dalam industri hiburan khususnya di Malaysia menunjukkan bahawa nasyid juga sudah mula diiringi dengan muzik. Nazam dan ghazal juga merupakan antara perkara yang boleh disenaraikan di bawah seni suara. Nazam asalnya adalah zikir-zikir yang telah dimelayukan. Ia sangat popular di Terengganu. Kandungannya berkisar tentang cerita nabi dan para sahabat baginda. Manakala ghazal pula asalnya adalah puisi Arab yang membawa tema percintaan. Ia cukup terkenal di Johor.

8 umat yang menyuruh manusia lainmelakukan perkara kebaikan, umat yang mencegah manusia lain daripada melakukan kemungkaran, umat yang beriman kepada Allah 9 tidak menyekutukan Allah, tidak mensyirikkan Allah dengan makhluk lain 10 tidak melampau, tidak keterlaluan SOALAN ESEI Soalan 1 Memberi nama yang baik kepada anak mereka. Nama-nama yang elok diberikan ialah namanama nabi dan nama-nama malaikat. Namanama yang paling disukai Allah SWT adalah seperti Abdullah dan Abdul Rahman. Memberi nama anak pada hari ketujuh selepas kelahiran Melakukan akikah untuk anak tersebut. Akikah untuk anak lelaki disempurnakan dengan menyembelih dua ekor kambing. Akikah untuk anak perempuan disempurnakan dengan menyembelih seekor kambing. Akikah dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran. Mengajar al-Quran kepada anak, meliputi pengajaran tajwid, hukum-hakam dan tafsiran yang terkandung dalam al-Quran. Memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak, seperti mendidik anak agar tidak mensyirikkan Allah, mengasuh anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa, melatih anak mendirikan solat dan mendidik anak bersikap sederhana. Memberi nafkah kepada anak-anak. Nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal. Memberi kasih sayang kepada anak-anak. Berlaku adil terhadap anak-anak. Ibu bapa tidak boleh membeza-bezakan antara anak lelaki dengan anak perempuan, anak yang cacat dengan anak yang sempurna, anak kandung dengan anak tiri dan antara anak yang cantik dengan anak yang hodoh. Soalan 2 Keluarga nuklear ialah keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Keluarga luas ialah satu institusi yang meliputi keluarga nuklear, malahan lebih besar daripada itu. Keluarga ini mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga

BAB 4
SOALAN OBJEKTIF 1 A 2 A 3 C 6 A 7 B 8 D 11 D 4 B 9 A 5 D 10 D

SOALAN STRUKTUR 1 Berbincang dalam segala perkara, saling menasihati, saling bermaafan, mengeratkan hubungan dengan keluarga pasangan, menghormati ahli keluarga pasangan, solat secara berjemaah 2 (Mana-mana empat daripada yang berikut) (a) Memberi nama yang baik (b) Melakukan akikah (c) Mengajar anak membaca al-Quran (d) Memberikan pendidikan yang sempurna (e) Memberi nafkah daripada sumber yang halal (f) Memberi kasih sayang (g) Berlaku adil (h) Mendidik anak agar tidak mensyirikkan Allah (i) Mengasuh anak agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa (j) Melatih anak mendirikan solat (k) Mendidik anak bersikap sederhana 3 tujuh (ke-7) 4 Masyarakat 5 Menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, mengamalkan ajaran agama, menuntut ilmu, membantu golongan yang tidak berkemampuan, mengusahakan apa-apa pekerjaan yang halal untuk menyara keluarga 6 bangsa, bahasa, kebudayaan, agama 7 umat Islam yang terbaik

Jawapan

lain seperti datuk, nenek, cucu, menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara-mara yang lain. Keluarga luas adalah sebuah keluarga besar yang ahlinya lebih ramai berbanding keluarga nuklear. Malahan, keluarga luas boleh terdiri daripada tiga generasi atau lebih. Soalan 3 Ummah pertengahan dan ummah terbaik dikaitkan dengan umat Islam. Ummah pertengahan ialah umat yang adil dan umat pilihan yang sentiasa memiliki aspek kesederhanaan. Mereka tidak melampaui dan tidak keterlaluan dalam segala hal. Mereka hidup berlandaskan kesederhanaan, melakukan amalan secara sederhana dan tidak berlebihlebihan. Mereka cuba memenuhi keperluan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat Ummah terbaik pula memberi maksud bahawa mereka mempunyai kelebihan berbanding umat yang lain. Mereka menyuruh umat manusia lain melakukan perkara-perkara kebaikan, mengajak manusia lain menganut Islam, tidak jemu berdakwah dan menyebarkan perkara-perkara kebaikan. Mereka sendiri juga turut melakukan perkara-perkara kebaikan, di samping mencegah umat manusia lain daripada melakukan perkaraperkara kemungkaran. Ummah terbaik juga ialah umat manusia yang beriman kepada Allah SWT. Mereka mentauhidkan Allah SWT dalam erti kata tidak menyekutukan Allah SWT dan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk lain, menunaikan kewajipan sebagai umat Islam seperti yang terkandung dalam Rukun Iman danRukun Islam, mengamalkan akhlak yang mulia. Soalan 4 Masyarakat majmuk di Madinah ialah masyarakat majmuk yang awal pernah wujud dalam Tamadun Islam. Mereka terdiri daripada masyarakat Islam (puak Arab) dan masyarakat bukan Islam (puak Yahudi). Puak Arab terdiri daripada dua kabilah utama, iaitu Aus dan Khazraj. Mereka sebenarnya adalah bersaudara. Kedatangan mereka ke Madinah berlaku ekoran dari peristiwa sayl al-aram (banjir yang besar). Ketika mereka tiba

di Madinah, mereka mendapati kota itu sudah dihuni oleh puak Yahudi. Puak Yahudi pula terdiri daripada tiga kelompok utama. iaitu Yahudi Bani Qaynuqa, Yahudi Bani al-Nadir dan Yahudi Bani Qurayzah. Kelompok lain yahudi ialah Bani Ikrimah, Bani Muhammar, Bani Saidah, Bani Jusham, Bani Murad, Bani Auf, Bani al-Najjar dan Bani Thalabah. Puak Yahudi berbeza dengan puak Arab, namun mereka tinggal secara bersama. Sesetengah sumber mengatakan bahawa puak Yahudi Bani Qurayzah dan Yahudi Bani al-Nadir tinggal di samping puak Arab Aus di dataran tinggi. Manakala, puak Yahudi Bani Qaynuqa pula tinggal di samping puak Arab Khazraj di dataran rendah. Mereka mengamalkan ajaran agama yang berbeza. Puak Arab kebanyakannya menganut Islam. Manakala puak Yahudi pula dengan agama Yahudi. Soalan 5 Konsep keluarga dan masyarakat adalah berbeza. Sebagai sebuah keluarga, lazimnya mereka akan tinggal bersama dalam sebuah rumah, ataupun tinggal dalam rumah yang berbeza tetapi berdekatan. Ada juga yang tinggal berjauhan, tetapi mereka saling berhubung antara satu sama lain. Mereka juga mempunyai ikatan dan hubungan yang rapat antara satu sama lain. Keluarga juga boleh disifatkan sebagai satu kelompok khusus. Ia mengandungi ahli-ahli yang mempunyai hubungan darah antara sesama mereka. Setiap ahli keluarga pula mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas ahli yang lain. Keluarga juga dikaitkan dengan hubungan perkahwinan. Ada sesetengah keluarga hanya terdiri daripada keluarga nuklear. Manakala sesetengah yang lain pula disifatkan sebagai keluarga luas. Keluarga nuklear ialah keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Manakala keluarga luas pula merupakan satu institusi yang meliputi keluarga nuklear, malahan lebih besar daripada itu. Ini bermakna ia merupakan keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga lain seperti datuk, nenek, cucu,

10

Pengajian Islam 2E

menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara-mara yang lain. Manakala masyarakat pula ialah kelompok manusia yang terdapat dalam sesebuah negara. Dalam konteks masyarakat Islam, maka kelompok ini ialah manusia yang tentunya beragama Islam dan mempraktikkan ajaran Islam. Ini bermakna, mereka melaksanakan konsep asas Islam, iaitu amar makruf nahi mungkar. Dengan kata lain, mereka mengajak umat melakukan perkara kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. Masyarakat Islam ini tinggal dalam sebuah negara bersama-sama dengan masyarakat lain. Namun, pelaksanaan kehidupan mereka adalah berlandaskan nilai-nilai Islam.

SOALAN ESEI Soalan 1 Konsep pendidikan Islam diasaskan kepada aspek teras dalam Islam dan juga hubungannya dengan realiti kehidupan. Aspek teras Islam menekankan fahaman akidah kepada Allah SWT, fahaman syariat dan didikan akhlak. Manakala aspek hubungan ilmu teras Islam dengan realiti kehidupan pula memberi pelbagai cara dan kaedah berkaitan hubungan dengan pergolakan kehidupan manusia. Konsep ini memerlukan pembahagian ilmu dengan penamaan sebagai fardu ain dan fardu kifayah. Pembahagian ini juga menyifatkan seseorang itu perlu memahami dengan mendalam tentang aspek teras secara pasti dan berupaya merealisasikan pemahamannya dalam aktiviti kehidupan seharian seperti ekonomi, perubatan dan politik. Soalan 2 Proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya memerlukan adab tertentu yang sepatutnya dipatuhi oleh individu yang terlibat dalam proses itu. Apabila seseorang individu itu menuntut ilmu atau memberi ilmu, dia tidak hanya berurusan dengan dirinya sahaja, tetapi turut berurusan dengan gurunya, dan juga muridnya. Antara adab yang perlu diperhatikan adalah menghormati pihak lain. Murid hendaklah menghormati dan memuliakan gurunya kerana guru tersebut telah memberinya ilmu pengetahuan. Malah, keberkatan ilmu yang diperoleh tertakluk kepada penghormatan murid kepada gurunya. Guru juga hendaklah menghormati muridnya. Walaupun muridnya itu masih di peringkat kanak-kanak, mereka tetap perlu dihormati. Guru juga perlu menghormati ibu bapa muridnya. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka hendaklah menghormati guru anaknya. Ini kerana guru itu telah mencurahkan ilmu kepada anak mereka. Menjalin hubungan baik. Murid perlu menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan guru. Begitu juga guru perlu menjalin hubungan baik

BAB 5
SOALAN OBJEKTIF 1 A 6 B 11 B 2 D 7 D 12 C 3 D 8 C 13 B 4 C 9 D 5 A 10 C

SOALAN STRUKTUR 1 pendidikan seumur hidup, pembangunan seluruh potensi manusia secara bersepadu 2 fardu ain, fardu kifayah 3 menyebarkan ilmu pengetahuan, menggalakkan perbincangan ilmiah 4 rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam 5 tempat kanak-kanak belajar, membaca, menulis, asas-asas ilmu bahasa 6 tempat beribadat, tempat belajar, Basrah/ Kufah/Masjid Amr di Mesir/Masjid al-Haram 7 halaqah 8 menghafal fakta 9 (a) Memberi sokongan moral dan material kepada anggotanya yang terlibat dalam dunia pendidikan, khususnya pelajar (b) Memastikan tiada keciciran berlaku di kalangan anggotanya 10 Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin, Fakulti Sains Kemanusiaan 11 memenuhi kehendak pelbagai mazhab yang wujud dalam masyarakat pada masa itu 12 Institusi al-Mustansiriyyah

Jawapan

11

dengan murid dan ibu bapa. Manakala ibu bapa juga perlu menjalin hubungan baik dengan anaknya dan guru kepada anaknya. Hubungan baik ini penting supaya wujud sangka baik antara ketiga-tiga pihak. Mempunyai rasa belas kasihan. Guru hendaklah mempunyai rasa belas kasihan kepada muridnya. Perasaan ini secara tidak langsung akan mendorong guru untuk memperlakukan muridnya seperti mereka memperlakukan anaknya sendiri. Bertanya dengan hormat. Sebarang pertanyaan yang ingin dikemukakan hendaklah diajukan dengan hormat. Murid tidak sewajarnya bertanya sesuatu soalan semata-mata ingin menguji pengetahuan gurunya. Bagi pihak guru pula, setiap persoalan yang dikemukakan oleh murid perlu dijawab dengan baik. Soalan 3 Dalam sejarah Islam, institusi pendidikan dan pengajian telah wujud sejak zaman awal Islam lagi. Pada masa itu, Rasulullah SAW telah menjadikan rumah al-Arqam bin Abi alArqam sebagai pusat pendidikan dan pengajian terulung. Baginda sendiri turut bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan pengikutpengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Baginda. Perkembangan institusi pendidikan dan pengajian pada zaman-zaman berikutnya menyaksikan kewujudan institusi yang dicatatkan oleh sumber sejarah Islam sebagai institusi pendidikan dan pengajian dalam Islam. Antaranya, kuttab, masjid dan institusi pengajian tinggi. Kuttab ialah tempat kanak-kanak belajar. Ia menyediakan pelajaran asas kepada kanakkanak seperti mengajar menulis, membaca dan asas-asas ilmu bahasa sahaja. Kuttab menyediakan muridnya untuk menghadapi pelajaran di masjid dalam bentuk halaqah dan pelajaran di sekolah-sekolah. Masjid juga turut dijadikan sebagai tempat pengajian. Ia menjadi tempat tumpuan untuk mempelajari al-Quran dan juga al-Hadis, di samping mempelajari ilmu fekah. Antara masjid yang dijadikan sebagai tempat pengajian adalah seperti masjid di Basrah, Kufah, Masjid

Amr di Mesir, Masjid al-Haram dan lain-lain. Pembelajaran di masjid dijalankan dalam sistem halaqah. Institusi pengajian tinggi juga turut wujud dalam sejarah Islam. Pada masa itu, institusi pengajian tinggi meliputi masjid, institusi al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyah. Walaupun masjid turut berfungsi sebagai institusi pengajian tinggi, ia tidak melibatkan semua masjid. Antara masjid yang terlibat adalah masjid-masjid besar. Institusi al-Nizamiyyah dan institusi alMustansiriyah pula adalah dua institusi yang dibina khusus untuk dijadikan sebagai institusi pendidikan dan pengajian tinggi. Nama institusi al-Nizamiyyah diambil daripada nama pengasasnya, iaitu Nizam al-Muluk. Institusi ini menyediakan tiga fakulti utama, iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Sains Kemanusiaan. Antara pensyarah yang pernah berkhidmat di institusi ini adalah Abu Ishak al-Shirazi, Imam Abu Hamid alGhazali dan Baha al-Din bin Shaddad, iaitu profesor dalam bidang Sejarah. Institusi al-Mustansiriyyah pula dibina pada tahun 625H, ditubuhkan oleh Khalifah alMustansir bin al-Zahir. Beliau ialah khalifah kerajaan Abbasiyyah yang ke-36. Institusi ini ditubuhkan kerana wujudnya masyarakat berbilang mazhab di Baghdad pada masa itu. Antara tokoh yang pernah berkhidmat di institusi ini adalah Muhyi al-Din Abu Abd Allah bin Fadlan al-Baghdadi, Rashid al-Din Umar bin Muhammad al-Farghani, Muhyi al-Din Yusuf bin al-Faraj Abd al-Rahman al-Jawzi, Siraj al-Din bin al-Sharmashahi al-Maliki dan Muhammad bin Yaqub al-Dayanah. Soalan 4 Memang tidak dapat dinakan bahawa keluarga, masyarakat, ilmuwan/ulama dan juga pemerintah sama-sama bertanggungjawab dalam menjayakan sektor pendidikan. Bagi keluarga, mereka seharusnya memberikan didikan awal kepada anak-anak bagi tujuan mendedahkan anak-anak tersebut kepada dunia pendidikan. Keluarga juga hendaklah mengajar asas-asas ilmu seperti asas-asas membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak. Ini bermakna, sesebuah keluarga tidak boleh