Anda di halaman 1dari 17

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 OUMH 1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

MANFAAT DAN KESAN BURUK INTERNET KEPADA PELAJAR

NAMA NO. MATRIKULASI E-MEL NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001 sharifah8222@yahoo.com MOHD NAZARI B. MOHD TERENGGANU LEARNING CENTER

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1.

1.0

PENGENALAN

2.

2.0

KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

4-7

3.

3.0

KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET KEPADA PELAJAR

8-11

4.

4.0

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF INTERNET KEPADA PELAJAR

12-15

5.

5.0

PENUTUP

16

6.

NOTA DAN RUJUKAN

17

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

MANFAAT DAN KESAN PENGGUNAAN INTERNET KEPADA PELAJAR

1.0

PENGENALAN

Mutakhir ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan terdengar orang memperkatakan tentang internet. Sesungguhnya penggunaan internet sangat penting kerana dunia kini sedang bergerak pantas seterusnya membolehkan pengguna internet di seluruh dunia berhubung dengan cepat dan pantas. Jaringan maya ini yang merupakan medium untuk mendapatkan maklumat tanpa mengira masa dan tempat seolah-olah menjadikan Dunia Tanpa Sempadan. Berdasarkan kajian oleh Nua Internet Surveys- 2000 mendapati bahawa jumlah pengguna internet seluruh dunia sehingga September 2000 adalah sejumlah 377.65 juta. Ini membuktikan betapa kepentingan internet kepada masyarakat dan ia semakin popular dari hari ke hari. Namun begitu, dalam isu internet, memang terdapat pro dan kontra mengenai manfaat dan kesan penggunaannya. Maka terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih manfaat dan menghindari kesan negatifnya. Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu laporan tentang manfaat dan kesan penggunaan internet kepada pelajar.

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

2.0

KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Internet banyak memberi manfaat kepada pelajar bermula daripada peringkat rendah hinggalah kepada institusi pengajian tinggi. Berikut adalah beberapa kebaikan internet:

2.1

Dapat Mengakses Maklumat dengan Cepat dan Tepat

Bagi pelajar, dengan adanya internet mereka boleh menerima maklumat dengan cepat dan tepat. Dalam erti kata lain, segalanya berada di hujung jari dalam dunia teknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik sahaja, segala maklumat akan dapat diperolehi. Mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mencari bahan bacaan. Pelbagai maklumat tentang negara, sistem pendidikan, budaya, teknologi, geografi, pertanian dan lain-lain akan diperoleh dengan melayari internet. Seterusnya mereka dapat menyiapkan segala tugasan yang diberi. Menurut Johnson (2004) internet dilihat sebagai alat untuk memudah dan mempercepatkan kerja para pelajar kerana mereka boleh mengakses data dan bahan bacaan secara online. Menurut jurnal yang bertajuk Attitudes of Students Towards Internet(Isman, Aytekin and Dabaj , Fahme 2004) perkembangan teknologi membuka peluang untuk orang ramai terutama dalam bidang pendidikan. Internet adalah sebahagian daripada teknologi untuk menangkap alternatif pada setiap kawasan di persekitaran yang kompetitif. Internet menyediakan peluang untuk mendapat peluang yang cekap dan cepat, mewujudkan hubungan dengan semua orang dan mencari semua jenis data dengan kesan globalisasi Melalui kaji selidik ( Kilincoglu, Altun 2002)ke atas 173 responden yang terdiri daripada pelajar siswazah dan pasca siswazah Universiti Timur Mediteranean, didapati bahawa 67.6 % responden bersetuju internet adalah cara terpantas untuk mencapai pengetahuan. 4

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

2.2

Sebagai Penghubung Dengan Dunia Luar

Melalui internet, pelajar-pelajar akan dapat berinteraksi dan meneroka dunia luar tanpa sempadan. Sebagai contoh penggunaan laman sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan lain-lain. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Alexa.com, Malaysia merupakan pengguna ketiga terbesar Friendster dengan mewakili 10.8 %daripada jumlah keseluruhan pengguan laman berkenaan pada Julai 2009. Ini menunjukkan laman sosial merupakan satu medium interaksi yang popular dalam kalangan pengguna internet terutamanya pelajar. Seterusnya, dengan mendapat kenalan dari seluruh pelusuk dunia, mereka dapat bertukar pandangan dan berkongsi cerita mengenai negara masing-masing. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosial budaya masyarakat dunia dan seterusnya memupuk keamanan sejagat. Berdasarkan kaji selidik (Kilincoglu, Altun -2002 ) mendapati 51.4 % responden bersetuju internet adalah tempat digital yangmencipta hubungan ke seluruh dunia.

2.3

Untuk Tujuan Pembelajaran

Internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-learning seperti http: //www.swinburne.edu.au. Di Malaysia, e-pembelajaran telah digunakan oleh Universiti Tun Abdul Razak ( UNITAR ) dan Universiti Terbuka Malaysia di mana proses pembelajaran dapat dilakukan secara aktif oleh pelajar dengan menggunakan internet tanpa perlu menghadiri kuliah sepenuhnya. Mereka boleh belajar secara sambilan dan anjal di rumah tanpa terikat dengan waktu pembelajaran. Internet juga sebagai salah satu medium untuk membantu pelajarpelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia berperanan sebagai pendidik atau tutor siber yang berkesan. Pembelajaran di dalam kelas biasa

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

akan menjadi lebih menarik dengan penggunaan kesan multimedia terutamanya dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Berdasarkan kajian Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman,1992;

Chazan,1988; Mc Coy,1991; Al Ghamdi,1987) menyatakan, pelajar dapat memahami konsep matematik dengan mudah dan berkesan dengan menggunakan komputer. Begitu juga usaha kerajaan yang mewujudkan Sekolah Bestari telah membuka ruang kepada teknologi internet yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPN , 1997). Program ini telah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua aspek.

2.4

Dapat Mengurangkan Masalah Sosial

Internet juga dapat mengurangkan pelbagai masalah sosial di kalangan pelajar. Dengan menggunakan internet di rumah atau membaca, pelbagai bahan menarik yang dipaparkan, pelajar-pelajar ini tidak akan keluar rumah. Mereka dapat menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan kereta api sebagai hobi. Mereka juga dapat mencari dan memainkan muzik pilihan mereka sendiri dan menonton siaran televisyen bagi mengisi masa lapang malahan dapat meningkatkan kecerdasan otak. Dengan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko masalah sosial seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelabkelab malam dan disko.

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

2.5

Memudahkan Pembelajaran di Universiti

Internet sangat bermanfaat kepada pelajar di universiti. Dengan adanya internet, pelbagai kemudahan dapat dinikmati. Ia merupakan sumber rujukan mudah dan pantas tanpa mengira masa dan lokasi penggunaan. Sebagai contoh, pembelajaran di OUM, yang telah menyediakan perpustakaan digital kepada pelajarnya. Pelajar boleh mencari buku dalam talian di perpustakaan maya ini jika mereka mempunyai kad perpustakaan tersebut. Kaedah pencarian maklumat cara baru ini hampir menggantikan kaedah penggunaan perpustakaan biasa. Dengan wujudnya universiti maya, contohnya UNITAR yang telah menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya, pelajar tidak perlu pergi ke bilik kuliah untuk mengikuti pengajian. Mereka hanya menggunakan internet untuk mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian. Mereka boleh menggunakan teknologi persidangan video untuk membuat projek, berbincang dan mendapat nasihat. Melalui kajiselidik ( Kilincoglu, Altun -2002 Timur MediterraneanUniversity ) didapati bahawa 76.6 % responden bersetuju internet adalah sebuah perpustakaan universal.

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

3.0

KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET KEPADA PELAJAR

3.1

Menimbulkan Masalah Ketagihan Internet

Berdasarkan Kajian Norton Online Living Report (NOLR), remaja di Malaysia menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Pelajar-pelajar kita begitu tertarik sehingga menimbulkan ketagihan internet adalah disebabkan beberapa faktor antaranya kecanggihan teknologi terkini. Kehebatan teknologi yang berinovasi telah membawa kemudaratan, contohnya kehebatan grafik permainan video yang dibangunkan dengan seni bina 3-Dimensi telah menjadi kegilaan pelajar kini. Mereka akan membazirkan masa berjam-jam di depan komputer seterusnya mendatangkan banyak keburukan kepada pelajar itu sendiri. Fenomena ini boleh meruntuhkan proses pembelajaran di mana mereka seringkali mengabaikan pelajaran seterusnya memberi implikasi masa depan yang gelap. Menurut jurnal ( Sato, Takashi -2006 ) yang bertajuk Internet Addiction among Students ;Prevalence and Psychological Problems in Japan 8 10 % daripada pelajar kolej ( Japan 2004 ) mempunyai masalah kelaziman ketagihan internet. Melalui kaji selidik yang telah dijalankan ( Sato , Takashi -2004 ) didapati bahawa 9.1 % daripada 242 responden ( pelajar kolej di Jepun ) mengalami ketagihan internet ( IAS ; Internet Addiction Scale ). Menurut Kausar Suhail dan Zobia Bargoes (2006), kesan negatif ini berdasarkan kepada jumlah masa yang digunakan untuk melayari internet dan jenis aktiviti yang dilakukan menerusi internet. Cuba kita renungkan betapa bahayanya ketagihan internet. Berdasarkan laporan akhbar Harian Metro, Isnin 22 Oktober 2012, seorang surirumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di Pasir Gudang, Johor semata-mata untuk bermain permainan komputer dan internet. Lebih mengejutkan lagi akibat ketagihan internet, wanita itu turut membawa anak 8

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

lelakinya yang berusia 3 tahun ke pusat terbabit setiap kali berkunjung ke situ. Ini sudah tentu akan menjadi ikutan kepada anaknya apabila bergelar pelajar nanti. Tambahan pula, menggunakan internet untuk satu tempoh masa yang lama dapat mengundang kepada masalah kesihatan secara mental dan juga fizikal. Contohnya, sakit belakang, sakit di pergelangan tangan akibat menggunakan tangan dalam jangka masa yang panjang, sakit mata akibat terlalu lama memandang skrin komputer dan lain-lain.

3.2

Mudah Terpengaruh Dengan Kesan Negatif

Penggunaan internet tanpa had dan kawalan akan mendedahkan para pelajar kepada unsur-unsur luar atau budaya kuning yang akan membawa kesan negatif kepada pelajar-pelajar kita. Dengan melayari internet adalah begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar dan video klip tanpa tapisan. Mereka juga boleh mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Semua unsur ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat dan menyalahi hukum agama dan undang-undang negara. Sesungguhnya budaya barat tidak semuanya bagus untuk ditiru. Contohnya budaya seks bebas dan hedonisme. Cuba kita renungkan sejenak fakta yang amat merisaukan kita ini. Melalui carian Google dengan menggunakan perkataan porn pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web berkaitan pornografi. Berdasarkan statistik Google Trends, Malaysia kini berada di tangga kelapan bagi negara paling banyak pencari maklumat negatif ini di internet. Ini merupakan satu isu sensitif dan mempengaruhi pelajar kerana internet membenarkan akses tanpa had. Fenomena ini akan menyebabkan masyarakat Islam leka daripada kehidupan beragama secara normal.

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

Menurut Che Wan Badrul Alias (2010), laman web lucah kekal ditempat tertinggi iaitu pada tempat ke-4 dan ke-5 daripada 100 laman web yang kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja terdiri daripada pelajar pada tahun 2009.

3.3

Leka dan Menjejaskan Prestasi Pembelajaran

Kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosial juga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan berchatting akan membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Ketagihan mereka untuk melayari internet bagi suatu tempoh masa yang panjang sudah tentu akan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka di sekolah.

3.4

Menjejaskan Perkembangan Personaliti Pelajar

Dunia internet juga boleh mempengaruhi emosi dan sahsiah pelajar-pelajar kita. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Berita Harian 12 Oktober 2011, kira-kira 90% daripada 8.5 juta kanak-kanak atau sembilan daripada sepuluh mereka di negara ini dilaporkan terdedah dengan gejala negatif dunia siber sekaligus mampu mempengaruhi emosi dan sahsiah mereka. Pelajar-pelajar kita menjadikan internet terutama laman web berkaitan jaringan sosial seperti Youtube, Facebook, MySpace, Twitter dan sebagainya sebahagian daripada hidup mereka. Hal ini sangat merbahaya kerana kesan penggunaan teknologi ini yang memburukkan lagi konflik sedia ada dalam jiwa remaja. Ini kerana dalam peringkat usia sebegini, golongan pelajar masih lagi melalui proses perkembangan dan kematangan intelek, emosi dan sosial. Masa yang dihabiskan di dunia maya tidak akan membantu mereka menjalani proses perkembangan ini secara sihat dan teratur. Interaksi secara bebas tanpa sekatan ini 10

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

lebih membentuk diri mereka melihat norma kehidupan alam

nyata sebagai

sekatan kepada kebebasan yang mereka idamkan. Ini akhirnya memberi kesan negatif kepada perkembangan personaliti pelajar-pelajar kita. Contohnya seperti bertutur dalam bahasa yang kasar dan lucah, gejala salah laku sosial dan moral seperti bergaduh, gangterisme, lumba haram, merokok, melepak, ponteng kelas dan membuli.

3.5

Menimbulkan Kegiatan Plagiarisme Internet

Seterusnya kesan buruk penggunaan internet juga melibatkan pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi. Menurut Jurnal (Scanlon, P.M & Neumann.D.R.2002) yang bertajuk Internet Plagiarisme among College Students, 85.9% mahasiswa daripada 9 buah kolej dan universiti yang dikaji menggunakan internet untuk menyalin dan menampal teks ke dalam kertas kerja mereka tanpa rujukan. Kegiatan ini disebut sebagai plagiarisme internet. Perbuatan kecurangan akademik ini telah meningkat secara mendadak. Pada 22 November 1999, US News & World Report melaporkan bahawa satu wabak baru penipuan di pusat pengajian tinggi telah berlaku (menipu, penulisan dan aritmetik, 1999). Antara faktor berlakunya perkara ini ialah persepsi pelajar, tingkahlaku rakan sebaya, kesedaran mereka dan sekatan institusi (McCabe, Revino & Butterfield dalam akhbar). Kajian mengenai plagiarisme telah dibuat secara kualitatif terutamanya dalam bahasa Inggeris (Drum, 1986 ; Howard, 1999; Koliah, 1998; McLeod, 1992 Wilhoit, 1994). Secara umum, self-laporan menipu adalah tinggi, anggaran perangkaan dari 9-95% daripada mereka yang ditanya mengaku terlibat dalam beberapa bentuk kecurangan akademik (Maramark & Maline). Dalam kaji selidik, 6096 mahasiswa di 31 buah kampus, McCabe (1992) melaporkan bahawa 67.4% mengaku menipu sekurang-kurangnya sekali dalam ujian atau tugasan utama. Lantaran itu, jumlah plagiarisme dalam talian yang dilaporkan sepatutnya menjadi satu perkara yang

11

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

membimbangkan demi menjaga nama baik institusi pengajian tinggi yang beretika dan berwibawa.

4.0

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF INTERNET KEPADA PELAJAR.

4.1

Peranan Individu

Bagi individu itu sendiri, disiplin diri amat penting kerana pelajar itu sendiri yang perlu membuat pilihan samada membuang masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui internet. Di sinilah pentingnya celik media, di mana pelajar -pelajar perlu diberi kesedaran supayamampu menilai kesan dan pengaruh internet secara amnya. Seseorang yang celik media mampu mengenal pasti peranan dan kesan internet dalam kehidupan seharian. Mereka bukanlah pengguna yang pasif tetapi berfikir dan menilai apa yang dilihat dan dibaca. Dengan ini pelajar perlulah dididik supaya lebih kritikal dan mampu menilai bahan yang mereka perolehi seterusnya dapat membebaskan diri mereka daripada dikongkong laman web yang boleh meracuni pemikiran, hati dan naluri mereka. (sumber: keratan akhbar, Berita Harian-7 Mei 2008-Mohd Afendi Daud)

4.2

Peranan Keluarga

Ibubapa perlulah memantau penggunaan internet di kalangan anak-anak mereka. Data diperolehi daripada Norton Online Family Report 2010 melaporkan hanya 4 daripada 10 ibubapa mengetahui apa yang dilayari oleh anak mereka dalam internet. Situasi ini sangat membimbangkan dan ibubapa perlulah peka tentang

12

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

perkara ini. Anak-anak perlu didedahkan tentang fungsi sebenar internet dan kesan buruk sekiranya ia disalahgunakan. Satu perbincangan mengenai panduan penggunaan internet perlu diadakan. Letakkan atau tetapkan penggunaan komputer ditempat terbuka atau ruang berkumpul keluarga. Contohnya ruang tamu. Ibubapa perlu menetapkan jangka masa atau jadual untuk melayari internet .Pastikan anak-anak tidak melawati laman yang tidak berfaedah atau pornografi. . Ibubapa juga boleh menggunakan perisian untuk pemantauan seperti (parental filters), pop-up blockers, tetapan privasi dan sebagainya. Dengan ini dapat melatih pelajar-pelajar kita supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Para ibubapa juga perlu menekankan beberapa tips kepada anak-anak ketika berhadapan dengan dunia siber, antaranya: Memberitahu anak-anak tentang ancaman di internet contohnya pornografi kanak-kanak , buli siber, hendap siber dan sebagainya. Dengan ini mereka dapat memahami risiko penggunaan internet. Bercerita dan berbincang secara terbuka mengenai isu-isu sensitif di internet. Bertukar-tukar pendapat dengan anak tentang teknologi terkini bagi membina semangat kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain. Perlu daftar keluar daripada talian contohnya webcam semasa menggunakan komputer awam (kafe siber) atau komputer orang lain. Ini penting bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat oleh orang lain.

Ibubapa juga berperanan memberi didikan agama dan moral kepada pelajarpelajar. Mereka perlu dididik tentang kesan-kesan buruk internet dan juga permainan video sejak dari kecil lagi, ibarat Melentur buluh biarlah dari rebunnya. Sesungguhnya didikan daripada kesedaran beragama adalah ubat mujarab untuk mengubati penyakit rohani dan mencegah kenakalan remaja. 13

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

Mereka akan mempunyai

benteng

keimanan

yang

cukup kuat untuk

mempertahankan diri daripada ketagihan internet dan permainan video yang melalaikan. Terdapat beberapa antivirus yang mampu menyekat laman web lucah daripada diakses oleh anak-anak di rumah dengan membuat tetapan dan kata laluan antaranya seperti antivirus Eset.

4.3

Peranan Masyarakat

Seterusnya peranan masyarakat pada keseluruhannya sangat penting dalam mengurangkan kesan negatif internet. Menurut Prof. Madya Mohd Safer Hashim dari Jabatan Komunikasi UKM, bahan pornografi boleh ditapis dan disekat penyebarannya terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Malaysia (MBM) Norizan Sharif, ia boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tapisan seperti cyberpatrol, cybersitter, surfwatch dan Net-Nanny pada komputer. Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ia merupakan salah satu usaha yang paling berkesan bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di semua pusat siber kafe dan institusi pengajian tinggi.

4.4

Peranan Jabatan dan Kementerian

Seterusnya bagi menangani masalah plagiarisme internet di kalangan pelajar pusat pengajian tinggi, pihak pengurusan perlulah berusaha meningkatkan kesedaran dan memupuk komitmen pelajar terhadap kejujuran akademik. Di samping itu, perlu diwujudkan satu undang-undang khas bagi menentukan bentuk hukuman yang akan dikenakan akibat kesalahan ini. Berdasarkan penemuan McCabe dan Trevino (1993) menyimpulkan bahawa

persepsi terhadap sejauhmana hukuman yang bakal diterima akibat kecurangan 14

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

akademik ini akan mempengaruhi keputusan mereka untuk melakukan perbuatan negatif itu. Begitu juga faktor kontekstual termasuklah persepsi tingkahlaku rakan sebaya dimana jika pelajar menganggap majoriti rakan-rakan mereka akan ke talian untuk memplagiat maka mereka lebih cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama. Oleh itu, pengaruh kesan orang ketiga akibat salah tanggapan terhadap tingkahlaku rakan sebaya yang cenderung ke arah plagiarisme internet haruslah menjadi subjek kajian utama pada masa depan. Seterusnya kerajaan perlulah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesan negatif internet di peringkat nasional. Kerajaan perlu merangka satu pelan strategik bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet. Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Sains Sosial (IPSAS) UPM telah mendapati 22% remaja Melayu gemar melayari laman web lucah samada di rumah atau di kafe siber. Oleh itu, kerajaan perlulah mengambil langkah serius dan bersungguh-sungguh menangani masalah ini dengan mengawal operasi di pusat-pusat internet kafe siber seluruh negara. Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Prof. Hamdan Adnan mencadangkan supaya larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dari memasuki kafe siber dikuatkuasakan. Begitu juga tempoh operasinya selama 24 jam perlu dipendekkan bagi mengatasi gejala kurang sihat terutama di kalangan pelajar sekolah . Semoga penggubalan undangundang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat internet kafe siber dapat mengawal salah guna internet di kalangan pelajar.

15

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

5.0

PENUTUP

Sesungguhnya kecanggihan teknologi terkini khususnya internet telah mengubah suasana, serta kehidupan manusia sejagat. Internet telah memberikan pelbagai manfaat kepada manusia. Namun begitu, ia juga telah menimbulkan banyak kesan negatif khususnya kepada pelajar. Ibarat pisau ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga keburukan. Di samping itu, walau apapun kebaikan atau keburukan internet ini, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Lantaran itu, pelajar-pelajar kita perlu dilengkapkan dengan kekuatan dalaman semenjak kecil lagi agar mempunyai asas yang kukuh untuk mendisiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

2827 PATAH PERKATAAN

16

SHARIFAH GHAINIAH BT TUAN PENGERAN 661102115182001

NOTA DAN RUJUKAN

17