Anda di halaman 1dari 5

AL MUSABBAAT

Riwayat Tentang Al Musabbaat Disebutkan dalam Ihya oleh Imam Al Ghazali bahawa ia adalah suatu hadiah yang diberi oleh Nabi Khidir a.s. kepada Ibrahim At-Taimi (ketika beliau sedang berzikir di halaman Kabah) dengan wasiat atau pesanan agar membacanya pada sebelah pagi dan petang kerana kelebihannya dan faedahnya amat banyak. Ia terdiri dari kumpulan surah-surah Al Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar dan shalawat atas Nabi s.a.w. Imam Al Ghazali menyebutkan, ketika Ibrahim At-Taimi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w, dia bertanya kepada Nabi s.a.w., Ya Rasulullah, sesungguhnya Nabi Khidir memberitahu bahawa beliau mendengar daripadamu akan Hadis ini. Nabi s.a.w. pun bersabda,Sesungguh Nabi Khidir itu benar dan segala yang diberitahukan itu juga benar. Ia itulah Alimul Ahlil-Ardh, pemimpin segala Auliya yang Abdal iaitu tentera Allah Taala di bumi. Lalu At-Taimi pun berkata, Wahai Rasulullah, adakah barangsiapa yang melakukan amalan ini tanpa melihat seumpama apa yang aku lihat di dalam mimpiku itu akan diberi sesuatu yang diberikan kepadaku ini? Nabi s.a.w. bersabda,Demi Tuhan yang membangkitkan aku dengan sebenar-benarnya bahawa Allah akan memberi orang yang mengamalkannya walaupun tidak melihatku dan tidak melihat apa yang ada di dalam syurga, segala dosanya yang besar-besar yang dilakukan akan diampunkan, Allah Taala mengangkat kemurkaanNya dan siksaanNya dari orang itu, Allah menyuruh malaikat di kirinya supaya tidak menuliskan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya hingga setahun lamanya. Dan demi Tuhanku yang membangkitkan aku menjadi Nabi dengan sebenarbenarnya, tiada seorang pun yang beramal dengan amalan ini melainkan Allah menganugerahkan kepadanya kemenangan di akhirat, dan tiada seorang pun yang meninggalkannya melainkan Allah menjadikannya seorang yang ditimpa kecelakaan. Telah berkata Saiyidina Al Habib Umar Bin Saggof: Makna meninggalkannya ialah mendustakan mimpi ini. Ini kerana perkara-perkara kelebihan (sunat) seperti ini tidaklah berdosa orang yang meninggalkannya. Wallahu alam. Habib Syed Abdullah Bin Alwi Al Hadad mengatakan: Apabila anda membacanya setelah keluar dari waktu yang ditentukan yakni sebelum terbit dan tenggelamnya matahari maka berlaku keputusan seperti wirid-wirid yang lain. Alhamdulillah! Amalan tersebut ini pula telah diajarkan kepada kami oleh Al Marhum Ustaz Syed Abdillah Al Jufri. Ia merupakan suatu hadiah dan wasiat bagi saya apabila saya bertanya kepada beliau sebelum beliau meninggal dunia, Mana satu amalan (wirid) yang Ustaz tidak akan tinggalkan?

Wirid Al Musabbaat tersebut dan riwayatnya boleh didapati dari kitab-kitab berikut: 1. Jalan Yang Dekat Susunan: Habib Tahir Husain Bin Tahir Terjemahan: Syed Abdillah Ahmad Al Jufri 2. Wirid dan Zikir Lengkap (Amalan Keseharian Habib Abdullah bin Alwi Al Hadad) Susunan: Al Habib Umar bin Abdurrahman bin Umar Al Bar Terjemahan: Abdul Kader Hadi 3. Siyarus Salikin (Juz 1) Susunan: Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani Perbaikan Bahasa dan Tahqiq: Muhammad Labib dan Syed Ahmad Semait 4. Ihya Ulumiddin Susunan: Imam Ghazali 5. Al Ghunyah Susunan: Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 6. Majmu Syarif Susunan: Al Majmu Ul Ali 7. Nota dari Al Marhum Ustaz Syed Abdillah Ahmad Al Jufri (dalam tulisan Jawi) Yang disampaikan oleh Al Marhum sendiri di Masjid Mydeen

Disusun oleh Najib Khan Surattee 1 Zulqaedah 1424 25/12/03

AL MUSABBAAT
Afdal dibaca sebelum terbit matahari (selepas solat subuh) dan sebelum terbenam matahari (sebelum masuk waktu magrib.) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Surah Al-Fatihah Surah Ayatul Kursi Surah Al-Kafirun Surah Al-Ikhlas Surah Al-Falaq Surah An-Naas Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir (7 kali) (7 kali) (7 kali) (7 kali) (7 kali) (7 kali) (7 kali)

Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illaallahu wallahu akbar Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar 8. Shalawat atas Nabi s.a.w. (7 kali)

Allahumma shalli ala sayyidina muhammadiin abdika warasuulikan nabiyyil ummiyyi wa ala aalihi wa sahbihi wa sallim Ya Allah! Cucurilah selawat dan salamMu ke atas Nabi Muhammad hambaMu dan RasulMu, Nabi yang tidak kenal huruf, dan atas keluarga dan sahabatnya.

9.

Istighfar

(7 kali)

Astaughfirullaahal aziim lii wali waalidayya walil mu miniina wal mu minat wal muslimiina wal muslimat al ahya-ee minhum wal amwat Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar bagi diriku, dan kedua ibu bapaku serta mukminin mukminat, muslimin muslimat yang masih hidup dan yang sudah meninggal. 10. Doa (7 kali)

Allahummaf albi wabihim ajilan wa aajilan fiddini waddunya wal akhira maa anta lahuu akhloon, walaa tafal bina ya mawlanaa maa nahnu lahu ahloon, innaka ghafuru haliim, jawaduun kariim raufu rahiim Ya Allah! Layanilah aku dan mereka sama ada cepat atau lambat di dalam urusan agama, di dunia dan di akhirat menurut kelayakanMu. Dan janganlah Engkau layani kami menurut kelayakan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Penyantun, Maha Pemurah Maha Mulia, Maha Pelembut lagi Penyayang. Wirid Al Musabbaat ini yang juga digelar sebagai Hadiah Nabi Khidir a.s. adalah suatu amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Al Marhum Al Ustaz Syed Abdillah Al Jufri terutama sekali pada waktu Subuh. Barangsiapa yang ingin mengamalkan wirid ini, saya syorkan supaya menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah kepada arwah para ahli sufi khususnya kepada Habib Syed Abdullah bin Alwi Al Hadad dan Habib Syed Abdillah Bin Ahmad Al Jufri (setelah selesai membaca doa yang akhir) dengan niat agar Allah meninggikan darjat mereka di syurga dan memberi kami barkat, cahaya, rahsia dan ilmu mereka dalam urusan agama, dunia dan akhirat. InsyaAllah. Disusun oleh Najib Khan Surattee 1 Zulqaedah 1424 25/12/03