Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK BINAAN DAN BAHAN BANGUNAN DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Julaihi Wahid, Abdul Naser Abdul Ghani, Norizal Nordin, Mohd Fadzil Idris School of Housing Building and Planning, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang ABSTRAK: Kertas kerja ini menjelaskan applikasi teknologi binaan yang diamalkan di Malaysia. Bermula dari kawalan mutu bahan binaan yang di awasi oleh SIRIM, applikasi teknik binaan dan kewibawaan pihak perlaksana iaitu kontraktor yang di pantau oleh pihak CIDB sehingga ke integriti pihak konsultan seperti Arkitek oleh LAM, Jurutera oleh IEM dan sebagainya. Di Malaysia Jabatan Kerja Raya ditubuhkan untuk melaksanakan projek fizikal yang dikendalikan oleh kerajaan. Justeru itu kawalan dari aspek kualiti kerja adalah terjamin. Industri binaan terus berkembang dan pengawalan serta pengawasan dari mutu dan perlaksanaan kerja selaras dengan pertumbuhan pembangunan. Perlaksanaan program perumahan merupakan satu-satu sektor industri binaan yang terpenting di Malaysia, maka dengan itu ia menjadi fokus pembangunan yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi setempat. Kertas kerja ini juga meninjau beberapa bahan binaan lain yang berpotensi untuk industri binaan di Malaysia. Katakunci: Industri perumahan, mutu bahan, bahan binaan, pembangunan di Malaysia

1.

Pengenalan. Konsep pendemokrasian perumahan bukan sekadar menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu di beli atau di sewa oleh semua warganegara Malaysia. Sebaliknya ia memberi perhatian kepada kepentingan kehidupan yang selamat dan selesa. Melalui perancangan penempatan yang menyeluruh, penyediaan infrastruktur asas yang mencukupi dan bersikap adil dalam pengagihan sumber negara kepada semua lapisan rakyat terutama yang kurang berkemampuan dapat tercapai (Wahid 2004). Melalui Rancangan Lima Tahun Malaysia (Jadual 1) dan selaras dengan matlamat pembangunan negara, beberapa strategi diketengahkan agar dapat memenuhi keperluan perumahan. Melalui Rancangan Malaysia bermula dari Rancangan Malaysia Kedua sehingga sekarang terdapat beberapa program perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri untuk mempertingkatkan permintaan perumahan (Draf Laporan Akhir 2006)..

Jadual 1. Peruntukan Perumahan Awam dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun Tempoh Rancangan Pembangunan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Rancangan Malaysia Keempat (19811985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) Peruntukan awal (RM million) 171.89 710.15 1 458.00 Peratus keseluruhan 2.4 3.8 3.7 Perbelanjaan (RM million) 239.97 1 965.52 4 066.48 Peratus keseluruhan 2.7 6.1 8.3

1 979.64 803.00 2 875.00

4.9 1.5 4.3

3 979.64 2 056.00 -

9.0 3.5 -

(Sumber: Mohd Razali Agus: 1997) Memandangkan sektor perumahan menyumbang peratusan yang tinggi dalam sektor pembangunan fizikal, kesemua dasar, prosidur dan perundangan perumahan termasuk kod bangunan diperbaiki supaya perlaksanaan Program ini dijalankan dengan sempurna. Kos perumahan meningkat dari setahun kesetahun kerana disebabkan kos bahan dan juga kos tenaga kerja dan transportasi. Untuk menjamin ketelusan dasar, prosedur dan amalan serta keberkesanan teknologi dan sistem penyampaian, pihak agensi kerajaan dan swasta berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan teknik binaan. Dalam kertas kerja ini kami akan membentangkan peningkatan amalan teknologi dan bahan binaan yang dilaksanakan dalam program perumahan di Malasia.

2.

Sistem Penyampaian Terdapat dua jenis sistem penyampaian perumahan yang diamalkan di Malaysia , iaitu konvensional dan bukan konvensional (Jadual 2) atau di istilahkan sebagai formal dan tak formal. Jenis konvensional dilakukan oleh pemaju perumahan dari golongan swasta atau kerajaan manakala bukan konvensional dilakukan oleh orang individu yang

-1-

mengamalkan teknologi berpatutan. Perlaksanaan program perumahan negara yang dilakukan oleh pihak pemaju (swasta atau kerajaan) mengikut satu proses yang teratur dimana sistem kontrak diantara pemaju (sebagai klien) dengan kontraktor dan pemaju (sebagai pemaju dan kontraktor) dengan pembeli mengikut undang-undang yang termaktuk didalam sistem perundangan Malaysia. Dari aspek tipologi unit rumah juga beranika jenis disediakan dan mengikut kemampuan pembeli berasas kepada harga, kemasan dan lokasi. Selain dari tipologi rumah yang sudah siap pihak kerajaan juga menyediakan sistem tapak dan perkhidmatan untuk kawasan Sabah dan Sarawak dimana bank tanah masih terdapat dengan begitu banyak. Pelbagai insentif juga diketengahkan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah dan pihak pemaju dan institusi kewangan dalam peningkatan perlanjutan ekonomi dalaman iaitu dengan menurunkan kadar pinjaman dan penetapan harga bahan seperti simen dan bahan-bahan tertentu (Wahid 2004). Jadual 2. Tipologi dan Pendekatan Pengeluaran Bil. Jenis Pengeluaran Jenis Rumah Teres satu tingkat Teres dua tingkat Semi-Detached (bandung/kembar) Detached (sesebuah/bungalow) Walk-up flat (flat 5 tingkat tanpa lif) Flat low rise (flat 7 hingga 10 tingkat dengan lif) Flat high rise (flat 11 tingkat dan ke atas) Cove house (rumah inti) Site and service (tapak dan kemudahan asas) Rumah sesebuah

1.

Konvensional

2.

Tidak Konvensional

(Sumber- Pakar Runding USM : 2004)

3.

Perlaksanaan Pembangunan Malaysia telah mewarisi sistem binaan secara tradisional dan aplikasi teknik binaan diperbaiki menerusi usaha pihak pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pembangunan fizikal seperti SIRIM (Standard International Research Institute of Malaysia), CIDB (Construction Industry Development Board), IEM (Institue of Engineers Malaysia), LAM (Lembaga Arkitek Malaysia) dan peranan pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan agensi kerajaan berkaitan. Peranan pihak diatas boleh di ringkaskan seperti berikut. SIRIM - mengawal mutu bahan binaan dan penetapan piawaian CIDB - pemantauan aktiviti dan segala yang berkaitan dengan binaan IEM - profesionalisme Jurutera melaui kod etika LAM - profesionalisme Arkitek melaui kod etika PBT - garis panduan dalam perancangan dan pembangunan bangunan Pendekatan perlaksanaan pembangunan yang terdapat di Malaysia boleh dikatakan sempurna dan sistematik (Wahid 1998). Bermula dari aspek rekabentuk, bahan, sistem binaan sehingga ke perlaksanaan pembangunan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kesemua badan-badan seperti tercatit diatas.

4.

Piawaian Rekabentuk Bangunan Rekabentuk dalam konteks kertas kerja ini bukan hanya terhad kepada rekabentuk dari aspek senibina tetapi merangkumi rekabentuk struktur konkrit. Seperti yang telah dijelaskan, rekabentuk bangunan serta piawaian haruslah memenuhi kriteria yang termaktub didalam kontrak. Piawaian yang telah dibentuk oleh Department of Standards Malaysia dan SIRIM bagi menggantikan BS Code of Practice dalam sebarang kegiatan rekabentuk bangunan. Piawaian ini diperhalusi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk meneruskan kemantapan kegiatan industri binaan termasuk Master Builders Association, Institut Jurutera Malaysia, Persatuan Arkitek Malaysia, institusi pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan. Mengikut amalan yang biasa diamalkan rekabentuk konkrit adalah BS 8110 (kod amalan untuk kegunaan struktur) dan BS 6073 (rekabentuk pratuang komponen konkrit) untuk rekabentuk konkrit tertetulang dan rekabentuk dinding dalam bangunan. Berikut ini terdapat juga Malaysian Standards yang setaraf dengan BS 8110 iaitu MS 1195; Part 1; 1991 dan Part 2; 1991 (Code of Practice for Structural Use of Concrete) (Jadual 3).

-2-

Jadual 3. Garis Panduan dalam Pembangunan Perumahan Bil. 1. 2. 3. Jenis MS MS 144: 2001 MS 27: 1996 MS 30: Part 3: 1995 MS 30: Part 11: 1995 MS 30: Part 13: 1995 MS 30: Part 16: 1995 MS 160: 1995 MS 523: Part 1: 1993 MS 523: Part 3: 1993 MS 1241: 1991 MS 1471: Part 8: 1999 MS 30: Part 5: 1995 MS 30: Part 4: 1995 MS 1064: Part 8: 2001 MS 1064: Part 5: 2001 MS 1064: Part 1: 2001 Tajuk Specification For Cold Reduced Mild Steel Wire For The Reinforcement of Concrete (Second Revision) Specification For Precast Concrete Masonry Units Methods Of Testing Aggregates: Part 3: Methods For Sampling Methods Of Testing Aggregates: Part 11: Methods Of The Determination Of Resistance To Degradation Of Coarse Aggregate By Abrasion And Impact In Los Angeles Machine (First Revision) Methods Of Testing Aggregates: Part 13: Methods Of The Determination Of Water Soluble Chloride Salts Methods Of Testing Aggregates: Part 16: Methods For Testing And Classifying Drying Shrinkage Of Aggregates In Concrete Specification For Bitumen-based Coatings For Cold Application, Suitable For Use In Contact With Potable Water Specification For Concrete, Including Ready-Mixed Concrete Part 1 : Guide To Specifying Concrete (First Revision) Specification For Concrete, Including Ready-Mixed Concrete Part 3 : Procedurs To Be Used In Producing And Transporting Concrete (First Revision) Specification For Fibreglass Water Tanks Effective Capacity Of Less Than 2000 Litres Vocabulary On Fire Protection: Part 8: 1999 Terms Specific To Fire Fighting Rescue Services And Handling Hazardous Methods Of Testing Aggregates: Part 5: Methods For Determination Of Particle Shape Tahun 2001 1996 1995

4.

1995

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

1995 1995 1995 1993

1991 1999 1995 1995 2001 2001 2001

Methods Of Testing Aggregates: Part 4: Methods Of Determination Of Particle Size Distribution Guide To Modular Coordination In Buildings: Part 8: 14. Coordinating Sizes For Masonry Bricks And Blocks Guide To Modular Coordination In Building: Part 5: 15. Coordinating Sizes And Preferred Sizes For Window Sets Guide To Modular Coordination In Buildings: Part 1: General 16. Principles (First Revision) Code Of Practice For Building Operations Code Part 1: Demolition Part 2: Excavation Work Part 3: Welding And MS 282: Part Cutting Part 4: Piling Part 5: Handling And Storing Materials 17. 1 To 9: 1975 Part 6: Blasting Part 7: Scaffolds Part 8: Ladders art 9: Temporary Floors, Stairs, Railings And Toe Boards MS 523: Part Specification For Concrete, Including Ready Mixed Concrete 18. 2: 1993 Part 1: Guide To Specifying Concrete (First Revision) MS 523: Part Specification For Concrete, Including Ready Mixed Concrete 4: 1993 Part 4: Procedurs To Be Used In Sampling Of Concrete (First 19. Revision) MS 146: Specification For Hot Rolled Steel Bars For The Reinforcement 20. 2000 Of Concrete (Second Revision) (Sumber: susunan dari penyelidik USM 2004)

1975

1993 1993 2000

BS 6073; Part 1; 1981 dan BS 5628 digunakan untuk dinding galas beban. Selain daripada amalan rekabentuk BS 6073 piawaian MS 27:1996 juga digunakan (specification for precast masonry units). Kelulusan ini juga telah dikeluarkan oleh Building and Civil Engineering Standards Committee dan disahkan oleh Board of Standards dan SIRIM pada Ogos 1996. Perlaksanaan sektor pembinaan di Malaysia agak spesifik walaupun dasar teknik binaan belum ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan. Walaupun demikian terdapat rujukan untuk perlaksanaan amalan binaan yang boleh menjadi garis panduan seperti yang diamalkan pada masa kini (Jadual 4). Jadual 4. Garis Panduan dalam Pembangunan Perumahan Bil. 1. Kaedah Garis panduan dari segi penggunaan bahan, Huraian - Berdasarkan kepada Piawaian British (British Standard)

-3-

2. 3. 4. 5.

aplikasi dan had Spesifikasi dan kontrak Kebolehan dan pengalaman kerja Sejarah Kaedah/ teknik

- Berdasarkan Piawaian Malaysia (Malaysian Standard) - dipersetujui oleh kesemua pakar runding - bergantung kepada keadaan setempat - teknik yang dipraktikkan sebelumnya menjadi ikutan - pengaruh daripada pihak penjajah - berdasarkan kepada projek yang terdahulu - bahan yang berlainan memerlukan teknik yang berbeza - bergantung kepada situasi

(Sumber- Pakar Runding USM: 2004) 4.1 Bahan Binaan Sistem konvensional merupakan teknik binaan yang diamalkan dalam program perumahan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh USM 2004 kegunaan produk besi sangat tinggi (ini termasuk besi keluli terpilih, bar dan rod). Ini adalah disebabkan besi keluli (Carta 4.1) digunakan begitu luas untuk struktur bermula dari asas bangunan sehingga ke rangka tiang, rasuk lantai dan bumbung (Draf Laporan Akhir 2006).

Carta 4.1 : Petunjuk Pengeluaran Bagi Industri-Industri Terpilih


161 177 193 213 250 200 200 108 125 107 150 100 50 0 140 178 128 148 141

179 183 201

190 188 204 101

1998

98

1999

104

2000 Tahun

106

2001

182

2002

Kayu & bahan berasaskan kayu Produk berasaskan besi fabrik Nota : Tahun Rujukan 1993 = 100

Produk mineral bukan logam Produk berasaskan bukan 'ferrous'

Industri berasaskan besi dan keluli

(Sumber : Building Materials - 2nd Edition 2004/2005 dalam susunan dari penyelidik USM 2004)

Dalam hal yang sama bahan yang berasaskan bukan ferrous (Carta 4.2) juga menunjukan bahan yang paling banyak digunakan diikuti oleh produk berasaskan besi fabrik manakala bahan berasaskan kayu menjadi bahan yang paling rendah digunakan dalam pembinaan perumahan di Malaysia. Carta 4.2 : Petunjuk Pengeluaran Bagi Industri-Industri Terpilih
250 200 178 200 108 125 150 100 50 0 140

161 177 193 213

179 183 201

190 188 204 101

187
187

107

128 148 141

1998

98

1999

104

2000 Tahun
Produk mineral bukan logam Produk berasaskan bukan 'ferrous'

106

2001

182

2002

Kayu & bahan berasaskan kayu Produk berasaskan besi fabrik

Industri berasaskan besi dan keluli

-4-

Nota : Tahun Rujukan 1993 = 100 (Sumber : Building Materials - 2nd Edition 2004/2005 dalam susunan dari penyelidik USM 2004)

Penggunaan simen sangat tinggi dari tahun 1998 dan jumlah meningkat sehingga ketahun 2002 (Carta 4.3). Sistem konvensional memerlukan simen untuk perlaksanaan kerja ditapak dan fakta ini menunjukan perbandingan yang ketara jika IBS digunakan dalam pembinaan perumahan (Uniform Building By-Law 1976).

Carta 4. 3 : Pengeluaran dan Penggunaan Simen dan Clinker


14.2 13.8 14.1

12.8

11.8

10.4

10.7

11.3

10 5 0

1998

1999

2000 Tahun

10.4

2001

'Clinker'

Simen

(Sumber : Building Materials - 2nd Edition 2004/2005 dalam susunan dari penyelidik USM 2004)

4.2

Sistem Binaan Meskipun sistem IBS (Sistem Binaan Industri) dianggap cepat dan canggih, secara amnya didalam spesifikasi dan kontrak untuk sesuatu kontrak termaktub sistem konvensional sebagai sistem pembinaan (Draf Laporan Akhir 2006). Ini adalah disebabkan sistem ini merupakan teknik yang paling mudah dan menjadi tradisi pembinaan untuk bangunan. Jika diperhatikan kerja binaan ditapak bina, cara perlaksanaan agak mudah dan berkesan sekali dimana konkrit di campur dengan simen, air, pasir dan batu baur (Foto 4.20). Kerja-kerja ini boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Bermula dari asas pad tertulang, tiang pendek, rasuk lantai dan seterusnya ke struktur bumbung (Foto 4.21). Amalan ini agak memakan masa yang lama untuk setiap komponen mengeras sebelum lanjutan kerja dapat dilaksanakan. Penyusunan dinding batu bata juga tidak berubah dari apa yang diamalkan sejak berkurun lagi (Foto 4.22). Walau bagaimanapun sistem ini menjadi satu pendekatan yang lazim digunakan didalam industri binaan di Malaysia. Foto 4.20 Sistem Konvensional

(Sumber: Wahid 2006)

-5-

12.5

15

2002

Foto 4.21 Acuan Konkrit untuk Rasuk Aras Tanah

(Sumber: Wahid 2004) Foto 4.22 Dinding Isian Batu Bata

(Sumber: Wahid 2004)

5.

KESIMPULAN Program perumahan memain peranan yang penting dalam industri binaan di Malaysia. Bahan dan teknologi binaan menjelaskan ketelusan penyampaian perumahan kepada pembeli. Apa yang termaktub didalam spesifikasi telah memenuhi syarat kualiti bahan dan teknik perlaksanaan kerja mengikut kepakaran ahli jurutera dan arkitek. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap negara maju dalam tahun 2020 (Laporan Akhir Kajian Dasar Perumahan), kualiti kehidupan di fokuskan kepada pengintegrasian alam bina dan alam semulajadi. Kualiti tempat tinggal bukan sekadar dinilai kepada teknik binaan malah perkhidmatan bangunan dan penyelenggaraan juga di perbaiki. Secara khusus bahan dan teknik binaan serta perkhidmatan dan penyelenggaran dalam program perumahan di Malaysia adalah secara komprehensif dan ianya sentiasa dipertingkatkan kualiti, mutu perkkhidmatan dan keprofesionalisme pihak konsultan. Keprihatinan pihak kerajaan dalam bidang ini meningkatkan martabat golongan profesional, agensi kerajaan dan swasta yang sama-sama membantu dalam pembangunan negara.

-6-

RUJUKAN Dato Professor Dr. Ibrahim Wahab (2006), Draf Laporan Akhir Kajian Dasar Perumahan Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Dibiayai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Uniform Building By-Law., (1976). Pertubuhan Arkitek Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia Wahid. J., (2004). Effective Policy on Affordable Housing - The Malaysia Experience, Proceedings of the Refereed Scientific Papers, Symposium of Housing (2) (Afffordable Dwelling). Arriyadh, Kingdom of Saudi Arabia, 7-10 Safar 1425H (28-31 March 2004. (1998). Kajian Pengubahsuaian Rumah Kos Rendah Di Petrajaya, Kuching, Sarawak: Fokus Kajian Kepada Teknik Binaan. Geran jangka pendek IRPA Laporan Akhir dihantar pada Disember 1998. . (2004). Laporan Tapak Projek Cadangan Pembinaan Sekolah Menengah Tasek, Pulau Pinang. Laporan dihantar untuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pulau Pinang. . (2006). Laporan Tapak Projek Cadangan Pembinaan Perumahan Kuala Bekah, Pulau Pinang. Laporan dihantar untuk Hayana Sdn. Bhd., Pulau Pinang.

-7-

Anda mungkin juga menyukai