Anda di halaman 1dari 2

Apakah ciri-ciri guru sebagai role model kepada pelajar?

Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifatsifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa. Ketika memerlukan bantuan pelajar, guru juga member pertolongan dan bukannya memarahi pelajar. Guru yang bertatasusila bukan sahaja menghormati rakan-rakan sejawatnya, malahan dia juga menghormati pelajar sebagai manusia biasa yang ada kehendak, keperluan dan harga diri. Guru juga harus berpakaian kemas dan berkelakuan baik. Guru tidak boleh memakai pakaian yang menjolok mata dan berperlakuan kasar. Keadaan ini adalah disebabkan murid-murid ingat apa yang dilakukan oleh guru semuanya adalah betul. Jika guru berkelakuan kasar, murid-murid akan mengikuti kelakuan kasar ini.Bak kata pepatah: Bapa boreh anak rintik. Sebagai seorang guru ,mereka juga harus mempunyai nilai kesabaran. Guru harus mengawal emosi sendiri, jangan cepat marah apabila pelajar menanyakan sesuatu atau memberi jawapan yang salah. Kesabaran guru akan menyebabkan pelajar belajar dalam suasana yang tenang serta jiwa yang tenteram. Lagipun, kesabaran guru selalu menggalakkan keinginan pelajar untuk berinteraksi dengan guru. Selain itu, guru hendaklah mempunyai sikap keadilan kepada setiap murid. Guru haruslah memberi pengajaran dan layanan yang saksama kepada semua

murid tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Janganlah hanya menyukai pelajar yang pintar dan mengabaikan pelajar yang lemah. Sebagai contohnya, ketika memberi pujian atau teguran, guru hendaklah jujur. Begitu juga ketika dia menolong pelajarnya dalam menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Kejujuran merupakan satu ciri tingkah laku guru yang amat dihargai oleh pelajar. Seterusnya, guru juga harus sentiasa menepati masa. Guru harus masuk ke dalam kelas dengan masa yang tepat. Keadaan ini dapat menggalakkan muridmurid untuk menepati masa dalam bila-bila masa. Di samping itu, guru harus mempunyai sikap bertanggungjawab,iaitu mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Tanggungjawab seorang guru ialah terhadap muridnya. Guru harus lebih mementingkan kebajikan murid berbanding dengan kepentingan sendiri. Apabila murid memohon pertolongan daripadanya, dia bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira sama ada murid itu berasal daripada kelasnya ataupun tidak. Kesimpulannya, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik.dan murni.