Anda di halaman 1dari 53

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KURSUS ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SHV 4193 MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
OLEH: EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

Model-Model Kurikulum
1. Family Center Model 2. Portage Model 3. Model Constructivist 4. Model High Scope 5. Montessori 6. Model Multi-Cultural 7. Mix-Age Classroom 8. Model Inklusif Jowonio

Model-Model Kurikulum
9. Model Projek 10. Reggio Emilia 11. Bank Street 12. The Eriksonian Approach 13. Child Care 14. Analisis Tingkahlaku 15. Frequency Count 16. Educating The Young Thinker 17. Model Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM

(a) PORTAGE MODEL Konsep penglibatan keibubapaan Berpusatkan ibubapa mendidik anak-anak Home based program (b) MODEL CONSTRUCTIVIST Berasaskan teori J.Piaget Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman (c) MODEL MONTESSORI Penerokaan kepada pesekitaran Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain Belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpa pembelajaran formal)

CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM

(d) REGGIO EMILIA Berasaskan prinsip sosial konstruktivis spt. Piaget, Dewey, Montessori dan Vygotsky Melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak Persekitaran fizikal dan pengurusan ruang amat penting Mendirikan sekolah berkeperluan khas (e) BANK STREET Penekanan kepada hubungan sosial (f) THE ERIKSONIAN APPROACH Psikososial stage; oral, anal, lokomotor Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain

CONTOH-CONTOH MODEL KURIKULUM

(g) ANALISIS TINGKAHLAKU Berasaskan; prinsip tingkahlaku analisis tingkahlaku modifikasi tingkahlaku (h) EDUCATING THE YOUNG THINKER Pembelajaran berdasarkan pemikiran simbolik (Piaget,Kaplan) Kemahiran kanak-kanak dalam mengklasifikasikan konsep 2D/3D Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman (i) MODEL PROJEK Projek based Peluang kepada kanak-kanak buat penyelidik

MODEL KURIKULUM PRASEKOLAH


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN PENGALAMAN YANG BERMAKNA PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

KECEKAPAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN

SIHAT DAN CERGAS


KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF

BERSEDIA

KE SEKOLAH

Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan seimbang Kemanusiaan


Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

PERSPEKTIF ISLAM TEORI KECERDASAN PELBAGAI

TEORI INTERAKSI

TEORI TINGKAH LAKU

IDEA & PEMIKIRAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


TEORI KECERDASAN EMOSI

TEORI SOSIOBUDAYA

TEORI KEMATANGAN

TEORI HUMANISTIK

TEORI TINGKAH LAKU Pavlov - Teori Pavlov Skinner - Teori Ransangan Gerakbalas Froebel - Perkembangan tingkah laku semasa bermain dari segi intelek, emosi, sosial dan fizikal

TEORI KEMATANGAN/KOGNITIF
Rousseau - Kematangan semula jadi Piaget Kematangan mengikut peringkat umur (Perkembangan Kognitif)

PERPESPEKTIF ISLAM
Al- Quran Hadith Pemikir: Sayyidina Umar Al Khattab r.a. Imam Al Ghazali Ibnu Khaldun

PERPESPEKTIF LAIN

Confucius

TEORI INTERAKSI Dewey - Interaksi penting untuk pengalaman bermakna Montessori - Interaksi diri dan persekitaran menggunakan deria TEORI HUMANISTIK

Maslow - Hiraki keperluan kanak-kanak


- Perlu memenuhi keperluan fisiologikal, rasa selamat, rasa kepunyaan dan rasa dihargai

TEORI SOSIOBUDAYA
Vygotsky - Kanak-kanak perlukan orang dewasa dalam perkembangan mereka

- ZPD Zone of Proximal Development


- Scalffolding

TEORI KECERDASAN PELBAGAI Gardner - 8 + 1 Kecerdasan Pelbagai - bahasa/linguistik - logika-matematik - visual/ruang - kinestetik - muzik - interpersonal - intrapersonal - naturalis - kerohanian

TEORI KECERDASAN EMOSI


Goleman - memahami emosi sendiri dan orang lain - mengurus emosi sendiri dan kemahiran sosial

CONTOH; TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Fitrah perkembangan kanak-kanak membina tahap pemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif. Manakala proses membina pemahaman pula amat berkait rapat dengan konsep Organisasi dan Adaptasi. Kanak-kanak bukan sekadar mengorganisasi segala pemerhatian dan pengalaman semata-mata, malahan turut mengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-idea bagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara. Proses adaptasi akan berlaku dalam dua keadaan, iaitu Proses Asimilasi dan Proses Akomodasi.

Proses Asimilasi merujuk kepada proses penambahan maklumat baru atau memperkaya sturuktur kognitif sedia ada. Contoh, Zahra ternampak seekor burung dan menyebutnya sebagai burung. Dalam keadaan ini, asimilasi telah berlaku iaitu maklumat diserap melalui pandangan dan sebutan tanpa sebarang pengubah suaian. Proses Akomodasi merujuk kepada proses pengubah suaian skemata sedia ada untuk memperoleh maklumat baru. Berdasarkan contoh di atas, pada hari yang lain, jika ibu Zahra terdengar Zahra menyebut kambing apabila ternampak burung, ibunya membaiki keadaan tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah burung kerana ia boleh terbang dan berkicau, tidak berkaki empat dan tidak berbadan besar.

Bila mana kanak-kanak memperoleh maklumat baru : Akan berlakunya ketidak seimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran. Bagi memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu mengadaptasi dan mengorganisasi pada skemata (Struktur kognitif yang mengorganisasi dan menginterpretasi semua pengalaman kanak-kanak).

2 fakta utama perkembangan kognitif menurut Piaget iaitu : Mempunyai rasa ingin tahu Aktif bergerak balas terhadap persekitaran mengikut kefahaman dan keupayaan mereka

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF


0-2 Tahun (Deria Motor) Kanak-kanak menggunakan deria motor dan lain-lain deria untuk meneroka dan memahami dunia persekitaran mereka 2- 7 Tahun (Praoperasi) Kanak-kanak mengeksploitasi kemampuan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pada tahap pemikiran yang masih tidak berdasarkan logik dan mudah berubah oleh persepsi yang berlainan. 7 11 Tahun (Operasi Konkrit) Kanak-kanak memulakan zaman persekolahan formal dan menggunakan pemikiran logik dan konkrit untuk menyelesaikan masalah secara Cuba Jaya (Trial and Error) 12 Tahun ke Atas (Operasi Formal) Kanak-kanak berada di zon remaja yang membolehkan mereka berfikir secara abstrak, menggunakan konsep pemikiran hipotetikal dan kesan jangka panjang sesuatu situasi.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY

Vygotsky memberi pandangan berkaitan konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) iaitu : Kanak-kanak akan menjadi lebih berkemahiran jika diberi peluang terlibat secara aktif bersama ahli masyarakat yang lebih dewasa dan lebih matang. Ini membolehkan mereka lebih mahir memikirkan sesuatu dalam lingkaran budayanya.

Kanak-kanak yang terlibat dengan budaya masyarakat akan lebih mudah bergerak balas dengan persekitarannya dengan menggunakan pemikiran, peluang berbahasa dan berdialog.

Kesempatan berada dalam budaya masyarakat akan membolehkan kanak-kanak berkomunikasi sesama sendiri dan berinteraksi dengan orang lain. Proses ini akan mengubah kapasiti mental yang menjadi asas kepada perkembangan proses kognitif yang lebih tinggi. Kanak-kanak berpeluang mempelajari sesuatu kemahiran atau pembelajaran baru melalui bimbingan orang dewasa atau rakan yang lebih berkemahiran bagi membantu mereka mencapai tahap yang lebih optimum.

Faktor Scalffolding yang terdapat dalam ZPD menjadi agen perubahan kualiti berbentuk sokongan sosial dalam tempoh proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Orang dewasa membina Scalffolding melalui panduan, arahan, bahasa badan, mimik muka dan sebagainya bagi membimbing kanak-kanak menguasai konsep asas pembelajaran yang lebih bermakna. Faktor Intersubjektiviti merupakan situasi di mana dua individu bermula dengan pemahaman yang berbeza mengenai sesuatu perkara yang sama tetapi akhirnya memperoleh pemahaman yang sama pada peringkat akhirnya.

Teori Perkembangan Emosi Erikson


Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama : Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asas Perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas Perkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentu Setiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap berikut dengan jayanya Kegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya

Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Bagi mencapai tahap kesempurnaan psikososial yang positif, setiap tahap perlu ditangani oleh individu tersebut dengan jayanya. Seandainya krisis yang berlaku pada tahap tertentu tidak dapat ditangani, individu tersebut akan berhadapan dengan kegagalan sepanjang hayatnya.

Tahap Pertama Percaya Lawan Tidak Percaya (0 18 Bulan)

Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya mula terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya terhadap orang lain dan persekitaran akan terbentuk jika bayi tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti daripada pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai penjagaan yang tidak sempurna kepada bayi, maka akan terbina perasaan tidak percaya kepada orang lain.
Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka, kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi.

Tahap Kedua Autonomi Lawan Rasa Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun) Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara sendiri. Segala aktiviti asas kehidupannya seperti mandi, makan, berpakaian dan ke tandas telah mula dapat dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanak-kanak mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara bebas tanpa gangguan orang lain. Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanakkanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.

Tahap 3 Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (3 6 Tahun)


Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka. Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian dan memasak. Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.

Tahap 4 Industri Lawan Rendah Diri (6 -12 Tahun)


Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi melalui pemikiran logik. Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka. Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.

Tahap 5 Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan (12 - 20 tahun)

Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan mengenali diri mereka sendiri termasuk mencari kemungkinan teman hidup, peranan dalam keluarga dan masyarakat.
Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai pilihan yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk memilih. Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu persepsi mereka terhadap peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan dalam masyarakat.

Tahap 6 Tahap Intimasi/Kemesraan Lawan Pengasingan Diri


(20 - 40 tahun)

Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang akrab terutama dengan rakan berlainan jantina, mula memikir teman hidup, percintaan dan perkahwinan.
Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan, akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.

Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri (40 - 60 tahun)


Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi perhatian dan komitmen terhadap individu lain dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan masa hadapan. Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai tahap generativiti, mempunyai pandangan positif dan berazam untuk berjaya secara optimum. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna jika berjaya membentuk anak-anak menjadi orang berguna yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan masyarakat.

Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa (60 tahun ke atas) Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dan kepuasan dalam dirinya. Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.

TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARDNER


Gardner berpandangan bahawa kecerdasan mempunyai kaitan dengan kebolehan individu untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu hasil kerja berdasarkan skop budayanya sendiri seperti menghasilkan karya seni, mencipta lagu atau mengarang puisi. Gardner tidak bersetuju bahawa individu boleh dikesan tahap kecerdasannya berdasarkan ujian seperti Ujian IQ. Beliau menyakini bahawa bukan hanya terdapat satu kaedah untuk menyelesaikan masalah atau konflik, tetapi melibatkan pelbagai cara di mana individu boleh menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau mengeluarkan sesuatu hasil.

Gardner mengklasifikasikan kecerdasan individu kepada beberapa 9 kategori, iaitu : Kecerdasan Bahasa-Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan, pembacaan dan penulisan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Ini termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, bercakap tentang bahasa itu sendiri, menghasilkan bahan bahasa, mengenal pasti perbezaan bahasa, susunan dan rima perkataan. Individu yang memiliki kecerdasan ini, boleh menguasai bahasa isyarat, mudah mempelajari bahasa asing, berkecenderungan berpuisi dan menghasilkan novel.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Gemar bercerita Gemar menulis Mempunyai ingatan yang baik seperti mengingati bait puisi Mengeja perkataan dengan mudah, cepat dan tepat Suka membaca Suka aktiviti permainan bahasa

Kecerdasan Logika-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor dan mengira secara berkesan, berkebolehan mengemukakan pandangan secara induktif atau deduktif, mampu membuat jangkaan dan menyatakan sebab dan akibat, menghuraikan perkara-perkara yang abstrak serta dapat menganalisis sesuatu isu sebelum menyelesaikannya secara bersistematik.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Mampu menyelesaikan masalah matematik dengan pantas Berkecenderungan dalam komputer Gemarkan permainan berstrategi seperti catur Dapat menyatakan sebab dan akibat sesuatu peristiwa Suka pada kerja-kerja yang melibatkan eksperimen

Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Individu yang memiliki kecerdasan jenis ini mampu membuat kerja-kerja binaan, pengukuran dan kejuruteraan, serta menganalisis graf, peta dan carta.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Gemar berangan dan berimaginasi Berkebolehan mentafsir peta, rajah, graf dan carta Gemarkan permainan seperti menyusun objek Suka menyanyi dan aktiviti yang melibatkan muzik Suka pada kerja-kerja seni terutama melukis

Kecerdasan Kinestetik-Badan
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila bercakap Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau kraftangan Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain

Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan irama, nada, tempo, melodi dan rentak lagu serta bunyi-bunyian. Berkecenderungan kepada muzik, menghargai keindahan dan kedamaian serta suka bermain dengan perasaan. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Gemar dan mampu bermain alat muzik Senang mengingat dan menghafal melodi dan lirik lagu Mudah mengenal pasti bentuk irama yang dimainkan Sukakan muzik dan bunyi-bunyian ketika belajar Suka mengisi masa yang ada dengan menyanyi

Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Ini termasuklah kemahiran bertindak dan berhubung secara berkesan dengan orang lain secara praktikal. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Gemar berkomunikasi dan mempunyai ramai rakan Mudah simpati dan amat memahami perasaan orang lain Suka berkumpul bersama rakan-raka Sukakan permainan secara berkumpulan Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kekurangan, hasrat dan kehendak. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau perbezaan diri dengan orang lain, dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mampu mengawal kemarahan atau kesedihan diri. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Mempunyai kebolehan untuk berdikari Dapat memberikan pandangan yang konkrit Gemarkan kesunyian dan bersendirian Memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi

Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuhtumbuhan, galian dan haiwan termasuk rumput dan batuan serta beraneka flora dan fauna, kebolehan untuk mengenali artifak budaya berdasarkan pakaian dan makanan. Individu kategori ini amat menyintai keindahan alam semula jadi serta gemar meneroka hutan dan memelihara haiwan.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Sukakan memelihara haiwan Dapat mengenal pasti haiwan dan tumbuhan dengan cepat Gemar mengumpulkan karangan laut Minat menanam bunga dan menghias menggunakan bahan semula jadi seperti buluh, rotan dan akar.

Kecerdasan Eksistensial / Kerohanian Individu yang memiliki kepekaan, kemampuan dan memberikan respons terhadap persoalan kewujudan dan kematian manusia, sensitif kepada permasalahan masyakat di sekitarnya, memiliki kecenderungan beragama dan sentiasa ingin mencari penyelesaian melalui pendekatan agama.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah : Sensitif kepada keperluan masyarakat sekeliling Gemar mengkaji hal-hal berkaitan agama Gemar mendampingi diri dengan bahan berunsur agama Cenderung kepada pemikiran falsafah dan kerohanian

TEORI KREATIVITI TORRANCE


Torrance berpandangan bahawa Kreativiti Sempurna Kendiri dan Kreativiti Bakat Istimewa adalah proses kreativiti yang menjadikan individu tersebut sensitif terhadap masalah, merasai kekurangan ilmu dan pengetahuan serta menghadapi keadaan yang tidak harmoni dalam diri. Kreativiti Sempurna Kendiri mempunyai pertalian yang rapat dengan tahap kesihatan mental tetapi tidak ada hubungan dengan konsep Genius dan Bakat. Kreativiti Bakat Istimewa merupakan anugerah yang lahir daripada bakat semulajadi.

Kreativiti di anggap sebagai satu kurniaan di mana seseorang itu mungkin memilikinya atau tidak. Namun kreativiti sebenarnya melibatkan kemahiran-kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Ini atas rasional bahawa walaupun seseorang itu memiliki bakat dan kreativiti semula jadi, tetapi jika tidak diberi peluang untuk berkembang, ianya akan pupus dan menjadi sia-sia.

Ini mendorong seseorang itu mengenal pasti kesukaran yang wujud, mencari penyelesaian dengan membuat tekaan atau merangka hipotesis tentang kekurangan tersebut, menguji hipotesis dan melaporkan dapatan atau hasilan yang diperoleh. Melalui dapatan, maka kreativiti akan terbentuk dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai. Torrance berpandangan bahawa ujian kepintaran IQ serta ujian kertas dan pensil tidak akan memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap tahap kreativiti manusia. Ujian seperti ini hanya melihat perkembangan dari sudut pandangan yang sempit.

Kreativiti menurut Torrance berdasarkan ciri-ciri berikut : Kelancaran/Kefasihan/Kepetahan (Fluency) - Jumlah yang boleh diinterpretasi, bermakna dan idea yang bersesuaian untuk digeneralisasikan sebagai respons yang mendorong kepada kreativiti.
Kelenturan (Flexibility) Jumlah perbezaan antara kategori yang bersesuaian dengan respons dalam proses menggambarkan kreativiti. Keaslian (Originality) Data yang menunjukkan kelainan atau keanehan terhadap perkara yang diuji.

Penghuraian (Elaboration) Jumlah terpeinci yang diperoleh daripada respons


Indeks Kreativiti (Creativity Index) Pencapaian yang diperoleh untuk menggambarkan tahap kreativiti. Kesamaran (Abstractness of Titles) Tahap pemahaman responden terhadap tajuk atau perkara yang dikemukakan. Rintangan/Halangan (Resistance to Closure) Halangan untuk membuat kesimpulan terhadap tahap kreativiti. Purata (Average) Gambaran keseluruhan terhadap kreativiti yang ingin dikesan.

Jerome Bruner
Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Merupakan seorang pakar psikologi Amerika dan pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Havard dan Oxford. Pada keseluruhannya, Bruner juga sependapat dengan Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak. Namun demikian, Bruner menambah kepada apa yang disampaikan oleh Piaget. Pada pandangan Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut beliau, perkembangan berfikir tidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Maka perkembangan kecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosialnya dengan orang lain. Bruner (1966) telah mengenal pasti tiga tema yang berkaitan perkembangan kognitif.

Jerome Bruner
i. Tema pertama dikaitkan dengan cara bagaimana manusia mengurus dan mempamerkan pengalaman mereka. Beliau menerangkan bahawa kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu enactive, iconic dan symbolic. Setiap daripada tahap ini membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik. ii. Tema kedua dikaitkan dengan pengaruh budaya ke atas perkembangan. Beliau mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang bukan sekadar pengaruh luar ke dalam tetapi juga pengaruh dari dalam ke luar. iii. Tema ketiga dikaitkan dengan perkembangan sejarah manusia. Beliau percaya bahawa manusia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran.

RUJUKAN
Bruner, J. (1966). Studies in cognitive growth. New York: Wiley. Lev Semenovich Vygotsky www.massey.ac.nz/~Alock/virtual/project2.htr Slee, P.T. (2002). Child, adolescent and family development. Cambridge: Cambridge University Press. Steinberg, L & Meyer, R. (1995). Childhood. New York: McGraw-Hill.Inc. The Jean Piaget Archiveswww.unige.ch/piaget/presentg.htm Van Der Veer, R. (1986). Vygotskys developmental psychology, Psychological Reports, 59: 527-536. Vygotsky, L. (1988). Thought and Language. Cambridge: The MIT Press. Wood, D., Wood, H.A. & Middleton, D.J. (1978). An experimental evaluation of four face-to-face teaching strategies. International Journal of Behavioural Development 1: 131-147.