Anda di halaman 1dari 3

MURID BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka: 1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya,

2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. 3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Anda mungkin juga menyukai