Anda di halaman 1dari 4

SMK.

KUALA REPAS, BENTONG, PAHANG KERTAS KERJA


MENCERIAKAN DAN MELENGKAPKAN BILIK KHAS BAHASA INGGERIS

2013
1.
Pendahuluan

Bilik Khas Bahasa Inggeris diwujudkan bertujuan untuk memastikan pengurusan bahan, fail dan alat bantu mengajar diatur dengan baik dan dengan ini akan memudahkan guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga perlu diceriakan dan dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya keberkesanan p&p adalah di tahap maksimum. Selain berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru SEMEKAR, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik murid-murid SEMEKAR untuk datang ke bilik Khas Bahasa Inggeris dengan lebih kerap. Keadaan bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan bilik tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah khususnya kepada murid-murid. Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti, dan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris maka Panitia Bahasa Inggeris SEMEKAR Bentong mengambil inisiatif untuk menceriakan dan melengkapkan Bilik Khas Bahasa Inggeris. Maka wajarlah ia dipertimbangkan dan mendapat perhatian untuk menjamin kualiti pendidikan anak didik di SEMEKAR Bentong bagi menjamin kecemerlangan pelajarnya pada masa akan datang yang semakin mencabar. 2. Objektif

Penggunaan yang optimum Bilik Khas Bahasa Inggeris dalam kalangan warga SEMEKAR dapat mendedahkan dan memupuk minat terhadap Bahasa Inggeris dalam bentuk penulisan atau lisan.

Membentuk suasana Bilik Khas Bahasa Inggeris yang lebih ceria dan selesa untuk kemudahan warga SEMEKAR. Dapat melahirkan murid yang cintakan ilmu yang dapat menggunakan Bahasa Inggeris dan mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan. Menempatkan bahan bacaan yang diminati murid untuk menambah ilmu pengetahuan.
3. Rasional & Matlamat

Memastikan Bilik Khas Bahasa Inggeris sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris supaya guru dapat mengakses bahan p&p dengan mudah dan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Meningkatkan kualiti pengurusan fail dan penyimpanan bahan bantu mengajar dengan lebih sistematik untuk menjadi sekolah cermerlang.
4. Lokasi Sasaran Bilik Khas Bahasa Inggeris ( bersebelahan dengan makmal komputer) rujuk lampiran. 5. Bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan)

Bahan-bahan keperluan dan bahan untuk keceriaan Bilik Khas Bahasa Inggeris BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. PERKARA Polystrine colour Mesin pencetak 3 dalam 1 Printer 3 in 1 Alat Pemotong Polystrine Tikar Getah Laminating Film Kertas A4 Stationary (double tape,double sided, marker pen) 8. Cat simen ( unggu muda) 5 liter RM 38.00 1 1 Gulung 1 pack 10 rim RM 120.00 RM 300.00 RM 42.00 RM100.00 RM 20.00 KUANTITI ANGGARAN HARGA RM 92.00 RM 350.00 CATATAN

pack
1

9. 10. 11. 12. 13 14 15 16 17 18 19 20

Kertas warna (warna biru tua) Kertas kajang (examination

30 x RM 1.20 5 rim x RM 16.00 5 panel 2 X RM 150 1 1 1 1 1 2 buah X RM 60.00 5 X RM 22.00 1

RM 36.00 RM 80.00 RM 300.00 RM 300.00 RM 90.00 RM 15.00 RM 20.00 RM 275.00 RM 50.00 RM 120.00 RM 110.00 RM 40.00 RM 2498.00

pad )
Langsir, rel dan cangkuk Rak buku Cutter paper trimmer Hole Punch Staples Gun Mobile Whiteboard Skrin Putih LCD Kamus Dewan Terkini Kamus Pelajar Jam dinding Jumlah

6.

Sumber Kewangan PIBG SEMEKAR Bentong

7. Organisasi Panitia Bahasa Inggeris Ketua AJK : : Puan Rosmira bt Ramlee. Cik Hany Marliana bt Mohamed Nasir En. Hamdan b Hassan. En. Loh Keng Soon

8. Penutup Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping

memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh, ....................................... (ROSMIRA BT RAMLEE) Ketua Panitia Bahasa Inggeris. SEMEKAR

Disemak oleh, ................................ (HAJI ALI BIN ALIAS) Pengetua, SEMEKAR

Disahkan oleh, .. (YDP PIBG SEMEKAR)