Anda di halaman 1dari 13

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

ISI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PERKARA PENGENALAN DEFINISI DAN REALITI PERKAHWINAN PADA HARI INI FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA HUKUM PERKAHWINAN BAWAH UMUR DALAM ISLAM KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAHWIN MUDA CABARAN KAHWIN MUDA KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT 2 3-6 6-7 7-10 10 11-12 12 13-14 15

PENGENALAN

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

Agama Islam tidak menganggap perkahwinan itu hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu sahaja tetapi sebagai satu ikatan yang luas merangkumi berbagai tanggungjawab dan tugas. Ini adalah kerana mengikut agama yang diwahyukan, wanita itu bukanlah barang mainan kaum lelaki tetapi mereka adalah ciptaan ynag mempunyai moral dan rohani yang diamanahkan kepada kaum lelaki melalui perjanjian luhur (melalui ikatan perkahwinan yang sah) di mana Allah S.W.T adalah sebagai saksi untuknya. Oleh itu, pihak isteri bukan sahaja memberi kenikmatan dan perasaan kepada pihak suami bahkan mereka bertanggungjawab untuk berkerjasama dengan suami masing-masing di dalam membina kehidupan berumah tangga dan akhirnya supaya seluruh unsur kemanusiaan itu menjadi bermakna. Perkahwinan juga adalah pengisytiharan kepada masyarakat umum bahawa dua jiwa telah disatukan untuk memulakan penghidupan baru dan mengiktirafi kesahihan anak-anak yang bakal dilahirkan dari segi undang-undang dan agama. Mendirikan rumah tangga di usia yang muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu. Fenomena kahwin awal ini seolah-olah menjadi trend dan gaya hidup golongan anak muda masa kini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Di umur seawal 20an mereka sudah mula membicarakan soal perkahwinan. Bagi sesetengah pihak, mereka menerima dan menganggap perkara ini adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Tetapi, bagi sesetengah yang lain pula, mereka menganggap situasi dan fenomena ini perlu berubah selaras dengan perkembangan semasa. Sesetengah anak muda di zaman ini cenderung memilih untuk berkahwin awal termasuklah ketika masih lagi bergelar mahasiswa. Fenomena kahwin semasa belajar ini sering kali berlaku di kalangan penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

DEFINISI DAN REALITI PERKAHWINAN PADA HARI INI

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Secara umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Sewajarnya masyarakat dewasa, lebih terbuka dan matang dalam membincangkan isu pernikahan, kerana arus kehidupan terus berubah dari semasa ke semasa menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut faktor persekitaran, latar belakang pendidikan dan taraf ekonomi. Perkahwinan juga merupakan satu ikatan yang suci di antara seorang lelaki dan wanita sepertimana lumrah alam bahawa setiap yang dijadikan Allah s.w.t, adalah berpasangpasangan. Perkahwinan, seperti yang diketahui secara umumnya merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a yang bermaksud : Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). Dalam Al-quran, di dalam surah An-Nisaa sebahagian ayat 6, maksudnya : Dan ujilah anak-anak yatim itu sehingga mereka cukup umur (mencapai umur perkahwinan). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya maka serahkanlah kepada mereka hartanya. Di dalam undang-undang Islam cukup umur ataupun Baligh mengikut pendapat Mazhab Syafie ialah apabila seorang budak lelaki bermimpi keluar mani dan perempuan telah didatangi haid ataupun apabila mereka cukup berusia 12 tahun, maka mereka boleh dianggap dewasa. Jika berdasarkan pula kepada sejarah, Rasulllah S.A.W yang telah menikahi Saidatina Aisyah r.a ketika Saidatina Aisyah r.a baru berusia 9 tahun. Sebagaimana Hadis yang
3

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah sendiri yang bermaksud : Bahawasanya Nabi telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Justeru itu, tiada umur spesifik yang ditetapkan sebagai umur perkahwinan. Bermakna, adalah tidak salah sekiranya berkahwin pada usia muda. Namun begitu, melihat secara realitinya di Malaysia pada hari ini, di bawah undang-undang syariah telah ditetapkan had umur minimum untuk berkahwin iaitu pada usia 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun bagi perempuan. Sebagai contoh, Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu. Menurut seksyen di atas, perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari Mahkamah Syariah dan tiada sesuatu perkahwinan tersebut boleh dijalankan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah tersebut. Peruntukan seksyen itu tidaklah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana pemerintah atau ulil amri boleh membuat undang-undang tertentu demi kepentingan umum (maslahah ammah). Hakikatnya kebenaran dari mahkamah ini perlu, bertujuan memberi peluang mahkamah menyelidik pasangan yang di bawah umur yang hendak berkahwin tersebut itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga. Semua ini perlu bagi menjaga kepentingan kanak-kanak itu. Kepentingan kanak-kanak tersebut perlu dijaga kerana perkahwinan adalah sesuatu yang bukan mainan dan perlu ada asas yang kukuh untuk seseorang bapa atau datuk hendak mengahwinkan anak gadisnya. Setelah perkara-perkara ini diteliti dan Mahkamah berpuashati bahawa sesuatu perkahwinan tersebut perlu dalam keadaan tertentu
4

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

Mahkamah yang berbidangkuasa di tempat gadis tersebut bermaustatin boleh memberi kebenaran untuk berkahwin. Dalam hal keadaan tertentu mengikut peruntukan di atas bermaksud ada alasan-alasan yang kukuh di pihak wali yang ingin mengahwinkan anaknya tersebut yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum memberi sebarang kebenaran. Antara alasan yang kukuh yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah, sebagai contoh anak yang bermasalah dari segi moral serta bebas bergaul serta tidak boleh dikawal oleh ibu bapa. Di dalam keadaan ini bagi menyelamatkan kanak-kanak ini dari terus bergelumang dengan kemaksiatan, bapa sebagai wali mengahwinkan anaknya tersebut. Di dalam keadaan lain pula, kanak-kanak bawah umur yang tiada ibu bapa tempat bergantung dan pada masa yang sama mempunyai tahap ekonomi yang rendah serta mempunyai adik beradik yang ramai. Di dalam keadaan ini gadis bawah umur tersebut dikahwinkan oleh walinya bagi mengurangkan bebanan di dalam keluarga. Sekiranya tidak dikahwinkan dikhuatiri akan menyumbang kepada masalah lain seperti masalah moral sehingga boleh mengundang kepada gejala tidak sihat seperti Bohsia dan sebagainya. Segelintir masyarakat mungkin menimbulkan persoalan mengapa umur minima ini ditetapkan oleh undang-undang sedangkan Saidatina Aisyah telah berkahwin pada usia 6 tahun dan bersama dengan Rasulullah s.a.w pada usia 9 tahun. Maka masyarakat juga perlu memahami bahawa Saidatina Aisyah r.a merupakan antara orang-orang yang pertama memeluk Islam. Beliau juga telah mengikuti di dalam perang Uhud dan Badar. Kebijaksanaan, pengetahuannya dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w serta tindak tanduknya telah menunjukkan kematangannya dalam usia 9 tahun tersebut. Berbanding dengan situasi kita pada masa ini, usia 18 tahun adalah umur selepas SPM manakala 16 tahun adalah umur pelajar tingkatan 4. Oleh sebab itu, kematangan di bawah umur ini adalah amat dikhuatiri kerana ianya berada di dalam umur zaman persekolahan. Perkahwinan bukan sekadar satu ikatan menghalalkan yang haram selepas akad nikah,
5

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

malahan ianya penuh dengan seribu satu tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sahaja berkenaan dengan makan minum, namun tuntutan nafkah batin, zuriat dan pelbagai tanggungjawab lain yang perlu ditanggung sebagai seorang suami malah lebih-lebih lagi sebagai seorang isteri. Tanggungjawab ini mungkin tidak dapat difahami sepenuhnya oleh seseorang yang masih mentah serta masih bersifat dan berfikiran keanak-anakan. Sedangkan tanggungjawab berumah tangga ini adalah besar, kematangan akal fikiran adalah perlu bagi pasangan ini menyelesaikan konflik rumah tangga yang mencabar yang bakal mereka hadapi kelak. Justeru, perkahwinan bukanlah untuk sehari dua. Oleh itu, pihak-pihak yang ingin berkahwin termasuk ibu bapa pasangan tersebut seharusnya memikirkan pada usia belajar, pendidikan haruslah diutamakan dan bukan hanya memikirkan keinginan untuk berkahwin semata-mata. Ini kerana selepas berkahwin, kemungkinan besar pendidikan pasangan tersebut akan terabai dan timbul pula masalah lain pada masa-masa akan datang. FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA Pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti sebagai faktor pemangkin kepada trend kahwin muda. Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap satu jalan penyelesaian oleh pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga daripada tercemar. Selain itu, desakan keluarga juga dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama. Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak. Pertama, kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan untuk mengurangkan beban. Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada zaman yang kian global. Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat
6

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda. Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga. Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan. HUKUM PERKAHWINAN BAWAH UMUR DALAM ISLAM Pertama: Daripada Al-Quran 1. (Surah Al-Talaq: 4)

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa iddah perempuan yang dicerai apabila dia masih kecil atau belum haid. Al-Baghawi berkata: "Perkataan ( ,) iaitu mereka yang kecil belum lahi haid. Maka iddah mereka juga tiga bulan." (Tafsir al-Baghawi: 8/152) Ibn Qayyim berkata: "iddah perempuan yang tiada haid ada dua jenis, iaitu kecil yang tiada haid dan besar yang sudah putus haid." 2. Allah SWT menerangkan iddah kedua-duanya melalui firman-Nya: Talaq:4) Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatanganhaid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak
7

(Surah Al-

2013 berhaid.

KAHWIN PADA USIA MUDA

Al-Hakim dan Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sekumpulan perawi yang lain daripada Ubai Ibn Ka'ab, setelah turunnya satu ayat tentang iddah isteri beberapa orang penduduk Madinah mengatakan: "Antara iddah para isteri itu masih terdapat iddah-iddah yang tidak disebutkan di dalam Al-Quran iaitu isteri yang masih kanak-kanak dan perempuan tua yang sudah berhenti haid serta perempuan-perempuan yang hamil." Lalu, turunlah firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa yang amat pendek iaitu sebahagian ayat sahaja. Kedua: Sunnah Maksudnya: daripada Aisyah r.a bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan beliau berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun. [Riwayat Bukhari (4840) dan Muslim] Kanak-kanak yang kecil ini hendaklah dikahwinkan oleh ayahnya sahaja, buka wali yang lain mengikut pendapat yang sahih di kalangan ulama'. Begitu juga, kanak-kanak tersebut tidak memiliki khiar apabila sudah baligh. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah Rahimahullah berkata: "Perempuan tidak sayugia bagi seseorang mengahwininya kecuali dengan izinnya, sebagaimana Rasulullah SAW perintahkan. Jika perempuan itu enggan dan benci, maka tidak boleh dipaksa untuk perkahwinan kecuali kanak-kanak kecil, yang mana bapanya boleh mengahwininya tanpa izin.

Ketiga: Athar Sahabat Diriwayatkan, ramai dikalangan sahabat berkahwin dengan kanak-kanak perempuan.
8

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

Antaranya, Sayyidina Umar Ibn al-khattab r.a berkahwin dengan anak perempuan Saiyyidina Ali r.a yang pada masa itu masih kecil. Hal ini sabit dalam sejarah dan tarikh Khulafa' al-Rasyidin. Keempat: Ijma' Terdapat ramai ulama' menaqalkan ijma'. Antaranya: Bdn Ibn al-Bar berkata: "Ijma' para ulama' bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa bertanya pendapatnya dan Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Aisyah r.a, anak Abu Bakar r.a, sedangkan dia masih kecil usianya, enam tahun atau tujuh tahun yang dikahwini oleh ayahnya." [alIstizkar(16/49-50)] Ibn hajar al-Asqalani berkata: "Anak dara yang kecil boleh dikahwini oleh ayahnya secara ittifaq dikalangan ulama' kecuali yang asing dan pelik." [Fath al-Bakri (9/239)] Syeikh Sa'di Abu Jaib dalam Mausu'ah al-Ijma' 3/1185 berkata: "Ulama' ijma' bahawa ayah boleh mengahwinkan anaknya yang kecil dan memaksanya. Dan ijma' orang Islam bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa persetujuannya. Inilah ijma' ahli Ilmi." Fatwa Ulama' Lajnah Buhuth dan Ifta' (8416/2009) menyebut: "Hal demikian tidaklah bercanggah dengan syariat." Dlam Mausu'ah Fatawa juga menyebut: "Ketika Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah r.a, usianya 50 tahun dan Aisyah pula berusia 6 tahun. Syeikh Jad al-Haq dalam Buhuth wa Fatawa al-Islamiyyah (2/133) menyebut: "Bahawa harus dikahwinkan kanak-kanak yang belum baligh sebagaimana pendapat jumhur." Syeikh al-Islam dalam al-Fatawa al-Kubra (3/79-80) berkata: "Jika yang meminang itu kufuk,maka hukumnya harus perkahwinan menurut yang paling asas dikalangan
9

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

ulama'. Ia adalah mazhab Abu Hanifah dalam masyhur pendapatnya. Ada pendapat yang menyatakan, perempuan tersebut boleh membuat pilihan apabila sudah baligh. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAHWIN MUDA Kebaikan Terdapat banyak kebaikan yang terbentuk apabila pemuda masa kini berkahwin pada usia yang muda. Perkara yang paling utama adalah ia dapat mengelakkan maksiat yang semakin berleluasa pada zaman ini. Masyarakat di Timur pada hari ini semakin terikutikut dengan budaya masyarakat Barat yang mengagung-agungkan maksiat. Kita masyarakat timur, ada agamanya, ada adatnya. Oleh itu,bagi mengelakkan golongan ini daripada terus melakukan maksiat dan kemungkaran, maka sebaiknya mereka dinikahkan mengikut tuntutan agama Islam itu sendiri. Selain daripada itu, berkahwin pada usia yang muda dapat menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab jika dibandingkan dengan remaja lain yang seusia dengan mereka. Rasa tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga akan dipupuk secara tidak langsung. Hal ini kerana mereka akan memikirkan tentang kebajikan dan keperluan pasangan masing-masing. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan remaja tersebut akan lebih cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka. Keburukan 1. 2. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan tentang ilmu rumah tangga. Rasa diri masih bujang. CABARAN KAHWIN MUDA

10

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

Cabaran utama kahwin muda adalah kekangan kewangan untuk menanggung pengajian dan keperluan keluarga. Hal ini perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan menyebabkan pengajian terbantut. Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia kadang-kala memberi masalah dan cabaran kepada mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan matang adalah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul. Perkahwinan dalam usia dan keadaan yang belum matang boleh menyebabkan penceraian berlaku. Justeru itu, berkahwin semasa atau selepas belajar bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari semua aspek terhadap ilmu dan cabaran alam rumah tangga perlu dititikberatkan dan diutamakan. Selain itu, isu berkahwin semasa belajar ini perlu diteliti dan dibincang secara terbuka dan matang oleh semua pihak. Keterbukaan dalam menerima dan membincangkan isu ini dapat memberi momentum yang positif kepada mahasiswa dalam memastikan mereka memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran mahupun rumah tangga. Setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak yang besar kepada mahasiswa, proses pembelajaran, keluarga juga kepada usaha melahirkan graduan yang berkualiti. Cabaran-cabaran itu, jika berjaya dihadapi dengan sebaiknya, maka rumah tangga tersebut mampu memberi impak positif kepada mahasiswa, jika sebaliknya, maka ia pasti memberi masalah besar kepada mahasiswa tersebut. Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan pasangan muda tersebut telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Apabila mereka sudah bersedia untuk berkahwin, mereka perlu memahami mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini juga merupakan masalah utama untuk pasangan muda kerana mereka masih belum bersedia untuk melakukan perubahan. Sekiranya mereka masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga yang ingin dibina. Perkara ini
11

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya. Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik. Sekiranya orang muda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk mereka berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga masing-masing, sebagaimana ibubapa cuba memberikan yang terbaik kepada mereka. KESIMPULAN Kesimpulannya, usaha ke arah menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin adalah suatu usaha yang sangat baik. Pelbagai pihak patut menyumbang dalam menjayakan usaha seperti ini. Alangkah bagus jika ada pihak yang memberi fokus dalam usaha menyedarkan golongan muda ini tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah, pembinaan jati diri sebagai muslim yang mukmin dan sebagainya. Satu pihak yang lain pula memberi fokus dalam usaha membantu mereka mendapatkan sumber kewangan untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat perancangan hidup dan sebagainya. Seandainya usaha-usaha ini dilaksanakan, dan golongan muda tidak lagi melihat perkahwinan sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka, saya optimis, gejala sosial yang semakin merosakkan anak muda kita hari ini akan dapat dikurangkan. Semoga Allah menyinari hati-hati kita dengan petunjukNya. Amin

LAMPIRAN

12

2013

KAHWIN PADA USIA MUDA

13