Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN LAWATAN KE BENGKEL SAMPUL SURAT PUSAT PEMULIHAN ORANG CACAT DI SUNGAI LEMBING

Hari Pertama (08 Oktober 2012) Lawatan ke Bengkel Sampul Surat Pusat Pemulihan Orang Cacat (PPOC) di Sungai Lembing telah diadakan selama tiga hari dua malam dan telah bermula pada hari Isnin, 8 Oktober 2012 sehingga hari Rabu,10 Oktober 2012. Seramai 21 orang guru pelatih dan diiringi dua orang pensyarah pembimbing iaitu Puan Hajah W. Hasnah Binti Abdullah dan Encik Mansor Bin Abd Rahman terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Bagi memastikan semua peserta berada tepat pada masanya, kami berkumpul di hadapan Dewan Al-Farabi. Perjalanan kami bermula pada jam 8.00 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh Mior Muhammad Hafiz Bin Mior Burhanuddin.

Foto 1: Ketika sedang berkumpul dan mengangkat beg.

Foto 2: Kami bekerjasama semasa sedang memunggah beg dalam bas. Sepanjang perjalanan kami, laluan Lebuhraya Pantai Timur digunakan memandangkan jarak perjalanannya yang singkat dan kurang berlaku kesesakan. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di kediaman Nurul Safwani Binti Jamal. Sesampainya kami di sana, kami telah diraikan dengan jamuan ringan iaitu Mee Goreng, keropok, kek dan Teh O Ais. Hubungan silaturrahim yang erat dapat dijalinkan secara tidak langsung antara kami dan keluarga beliau.

Foto 3: Singgah di rumah Nurul Safwani Binti Jamal.

Foto 4: Bergambar di Rumah Nurul Safwani Jamal Setelah itu, perjalanan diteruskan sehingga kami melalui Gua Charas. Gua Charas terletak di Panching, Pahang. Gua Charas menjadi tumpuan para arkeologi dan geologi kerana keunikan bentuk muka buminya dan kesan tinggalan sejarah yang ada. Di kawasan tersebut terdapat juga Gua Gajah, Gua Buddha, Gua Tiga Beradik dan Gua Puteri Bersikat. Kami berasa sungguh teruja dan berhasrat untuk menawan gua tersebut jika diberi kesempatan. Tepat jam 2.30 petang, kami tiba di perkarangan Bengkel Sampul Surat (PPOC) Pusat pemulihan Orang Cacat di Sungai Lembing.

Foto 5: Gua Charas, Panching, Pahang

Foto 6 : Pengurus lawatan kami, En. Azmi

Hari kedua (9 Oktober 2012) Hari kedua kami dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan telah memberi satu pengalaman indah yang akan terus tersemat kemas dalam memori ingatan. Seawal jam 6.00 pagi, iaitu selepas menunaikan solat Subuh, kami bergerak ke Bengkel Sampul Surat untuk menikmati sarapan pagi. Menu yang dihidangkan ialah nasi lemak serta air teh susu dan kopi. Setelah selesai menjamu selera, kami diberi taklimat oleh En. Azmi mengenai perjalanan yang akan dilalui. Destinasi pertama kami ialah Air Terjun Pelangi.

Foto 7 : Peserta menikmati sarapan. Kami bertolak ke sana pada jam 6.45 pagi dengan menaiki tiga buah kereta pacuan empat roda. Sebuah kereta boleh menampung seramai enam hingga lapan orang peserta. Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki kereta pacuan empat roda memecah kesunyian hutan di Sungai Lembing. Saat kemuncak perjalanan tersebut adalah ketika melalui anak sungai dan bukit yang tinggi. Kami telah menemui beberapa jenis flora dan fauna yang sukar dijumpai di tempat kami. Perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan kaki melalui cerun bukit dan anak sungai. Selepas merentasi sungai, terdapat kemudahan tandas disediakan untuk pelancong.

Foto 8 : Perjalanan ke Air Terjun Pelangi Perjalanan yang sedikit mencabar dirasakan untuk sampai ke Air Terjun Pelangi kerana perlu meredah beberapa batang anak sungai, mendaki batubatan di kawasan sungai tersebut dan bukit-bukit kecil. Namun, terdapat tali yang memudahkan kami berpaut untuk menyusuri kawasan tersebut. Sungai yang terdapat di hutan ini begitu jernih dan bersih sehingga kelihatan kelibat-kelibat ikan di dalamnya.

Foto 9 : Peserta sedang menyusuri jalan menuju ke Air Terjun Pelangi Kami tiba di lokasi Air Terjun Pelangi pada jam 9.00 pagi. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika ini, betapa syukurnya kepada Maha Pencipta kerana diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam yang begitu mententeramkan jiwa. Kawasan ini sangat bersih dan tidak dicemar dengan sebarang sampah sarap dan bahan buangan. Kami bermandi-manda sambil menikmati kesejukan airnya yang agak cetek.

Foto 10 : Terpesona dengan keindahan Air Terjun Pelangi Menurut Encik Azmi, biasanya pelangi muncul sekitar jam 9.30 hingga 10.30 pagi. Kami tetap menunggu dan mengharapkan pelangi akan muncul. Malangnya, kami tidak berpeluang untuk melihat pelangi kerana hari yang mendung dan kekurangan penerimaan cahaya matahari. Perjalanan pulang bermula pada jam 11 pagi dan tiba di muka sungai sekitar jam 11.30 pagi. Perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki pacuan empat roda ke destinasi seterusnya iaitu Kolam Air Panas dan Sungai Jin. Kami tiba di Sungai Jin pada pukul 12.00 tengahari. Di situ, kami telah dibawa ke Kolam Air Panas yang terdapat di Sungai Jin tersebut. Kolam tersebut terhasil daripada campuran air dan sulfur, mempunyai banyak kelebihan seperti menghilangkan gatal-gatal kulit dan pelbagai lagi. Setelah selesai aktiviti di Kolam Air Panas, kami dibawa ke Sungai Jin. Kami berada di Sungai Jin selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Ladang Rusa Sungai Jin.

Foto 11 : Aktiviti di Kolam Air Panas Kami tiba di Ladang Rusa Sungai Jin pada jam 12.45 tengahari, mengambil masa kira-kira 15 minit dari Sungai Jin dengan menaiki pacuan empat roda. Setelah tiba di Ladang Rusa tersebut, kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis rusa, ayam dan itik, malahan diberi peluang memberi makan kepada rusa-rusa.

Foto 12 : Peserta memberi rusa makan

Kami diberi informasi baru berkenaan khasiat velvet atau lebih dikenali sebagai tanduk rusa jantan. Antara khasiatnya adalah meningkatkan sistem imunisasi badan, baik untuk pemulihan otot dan tulang, mempercepat pemulihan luka dan melancarkan darah, bertindak penuaan dan untuk perjalanan malahan sebagai anti amat baik

mengurangkan penyakit-penyakit seperti sawan, asma, kencing manis dan tekanan.

Foto 13 : Penyediaan Velvet Kami bertolak pulang ke Bengkel Sampul Surat dan tiba pada pukul 2.00 petang. Kami menjamu selera sebelum pulang ke tempat penginapan untuk solat, mandi, dan berehat.

Selepas selesai minum petang, kami melawat Muzium Sungai Lembing yang terletak kira-kira 500 meter dari bengkel PPOC. Muzium ini mengandungi banyak tinggalan sejarah setempat terutamanya yang berkaitan dengan sejarah aktiviti perlombongan bijih timah. Apa yang membuatkan muzium ini unik dan berbeza dengan muzium lain ialah terdapat satu ruang yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman berada di lombong. Ruangan ini lengkap dengan terowong,peralatan yang digunakan semasa melombong dan diiringi dengan kesan bunyi yang mampu mengujakan para pengunjung.

Foto 14 : Muzium Sungai Lembing

Kami melawat muzium ini selama setengah jam sebelum bergerak ke kawasan penginapan yang terletak berdekatan dengan bengkel PPOC. Kami mendapati keadaan homestay tersebut adalah sangat selesa dan memuaskan hati. Sebelum menjalankan aktiviti berpelampung menyelusuri sungai, kami terlebih dahulu menunaikan solat fardhu Asar dan menukar pakaian yang bersesuaian bagi aktiviti tersebut. Bagi aktiviti berpelampung, kami telah dibawa ke kawasan hulu sungai dengan menaiki sebuah van yang mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan. Sesampainya di sana, pihak pengurusan telah menyediakan pelampung untuk kami pilih mengikut kesesuaian berat badan kami. Sebelum memulakan aktiviti, Encik Azmi terlebih dahulu telah memberikan taklimat ringkas kepada kami berkenaan cara-cara berpelampung di dalam sungai. Penerangan yang diberikan adalah sangat jelas dan ringkas, ini secara tidak langsung telah membuatkan kami merasa lebih berkobar-kobar untuk menjalankan aktiviti ini. Walaupun ada diantara kami yang sedikit takut pada mulanya, namun keadaan itu telah bertukar menjadi sebaliknya. Aktiviti ini begitu membuatkan kami merasa teruja berbanding dengan aktiviti yang pernah kami sertai semasa program Bina Insan Guru (BIG).

Foto 15 : Memilih pelampung dan mendengar taklimat

Aktiviti berpelampung menyelusuri sungai yang bermula pada pukul 5 petang akhirnya tamat pada pukul 7.15 minit malam. Kami mengambil masa hampir 3 jam bagi menyelusuri sungai yang panjangnya kira-kira 3 kilometer itu. Menurut Encik Azmi, kami mengambil masa yang sedikit lama untuk berpelampung menyelusuri sungai adalah kerana keadaan air sungai yang sedikit cetek pada waktu itu. Selain itu, kami juga mendapati penduduk setempat tidak begitu menitiberatkan penjagaan sungai dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa air basuhan dan sebagainya ke dalam sungai.

Foto 16 : Menyelusuri sungai Akhir sekali, kami telah pulang ke homestay untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Sebaik sahaja selesai solat, kami terus berlalu ke dewan makan yang terletak di Bengkel Sampul Surat untuk menikmati

makan malam bersama-sama dengan orang kurang upaya yang mendiami bengkel tersebut. Seterusnya, kami diberikan peluang untuk melakukan aktiviti bebas kerana masing-masing telah kepenatan setelah seharian menghadapi perjalanan dan menyertai aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut.

Hari ketiga (10 Oktober 2012) Aktiviti pada hari ketiga dimulakan dengan aktiviti yang agak mencabar ketahanan mental dan fizikal kami, iaitu mendaki Bukit Panorama. Bukit Panorama merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Sungai Lembing dan terkenal dalam kalangan pelancong berikutan pemandangannya yang menarik. Bukit ini mempunyai ketinggian kira-kira 550 kaki. Seawal jam enam pagi, kami diarahkan untuk berkumpul di dataran berhadapan Anjung Selera dan membuat aktiviti memanaskan badan, iaitu tarian poco-poco. Sekitar jam 6.20 pagi, kami mula bergerak ke tempat pendakian.

Foto 17 : Membuat regangan sebelum mendaki Bukit Panorama Anak tangga yang curam dan perjalanan yang berliku benar-benar menguji ketahanan peserta. Berbekalkan semangat

Rajah : Senaman Poco-Poco sebelum mendaki Bukit Panorama

yang tinggi, kami berjaya sampai ke puncak pada pukul 7.15 pagi. Kepenatan yang dirasa seakan hilang apabila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Kami juga berkesempatan untuk melihat matahari terbit. Setelah melepaskan lelah dan puas mengabadikan kenangan, kami mula bergerak turun menuju ke Bengkel Sampul Surat Sungai Lembing. Di sana, kami disajikan dengan sarapan pagi yang enak, iaitu bubur nasi, sandwich sardin, air nescafe, dan air barli.

Foto 18 : Trek laluan mendaki dan menuruni puncak bukit

Foto 19 : Matahari yang baru mula menyinari bumi

Foto 20 : Pemandangan nan indah dari puncak Bukit Panorama

Setelah menjamu selera, kami diberi kesempatan untuk memberi kuda makan dan menaiki kereta kuda.

Foto 21 : Aktiviti menaiki kereta kuda

Kami juga sempat membeli untuk Setelah cenderahati dibawa pulang. selesai

membersihkan diri serta mengemas pakaian, kami berkumpul semula di Bengkel Sampul Surat Sungai Lembing untuk menikmati hidangan tengah hari terakhir buat kami di sana. Alam seakan memahami kesedihan kami untuk berangkat pulang apabila manik-manik jernih mula membasahi bumi. Tepat jam 12.55 tengah hari, bas IPG KDRI mula bergerak meninggalkan kawasan yang sungguh indah pemandangannya. Pada pukul 2.20 petang, kami berhenti seketika di Masjid Padang Kubu, Kemaman, untuk menunaikan solat. Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail sekitar jam 5 petang.

Foto 22 : Membeli cenderahati sebagai tanda kenangan berada di Sungai Lembing

Foto 23 : Menu makanan tengah hari yang terakhir