Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan disamping pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkualiti. Menurut Kamus Dewan ( 1998 ),strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.Di dalam bidang pendidikan,konsep strategi pula merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah

ditentukan .Dengan perkataan lain,strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Selain itu ,menurut Rashidi dan Abdul Razak ( 1995 ), pula guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan . Menurut Esah Sulaiman ( 2003 ), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru,pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan . Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan

pendekatan,kaedah,teknik,dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran . Menurut Mok Soon Sang 1992 , strategi pengajaran merangkumi

kaedah,pendekatan,teknik ,dan aktiviti.Pendekatan bermaksud jalan yang diambil,kaedah pula cara teratur yang kemas dan sistematik.Manakala teknik pula ialah kaedah yang membentuk teknik. Oleh yang demikian guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran.Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru kepada pemusatan pelajar,dan pemusatan bahan .Strategi yang dipilih haruslah memenuhi keperluan pelajar dan sesuai dengan iklim sekolah.

2.0 DEFINISI , KONSEP , DAN CIRI CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid membolehkan para pelajar berinteraksi dan menguasai kemahiran pelajar melalui pengalaman sendiri. Ianya harus selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan untuk memastikan murid menguasai

hasil pembelajaran yang ditetapkan . Melalui pembelajaran masteri , murid diberikan peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri .Dalam hal ini , aktiviti penilaian , pemulihan , dan pengayaan perlulah dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran Dr Ali Mahmood , ( et al .modul OUM 2011 ). Menurut Mok Soon Sang ( 2004 ) , di bawah strategi pemusatan murid,murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.Mengikut strategi ini,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.Di dalam bilik darjah ,guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran , samada secara kumpulan atau secara individu. Manakala,Rahyil Mahyudin, (et al .2004 ),pula menyatakan walaupun pelajar mempunyai kebebasan yang mutlak bimbingan daripada guru amatlah diharapkan.Nilai penting yang

dipupuk ialah ekspresi kendiri yang kreatif.Iklim bilik darjah dibina bertujuan mengembangkan kreativiti pelajar supaya mempunyai lokus kawalan dalaman.Pelajar pula akan bersaing dengan dirinya sendiri dan standard yang hendak dicapai adalah relatif kepada dirinya sendiri.Pemikiran kritikal dipupuk sebab proses pembelajaran ialah induktif. Proses pembelajaran ialah berbentuk pencarian dan penerokaan , iaitu jawapan tidak diberi tetapi pelajar harus cuba mencari idea dan konsep baru yang member makna kepada prestasi seterusnya.Berbanding dengan pengajaran berpusatkan guru yang pasif dan guru yang dominan serta menekankan pengajaran , pengajaran berpusatkab pelajar lebih menekankan kepada tindakan pelajar yang aktif dan penekanan lebih kepada pembelajaran . Akan tetapi , pengajaran berpusatkan murid mempunyai kelemahan seperti disiplin tidak terkawal terutama sekali apabila berhadapan guru yang kurang tegas . Walaupun begitu , jikalau pelajar telah menghayati nilai yang memberi makna kepada sesuatu tingkah laku yang bertujuan , maka soal disiplin tidak timbul . Pelajar perlu ada disiplin kendiri dan sahsiah agar

proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. 2.1 Ciri Ciri Strategi Pemusatan Murid Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran , murid memainkan peranan yang penting , sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran . Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala . Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka . Peluang interaksi di antara murid adalah banyak . Sifat sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji . Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik . Murid murid sentiasa digalakkan member pendapat mereka . Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid . Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi JERIS. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid . Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan . Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan .Kebolehan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian . Murid murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif . 2.2 Strategi Ke Arah Pembelajaran Berpusatkan Murid

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen ( Poh Swee Hiang ( 1997 ).

2.3 Kaedah Dan Teknik Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Murid

Projek

Pembelajaran Melalui Pengalaman

Inkuiri Penemuan

Kumpulan Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid


Sumbangsaran

Perbincangan

Penyoalan

Main Peranan Simulasi

Penyelesaian Masalah

Rajah 2.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran Berpusatkan Murid 3.0 DEFINISI , KONSEP DAN CIRI CIRI PEMILIHAN BANTU PEMBELAJARAN Bahan bantu pengajaran ialah segala kelengkapan , perkara , atau benda yang digunakan oleh guru untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Atan Long , ( 1981 : 179 203 ) membahagikan bahan bantu penagajaran kepada tiga kumpulan , iaitu alat-alat pendengaran , alat pandangan , dan alat pandang dengar . Norziah Abdul Hamid ( 1981 ) menggolongkan alat alat itu kepada dua kumpulan , iaitu media

elektronik dan media bukan elektronik . Sementara itu , Hanapiah Sudin ( 1979 : 51 52 ) , Khairiah Ahmad , ( 1980 : 13 ) mengkelaskan kepada dua iaitu bahan bahan software dan bahan bahan hardware . Berbeza pula dengan Kuen Sang ( 1981 : 35 ) yang menerangkan bahawa bahan bantu mengajar tidak dapat ditakrifkan dengan tepat , walaupun pada keseluruhannya , ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pandangan seseorang . Bahan bantu mengajar dapat dikategori seperti di bawah :

Media Elekrtronik

Contoh : slaid , pita video / rakaman , perakam video / kaset ,OHP , televisyen dan lain - lain contoh : buku , gambar , carta , akhbar , risalah dan brosur Contoh : realia, model,diorama,mobil,topeng, boneka , akuarium,terrarium Contoh : bunyi,warna,bau,cahaya ,pergerakan dan lain - lain Contoh : pengalaman , tingkah laku ,tokoh dan lain - lain
Rajah 3.1 : Kategori Bahan Bantu Mengajar

Media Cetak

Media Tiga Dimensi

Persekitaran

Manusia

3.1 KEPENTINGAN BAHAN BANTU PENGAJARAN Sebagai seorang guru , kita boleh mengajar murid tanpa menggunakan bahan bantu mengajar.Akan tetapi , mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar adalah lebih baik dan lebih berkesan . Terdapat beberapa kepentingan apabila kita menggunakan bahan bantu mengajar .Antaranya ialah :

e)Memudah a ) Menarik minat murid untuk lebih mengetahui isi pelajaran dan mengelakkan rasa bosan b)Menjadikan pelajar lebih fokus terhadap prosese P & P sekali gus c)Mencetuskan pemikiran murid dan dapat mengelakkan d)Menyeronok kan emosi dan rohani murid f ) Membantu kan fahaman guru menjelaskan konsep dan mengawal urutan idea guru serta

murid
terhadap apa yang diterangkan oleh guru sekali gus menggalakkan kemahiran berfikir

mengelakkan
masalah disiplin dalam kelas

masalah
mengantuk dan kebuntuan fikiran

melancarkan
penyampaian guru

Rajah 3.2 : Kepentingan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar 3.2 CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN Pemilihan ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan untuk pengajaran . Pemilihan bahan biasanya dipengaruhi oleh tujuan dan kegunaan serta tingkat pencapaian para pelajar .Selain itu , perkara lain yang harus difikirkan juga semasa pemilihan bahan bantu pembelajaran ialah bentuk , taraf , peranan , unsur-unsur bahasa dan kemahiran yang terkandung

didalamnya.Disamping itu , penyesuaian dan penggunaan yang digunakan juga harus diambil kira . Beberapa garis panduan pemilihan bahan bantu pengajaran telah dikemukakan sebagai panduan kepada guru-guru . Antara cirri-ciri pemilihan bahan pembelajaran adalah seperti berikut : (a) Bersesuaian Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan matlamat pengajaran,pendekatan ,kaedah dan kesesuaian dengan objektif dan teknik pengajaran suasana

pembelajaran,dan minat pelajar. (b) Mencabar Satu strategi pemeringkatan bahan pengajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi cirri-ciri seperti berikut : i) ii) iii) Bahan konkrit kepada bahan abstrak; Baham mudah kepada bahan kompleks; Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada yang mempunyai hubungan bersepadu; iv) v) vi) vii) Bahan khusus kepada bahan umum (induktif); Bahan umum kepada bahan khusus (deduktif) Bahan umum kepada bahan teori ; dan Bahan masakini kepada bahan masa akan datang

(c) Menepati Bahan yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan dan bahasa ,proses pengajaran dan pembelajaran .Ketiga-tiga aspek ini harus diberi penekanan yang seimbang .Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran adalah berdasarkan cirri-ciri seperti berikut : i) Isi kandungan bahan sesuai dengan peringkat pencapaian para

pelajar ,kebolehan,minat ,latar belakang serta minat pelajar ; ii) Susunan bahan mempunyai hubungan antara bab dengan bab yang lain,dan mempunyai katan dengan pengalaman pelajar;

iii) iv) v) vi) vii)

Mengandungi maklumat dan fakta yang tepat; Fakta dipersembahkan secara objektif; Isi kandungan bahan mestilah kemas kini dan memaparkan fakta semasa; Perbendaharan kata bersesuaian dengan usia pelajar; Bahan pengajaran mestilah mengikut prinsip P&P,iaitu sudah diketahui kepada belum diketahui,mudah kepada susah,konkrit kepada abstrak,khusus kepad umum,dan sederhana kepada rumit;

viii)

Bahan pengajaran berbentuk buku teks mestilah yang diperakui oleh Biro Buku Teks,Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

ix)

Bahan pengajaran mestilah mengandungi soalan-soalan latihan dan ulangkaji.

(d) Menarik i) Reka letak seperti peta,lukisan,carta,jadual,graf,rajah,gambar,kartun atau penanda bab mestilah disusun berhampiran maklumat yang berkaitan; ii) iii) iv) Saiz huruf cetak haruslah sesuai dengan peringkat umur; Illustrasi dan bahan grafik mestilah dapat menarik perhatian pelajar; Kualiti kulit dan cara buku dijilid mestilah kemas,dan mampu menarik minat pelajar untuk membaca isi kandungannya;dan v) Bahan pengajaran yang dipilih mestilah mengandungi arahan yang jelas.

(e) Jimat dan Mudah Bahan pengajaran boleh dibuat sendiri oleh guru,guru dan pelajar,dan pelajar-pelajar dengan bimbingan guru.Guru-guru juga boleh mengadakan bengkel-bengkel untuk

membuat bahan pengajaran.Ini dapat menunjukkan daya kreatif dan menyesuaikannya dengan sesuatu tajuk pengajaran. Bagi bahan-bahan elektronik pula ,guru perlu menitikberatkan aspek-aspek keselamatan , khususnya tidak membahayakan ketika digunakan oleh

pelajar .Pengendalian bahan pengajaran tersebut hendaklah mudah dan tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi disamping bahan yang tidak cepat ketinggalan zaman . (f) Praktikal

Bahan pengajaran mestilah boleh digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran dan sesuai mengandungi contoh-contoh yang praktikal dan mudah difahami disamping boleh digunakan samada oleh guru dan pelajar .Bahan itu juga boleh digunakan oleh pelbagai tahap umur,aras pemikiran,pencapaian serta objektif pengajaran . (g) Mudah Alih Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi,boleh dibawa ke manamana,dan ringan ( tidak terlalu berat atau terlalu besar ).Bagi bahan yang menggunakan kuasa elektrik pula,guru haruslah memikirkan alternatif kuasa yang lain untuk mengendalikan bahan tersebut ,jika terdapat gangguan bekalan elektrik.

Secara keseluruhannya , pemilihan dan kesesuaian bahan bantu mengajar haruslah mengambil kira perkara-perkara yang berikut :

1. Objektif

2. Tema Pelajaran

3.Penggabungan Kemahiran

Pelajaran

5. Murid 6. Sekolah

Kemudahan Kewangan

Pencapaian dan Kebolehan Pengalaman dan Minat Latar Sosial P:eringkat Umur

4. Sistem Bahasa

7. Nilai Nilai yang Hendak Diserap Nilai Masyarakat

8. Bentuk Aktiviti Individu Berpasangan Berkumpulan

9. Ketahanan Bahan Kegunaan Semasa Kegunaan Berpanjangan

10. Cara Bahan Diperoleh Sedia ada? Perlu Ubah Suai? Perlu dibuat Sendiri? Perlu dibeli?

Rajah 3.3 : Faktor-faktor Pemilihan dan Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar 4.0 Faktor-Faktor dan Cara Sesuatu Bahan Bantu Pembelajaran Dapat Disesuaikan dengan Strategi Berpusatkan Murid .