Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN ALU-ALUAN MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-3 27 JANUARI 2013

Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis, Bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatuwassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasah bihiajmain. Assalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia . Alhamdullilah, dapat kita bertemu pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 yang menjadi agenda wajib sekolah pada tahun ini. Saya berbesar hati ingin mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada tahun ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Pelindung untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

SK Pelindung baru menjangkau usia 4 tahun, walaubagaimanapun banyak catatancatatan kejayaan telah berlaku daripada bidang kurikulum, kokurikulum dan tidak lupa pihak PIBG sendiri. Daripada bilangan guru seramai 32 orang kini telah meningkat kepada 46 orang dan jumlah pelajar yang terkini adalah 591 orang. SK Pelindung kini mempunyai 19 kelas dari tahun 1 hingga 6 dan 2 kelas Pra Sekolah. Sekolah ini amat

beruntung kerana telah tersedia frasarana yang lengkap untuk kemudahan muridsekalian. Antaranya kantin, dewan, makmal, pusat sumber, padang dan kantin yang begitu selesa. Hadiri yang saya hormati sekalian. Visi SK Pelindung adalah

SK Pelindung penjana generasi cemerlang dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2015.
Manakala misinya pula;

Memperkembangkan intelek dan kemahiran murid melalui pendidikan terbaik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan kukuh jati diri berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berpegang kepada visi dan misi tersebut, kami selaku tulang belakang sekolah ini dengan sedaya upaya berusaha untuk mencapai visi dan misi tersebut. Alahamdullilah, pada tahun ini sekolah ini telah berjaya dicalonkan sebagai calon Ganjaran Baiah atau New Deals. Hadirin yang saya hormati sekalian, PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan pemuafakatan ini SK Pelindung akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visinya. Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG En Mohd Azli bin Abdullah telah

banyak menabur jasa, buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberi pelbagai sumbangan terhadap sekolah. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kini satu program yang dinamakan SARANA iaitu Inisiatif

ibu bapa, komuniti dan Sektor swasta, satu

Inisiatif utama pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan bagi membangunkan pendidikan Malaysia. Dengan ini saya
mengalu-alukan kerja sama ibu-bapa dalam menjayakan program tersebut. Akhir kata amatilah peribahasa cina berikut

WITH MONEY WE CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME WITH MONEY WE CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME WITH MONEY WE CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP WITH MONEY WE CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE"

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

Berbaju Kurung lengkap bertudung Duduk bertimpuh beradab sopan Ayuh bangunlah murid SK Pelindung Keputusan cemerlang akan dikotakan
Sekianlah wabilahi taufiq walhidayah wassalamualaikom warahmatulli wabarakatuh.

TN HAJI MUHAMAD BIN HUSSIN GURU BESAR SK PELINDUNG.