Anda di halaman 1dari 3

SOALAN: (5 Markah), Apakah yang dimaksudkan dengan system perlindungan dan nyatakan 4 (empat) sebab kenapa alat-alat perlindungan

perlu dipasang dalam system pendawaian elektrik. (5 markah) Sistem perlindungan ialah system yang memberi perlindungan kepada system pendawaian, kelengkapan elektrik atau pengguna daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, arus bocor ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. 1. Kehendak Perundangan. 2. Untuk keselamatan pengguna. 3. Untuk melindungi system pendawaian. 4. Untuk melindungi kelengkapan elektrik. SOALAN: Suatu pepasangan elektrik dilengkapi dengan system perlindungan lebihan arus;i.Apakah yang menyebabkan kejadian arus berlebihan? 1) Beban Lampau 2) Litas Pintas ii.Nyatakan kerosakan yang akan terjadi. 1) Gangguan kepada semua litar yang terlibat. 2) Fius putus akibat lebih beban. 3) MCB terpelantik akibat lebih beban. 4) Kabel menjadi panas. 5) Alat kawalan mudah rosak. Suhu naik pada pengalir terbakar. merosakkan penebat penebat lemah dan boleh

iii.Bagaimana system perlindungan lebihan arus beroperasi? Sistem perlindungan lebihan arus beroperasi untuk memutuskan atau membuka litar secara cepat sebelum ianya menyebabkan sebarang bahaya disebabkan oleh kenaikan suhu (panas) yang akan menyebabkan kesan mekanikal kepada pengalir (kabel), sambungan, tamatan kabel dan lain-lain.

SOALAN: (5 markah), Sebutkan 5 (lima) ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum pemilihan sesuatu alat pelindung arus dibuat. 1. Kadaran 2. Kepekaan 3. Jenis beban 4. Ketahanan perlindungan arus lampau 5.

SOALAN: (5 markah), Sebutkan 3 (tiga) factor-faktor pemilihan alat perlindungan dan terangkan secara ringkas mengapa anda memilih peranti perlindungan tersebut? 1. Kadaran MCB 6A untuk litar akhir lampu dan MCB 20A untuk litar akhir kuasa soket alir keluar 13A misalnya. 2. Kepekaan - berdasarkan jenis pendawaian, untuk pendawaian keseluruhan kepekaannya 100mA, litar akhir kuasa soket alir keluar 13A kepekaanya 30mA, dan untuk tempat lembab / litar pemanas air 10mA. 3. Jenis Beban - MCB 6A untuk litar akhir lampu dan MCB 20A untuk litar akhir kuasa soket alir keluar 13A misalnya.

SOALAN: (10 markah) a. Papan Suis Utama di tempat anda bekerja selalu sahaja mengalami kerosakan setelah beberapa kali diperbaiki keadaannya masih tidak berubah. Apabila disiasat dengan teliti alat perlindungan arus mengalami kerosakan. Oleh itu anda ditugaskan oleh pihak pengurusan untuk menggantikan peralatan tersebut. Sebutkan tiga (3) factor-faktor pemilihan alat perlindungan yang anda pilih dan terangkan secara ringkas mengapa anda memilih peranti perlindungan tersebut. (3 markah) i. Jenis beban ii. Keupayaan unit perlindungan iii. Suhu sekeliling / keadaan persekitaran iv. Harga

b. Sebutkan 3 (tiga) perkara di mana peranti perlindungan beban lampau tidak diperlukan di dalam sesuatu pepasangan. (3 markah) i. ii. Litar disebelah bahagian beban yang berlaku penurunan arus. Litar yang dibebankan dengan beban yang tidak mungkin akan bertambah. iii. Iv Litar yang mengakibatkan bahaya jika diputuskan. Litar sekundar pengubah arus.

c.

Sebutkan empat (4) jenis perlindungan arus lampau yang selalu digunakan di dalam sesuatu pepasangan? (4 markah) 1.Fius yang boleh didawai semula 2.Fius katrij 3.HRC (Fius keupayaan pemutus tinggi) 4. MCB