Anda di halaman 1dari 63

1.

Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, juga dikenali sebagai FPK merupakan dasar dan

panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Intipati utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selaras dengan FPK, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diperkenalkan di semua sekolah dalam usaha untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dalam semua aspek sama ada dari segi intelek, rohani, emosi ataupun jasmani. 1.1 Pergerakan asas Kemahiran asas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah kemahiran melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas. Ia merupakan salah satu aspek penting yang ditumpukan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini. Ia bermaksud kecekapan atau kepandaian dalam melakukan atau mencapai sesuatu pergerakan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. Pergerakan yang dilakukan seseorang itu akan menyebabkan dia sama ada berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan asas dapat dikategorikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor.

1.2

Pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan penukaran arah dan

haluan dan akan menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan. Dengan kata yang lain, seseorang individu akan berubah kedudukannya apabila melakukan pergerakan lokomotor. Sebagai contoh, berlari, berjalan, melompat, mengguling dan lainlain. Pergerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Arah gerakan merujuk kepada bentuk arah gerakan; haluan gerakan ialah corak pergerakan manakala masa merujuk kepada masa yang digunakan untuk melaksanakan pergerakan sama ada cepat atau perlahan, panjang atau pendek. Pergerakan lokomotor ini menjadi dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang statik dan tanpa mengubah kedudukan. Seseorang individu yang menjalankan pergerakan bukan lokomotor berkemampuan untuk menggerakkan anggota-anggota tubuh badannya dalam kedudukan yang tetap. Keseimbangan tubuh badan biasanya dipentingkan dalam pergerakan ini. Contohnya, membongkok, meregang, memulas, membuat pusingan dan sebagainya. Pergerakan ini fokus kepada pergerakan tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pergerakan pelaku. Secara lazimnya, pergerakan lokomotor melibatkan penggunaan motor kasar manakala pergerakan bukan lokomotor melibatkan penggunaan motor halus. Oleh demikian, pergerakan lokomotor biasanya melibatkan gerakan melompat, berlari, merangkak dan sebagainya. Manakala pergerakan bukan lokomotor melibatkan gerakan imbangan, memusing, menggoyang dan sebagainya. Manipulasi alatan merujuk kepada individu yang menggunakan alatan untuk membuat pergerakan. Ini akan melatih murid-murid untuk menguasai kemahiran sukan secara tidak langsung dengan mengkoordinasikan pergerakan-pergerakan seperti kemahiran-kemahiran melambung, membaling, menyambut, menggolek, menampar, meleret dan sebagainya dengan manipulasikan alatan. Alatan-alatan tangan yang sering digunakan termasuk ribon, pundi kacang, gelung, bola, tali, kain dan sebagainya.

2.0

Matlamat Tugasan ini bermatlamat untuk memberi pendedahan serta latihan pergerakan asas

dalam Pendidikan Jasmani, kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor serta manipulasi alatan kepada guru pelatih. Selain itu, tugasan ini juga bermatlamat untuk memberi kesedaran bahawa tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Sebagai seorang bakal guru, latihan ini meningkatkan kemampuan untuk menguasai kemahiran asas dan meningkatkan koordinasi antara anggota tubuh badan. Perlaksanaan kertas kerja yang khusus untuk guru pelatih yang bakal bekerja sebagai pendidik ini juga bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman para guru pelatih tentang pergerakan asas. Perkembangan fizikal dan mental seseorang individu akan ditingkatkan dengan penguasaan kemahiran melakukan pergerakan asas. Dengan ini, lahirlah bakal guru yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam pada itu, pengetahuan yang diperolehi ini dapat diaplikasikan ke atas murid-murid dan membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka. 3.0 Objektif Melatih guru pelatih supaya mampu menguasai kemahiran pergerakan asas dan mengkoordinasikan anggota tubuh badan. Menggalakkan guru pelatih melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Memberi pendedahan tentang jenis- jenis pergerakan yang sedia ada. Membolehkan guru pelatih mengembangkan potensi dan kebolehan dalam diri untuk membentuk pergerakan kreatif. Membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas. Menggalakkan guru pelati untuk menghasilkan satu rangkaian aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor dengan manipulasikan alatan. Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. Mmbolahkan guru pelatih mengkoordinasi tubuh badan bagi manipulasi alatan.

Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Meningkatkan kecergasan guru pelatih dalam segi fizikal dan mental. Memupuk kepimpinan dan keyakinan diri guru pelatih dalam merancang dan menguruskan aktiviti. Menyemai nilai-nilai murni dalam guru pelatih untuk membentuk sifat-sifat yang tinggi dan mulia.

4.0

Butiran Tarikh Masa Tempat : 28 September 2011 : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari : Gimnasium Ungku Aziz, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

5.0

Kumpulan Sasaran Murid-murid Tahap 2 (dari Tahun 4 hingga Tahun 6). Sebab mereka sudah

menguasai kemahiran pergerakan asas. Jadi, mereka mampu manipulasikan alatan dan melakukan pergerakan lokomotor atau tidak lokomotor pada masa yang sama. 6.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi Gaya Permulaan

Pergerakan 1 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Berjalan Putaran (Rotation Walk) : Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Bola dipegang dengan menggunakan kedua-dua tangan. 2. Kedua-dua belah tangan diluruskan ke atas dan menyentuh kedua-dua belah telinga. 3. Berjalan sambil membuat putaran.

Pergerakan 2 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Meregang (Seated Forward Bend) : Bukan Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Duduk di atas lantai dengan merapatkan kedua-dua belah kaki. 2. Memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 3. Meluruskan tangan ke atas dan menyentuh kedua-dua belah telinga. 4. Mengilas badan ke hadapan sehingga bola yang dipegang di tapak tangan melepasi tapak kaki.

Pergerakan 3 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan Alatan berat yang digunakan : Guling Sisi (Side Roll) : Lokomotor : Bola : Tilam

Langkah-langkah pergerakan 1. Bola dipegang oleh kedua-dua tangan. 2. Kedua-dua belah tangan diluruskan dan diletakkan di sebelah telinga. 3. Membaring di atas tilam dan menggerakkan badan dengan membuat gulingan ke sisi.

Pergerakan 4 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Berjalan Battement (Battement Walk) : Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Berjalan dengan kaki diangkat ke depan dan mencapai paras 90 atau ke atas. 2. Bola dilambung dan disambut.

Pergerakan 5 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Imbangan Y (Y scale) : Bukan Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Berdiri tegak. 2. Mengangkat salah satu kaki ke sisi. 3. Salah satu tangan akan menyokong kaki tersebut dengan memegang bahagian tumit kaki itu. 4. Tangan yang lain akan memegang bola. 5. Huruf Y yang besar akan terbentuk.

Pergerakan 6 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan Alatan berat yang digunakan : Berjalan mundur (Backward walking) : Lokomotor : Bola : Bangku

Langkah-langkah pergerakan 1. Bola disokong dengan menggunakan tapak tangan kedua-dua tangan dan kedudukan bola adalah di depan dada. 2. Berjalan secara berundur.

10

Pergerakan 7 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Mengilas (Half Spinal Twist Pose) : Bukan Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Duduk di atas lantai dengan luruskan kaki ke hadapan. 2. Bengkokkan lutut kanan dan meletakkan tapak kaki di atas lantai. 3. Kemudian, kaki kiri dibengkokkan dan diselit di bawah kaki kanan ke luar kaki kanan. 4. Lay luar kaki kiri di atas lantai. 5. Langkah kaki kanan ke atas kaki kiri dan berdiri di atas lantai di luar pinggul kiri anda. 6. Geliat bahagian atas tubuh badan ke arah kanan dan menoleh ke belakang. 7. Bola disokong oleh tapak tangan kiri dan lengan kiri disokong di luar paha kanan berhampiran dengan lutut. 8. Tangan kanan diletakkan tepat di belakang. 9. Pergerakan ini membolehkan seluruh tulang belakang digeliat dari asas tulang belakang kepada bahagian paling atas.

11

Pergerakan 8 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Berjalan sisi (Lateral walking) : Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Berjalan ke sisi. 2. Menukar kedudukan bola dari tangan kiri ke tangan kanan dan sebaliknya.

12

Pergerakan 9 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Sokongan Sisi (Side Support) : Bukan Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Mencangkung di atas lantai. 2. Tangan kanan diletakkan di sisi badan dan di atas lantai. 3. Tangan kiri pula akan memegang bola. 4. Seluruh badan disokong dengan menggunakan tangan kanan dan kaki kanan. 5. Kekalkan keseimbangan badan.

13

Pergerakan 10 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Melompat Zig Zag : Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Mencangkung. 2. Bola disokong dengan menggunakan tapak tangan kedua-dua tangan dan kedudukan bola adalah di depan dada. 3. Mula melompat dalam garisan zig zag.

14

Pergerakan 11 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Mengilas (Cow Face Pose) : Lokomotor : Bola

Langkah-langkah pergerakan 1. Membengkokkan lutut anda dan meletakkan kaki anda di atas lantai. 2. Kemudian, menyeberang kaki kanan ke atas kaki kiri dan letakkan kaki kanan atas kaki kiri. 3. Memegang tali dengan tangan dan meregangkan lengan ke belakang sehingga lengan dan tali adalah selari dengan tulang belakang.

15

Pergerakan 12 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Lompat tali (Rope Skipping) : Lokomotor : Tali

Langkah-langkah pergerakan 1. Membuat lompatan dengan menghayunkan tali pada masa yang sama. 2. Lonjakan kaki kanan daripada lantai dan pendaratan dilakukan dengan kaki kanan. 3. Kaki kiri dilonjak daripada lantai dan pendaratan dilakukan dengan kaki kiri. 4. Lompatan diulangkan dengan bertukar-tukar kaki.

16

Pergerakan 13 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Imbangan Sisi (Side Scale) : Bukan Lokomotor : Tali

Langkah-langkah pergerakan 1. Berdiri tegak. 2. Mengangkat salah satu kaki ke sisi. 3. Luruskan satu tangan ke atas dan satu tangan ke sisi. 4. Pastikan tubuh badan adalah tegak. 5. Satu garisan dari jari tangan ke jari kaki dan satu garisan dari jari tangan ke jari kaki juga akan terbentuk. 6. Kedua-dua tangan akan memegang tali.

17

Pergerakan 14 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan Alatan berat yang digunakan : Lompat Ketingting : Lokomotor : Tali : Kon

Langkah-langkah pergerakan 1. Kaki kanan dibengkokkan supaya ia tidak mencecah tanah. 2. Melonjak dan mendarat dengan menggunakan kaki kiri sahaja. 3. Tali dipegang denga tangan untuk dipusingkan semasa lonjakan. 4. Lompatan diulangkan dengan menggunakan kaki kiri sahaja.

18

Pergerakan 15 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Imbangan Bangau : Bukan Lokomotor : Tali

Langkah-langkah pergerakan 1. Berdiri tegak. 2. Mengangkat sebelah kaki ke depan dan bengkokkannya. 3. Memegang tali dengan kesua-dua tangan dan meluruskan tangan ke sisi. 4. Menggerakkan tali ke depan dan ke belakang.

19

Pergerakan 16 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan Alatan berat yang digunakan : Berlari : Lokomotor : Tali : Papan Anjal

Langkah-langkah pergerakan 1. Berlari ke arah papan anjal sambil memusingkan tali. 2. Kedua-dua belah kaki mendarat di atas papan anjal dan membuat lompatan ke atas peti lombol.

20

Pergerakan 17 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan Alatan berat yang digunakan : Meregang dan imbangan (Half Split) : Bukan Lokomotor : Tali : Peti Lombol

Langkah-langkah pergerakan 1. Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan. 2. Bengkokkan dan menggerakkan kaki kanan ke hadapan. 3. Duduk dalam kedudukan half split dan meluruskan kedua-dua belah tangan ke sisi untuk mengekalkan keseimbangan.

21

Pergerakan 18 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Galop : Lokomotor : Tali

Langkah-langkah pergerakan 1. Tangan diluruskan ke hadapan dan kesua-sua tangan memegang tali. 2. Bergerak seperti kuda ke depan dengan satu kaki mendahului dan satu kaki di belakang tanpa tukar kaki.

22

Pergerakan 19 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Meregang (Plow Pose) : Bukan Lokomotor : Tali

Langkah-langkah pergerakan 1. Memegang tali dengan kedua-dua belah tangan. 2. Baring di atas lantai. 3. Mengangkat kaki dan menggerakkan bahagian bawah badan ke atas. 4. Kemudian meletakkan kaki di belakang kepala. 5. Ini akan menghasilkan ketegangan yang ketara di tulang belakang serviks.

23

Pergerakan 20 Nama pergerakan Jenis pergerakan Alatan tangan yang dimanipulasikan : Lentik Belakang (Camel Pose) : Bukan Lokomotor : Tali

Langkah-langkah pergerakan 1. Melutut di atas lantai. 2. Badan akan dilentikkan ke belakang. 3. Kepala akan mendongak ke atas dan mata akan melihat ke atas. 4. Sebelah tangan akan mengayunkan tali.

Gaya Tamat

24

6.3 Bil. 1.

Senarai Peralatan Berat Imej Peralatan Jenis Peralatan Tilam Kuantiti 1

2.

Bangku Panjang

3.

Skitel Besar

25

4.

Papan Anjal

5.

Peti Lombol

26

6.4 Bil. 1.

Senarai Peralatan Tangan Imej Peralatan Jenis Peralatan Bola Kuantiti 1

2.

Tali

27

7.0

Rumusan Pergerakan asas terbahagi kepada tiga komponen iaitu pergerakan lokomotor,

pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Manipulasi alatan menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan. Justeru, kertas kerja ini dicipta atas dasar tersebut dan diubahsuai dengan mengambil kira beberapa faktor seperti umur dan penggunaan alatan. Penguasaan dan kemahiran pergerakan asas adalah amat penting terhadap seseorang individu sebab kebanyakan aktiviti dalam kehidupan harian kita melibatkan pergerakan asas. Pergerakan asas dapat meransang kecergasan fizikal dan mental seseorang individu dan mendorong individu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagi tugasan ini, tumpuan diberikan kepada pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Secara tidak langsung, para guru pelatih dapat mempelajari, mencipta dan menggunakan pergerakan yang kreatif dan pelbagai serta dapat manipulasikan pelbagai jenis alatan. Melalui tugasan ini, para guru pelatih mampu mengukuhkan pemahaman tentang pergerakan asas dan penguasaan kemahiran pergerakan asas yang betul akan membolehkan para guru pelatih mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

28

8.0

Refleksi Sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan, saya telah cuba sedaya upaya untuk

melaksanakan semua tugasan yang diberikan. Walaupun tugasan yang diberikan agak susah, saya berasa amat bersyukur kerana terdapat banyak rakan yang rela memberikan bantuan dan sokongan kepada saya apabila saya menghadapi kesukaran. Bagi tugasan ini, para guru pelatih dikehendaki menghasilkan kertas kerja, kemudian melakukan 20 pergerakan asas termasuk 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor semasa ujian amali dengan manipulasikan alatan. Mulamulanya, saya rasa tugasan ini bukannya susah sangat, jadi saya abaikan tugasan ini dan memberi keutamaan kepada KKBI mata pelajaran lain. Tetapi apabila saya membaca soalan tugasan dengan teliti dan mula berfikir serta mencari idea bagi 20 pergerakan yang diperlukan itu, saya telah ketandusan idea dan saya berasa saya telah memandang kecil terhadap tugasan yang diberikan sebelum ini. Oleh sebab saya tidak mampu memikirkan 20 pergerakan, saya telah bergerak ke pusat sumber dan cuba mencari idea bagi pergerakan-pergerakan yang akan saya laksanakan di ujian amali nanti. Saya hampir-hampir berputus asa hingga saya mampu mencari buku-buku mengenai pergerakan gimnastik di bahagian Bahasa Inggeris. Saya berasa usaha saya tidak disia-siakan kerana informasi dan maklumat dalam buku-buku itu amat berguna bagi saya untuk melaksanakan tugasan ini. Saya juga melayari internet untuk mencari pergerakan-pergerakan yang lebih unik supaya persembahan saya akan lebih menonjol semasa ujian amali nanti. Saya cuba buat sebaik mungkin dalam ujian kali ini kerana ujian ini tidak memerlukan stamina yang sangat bagus dan kebanyakkan ujian Pendidikan Jasmani itu memerlukan stamina yang baik. Bagi diri saya, saya mempuyai stamina yang sangat lemah dan selalu mengalami kesusahan dalam aktiviti yang memerlukan stamina. Apabila saya telah siap mengumpul idea-idea pergerakan, saya cuba melakukan pergerakan-pergerakan itu untuk memastikan saya berkemampuan untuk membuat pergerakan itu nanti. Nasib baik saya cuba sebelum ujian amali sebab banyak antara pergerakan yang saya tidak mampu buat. Jadi, saya cuba cari pergerakan lain yang saya berkemampuan untuk lakukan.

29

Dengan bola dan tali sebagai pilihan alatan yang akan saya gunakan nanti, saya menjalankan latihan beberapa kali. Akan tetapi, saya mendapati aliran antara pergerakanpergerakan yang saya tentukan itu adalah tidak memuaskan dan pergerakan-pergerakan itu adalah tidak sesuai untuk diletakkan bersama. Oleh itu, saya menghabiskan banyak masa dalam mencari pergerakan baru yang saya mampu buat dan tidak akan merosakkan aliran antara pergerakan-pergerakan untuk menggantikan pergerakan yang tidak sesuai berulang kali. Saya amat bersyukur kerana dapat menghasilkan kertas kerja saya tepat masa hantar. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan sahabat saya yang selalu memberi bimbingan dan nasihat yang tidak ternilai kepada saya dan membolehkan saya menjayakan tugasan ini. Walaupun apa yang saya persembahkan itu berkemungkinan tidak sempurna, tetapi saya telah cuba sedaya upaya dan saya tidak malu terhadap hasil tugasan saya sebab ini merupakan titik peluh diri saya. Melalui tugasan ini, saya telah mendapatkan banyak pengalaman dan ilmu. Di samping dapat mendalamkan ilmu pengetahuan saya yang terhad terhadap pergerakan asas, perrgerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan, saya juga dapat memahami akan kepentingan seseorang guru untuk membuat persediaan sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan memahami risiko dan tanggungjawab dalam menjalankan sesuatu aktiviti atau pergerakan semasa mengajar Pendidikan Jasmani.

30

9.0 Buku

Bibliografi / Rujukan

American Coaching Effectiveness Program, American Sport Education Program. (1992). Rookie coaches gymnastics guide. United States of America: Human Kinetics Publisher. Barry Benn, Tansin Benn, Patricia Maude. (2007). A practical guide to teaching gymnastics. United States of America: Coachwise 1st4sport. Beth Gruber. (2003). Gymnastics for Fun!. United States of America: Compass Point Books. Catherine Veitch. (2009). Gymnastics. United States of America: HEINEMANN LIB. Debby Mitchell, Barbara Davis, Raim Lopez. (2002). Teaching fundamental gymnastics skills. United States of America: Human Kinetics Publisher. Heather C. Palmer. (2003). Teaching rhythmic gymnastics: a developmentally appropriate approach. United States of America: Human Kinetics Publisher. Karen D. Cogan, Peter Vidmar. (1999). Gymnastics. United States of America: Fitness Information Technology, Inc. Nadejda Jastrjembskaia, Yuri Titov. (1999). Rhythmic gymnastics. United States of America: Human Kinetics Publisher. Rae Pica. (2005). Dance Training for Gymnastic. United States of America: Mayfield Publishing Company. Yusof Ismail. (2001). Gimnastik. Selangor, Malaysia: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Laman Web undefined. (n.a.). Bound Angle Pose. In Yoga Journal. Retrieved 20 August 2011, from http://www.yogajournal.com/poses/486.

31

undefined. (n.a.). Child Pose. In Yoga Journal. Retrieved 20 August 2011, from http://www.yogajournal.com/poses/475. undefined. (n.a.). Cow Face Pose. In Yoga Journal. Retrieved 20 August 2011, from http://www.yogajournal.com/poses/689. undefined. (n.a.). Half Lord of the Fishes Pose. In Yoga Journal. Retrieved 20 August 2011, from http://www.yogajournal.com/poses/485. undefined. (n.a.). Seated Forward Bend. In Yoga Journal. Retrieved 20 August 2011, from http://www.yogajournal.com/poses/477. undefined. (n.a.). Side-Reclining Leg Lift. In Yoga Journal. Retrieved 20 August 2011, from http://www.yogajournal.com/poses/2500. Wikipedia, Inc. (30 July 2011). Adho Mukha Svanasana. In Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved 20 August 2011, from http://en.wikipedia.org/wiki/Adho_Mukha_Svanasana. Wikipedia, Inc. (30 July 2011). Halasana. In Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved 20 August 2011, from http://en.wikipedia.org/wiki/Halasana. Wikipedia, Inc. (30 July 2011). Paschimottanasana. In Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved 20 August 2011, from http://en.wikipedia.org/wiki/Paschimottanasana. Wikipedia, Inc. (30 July 2011). Ustrasana. In Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved 20 August 2011, from http://en.wikipedia.org/wiki/Ustrasana. Wikipedia, Inc. (30 July 2011). Uttanasana. In Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved 20 August 2011, from http://en.wikipedia.org/wiki/Uttanasana.

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

Anda mungkin juga menyukai