Anda di halaman 1dari 67

3.1 3.

Wahyu sebagai sumber sains dan teknologi Fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah

Disediakan oleh:

Hj Fadzlullah Hj Shuib Pensyarah CTU 211 muhasibisuyuti@gmail.com Centre of Islamic Thought and Understanding University Teknologi MARA Negeri Sembilan

2/1/2013

2/1/2013

Kedudukan Wahyu sebagai Sumber Utama Sains dan Teknologi Dalam peradaban Islam,sains dan teknologi adalah berjalinan erat dengan wahyu,disebabkan dalam peradaban sebegini,prinsipnya yang kukuh dan hidup menyerlahkan realitinya dimana sahaja,samada dalam kehidupan kemasyarakatan ataupun dalam kosmos di mana peradaban itu berkembang dan bangkit Perhubungan di antara wahyu dengan manusia sebagai penerimanya adalah diibaratkan sebagai perhubungan di antara bentuk (form) dengan jirim (matter).

PERISTILAHAN WAHYU
Menurut Profesor Subhi Salleh di dalam karyanya

Ulum al-Quran,wahyu merupakan perutusan daripada Allah SWT kepada para rasulNya dan yang berupa perintah Allah SWT yang terkandung didalam kitab suci yang diturunkan melalui malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW khasnya dan rasul-rasul a.s. yang terdahulu.

2/1/2013

DEKLARASI ISLAM TTG S & T


peranan sains dan teknologi dalam rangka usaha mengenal

Allah atau marifatuLlah, peranan sains dan teknologi dalam rangka usaha memertabat dan memperkasa masyarakat Islam.
2/1/2013 4

Kitab suci al-Quran,sebagai wahyu Islam yang

utama telah membentangkan 750 ayat yang memfokuskan mengenai fenomena tabii yang merangkumi manusia dan alam.Sehubungan ini Profesor S.M.Naquib al-Attas didalam tulisannya yang termuat dalam majalah Reading in Islam telah menekankan bahawa ayat-ayat al-Quran yang membahaskan fenomena tabii telah memaparkan hakikat ajaran Islam yang menggabungjalinkan kesepaduan ilmu pengetahuan Islam yang meliputi pelbagai bidang.

2/1/2013

8 kategori ayat2 al-Quran


i. Ayat2 tentang pelbagai objek fenomena tabii dan penelitian tentangnya ii.Ayat2 tentang keunikan dan keistimewaan ciptaan Ilahi iii.Ayat2 mengenai teori kewujudan fenomena tabii iv.Ayat2 mengenai faedah dan hikmah menyelidiki fenomena tabii v. Ayat2 mengenai penegasan Ilahi mengenai beberapa fenomena tabii yang khusus

2/1/2013

vi.Ayat2 mengenai fenomena tabii dan konsep kebangkitan semula vii.Ayat2 mengenai rahsia susunatur alam tabii yang unggul,dan viii.Ayat2 mengenai hubungan intim di antara manusia dan fenomena tabii. (Sumber Afzalur Rahman,The Quranic Index)

2/1/2013

Tauhid atau The Divine Unity menunjangi gagasan sains dan teknologi Islam.Profesor alAttas di dalam The Positive Aspects of Tasawwuf,Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy and Science menyimpulkan bahawa dimensi luaran tasawwur Islam berpaksikan konsep tauhid atau keesaan Tuhan. Dimensi dalaman yang dikenali sebagai metafizik membentangkan gagasan kesatuan segala yang wujud atau Wahdatul Wujud.

2/1/2013

Profesor

Hamid Algar didalam tulisannya The Thought of Ali Syariati merumuskan bahawa seluruh dimensi kebendaan dan kerohanian mesti berada dalam kesatuan dalam persepsi seorang Muslim.Malah alam dunia dan alam akhirat mesti dilihat sebagai satu kesatuan.
9

2/1/2013

al-Biruni dlm Tahdid Nihayah al-Amakin & Kitab alJamahir

Pengetahuan tentang Alam Tabii dan

fenomenanya adalah ciptaan Ilahi


Siapakah yang menyusunatur fenomena

tabii yang hebat ini ? Selanjutnya turut menginsafi sifat-sifat keagunganNya.

2/1/2013

10

Ibn Abi `Usaybi`ah dalam Tabaqat al-`Atibba` memetik catatan Ibn Haytham (965-1039 M) ttg Tauhid

Saya akan meneliti mengapakah kita telah

2/1/2013

dianugerahkan kebenaran dan pertunjuk sehingga kita mendekati Allah SWT. Apakah faktor yang menyebabkan kita mentaatiNya dan mencintaiNya ? * Kebenaran hanya akan dicapai melalui formula2, teori2 dan kefahaman2 yang menjadi landasan utama kekuatan intelektual. 3 disiplin sains yang menghasilkan falsafah kebenaran,iaitu matematik,fizik dan teologi (agama).

11

Kedudukan Al-Quran
Kitab

suci al-Quran merupakan petunjuk,penjelasan,peringatan,penyed aran dan rahmat.Lebih jauh daripada itu al-Quran menjadi penilai atau pengukur kepada semua perkara al-Quran dinamakan sebagai al-Furqan lantaran di dalamnya terdapat kreiteria yang membezakan di antara kebenaran dengan kebatilan atau di antara kebaikan dari keburukan
2/1/2013 12

Firman Allah SWT:

Maksudnya:"Maha Suci Allah yang telah

menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hambaNya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam."
( Surah al-Furqan ayat 1 )

2/1/2013

13

Al-Quran

tidak menghalang manusia berfikir dan berfalsafah.Malah al-Quran menganjurkan kegiatan berteori dan berfalsafah serta membuat penyelidikan tentang hakikat sesuatu.,memerhati dan melihat alam untuk mengenali Penciptanya

2/1/2013

14

Dalam

disiplin keilmuan Islam pengkajian ini dinamakan sains kosmologi.Sains ini berkait rapat dengan wahyu, lantaran prinsipnya yang teguh dan hidup, atau pun idea utamanya mencetuskan realitinya dimana sahaja, samada dalam kehidupan sosial atau pun dalam kosmos di mana tamadun itu hidup dan bernafas.
15

2/1/2013

Dalam peradaban tradisional pengkajian alam tabii mungkin dilaksanakan dengan tujuan diamalkan dalam penghidupan masyarakatnya seperti yang dapat dilihat dalam teknologi abad pertengahan dan teknologi zaman sebelumnya.Dalam masyarakat tersebut aspek alam tabii dikaji dengan tujuan mencari nilai kegunaannya yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dalam keperluandan kegunaan seharian.

2/1/2013

16

Kajian tentangnya dibuat dengan tujuan menjalinkan kewujudan kosmik ke dalam sistem rasional yang mampu menyerap kewujudan kosmik tadi,seperti yang terdapat dalam sistem falsafah masysyai ( Peripatetics ) atau ke dalam sistem matematik seperti yang dilakukan oleh Archimedes.

2/1/2013

17

3.iii Peranan dan Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Ummah
Al-Quran & al-Sunnah mengemukakan gagasan pembinaan masyarakat tauhid yang berdaulat dan merdeka.Untuk merealisasikan masyarakat sedemikian memerlukan persiapan yang mantap dalam pelbagai aspek meliputi persiapan kerohanian,fizikal,persaudaraan Islam dan ilmu pengetahuan.

2/1/2013

18

Antara kelengkapan terpenting untuk mendaulatkan Islam ialah kekuatan ketenteraan yang bukan sekadar memiliki kepakaran tenaga manusia tetapi juga memerlukan kombinasi peralatan ketenteraan yang canggih bersandarkan penguasaan sains dan teknologi.Kesemua kekuatan ini mampu disediakan oleh kerajaan Islam yang berdaulat dan bertanggungjawab kepada Islam dan ummah.

2/1/2013

19

al-Quran

melalui surah al-Hadid,57:25 mengarahkan umat Islam memanfaatkan kekuatan besi yang menjadi asas kepada segala kekuatan material untuk menegakkan kedaulatan negara dan masyarakat Islam.Dalam konteks untuk menegakkan kemerdekaan dan kedaulatan ummat Islam daripada bergantung kepada pihak lain,mereka perlu mengembangkan polisipolisi Islam untuk memperkukuhkan pengusaan dalam lapangan sains dan teknologi.

2/1/2013

20


Maksudnya:Demi sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul2 Kami dengan membawa bukti2 dan mukjizat yang jelas nyata,dan Kami telah menurunkan bersama2 mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan,supaya manusia dapat menjalankan keadilan.Dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya yang mengandungi kekuatan yang handal serta pelbagai faedah lagi bagi manusia.(Dijadikan besi dengan keadaan yang

2/1/2013

21

demikian,supaya manusia dapat mempergunakan faedah2 itu dalam kehidupan mereka) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (mempergunakan kekuatan handalnya itu dalam menegakkan dan)mempertahankan agama Allah serta menolong rasul2Nya,padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Berkuasa.
(surah al-Hadid,57:25)

2/1/2013

22

Sebaliknya,ummat

Islam masih jauh terkebelakang dalam penguasaan ilmu pengetahuan khususnya dalam aspek sains dan teknologi.Fenomena ini telah dinyatakan oleh Ibnu Ikhwah seorang ulama` aliran Syafiiyyah abad ke 7 Hijrah yang menyatakan:

mempelajari ilmu perubatan merupakan

kefardhuan masyarakat secara keseluruhannya,akan tetapi pada zaman kita ini kaum Muslimin tidak mengambil berat tentang sains perubatan.

2/1/2013

23

Kami hanya menemui ahli perubatan dan ahli

kimia daripada kaum Yahudi dan Nasrani di dalam tanahair Islam.Mereka bergiat dalam sains perubatan tanpa menimbulkan masalah yang membabaitkan agama.Pada zaman ini saya tidak pernah melihat pembelajaran sains perubatan ini secara meluas.Sebaliknya saya dapati ramai di kalangan umat Islam menceburkan diri dalam lapangan pengajian feqah dan akhlak serta amat gemar berdebat tentang masalah yang remeh temeh dan memperbesarkan isu-isu tersebut.

2/1/2013

24

Justeru itu bandar2 dipenuhi oleh para fuqaha` yang sibuk mengeluarkan fatwa masing2 tentang pelbagai isu.Saya tidak faham kenapa fenomena ini boleh terjadi,walhal menurut ajaran Islam bahawa pada sesuatu masa,apabila sesuatu lapangan yang diperlukan oleh orang ramai diabaikan maka sewajarnya ada golongan tertentu atau individu tertentu berusaha memenuhi kewajipan dan peranan tersebut.(Ibn
Ikhwah,1976,Kitab Maalim al-Qurbah fi `Ahkam alHisbah,al-Qaherah,halaman 254).

2/1/2013

25

Menurut

Imam al-Ghazali didalam adikaryanya Ihya` Ulum al-Din,apa yang disuarakan oleh Ibn Ikhwah itu berkaitan dengan keperluan dan tanggungjawab umat Islam untuk menguasai sains dan teknologi yang merupakan ilmu fardhu kifayah.Situasi yang dihadapi oleh Ibn Ikhwah pada abad ke 7 H itu masih tidak jauh berbeza dengan senario umat Islam abad ke 15 H yang masih dijajah dan dikuasai dalam pelbagai lapangan kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu fardhu kifayah.Kondisi ini adalah diakibatkan umat Islam tidak mengambil manfaat dan kesempatan daripada pelbagai anugerah Allah yang ada di sekeliling mereka daripada pelbagai sumber.
26

2/1/2013

Sehubungan

ini

pujangga

Islam

Iqbal

menyatakan :

Muslim semalam telah berbangga dengan penguasaan ilmunya,akan tetapi pada hari ini kaum Muslimin telah terhina lebih daripada orang lain.
Al-Quran telah membuat seruan dalam Surah al-Anfal,8:60 supaya kaum Muslimin bergerak dan bangkit mempersiapkan diri dalam rangka menegakkan masyarakat yang berdaulat dan digeruni oleh musuh-musuhnya.

2/1/2013

27

Mereka perlu ingat bahawa umat Islam pada hari ini mendiami lebih daripada 50 negara umat Islam,malah sebahagian mereka mendiami negara-negara lain di Timur dan Barat dunia.Umat Islam merupakan 1/5 daripada penduduk bumi dan mendiami 1/5 daripada wilayah yang didiami manusia.Negara-negara umat Islam menghasilkan 50% daripada tenaga petroleum dunia dan kaya dengan bahan-bahan mentah yang lain.Tetapi malangnya mereka masih mengimpot bahan makanan serta masih menjadi pengguna kepada pelbagai produk sains dan teknologi masyarakat bukan Islam.
2/1/2013 28

Maksudnya:Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan2 berkuda yang lengkap bersedia,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh2 yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedangkan Allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.Surah al-Anfal ayat 60.
2/1/2013 29

Rumusan
1.

Keimanan menjadi teras atau paksi utama kepada ilmu pengetahuan.Kedua-duanya berjalan seiringan.Justeru itu orang-orang yang beriman perlu menguasai ilmu pengetahuan baik ilmu fardhu ain,mahupun ilmu fardhu kifayah.Seandainya mereka menguasai pelbagai lapangan ilmu pengetahuan,mereka berupaya menegakkan kebenaran,keadilan dan keamanan kepada seluruh manusia.
30

2/1/2013

2.

Islam menggesa kaum Muslimin menguasai sains dan teknologi dalam rangka untuk mencapai kemerdekaan dan kedaulatan negara Islam.Sungguhpun demikian sains dan teknologi perlu disaring dan dibersihkan daripada unsurunsur yang bercanggah dengan Islam seperti sekularisme,humanisme,positivisme dan seumpamanya.Apabila sains dan teknologi tidak berlandaskan kerangka wahyu Islam,ia boleh mencetuskan krisis akhlak,kemanusiaan dan kemusnahan sebagaimana yang telah dialami oleh pihak Barat.
31

2/1/2013

3.2

Fakta-fakta Saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah

Analisis Fakta-fakta Saintifik di dalam al-Quran

dan al-Sunnah Fenomena alam tabii a Penciptaan alam b Tempoh penciptaan alam c Penciptaan langit d Penciprtaan matahari e Penciptaan bumi f Penciptaan bulan g Satu sistem alam ii Kejadian manusia
2/1/2013 32

Al-Quran menganjurkan penelitian saintifik.Kitab suci ini mengemukakan suatu dimensi baru kepada manusia sejak 14 abad yang lalu untuk mengkaji fenomena tabii serta membimbing mereka membongkar rahsia alam metafizika.Bagi pendokong kosmologi,al-Quran bagi mereka merupakan ensaiklopedia tentang manusia.Manakala bagi teologis kitab suci itu adalah khazanah yang kaya tentang ketuhanan.Demikian juga bagi failasuf,al-Quran dalah segala-galanya tentang persoalan kewujudan dan pemecahan masalahnya.AlQuran telah membentangkan fenomena tabii seraya membimbing manusia menuju marifatuLlah ( mengenali Allah ).Bagi kitab ini fenomenma tabii adalah bukti2 kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.( Lihat Surah Ali Imran,(3):190 )
2/1/2013 33

Pada

hakikatnya,penciptaan alam tabii seperti langit dan bumi merupakan suatu susunan ilmu pengetahuan yang kompleks serta misteri yang sukar dijangkau oleh akal manusia melainkan dengan hidayah serta tawfiq Allah yang memudahkan mereka memahami dan menghayatinya.Sehubungan ini pemerhatian ke atas fenomena tabii akan mengheret manusia untuk mengenali rahsia keagungan Pentadbir,Pengatur dan Penguasa yang sebenar alam iniKegiatan tersebut juga merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya dari perspektif Islam.Perhatikan firman Allah SWT dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud :
34

2/1/2013


Maksudnya:Maka

apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan.Dan langit bagaimana ia ditinggikan.Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan.Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.(Surah
al-Ghasyiyah (88):17-20)

2/1/2013

35

Maksudnya:Dan di bumi itu terdapat tanda-

tanda ( kekuasaan Allah ) bagi orang-orang yang yakin dan juga pada dirimu sendiri, dan apakah kamu tiada memperhatikan ? Dan hnya di langit terdapat ( sebab-sebab ) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu.Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar ( akan terjadi ) seperti perkataan yang kamu ucapkan. ( Surah alZariyat ( 51 ) : 20-23 )
2/1/2013 36

Penelitian tentang hakikat insan sebagai makhluk,hamba dan khalifah Allah amat sarat perbahasannya di dalam alQuran.Ianya merupakan sebahagian daripada pengkajian fenomena tabii.Falsafah yang tersirat daripada perbahasan ini ialah dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah.Pada hakikatnya ayat-ayat al-Quran merupakan pendokumentasian segenap ayat alam jagatraya atau ayat kauniyyah.

2/1/2013

37

vii FENOMENA TABII


Alam tabii ialah alam yang dicipta oleh Allah

dengan kaedah tertentu.Kesemua alam tabii ciptaanNya itu tunduk dan akur kepada hukum dan ketentuan Allah,yang disebut sunnatuLlah. Pengertian alam tabii dalam tradisi sains Islam berasaskan istilah altabi'ah yang seerti dengan istilah physis dalam bahasa Yunani atau istilah natura atau nature dalam bahasa Latin dan Inggeris.Walaupun istilah tabi'ah tidak ditemui di dalam al-Quran tetapi istilah tab' sering digunakan oleh al-Quran yang membawa erti khalq atau ciptaan. 2/1/2013 38

Konsep alam tabii menurut Abu Rayhan al-

Biruni adalah sebagai prinsip kegiatan iaitu prinsip yang membawa perubahan dalam kosmos.Beliau menyatakan tidak dapat diragukan lagi bahawa kuasa kreatif alam tabii ( kurniaan dan perencanaan Allah SWT ) terdapat dalam kesemua kerja yang digerakkannya dan dalam kesemua perihalan yang dipertanggungjawabkan kepadanya ,tanpa membazirkan sebarang benda yang ditemuinya ; dan sekiranya terdapat terlalu banyak benda,maka kuasa kreatif alam tabii melipatgandakan kerja penciptaannya.

2/1/2013

39

Ibn Sina pula lebih menekankan tujuan

mengapa alam tabii diciptakan.Beliau menyatakan bahawa alam semesta memaparkan tanda2 sebuah rencana yang bertujuan membawa manusia kepada Yang Maha Sempurna dan dalam ketertiban kewujudan fenomena tabii yang hakiki ia adalah selaras dengan ilmu azali Yang Maha Abadi.Alam tabii menggerakkan semua benda menurut tujuan dan matlamat tabii.Matlamat itu sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kesempurnaan dan ini dicapai andainya tidak ada halangan yang mengganggu.Malah apa yang dilihat pada zahirnya sebagai sesuatu yang buruk,contohnya,layunya bunga, adalah 2/1/2013 40

Semua

benda bergerak ke arah kebaikan,samada unsur,tumbuhtumbuhan,haiwan,ataupun tubuh manusia.Di dalam badan manusia,umpamanya wujud penyakit yang berpunca daripada lebihan sesuatu kuasa, diimbangi semula oleh alam tabii, yang bertujuan untuk mewujudkan semula keseimbangan dan peraturan. Andainya terdapat keburukan atau kejelikan di dalam fenomena tabii daripada sudut pandangan manusia, maka ia bukanlah akibat

2/1/2013

41

yang

diingini oleh alam tabii yang tindakannya semata-mata ke arah kebaikan,tetapi adalah sebab jirim dan sekatan yang didatangi kepada tindakan alam tabii ke atasnya.Sejauhmana alam tabii bertindak ke atas jirim maka ia akan menyempurnakan tindakannya,tetapi disebabkan adanya kemungkinan dan kebarangkalian yang seiring dengan jirim,maka alam tabii tidak dapat bertindak sempurna ke atas kesemuanya.Misalnya kematian yang dianggap tidak baik berfungsi untuk membebaskan jiwa ke atas keasalannya.
42

2/1/2013

Alam

tabii juga mempunyai tujuan menyempurnakan tertib atur kejadian,keseimbangan dan keharmonian yang menguasai alam semesta.Alam tabii yang merupakan manefestasi Tuhan dalam kewujudan materialnya mempastikan bendabenda ini wujud berterusan.Ia mengawasi fungsi benda-benda ini agar setiap ketertiban yang sudah terhasil terpelihara dan segalagalanya menuju ke arah ketertiban.Contohnya spesis haiwan terpelihara melalui pembiakan.

2/1/2013

43

Selanjutnya

pembiakan terjamin dengan adanya hubungan kelamin atau kegiatan berpasang-pasangan dan perkelaminan pula terjamin menerusi hubungan intim.Jelas sekali bahawa fenomena tabii ini nyata dapat disahkan melalui pengalaman.Sesungguhnya berdasarkan ilmuNya yang serba mencakupi Tuhan telah menyediakan segala keperluan bagi sekalian makhluk dan menganugerahkan kepada mereka segala yang berguna bagi hayat mereka sendiri.

2/1/2013

44

Pengkajian

ke atas alam tabii, yang didalamnya tujuan dan hikmah Ilahi terpancar, akan akhirnya membawa kitya kepada ilmu bagi sumber segala kewujudan.Sejauhmana semua makhluk bergantung wujud kepada Pencipta Yang Maha Wujud,maka sejauh itulah semua ilmu alam tabii mengandung tujuan dan maksud bagi memahami zat semua benda dalam hubungannya dengan keasalanPunca Ilahi.Semua zat yang wujud ini adalah diadakah oleh Zat Yang Wajib Wujudnya.

2/1/2013

45

Sebenarnya apa yang dapat dijangkau melalui penelitian sains dan garapan logik daripadanya tidaklah membawa kepada pembongkaran rahsia metafizika sesuatu itu,tetapi hanyalah sekadar mengenai aspek tertentu daripada manefestasi zahir benda itu atau akan hubungan fenomena yang zahir ini dengan aspek dalamannya atau noumena yang menjadi zat dan pusat yang menghubungkan fenomena dengan Tuhan Yang Wajib Wujud itu.

2/1/2013

46

Pengkajian

terhadap alam tabii tidaklah sahaja penelitian ke atas fenomena dengan mencari perhubungan rapuh melalui minda dan sekadar menjelaskan tentang fenomena itu sahaja.Tetapi pengkajian fenomena sewajarnya di dalam perhubungannya dengan noumena iaitu pengkajian sesuatu yang juz`i ( sebahagian ) dan membawanya kepada yang kulli ( menyeluruh ) atau universal.Dengan itu sains alam tabii atau kosmologi selalu diikuti dengan satu macam misteri yang terdapat di sebalik lapisan metafizikal dan logikal.

2/1/2013 47

Sains

Moden telah menyempitkan serta membataskan kaedah pengkajian alam tabii.Dalam sains Islam kaedah pengkajian alam tabii mempunyai pelbagai pendekatan.Misalnya kaedah pengkajian melalui pemerhatian dan percubaan,pemikiran dan renungan,dan juga kitab suci dan sumber-sumber tradisi adalah merupakan jalan ke arah ilmu memahami alam semesta.Jawapan yang diterima daripada alam tabii bergantung kepada persoalan yang dikemukakan terhadapnya dan bagaimana soalan itu disoal.

2/1/2013

48

Fakta yang ditemui melalui pemerhatian dan

percubaan hanya mendapat makna di dalam rangka kerja keseluruhan.Inilah yang disebut oleh para saintis Muslim sebagai pandangan hidup Islam.Seorang failasuf dan saintis Muslim seperti al-Biruni tidak hanya terbabit dalam bidang-bidang yang terbatas.Lebih jauh daripada itu beliau adalah seorang astronomis,geologis,ahli geografi,sosiologis,ahli fizik dan juga jurutera.Kepelbagaian kemahiran dan kebolehannya itu menjadikan beliau seorang tokoh sains pemerhatian bagi berbagai bentuk alam tabii.
2/1/2013 49

viii Penciptaan Alam


Antara

pemerihalan al-Quran tentang penciptaan alam adalah mengenai kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bersatu atau berpadu tetapi kemudiannya keduaduanya dipisahkan oleh Allah SWT.Proses ini disebut sebagai teori ledakan besar menurut kajian sains Moden.Al-Quran menegaskan :

2/1/2013

50

Maksudnya:Dan apakah orang-orang kafir

tidaka mengetahui bahasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu,kemudian Kami pisahkan antara keduaduanya.Dan daripada air Kami jadikan sesuatu yang hidup.Maka mengapakah mereka tiada juga beriman ? ( S.Al-Anbiya` ,21 : 30 )

2/1/2013

51

Al-Quran

juga menyatakan bahawa penciptaan alam ini berlangsung selama enam masa sebagaimana yang dijelaskan di dalam Surah al-Furqan ,25 : 59 dan Surah Fusilat,41 : 9 12.Demikian juga Allah SWT menciptakan langit dan meninggikannya serta menjadikannya daripada unsur-unsur asap atau dukhan.Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat dan kukuh.Kemudiannya langit itu diciptakan berlapis-lapis.Daripada unsur dukhan itu juga tercipta bintang-bintang dan planet.Perihal ini diterangkan oleh al-Quran di dalam Surah Fussilat,41 : 11.
52

2/1/2013

Penciptaan matahari
Penciptaan

matahari juga menjadi fokus dalam kajian astronomi Islam.Matahari merupakan salah satu bintang yang terletak dalam galaksi Bima Sakti ( Milky Way ).Ia juga merupakan pusat sistem suria.Al-Quran menggambarkan beberapa sifat matahari seperti bergerak dan bersifat panas.Di dalam Surah Yaasin,36 : 38 Allah SWT menegaskan :

Maksudnya:Dan matahari berlari di tempat

peredarannya.Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui.


2/1/2013 53

Sehubungan

ini,matahari beredar mengelilingi pusat galaksi Milky Way dengan kelajuan 768,000 km/jam dengan mengambil masa 250 juta tahun untuk membuat satu pusingan.Para saintis membahagikan matahari kepada tiga bahagian.Pertama bahagian pusat atau core-interior yang memiliki suhu setinggi 29,000,000F, lapisan luar ( surface-photospere ) 9300 F dan atmosphere yang terdiri daripada chromosphere yang mempunyai suhu 1,800,000 F.Al-Quran juga menggambarkan matahari sebagai planet yang mengeluarkan sinaran cahaya dengan menyatakan :
54

2/1/2013


Maksudnya:Dialah yang menjadikan matahari

bersinar ( dhiya` ) dan bulan yang bercahaya ( nur ).( Surah Yunus,10 : 5

2/1/2013

55

PENCIPTAAN BUMI
Bumi juga merupakan salah satu planet atau

jisim yang bergerak dalam sistem suria.Bumi beredar di dalam orbitnya ( falaknya ) mengelilingi induknya.Sehubungan ini alQuran menyatakan :


Maksudnya:Dan

kamu melihat gunungganang itu,kamu sangka ia tetap di tempatnya,pada hal ia berjalan sebagai jalannya awan ( Surah al-Naml,27 : 88 )

2/1/2013

56

Pergerakan

gunung-ganang dalam ayat tersebut mengisyaratkan tentang pergerakan bumi.Awan bergerak kerana ditiup angina sebagaimana yang dijelaskan di dalam Surah Fathir,35 : 9 ,bukan dengan gerakannya sendiri.Begitu juga dengan gunung-ganag tidak bergerak dengan sendirinya melainkan dengan wujudnya pergerakan bumi.

2/1/2013

57

Planet bumi merupakan planet ketiga dalam

kedudukan planet-planet sistem suria.Purata jaraknya daripada matahari ialah 92,900,000 batu dan cahaya matahari amengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi.Bumi beredar mengelilingi matahari pada kadar halaju 18.5 batu/saat ( 29.8 km/saat ) atau 66,600 batu/jam ( 107,200 km/jam ) dengan mengambil masa selama 365 hari 6 jam untuk melengkap satu edaran sejauh 585 juta batu.Bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya yang bujur.

2/1/2013

58

Dalam peredaran bumi mengelilingi matahari

itu ,ia kadang-kadang miring ke utara dan kadang-kadang miring ke selatan.Justeru itu matahari tidak berada tetap pada garisan khatulistiwa.Kedudukan bumi dalam orbit dan kecondongan ke utara dan ke selatan telah mewujudkan perubahan musim. Al-Quran menjelaskan tentang kejadian bumi


Maksudnya:Dan

bumi

sesudah

itu

dihamparkannya ( Surah an-Nazi'at,79 : 30 )

2/1/2013

59


Maksudnya:Dia menciptakan langit dan bumi

dengan ( tujuan ) yang benar.Dia menutupkan siang atas malam dan menutupkan malam atas siang dan menundukkan matahari dan bulan,masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan( Surah al-Zumar,39 : 5 )

2/1/2013

60

Bumi mengelilingi matahari dan berputar di

atas paksinya.Kecondongan bumi ketika berputar di atas paksinya ialah 23.5 darjah.Kelajuan putarannya pula ialah 1,040 batu/jam atau 1670 km/jam pada garisan khatulistiwa dan 0 darjah di kutub. Bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam untuk menghabiskan satu putaran.Hasil daripada putaran inilah mewujudkan siang dan malam.

2/1/2013

61

Penciptaan Bulan
Bulan pula merupakan sebuah setelit bumi

dan objek langit atau ruang angkasa yang paling hampir dengan bumi.Sehubungan itu bulan beredar mengelilingi bumi dan matahari.Bulan ialah jisim yang gelap dan sejuk.Ia tidak mempunyai cahayanya sendiri sebagaimana yang dijelaskan oleh alQuran,Surah Yunus,10 : 5,Surah al-Furqan,25 : 61 dan Surah Nuh,71 : 16.

2/1/2013

62

Nur atau cahaya yang diperolehi daripada jisim gelap bulan tidak mempunyai cahaya daripada zatnya sendiri.Bulan juga adalah jisim yang kering dan tidak mempunyai atmosfera.Bulan mengelilingi bumi daripada arah barat ke timur dalam orbitnya yang bujur.Bulan mengambil masa selama 27.3 hari untuk menyempurnakan satu edaran, walau bagaimanapun tempoh satu bulan penuh ( satu bulan Qamari ) ialah 29.5 hari.Kepanasan bahagian yang menghadap matahari di bulan ialah 220 darjah F atau 105 darjah C dan pada bahagian yang sebaliknya ialah -240 darjah F atau -151 darjah C.
2/1/2013 63

Kesemua

jasad-jasad langit seperti matahari,bumi,bulan dan bintang-bintang tunduk di bawah satu sistem dengan berada dalam falak masing-masing.Al-Quran menegaskan :

Maksudnya:Tidaklah mungkin bagi matahari

mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendahului siang, dan masing-masing beredar pada garis edarnya.( Surah Yasin,36 : 40 )

2/1/2013 64


Maksudnya:Allah

lah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu lihat,kemudian Dia bersemayam di atas 'arasy dan menundukkan matahari dan bulan.Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan( Surah al-Ra'd,13 : 2 )

2/1/2013

65

Ayat-ayat tersebut menandakan wujudnya pengatur dan penentu alam ini iaitu Allah

SWT yang menentukan semua jisim-jisim ini berada di bawah satu sistem jagatraya yang ditentukan oleh qudrat dan iradat Allah SWT jua.

2/1/2013

66

3102/1/2

3102/1/2

76