Anda di halaman 1dari 1

DOA PERSARAAN TUAN HJ WAHID BIN SETIA TIMBALAN PENGARAH, BPI, KPM

P
.
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud, Pada waktu yang penuh kesyahduan ini kami merafakkan rasa setingi-tinggi kesyukuran ke hadratMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk merakamkan penghargaan dan pengiktirafan kepada Tuan Haji Wahid Bin Setia yang telah menikmati detik persaraannya setelah menabur jasa kepada peningkatan kemajuan bidang pendidikan. Ya Ghaniyyu Ya Hamiid Ya Mubdia Ya Muiid, Izinkan kami untuk melahirkan rasa syukur dan terima kasih kami kepada Mu atas nikmat kurniaan Mu yang telah menganugerahkan kepada kami seorang pemimpin yang berjiwa ikhlas, sentiasa berlapang dada dan bermanis muka dalam apa jua keadaan, sentiasa bersopan dalam menzahirkan ketegasan, sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan keperluan kakitangan dan sentiasa bersifat terbuka dalam mendapatkan pandangan dan cadangan. Sesungguhnya Tuan Haji Wahid Bin Setia telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada bidang pendidikan bukan sahaja ketika menjadi Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam tetapi juga semasa menjawat jawatan guru dan Ketua Sektor. Ya Allah Ya Qawiyyu Ya Matiin, Engkau terimalah segala sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Tuan Hj Wahid Bin Setia sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah diharungi sebagai Ibadah di sisi Mu. Panjangkanlah usia beliau dalam keadaan Iman dan Islam, semoga beliau dapat menyumbang terus idea, buah fikiran dan pandangan yang bernas demi kemajuan agama dan bidang pendidikan. Jadikanlah nilai-nilai keikhlasan, komitmen dan kesungguhan beliau sebagai pemangkin kepada perjuangan kami untuk melestarikan kesinambungan ke persada kecemerlangan pendidikan.