Anda di halaman 1dari 46

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

ISI KANDUNGAN FOLIO


1. Maklumat diri pelajar PPG 2. Isi kandungan 3. Kertas kerja perkhemahan 4. Surat panggilan mesyuarat 5. Minit mesyuarat perkhemahan 6. Agihan tugas dan jawatankuasa 7. Jadual perkhemahan 8. Senarai nama pelajar/ peserta perkhemahan 9. Surat kebenaran waris dan surat jawapan penjaga 10.Surat kpd pihak berkuasa tempatan 11.Laporan kewangan 12.Laporan perkhemahan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 1

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

BIODATA PELAJAR

NAMA PELAJAR NO. I/C

: NORHASLINDA BINTI BAHARUDIN : 790111-05-5450

ANGKA GILIRIRAN : WMA0002/PPG/062011/MP124 OPSYEN/KELAS KUMPULAN ALAMAT RUMAH : PENGAJIAN PK (PEMULIHAN) : P3.7 : 60-01-03 FLAT SRI SABAH 3A, BATU 31.2 CHERAS 56100 KUALA LUMPUR. NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK, BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS 56100 KL.

NO TELEFON

: 012-2591872

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 2

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011] PENDAHULUAN

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua ahli jawatankuasa program terlibat dalam menjayakan semua aktiviti yang telah kami jalankan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa program ini dilaksanakan sebaik mungkin.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasaran dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.

Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.

Sekian terima kasih.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 3

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

UNIT KOKURIKULUM SEK. KEB. SUNGAI JUDAH (A) PULAU CAREY, SELANGOR

KERTAS CADANGAN KEM ASAS PERKHEMAHAN SKSJ(A) 2011 1.0 PRAKATA

Pengalaman mengalami atau melalui sesuatu situasi merupakan satu pengajaran yang amat bermakna bagi setiap individu. Pembelajaran yang dilalui dan dialami amat berbeza dengan pembelajaran yang dilalui secara teori di dalam bilik darjah. Melalui pengalaman murid akan lebih memahami dan kreatif untuk menyelesaikan masalah semasa yang dihadapi. Antara cabang pembelajaran yang mampu memberi satu pengalaman kepada murid adalah aktiviti perkhemahan.

Banyak pengalaman yang dilalui didalam perkhemahan yang mampu meningkatkan semangat bekerjasama, jati diri, tolong- menolong, lasak, sabar, kreatif dan menghargai alam sekitar dapat dibina dan dipupuk kepada setiap murid yang terlibat. Diharap kertas cadangan Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A) 2011 ini akan mendapat sokongan daripada pihak sekolah.

2.0

MOTO SEKOLAH Ilmu Budi Bakti

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 4

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

3.0

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Nama Sekolah Alamat

: :

Sekolah Kebangsaan Sg. Judah (A) 42960, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

Status/Gred Bilangan Murid

: :

B (Luar Bandar) 143 Orang

4.0

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program Tempat Tarikh Masa Kewangan

: : : : :

Kem Asas Perkhemahan Sk.Sungai Judah(A) 23 .9.2012 7.00 pagi hingga 6.00 petang (Sepenuh Masa) 1. Sumbangan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 5

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

5.0

RASIONAL PROGRAM

1. Pembelajaran

melalui

pengalaman

lebih

memberi

kesan

kepada

perkembangan murid. 2. Pengalaman merasai dan melalui sesuatu peristiwa dapat mengukuhkan pembejaran secara teori di dalam kelas. 3. Sikap kepimpinan,kerjasama, keyakinan diri harus dipupuk dalam diri setiap murid. 4. Memberikan pendedahan tentang asas-asas perkhemahan.

6.0

OBJEKTIF

1. Mendedahkan perkhemahan.

mengenai

aktiviti

yang

bakal

dilalui

dalam

sesuatu

2. Memberi pengalaman kepada murid-murid menimba ilmu di luar kelas. 3. Mengukuhkan pemahaman murid tentang pembelajaran secara teori di dalam kelas.. 4. Mendedahkan murid dengan tugas memimpin dan menghadapi cabaran di luar kelas.

7.0

KUMPULAN SASARAN Murid Tahun , 4, 5, 6

8.0

BILANGAN PESERTA 32 orang

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 6

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

9.0 AKTIVITI

a) Pecah Bendungan b) Kawat statik c) Malaysia cergas d) Asas orienteering e) Asas memasang khemah f) Dinamika Game g) Tali temali h) Kompas Matching

10.0 TENTATIF 23.9.2012 (Ahad) 7.00 pagi Pendaftaran 7.30 pagi Sarapan. 8.00 pagi Taklimat 8.30 pagi - Malaysia cergas nyanyian lagu negaraku,negeri selangor, sekolah. Bacaan doa Ucapan Kem Komandan Kecergasan 9.00 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh : : : : : : Pecah bendungan Kawat kaki Minum pagi. Asas memasang khemah LDK 1 rehat/makan tengahari/solat zohor/tazkirah/moral
Page 7

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

2.00 petang : 3.00 petang : 4.00 petang : 4.30 petang : 5.30 petang : 6.00 petang :

Tali temali / asas ikatan Asas orientering Minum petang/solat asar Dinamika game Khidmas Bersurai.

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil 1

PERBELANJAAN Makan dan minum murid 32 orang x RM 5.00

JUMLAH

RM 160.00

Makan Dan Minum Guru Pengiring 14 orang x RM 5.00 RM RM 70.00 64.00

4 5

Peralatan Runcit

RM 150.00

JUMLAH

RM 444.00

12.0

KEWANGAN

1. Sumbangan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 8

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

13.

AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

PENASIHAT PENGERUSI PENYELARAS N/PENYELARAS SETIAUSAHA N/ SETIAUSAHA BENDAHARI

: En.Abdul Rahman Bin Ahmad ( Guru Besar) : En. Zamri bin Shariff (GPK Ko-Kurikulum) : En.Abdul Ghani bin Abdullah : En.Shaiful Rizal bin Ramlan : En.Mohd Faudzi bin Saad : PN. Norhaslinda binti Baharudin : Cik.Wan Nor Rafidah bt. Mohd Hanafiah

AHLI JAWATANKUASA 1) Komandan Kem 2) Pen. Kom. Kem 3) Ketua Jurulatih 4) Ketua Aktiviti 5) Pendaftaran 6) Makan dan Minum : En. Muhamod Fahmir bin Mat Amin : Pn. Jamaiyah bt. Ramli : Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain : Pn. Nurul Asikin bt. Masaat : Pn. Shuzima binti Mohd Shukor : En.Mohd Safwan Helmi b. Jaafar : En. Halimi bin Harun 7) Kebajikan dan Keselamatan Peserta : En.Mohd Safwan Helmi b. Jaafar : En. Halimi bin Harun 8) Buku program : Pn.Shuzima bt. Mohamed Shukor:

9) Hadiah dan Cenderamata: Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain

10) Aktiviti: i. Cik.Wan Nor Rafidah bt. Mohd Hanafiah (Malaysia Cergas) ii. En.Mohd Faudzi bin Saad (dinamika game) iii. En.Abdul Ghani bin Abdullah
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 9

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

(Mendirikan khemah) iv. En.Shaiful Rizal bin Ramlan (Asas orienteering) v. Pn. Jamaiyah bt. Ramli (Tali temali) vi. Pn. Norhaslinda bt Baharudin (LDK) vii. Pn. Nurul Asikin bt. Masaat viii. Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain ix. Pn. Shuzima binti Mohd Shukor 11) Kerohanian: 12)Moral: 13)Logistik: 14)Dokumentasi: : : : : En. Muhamod Fahmir bin Mat Amin En.Abdul Ghani bin Abdullah En.Mohd Faudzi bin Saad Mohd Faudzi bin Saad

14.0

PENUTUP

Adalah

diharapkan Kem Asas Perkhemahan

SKSJ(A) bagi tahun

2012 ini akan berjaya dan tercapai objektif yang telah ditetapkan. Ianya juga diharap dapat merangsang dan menimbulkan minat murid untuk berusaha dalam pelajaran mahupun aktiviti ko-kurikulum di SK.Sungai Judah(A) pada masa hadapan. Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Diharap guru-guru dapat sepenuhnya dalam menjayakan perkhemahan ini memberi komitmen . Melalui program ini

juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti,
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 10

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh,

. (EN.MOHD FAUDZI BIN SAAD) SETIAUSAHA

Disemak Oleh,

(EN.ZAMRI BIN SHARIFF) GPK.KO-KURIKULUM SKSJ(A)

Disahkan Oleh

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 11

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, Kem Asas Perkhemahan , Sekolah Sungai Judah (A), Pulau Carey Kuala langat

Rujukan Tuan: Rujukan Kami: KAP/01/SU/2012(01) Tarikh : 5 hb. September 2012

Kepada ......................................................

Tuan / Puan Notis Mesyuarat Kem Asas Perkhemahan Sek. Keb. Sungai Judah (A) 2012 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Suka cita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :

2.1 2.2 2.3 2.4

Tarikh HarI Masa Tempat

: 9 hb. September 2012. : Ahad. : 9.00 pagi. : Pusat Sumber Sk.Sg.Judah (A) Pulau Carey

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 12

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut 1. 2. 3. 4. 5. Penetapan Perkhemahan Perlantikan AJK Pembahagian Tugas BIG Hal-hal lain Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan / puan dalam pekara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

................................. (MOHD FAUDZI BIN SAAD) Setiausaha, Kem Asas Perkhemahan Sekolah Kebangsaan Sg.Judah (A)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 13

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

SK .SUNGAI JUDAH ( A ) MINIT MESYUARAT KEM ASAS PERKHEMAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH (A) KALI PERTAMA 2012

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Setiausaha Kehadiran

: 9 hb September 2012 : 9 pagi : Bilik Pusat Sumber : Abdul Ghani bin Abdullah : Mohd Faudzi bin Saad : En.Abdul Ghani bin Abdullah : En.Shaiful Rizal bin Ramlan : En.Mohd Faudzi bin Saad : P Cik.Wan Nor Rafidah bt. Mohd Hanafiah : Norhaslinda binti Baharudin ; En. Muhamod Fahmir bin Mat Amin : Pn. Jamaiyah bt. Ramle : Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain : Pn. Nurul Asikin bt. Masaat : Pn. Shuzima binti Mohd Shukor : En.Mohd Safwan Helmi b. Jaafar : En. Halimi bin Harun :

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 14

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

1.UCAPAN PENGERUSI 1.1 Mohd Faudzi bin Saad selaku pengerusi sementara mengucapkan terima kasih di atas kehadiran rakan PPG untuk mesyuarat Praperkhemahan kali pertama ini.

1.2 Abdul Ghani bin Abdullah dicadangkan dengan sebulat suara sebagai pengerusi tetap untuk mesyuarat Praperkhemahan.

2.

PENETAPAN PERKHEMAHAN Berikut adalah butiran Praperkhemahan BIG yang telah dipersetujui oleh semua tanpa ada bantahan.

2.1.1 Tarikh : 23 September 2012. 2.1.2 Hari 2.1.3 Masa : Ahad. : 7.00 pagi hingga 6 petang.

2.1.4 Tempat : SK .Sungai Judah (A) 2.1.5 Peserta : 32 orang

3. PERLANTIKAN AJK Ahli Jawatankuasa Praperkhemahan telah dilantik dengan sebulat suara oleh semua mengikut ketetapan berikut;

3.1.1 Pengerusi 3.1.2 Setiausaha 3.1.3 N/Setiausaha 3.1.4 Bendahari 3.1.5 Komandan
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

: Abdul Ghani bin Abdullah : Mohd Faudzi bin Saad : Pn Norhasinda binti Baharudin : Cik Wan Nor Rafidah : En. Muhamod Fahmir bin Mat Amin
Page 15

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

3.1.6. Pen.Komandan : Pn. Jamaiyah bt. Ramle 3.1.7 Ketua Jurulatih : Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain 3.1.8 Ketua Aktiviti 3.1.9 Pendaftaran : Pn. Nurul Asikin bt. Masaat : Pn. Shuzima binti Mohd Shukor

3.2.0 Makan& Minum : En.Mohd Safwan Helmi b. Jaafar : En. Halimi bin Harun 3.2.1 Buku program : Pn. Shuzima binti Mohd Shukor

4. PEMBAHAGIAN TUGAS BIG Tugasan yang perlu dibuat untuk setiap ahli kumpulan PPG yang terlibat dalam Praperkhemahan ini adalah mengikut pembahagian yang telah dipersetujui.

5. HAL HAL LAIN a) Semua AJK hendaklah menjalankan tugas yang diberi dengan jujur dan sepenuh hati. b) Sebarang masalah hendaklah dibincang bersama, walau dengan apa cara sama ada telefon atau pun email. c) Tugasan yang telah diterima hendaklah disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 16

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Disediakan oleh :

(MOHD FAUDZI BIN SAAD) Setiausaha

Disemak oleh ;

. (EN.ABDUL GHAN BIN ABDULLAH) Penyelaras Kem asas Perkhemahan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 17

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

PENASIHAT PENGERUSI PENYELARAS N/PENYELARAS SETIAUSAHA N/ SETIAUSAHA BENDAHARI

: En.Abdul Rahman Bin Ahmad ( Guru Besar) : En. Zamri bin Shariff (GPK Ko-Kurikulum) :En.Abdul Ghani bin Abdullah :En.Shaiful Rizal bin Ramlan : En.Mohd Faudzi bin Saad :PN. Norhaslinda binti Baharudin : Cik.Wan Nor Rafidah bt. Mohd Hanafiah

AHLI JAWATANKUASA 12) Komandan Kem 13) Pen. Kom. Kem 14) Ketua Jurulatih 15) Ketua Aktiviti 16) Pendaftaran 17) Makan dan Minum : En. Muhamod Fahmir bin Mat Amin : Pn. Jamaiyah bt. Ramli : Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain : Pn. Nurul Asikin bt. Masaat : Pn. Shuzima binti Mohd Shukor : En.Mohd Safwan Helmi b. Jaafar : En. Halimi bin Harun 18) Kebajikan dan Keselamatan Peserta : En.Mohd Safwan Helmi b. Jaafar : En. Halimi bin Harun 19) Buku program : Pn.Shuzima bt. Mohamed Shukor:

20) Hadiah dan Cenderamata: Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain

21) Aktiviti: i.
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Cik.Wan Nor Rafidah bt. Mohd Hanafiah


Page 18

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

(Malaysia Cergas) ii. En.Mohd Faudzi bin Saad (dinamika game) iii. En.Abdul Ghani bin Abdullah (Mendirikan khemah) iv. En.Shaiful Rizal bin Ramlan (Asas orienteering) v. Pn. Jamaiyah bt. Ramli (Tali temali) vi. Pn. Norhaslinda bt Baharudin (LDK) vii. Pn. Nurul Asikin bt. Masaat viii. Pn. Noor Zalina bt. Mohd Zain ix. Pn. Shuzima binti Mohd Shukor 22) Kerohanian: 12)Moral: 13)Logistik: 14)Dokumentasi: : : : : En. Muhamod Fahmir bin Mat Amin En.Abdul Ghani bin Abdullah En.Mohd Faudzi bin Saad Mohd Faudzi bin Saad

TENTATIF PROGRAM
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 19

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

23.9.2012 (Ahad) 7.00 pagi Pendaftaran 7.30 pagi Sarapan. 8.00 pagi Taklimat 8.30 pagi - Malaysia cergas nyanyian lagu negaraku,negeri selangor, sekolah. Bacaan doa Ucapan Kem Komandan Kecergasan 9.00 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh : : : : : : Pecah bendungan Kawat kaki Minum pagi. Asas memasang khemah LDK 1 rehat/makan tengahari/solat zohor/tazkirah/moral Tali temali / asas ikatan Asas orientering Minum petang/solat asar Dinamika game Khidmas Bersurai.

2.00 petang : 3.00 petang : 4.00 petang : 4.30 petang : 5.30 petang : 6.00 petang :

SENARAI NAMA PESERTA KEM ASAS PERKHEMAHAN SKSJ(A) NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 20

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011] 2012

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11. 12 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.

NAMA MURID ABU BAKAR B YUSOF KIMI ANAK AHLES NAZRIN ANAK HASAN AZIZAN ANAK AZMI MUHAMMAD YUSRIN B MD ALI RASIDI ANAK BIDIN MUHAMMAD SYAFIZUL RAMLAN BIN MD RASUL JOE ANAK YUSRI MUHAMMAD NORRIZZMAN HASRODIN BIN KAMARUDIN HAFIZAL BIN HASSAN MUHAMMAD ISMAN BIN JASMAN JAHARIDIN ANAK JASMIE IRVAN NOROSIM BIN MINTO SAID MUHAMMAD HAFIZUDIN BIN SAID IDRUS MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHAMAD MUHAMMAD ROKIMAN MOHAMMAD ALIF BIN OSMAN MUHAMMAD HAIQAL IZZUDDIN BIN EFANDY

KAUM TAHUN LM LA LA LA LM LA LM LA LA LA LA LA LA LC LM LM LA LM LM 6 6 6 6 6 6 5 5 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 21

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011] 20. 21. 22. 23. 24 25 26 27 28 29 30 31 32 MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MND YATIM SAHARUL HAIQAL HALIMI BIN EFANDY FATIN HANI ZAHARAH BT. NORIZAN FATIN NABILA ANAK OMAR NUR SAHIRA NATASA BT. MND YATIM NURUL ATIQAH SHAFILLAH BT. ROBANI NUR HAMISAH BINTI MD ALI SYAIDATINA AQASYAH BINTI NIZAM ROSNANI BINTI JUBLI SIERA BT. AZMI NURUL AKMANISAH BINTI NALIP NORVFITRIE BINTI ABAS LA LA LM PM PA PA PM PA PM PA PA PA PM 4 4 4 5 5 5 5 4 4 4 4 4 4

Murid Lelaki

= 22 orang

Murid Perempuan = 10 orang Jumlah = 32 orang

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 22

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH (A)


42960 PULAU CAREY, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
(Tel: 03-31032758, ,)

BBA 1013

Rujukan: SKSJ 02/06 002 ( Tarikh: 18 Hb. September 2012

Kepada: . .

Tuan/Puan

KEM ASAS PERKHEMAHAN SK.SUNGAI JUDAH (A) 2012

Perkara di atas adalah dirujuk, 2. Pihak sekolah akan mengadakan program perkhemahan seperti di atas Sebagai murid tahap 2 di sekolah ini maka anak tuan/puan dikehendaki mengikuti program perkhemahan ini.

Bersama ini disertakan butiran yang berkaitan:i. ii. iii. Tarikh : 23 September 2012 Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang Tempat : SK.Sungai Judah (A)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 23

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

3.

Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon kebenaran daripada tuan /puan untuk membenarkan anak /waris jagaan tuan/puan mengikuti perkhemahan di atas.

4.

Bersama ini disertakan borang kebenaran pelepasan anak/ waris tuan/puan untuk untuk diisi dan dikembalikan kepada pihak sekolah DENGAN KADAR SEGERA.

Sekian, terima, kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

(EN. ABDUL RAHMAN BIN AHMAD) Guru Besar, SK. Sungai Judah(A) 42960 Pulau Carey.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 24

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Rujukan tuan: SKSJ 02/06 002 ( Rujukan kami: Tarikh:

______ Hb. September 2012

___________________________________________________________________

Kepada, Guru Besar, SK. Sungai Judah(A)

Tuan, KEBENARAN MELEPASKAN ANAK/WARIS TANGGUNGAN SAYA BAGI MENGIKUTI KEM ASAS PERKHEMAHAN SK.SUNGAI JUDAH (A) 2012 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya No. KP. .. * mengizinkan/tidak mengizinkan anak/waris jagaan saya . No. Surat Beranak .menyertai program perkhemahan ini. 3. Pihak saya tidak akan menuntut apa-apa kerugian ke atas pihak sekolah sekiranya berlaku apa-apa kemalangan ke atas anak/waris jagaan saya sepanjang mengikuti perkhemahan tersebut tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

)
Page 25

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH (A)


42960 PULAU CAREY, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
BBA 1013

Ruj Kami : Ruj Tuan : Tarikh : 22.08.2012

(Tel: 03-31032758, ,)

Kepada :

Ketua Balai, Balai Polis Telok Panglima Garang, 42500, Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan.

Melalui dan salinan ;

Guru Besar, Sk. Sungai Judah(A) 42960 Pulau Carey, Selangor.

Tuan, PEMBERITAHUAN TENTANG KEM ASAS PERKHEMAHAN SKSJ(A) 2012

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.


Page 26

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

2.

Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan kem

seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai kem tersebut adalah seperti berikut:2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Tajuk Tarikh Masa Tempat Sasaran : : : : : Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A). 23 September 2012. ( Sabtu ). 07.00 Pagi 06.00 Petang. Kawasan Padang SK.Sungai Judah(A). Murid Tahun 4,5 dan 6 SK Sungai Judah. 4.6 Penyertaan : 32 Pelajar 12 Guru.

3. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan bagi mengelakkan timbul sebarang masalah keselamatan kelak. Perhatian dan tindakan dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

.. EN. MOHD FAUDZI BIN SAAD Setiausaha Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A) 2012 Sekolah Kebangsaan Sungai Juah(A)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 27

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH (A)


42960 PULAU CAREY, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
BBA 1013

Ruj Kami :
(Tel: 03-31032758, ,)

Ruj Tuan : Tarikh : 22.08.2012

Kepada : Ketua Balai, Balai Bomba Banting, Jalan Sultan Abdul Samad, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan.

Melalui dan salinan ; Guru Besar, Sk. Sungai Judah(A) 42960 Pulau Carey, Selangor.

Tuan, PEMBERITAHUAN TENTANG KEM ASAS PERKHEMAHAN SKSJ(A) 2012

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 28

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

2.

Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan kem

seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai kem tersebut adalah seperti berikut:2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Tajuk Tarikh Masa Tempat Sasaran : : : : : Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A). 23 September 2012. ( Sabtu ). 07.00 Pagi 06.00 Petang. Kawasan Padang SK.Sungai Judah(A). Murid Tahun 4,5 dan 6 SK Sungai Judah. 2.6 Penyertaan : 32 Pelajar 12 Guru.

4.

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan bagi mengelakkan timbul

sebarang masalah keselamatan kelak. Perhatian dan tindakan dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

.. EN. MOHD FAUDZI BIN SAAD Setiausaha Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A) 2012 Sekolah Kebangsaan Sungai Juah(A)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 29

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH (A)


42960 PULAU CAREY, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
BBA 1013

Ruj Kami : Ruj Tuan : Tarikh : 22.08.2012

(Tel: 03-31032758, ,)

Kepada :

Klinik Perubatan, Telok Panglima Garang, 42500, Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan.

Melalui dan salinan ;

Guru Besar, Sk. Sungai Judah(A) 42960 Pulau Carey, Selangor.

Tuan,

PEMBERITAHUAN TENTANG KEM ASAS PERKHEMAHAN SKSJ(A) 2012

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 30

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

2.

Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan kem

seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai kem tersebut adalah seperti berikut:2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Tajuk Tarikh Masa Tempat Sasaran : : : : : Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A). 23 September 2012. ( Sabtu ). 07.00 Pagi 06.00 Petang. Kawasan Padang SK.Sungai Judah(A). Murid Tahun 4,5 dan 6 SK Sungai Judah. 2.6 Penyertaan : 32 Pelajar 10 Guru.

3.

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan bagi mengelakkan timbul

sebarang masalah keselamatan kelak. Perhatian dan tindakan dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

.. EN. MOHD FAUDZI BIN SAAD Setiausaha Kem Asas Perkhemahan SKSJ(A) 2012 Sekolah Kebangsaan Sungai Juah(A)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 31

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

LAPORAN KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil 1

PERBELANJAAN Makan dan minum murid 32 orang x RM 5.00

JUMLAH

RM 160.00

Makan Dan Minum Guru Pengiring 14 orang x RM 5.00 RM RM 70.00 64.00

4 5

Peralatan Runcit

RM 150.00

JUMLAH

RM 444.00

12.0

KEWANGAN

1. Sumbangan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 32

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

LAPORAN PERKHEMAHAN KEM ASAS PERKHEMAHAN PADA 23 SEPTEMBER 2012, DI SEKOLAH KEBANGSAAN SG JUDAH (A)

Pendahuluan

Seramai 32 peserta telah terlibat dalam perkhemahan tersebut yang terdiri daripada 10 orang perempuan dan 22 orang lelaki serta 12 orang guru program PPG.

7.00 - 7.30 Pagi (Pendaftaran)

Pendaftaran bermula jam 7.00 pagi di kantin, Sek. Keb. Sungai Judah (A). Taklimat telah disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Muhamod Fahmir bin Mat Amin . Peserta diberikan tanda nama dan tanda nama tersebut hendaklah dikalungkan di leher sepanjang perkhemahan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan diingatkan mengingat nama setiap ahli setiap kumpulan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 33

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

7.30-8.30 (Malaysia Cergas)

Aktiviti bertujuan menjadikan peserta peserta ini bukan cergas dari sudut fizikal tetapi pada masa yang sama turut mencerdaskan minda dengan senaman yang diringi dengan lagu yang bersesuai. Aktiviti diketuai oleh Cik Wan Nor Rafidah bt Mohd Hanafiah

8.30- 9.00 Pagi (Taklimat Kem Komandan, dan Sarapan Pagi)

Semua peserta di tapak perkhemahan, di Dewan Sekolah Kebangsaan Sg, Judah (A). Mereka dijamu dengan minum pagi dan jawatankuasa perkhemahan memberi taklimat penting bagi menjamin disiplin peserta, keselamatan peserta, ketepatan waktu dan kelicinan aktivit yang telah diaturkan. Peserta bersama-sama dengan ahli jawatankuasa perkhemahan Lagu Sekolah. menyanyikan lagu Negaraku,, Negeri Selangor dan

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 34

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

9.00 pagi -9.30 (Pecahan Bendungan)

Aktiviti dijalankan di dalam dewan Sekolah Kebangsaan Sg. Judah (A). Peserta berkumpul mengikut kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan masing-masing sempena dengan nama buah-buahan tempatan.

Kumpulan tersebut ialah Kumpulan Pulasan, Limau Bali, Kumpulan Delima, Kumpulan Naga dan Kumpulan Mengkudu. Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua dan seorang penolong ketua. Mereka telah membentangkan hasil kerja kumpulan dengan baik. Setiap kumpulan diminta memberikan nama kumpulan, rasional memilih kumpulan tersebut, melakar bendera kumpulan dan sorakan identiti kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk membentangkan hasil kerja kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulan tersebut. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan. Aktiviti dikelolakan dengan baik oleh Ketua Aktiviti Noorzalina binti Mohd Zain dan dibantu oleh fasilitator serta pembantu urusetia. Akhir sesi, Cikgu memberikan kesimpulan dan memuji penglibatan semua. Tujuan aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada semua peserta berfikir secara rasional dan matang serta berupaya menjawab semua pertanyaan. Ini dapat melatih diri menjadi pemimpin yang berani dan bijak menangani isu semasa.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 35

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

9.30-10.30 (Aktiviti Kawad Kaki & Minum Pagi)

Selesai aktiviti pecahan bandungan dan aktiviti kawat kaki yang telah dikendalikan oleh En.Mohd Faudzi bin Ahmad bersama dengan pn. Norhaslinda Baharudin dan Cik Wan Nor Rafidah bt Mohd Hanafiah dari jam 9.30 petang hingga 10.15 petang. Kawat kaki yang diajar kepada para peserta perkhemahan adalah Kawat Statik. Dalam kawat statik ini, para peserta belajar cara masuk baris, sedia, senang diri, rehatkan diri, berpusing ke kanan, kiri, dan belakang serta keluar baris dalam kumpulan masing-masing. Bagi aktiviti pertandingan kawat kaki ini pemenangnya adalah dari kumpulan Delima . Selepas tamat aktiviti kawad kaki peserta diberikan minum pagi untuk menghilangkan rasa letih mereka.

10.30-11.30 (Taklimat Perkhemahan & Mendirikan khemah)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 36

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Aktiviti ketiga diteruskan dengan Memasang Khemah. Taklimat tentang cara memasang khemah yang telah dikendalikan oleh Pn . Nurul Asikin bt. Masaat dari

jam 9.30 petang hingga 10.15 petang. Para peserta diberikan penerangan tentang cara memasang khemah dengan betul dan cepat. Semua peserta dibantu oleh fasilitator dan guru bertugas telah membina khemah peserta. Pada tahun ini khemah dibina di kawasan padang sekolah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disamping menjamin keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan dibahagi dua iaitu khemah untuk peserta lelaki di belakang dan khemah peserta perempuan di depan.

11.30-12.00 (Latihan Dalam Kumpulan)

Aktiviti ini dimulakan dengan setiap peserta dikehendaki mengambil sekeping kertas. Kemudian arahan berikutnya adalah untuk membuat satu bulatan besar sebelum para peserta dibenarkan membuka kepingan kertas tersebut bagi mengetahui isi kandungannya. Kandungan di dalamnya adalah nama haiwan yang bakal dilakonkan oleh peserta seperti kucing, gajah, lembu, kambing, harimau, dan katak. Seterusnya kami diminta untuk membuat bunyi haiwan-haiwan tersebut dan berkumpul mengikut jenis haiwan masing-masing. Setiap kumpulan haiwan ini dijadikan satu barisan dan kami dikehendaki untuk beramai-ramai membunyikan suara haiwan tersebut. Kemuidianya, kami juga dikehendaki menjawab soalan SDS secara individual. Melalui LDK 2 tersebut, para peserta dapat saling kenal-mengenali dan merapatkan
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 37

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

perhubungan di antara satu sama lain terutamanya di antara peserta yang berlainan agama dan bangsa. Selain itu, saya juga dapat mengenal diri sendiri berdasarkan ujian SDS. Melalui ujian tersebut saya mendapati bahawa saya memiliki sifat mengelak, di mana sifat sebegini perlu wujud dalam diri seorang untuk mempertahankan diri, mengelak daripada berlaku perselisihan faham dan sebagainya.

12.00 tengahari 2.00 petang (Makan Tengahari, Solat Zohor & Tazkirah)

Semua peserta makan tenghari dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Pelajar Muslim beredar ke surau dan bukan muslim di dataran terbuka untuk mengikuti kuliah kerohanian yang disampaikan oleh Cikgu Abdul Ghani bin Abdullah . Solat Zohor berjemaah dan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhamod Fahmir bin Mat Amin. bertajuk Peranan Diri Menjadi Pemimpin Terpimpin.

2.00 petang - 3.00 petang (Tali Temali)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 38

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Peserta didedahkan dengan teknik ikatan dan simpulan di bawah bimbingan Pn. Jamaiyah bt Ramli dan dibantu oleh ahli jawatankuasa perkhemahan. Terdapat empat jenis simpulan dan dua jenis ikatan yang dijarkan kepada kami iaitu simpul manuk, simpul bunga geti, simpul kerusi, ikatan pengail, ikatan tindih kasih, dan simpul buku sila. Contoh ikatan dan simpulan adalah seperti berikut: a) Simpul Manuk & Simpul Bunga Geti b) Simpul Kerusi & Simpul Buku Sila c) Ikatan Pengail & Ikatan Tindih Kasih

3.00 petang 4 petang (Orienteering dan Kembara Bumi Ciptaan Allah.)

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yang iaitu ADK Orienteering dan Kembara Ciptaan Allah yang telah dikendalikan oleh En Shaiful Rizal bin Ramlan dari jam 3.00

petangi hingga 4.00 petang. Aktiviti ini adalah untuk melatih peserta berani menghadapi cabaran yang akan menanti mereka serta kerjasama di antara ahli kumpulan dan mengetahui tentang penggunaan kompas. Sebelum aktiviti ini dilaksanakan En Shaiful Rizal bin Ramlan menerangkan peserta tentang penggunaan kompas. Sepanjang berlangsungnya ADK Merempuh Halangan ini,
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 39

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

terdapat 7 stesen yang perlu dilalui oleh semua peserta, iaitu berjalan kaki mengelilingi kawasan sekolah, untuk mendapatkan jawapan tentang soalan yang diberikan mengikut arah mata angin. Semua aktiviti dijalankan secara berkumpulan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan Tongkat Amanah dan Bendera yang perlu dijaga dengan baik dalam setiap stesen halangan yang dilalui oleh para peserta yang bermula dari stesen 1 dan berakhir dengan stesen 1 juga. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat dalam merempuh halangan di setiap stesen. Akhir sekali sesi soal jawab dijalankan untuk mengetahui pengalaman peserta dan rasional aktiviti ini diadakan. Bagi aktiviti ADK Orienteering dan Kembara Ciptaan Allah ini pemenangnya adalah dari kumpulan Naga.

4.00 petang 4.30 petang (Minum petang & Solat Asar) Semua peserta minum petang dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Pelajar Muslim beredar ke sura untuk bersolat Asar. manakala yang tidak berkenaan bersedia untuk aktiviti seterusnya. 4.30 petang 5.30 petang. (Dinamika persembahan kumpulan dan Penyampaian Hadiah)

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 40

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Persembahan Kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tugas awal untuk melakukan persembahan kumpulan. Persembahan dikelolakan oleh Cikgu Shuzima binti Mohd Shukor dan Abdul Ghani bin Abdullah selaku pengacara. Acara diselang-selikan dengan permainan dan nyanian oleh Kem Komandan Cikgu Muhamod Fahmir bin Mat Amin. Setiap Kumpulan diberi masa 7 minit untuk membuat persembahan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan menghiburkan. Persembahan tersebut memberi peluang peserta berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan dan berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam masa yang singkat. Pelajar lebih berani untuk berkomunikasi. Seterusnya majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada jam 05.00 petang dan tamat pada jam 0.30 petang. Pn. Norhaslinda binti Baharudin telah menjadi pengerusi majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, En. Zamri b. Shariff dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Abdul Rahman bin Ahmad, Guru Besar SK Sg. Judah.(A). Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Peserta terbaik lelaki ialah Nazrin Anak Hasan dari kelas Tahun 6 manakala peserta terbaik perempuan ialah Fatin Hani Zaharah bt. Norizan dari kelas Tahun 5. Selesai majlis murid-murid dibenarkan bersurai.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 41

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Penutup Perkhemahan yang telah berlangsung selama 12 jam ini amatlah berguna kepada semua golongan bakal pendidik dan pendidik yang telah sedia berkhidmat di sekolah-sekolah. Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat

sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) . Segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi akan saya menfaatkan sebaik-baiknya. Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan kerana telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru dengan jayanya. semoga Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas terus unggul dan terbilang sebagai institut perguruan yang amat efisien dan efektif dari segi pelaksanaan Program Bina Insan Guru.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 42

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

REFLEKSI
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa melakukan aktiviti perkhemahan nanti. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang

mengatur dan merancangkan segala persiapan perkhemahan. Daripada pemilihan ahli jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang lebih rumit lagi, semuanya diatur oleh . Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya jika saya mengetuai perkhemahan di sekolah nanti. sekiranya ingin membawa murid-murid saya . Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti. Yang kedua, perkhemahan BIG ini mengajar saya cara menguruskan diri dan murid-murid bagi merancang sesuatu dalam keadaan suntuk dan tidak selesa. Masalah ketika melaksanakan program seperti ini yang melibat murid-murid orang asli yang lewat untuk menghadiri diri dalam program khemahan ini menyebab program tersebut lewat untuk dimulakan . Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Kami menaiki motor dan pergi ke rumah murid tersebut untuk mengajak mereka bersama-sama untuk pergi ke program perkhemahan sekolah.. Saya berasa gembira kerana dalam situasi genting seperti ini, kumpulan saya masih berusaha melakukan sesuatu untuk menguruskan masalah yang kami hadapi. Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 43

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

yang telah ditetapkan. Apa yang saya tahu, yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami telah diberi masa dari pukul 0700-0630 untuk menjalankan program perkhemahan ini. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semuanya dalam masa 12 jam yang diberikan, kita tidak akan ada cukup masa untuk melaksanakan program tersebut. Namun sekiranya kita tidak dapat membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan dengan baik, kita juga tidak

mungkin dapat menyelaesaikan tugasan tadi dalam masa 1 2 jam tersebut. Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini dapat saya hayati semasa pembahagian tugasan kerja lagi. Semua ahli kumpulan bekerjasama dalam menjayakan program inii. Kemudian semasa menjalankan aktiviti ke aktiviti semuanya memainkan

peranan masing-masing agar tugasan yang dilakukan menikut masa yang telah ditetapkan kerana kerjasama yang kukuh antara guru-guru program PPG. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesefakatan dan toleransi, maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajarpelajar kita menjadi mudah. Kelima, saya turut belajar sesuatu daripada Encik Faudzi iaitu kita harus berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat

mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 44

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

Keenam, semasa melakukakn aktiviti kawad kaki saya telah mendapat kemahiran untuk memberi arahan kepada murid untuk berkawad yang telah diajar oleh En. Faudzi serta sorakkan semangat untuk murid terus mengikut aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti tali temali bagi saya amat bersesuai dengan murid disini kerana aktiviti ini mampu di aplikasi murid dalam kehidupan seharian mereka . Saya juga belajar dengan cikgu Ashikin bagaimana untuk member dengan penerangan yang lengkap untuk memasang khemah dan cikgu rizal aktiviti orienting arah yang menarik minat murid tentang mencari arahan membuat saya tetarik dengan pelajar orang asli keupayaan mereka jadi saya di mana dalam kehidupan ini, sesuatu yang cantik tidak semestinya baik. Kita haruslah berhati-hati dalam menilai dan membuat keputusan. Jangan menilai kecantikan luaran, tetapi nilailah juga kecantikan dalaman. Sebagai seorang guru, kita jangan menilai seseorang pelajar kita berdasarkan kecantikan, taraf hidup atau kepandaian mereka. Ketujuh, saya mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagi seorang ketua. Sewaktu permulaan aktiviti murid tidak hadir lagi disebabkan kelewatan ketua pagi tersebut datang menyebabkan kami tidak tahu apa perlu dilakukan . Namun begitu, kami tidak mempersalahkan ketua kami sebaliknya mempercayai kebolehannya. Sekiranya kami mula mempersalahkannya dan tidak mempercayainya pada masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak bersefahaman dan mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami telah mengembalikankan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk mencari jalan keluar. Kelapan,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu didada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan
NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7) Page 45

[BINA INSAN GURU/PPG JUN 2011]

tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat. Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman untuk menjadi pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

NORHASLINDA BAHARUDIN-IPIK (P3.7)

Page 46