Anda di halaman 1dari 17

Disediakan oleh : Ong Ai Lis Tan Yee Ching Chong Wai Yip Hoo Pik Loong Ng Eric

Takrifan literasi (celik huruf atau kenal huruf) biasanya memaksudkan keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengarr, dan bertutur.
Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud mampu membaca dan menulis di tahap yang memadai untuk berkomunikasi, atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam masyarakat.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menggariskan takrifannya seperti berikut: "Literasi' iadalah keupayaan mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta, menyampaikan, mengira dan menggunakan bahan cetak dan bertulis yang berkenaan dengan pelbagai konteks. Literasi melibatkan suatu kontinum pembelajaran untuk membolehkan seseorang individu mencapai matlamatnya, mengembangkan ilmu pengetahuan dan potensinya, serta menyertai masyarakat lebih luas dengan sepenuhnya." Pada zaman moden, buta huruf dipandang sebagai masalah sosial yang perlu diatasi melalui pendidikan.

BAHASA
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting untuk membezakan manusia dengan makhlukmakhluk lain. Munusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan mengakulumasikannya, menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi.

Definisi Bahasa
Bahasa sebagai satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh lauform(bentuk luaran) dan fikiran yang dibentk oleh idenform(bentuk dalaman) Daripada sistesis inilah berangam-ragam ujaran yang tidak terbatas jumlahnya dapat diterbitkan. ~ Wilhelm Von Humboldt

Bahasa merupakan satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan bayangan bunyi(bersifat psikologi). Menurut beliau, erti dan bayangan bunyi tidak terpisah, tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa.

~ Ferdinand de Saussure

Bahasa adalah satu tabiat-tabiat yang sangat rumit. ~ Charles F. Hockett (melihat bahasa dari sudut psikologi bahaviurisme) Bahasa adalah satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyibunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. ~ John Carol (melihat bahasa dari sudut linguistik)

Definisi yang paling baru dan lazim


(meneliti bahasa menurut fungsi dan bentuknya)

1. Bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat sebagai pelat berkomunikasi. (Fungsi) 2. Seperti yang diertikan oleh Chomsky, bahasa adalah terdiri daripada kalimat-kalimat.

[ Kedua-kedua definisi ini haruslah ditanggapi secara kesatuan]

Bahasa adalah sebagai satu lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitari, yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Ahli-ahli psikolinguistik moden telah menjelaskan Pendapat Blosh dan Trager yang mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas berdasarkan unsur-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebagai alat berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan .

a) Bahasa mempunyai bunyi Bunyi di sini dimaksudkan adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia. Segala bunyi bahasa sama ada bunyi-bunyi itu daripada bahasa kita atau daripada bahasa lain yang kita tidak faham adalah dihasilkan oleh alat-alat yang sama, iaitu rongga mulut, hidng, paru-paru dan lain artikulator.

b) Bahasa mempunyai sistem Setiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu ataupun bentuk sintaksis. Dalam bahasa terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya. Walaupun begitu tidak semua percantuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu.

c) Bahasa mempunyai bentuk Setiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti ayat-ayat, rangkai kata, perkataan, imbuhan dan lain-lain. Dalam bahasa Inggeris :boys dan boys mempunyai bentuk dan makna yang berlainan. Oleh kerana setiap bahasa mempunyai huraian sendiri, maka satu tatabahasa yang sejagat tidak mungkin dapat diwujudkan. Inilah sebabnya mengapa tiap-tiap mempunyai sifat-sifatnya sendiri.

d) Bahasa mempunyai makna Bahasa wujud bersama-sama dengan institusi lain. Oleh itu bahasa bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu. Setiap pertuturan mempunyai erti bagi penutur dan pendengarnya. Terdapat satu kaitan rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan kebudayaan di sekelilingnya.

e) Bahasa itu berubah Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturannya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan kebudayaan, pertempuran manusia dengan manusia lainmenyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

f) Bahasa itu arbitrari Arbitrari bermaksud tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati setiap bahasa mempunyai perkataan-perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama.

g) Bahasa itu linear Bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat sebutan satu mengikut yang lainnya. Maksudnya, dalam menyebut kalam, bunyibunyi yang dihasilkan ialah k diikuti dengan a, l, a dan m. Oleh itu, cara menurunkan apa sahaja yang dituturkan juga dikatakan linear, satu demi satu yang mana lambang mewakili satu bunyi.

Anda mungkin juga menyukai