Anda di halaman 1dari 13

KUDIS BUTA SCABIES

AHLI KUMPULAN: MOHD AZMAN B. AHMAD SUKRI MUHAMMAD AIMAN B. ABDULLAH OPSYEN: PPG/PJK02

PKE 3101 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI

KUDIS BUTA SCABIES

Apa itu Kudis?


Kudis adalah hama mini yang yang mempunyai lapan kaki dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar Walau bagaimanapun, mereka boleh dilihat dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. Hama ini adalah kira-kira 1/3 milimeter panjang

Apakah yang menyebabkan kudis buta ?


Disebabkan hama gatal (betina) yang mengorek di bahagian lipatan kulit dan bertelur di dalamnya. Apabila telur ini menetas, riwayat hidup anak-anak hama bermula.

Apakah tanda-tanda kudis buta ?


Terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian-bahagian badan yang dijangkiti. Gatal beserta nyilu di waktu malam yang amat sangat dan berpanjangan Gatal badan ketika badan berpeluh. Gatal dan nyilu selepas mandi terutamanya apabila menggunakan air panas Kurang selera makan kerana tidak selesa. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu) Demam

Bahagian-bahagian badan yang dijangkiti: 1. Di bahagian badan, di celah ketiak, di keliling pusat. 2. Di tangan, keliling sendi lengan dan celah-celah jari. 3. Pada bayi, di tapak tangan dan tapak kaki. 4. Di bahagian punggung dan kemaluan. 5. Di kaki dan celah-celah jari kaki.

Hama (Sarcoptes scabiei)

Contoh-contoh kudis buta :

Bagaimana Kudis Buta Merebak ?


Penyakit ini mudah berjangkit dan akan merebak jika 1. Ada perhubungan/pergaulan yang berpanjangan dengan pengidap kudis buta. 2. Tidur berdekatan dengan pengidap kudis buta. 3. Tidur beramai-ramai di atas sebuah katil dengan mereka yang mengidap kudis buta. 4. Berkongsi tuala, pakaian, kain cadar, sarung bantal dan peralatan lain. 5. Kebersihan diri tidak dijaga.

Bagaimana cara mencegah Kudis Buta


Dengan mengutamakan kebersihan diri. Segala kelengkapan harian seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain. Basuh pakaian, cadar, sarung bantal dengan bersih dan jemur dalam cuaca yang panas terik. Tilam dan bantal hendaklah dijemur sekurangkurangnya sekali seminggu. Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah

Apakah yang kita harus lakukan jika dijangkit Kudis Buta?

Jika terdapat bintik-bintik merah di celahcelah jari, segeralah dapatkan rawatan. Adalah perlu seisi keluarga mendapat rawatan serentak dengan pengidap untuk mencegah penyakit ini dari merebak. Jangan berkongsi tuala atau selimut Minimakan penggunaan pakaian dan basuh pakaian dengan air panas 100 darjah selsius Mandi laut sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan setiap sesi lebih kurang 2 jam. Mandi dengan air sulfur iaitu kolam air panas.

Apakah akibatnya jika lewat mendapat rawatan?


Kulit yang digaru akan pecah dan mungkin dihinggapi pula oleh kuman, menyebabkan bahagian-bahagian ini bernanah dan boleh mengakibatkan jangkitan kulit yang lebih teruk Demam dan kadangkala sakit buah pinggang boleh berlaku.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai