Anda di halaman 1dari 10

IPG KAMPUS PERLIS 2012

PENGENALAN Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style). Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitan dengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai ilmu. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain. Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti berikut:

(i)

Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza daripada bahasa seharian mereka.

(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan menghubungkan gaya dengan keindahan.

Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera. Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting,

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 1

IPG KAMPUS PERLIS 2012


kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik, ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 2

IPG KAMPUS PERLIS 2012


1.0 HURAIAN DAN PENJELASAN TENTANG STILISTIK DAN SEJAUH MANAKAH IA MAMPU MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG KONKRIT BAGI MENYOKONG HUJAH ANDA Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang, baik untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan. Setiap kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang lain .

Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang memberikan penyataan bahasa. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam konteks tidak rasmi.

Di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya:

(a) Dia itu orang bijak pandai (b) Dia itu pujangga besar

Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya. Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata yang diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya, yang pada dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 3

IPG KAMPUS PERLIS 2012


daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacammacam kelainan daripada pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan kata, terdapat juga kelainan daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang lurus mengandungi subjek, predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan susunan seperti ayat berikut:

(a) Makan dia bersama saya (b) Dia makan bersama saya

Seterusnya, terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga, indah dan menarik serta dapat berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih halus. Selain itu, apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual, apa yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan. Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang pendengar ingin tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara disampaikan, bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. Maka, stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata-kata yang dilafazkan kerana melalui proses sosialisasilah, seseorang itu berupaya membuat interpretasi isi kandungan ujaran. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menentukan dan mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan Variasi ini dapat dilihat daripada beberapa dimensi seperti berikut ;

(a) Fitur tetap stilistik

(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa sehari-hari) Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah. Teks : Bahasa sehari-hari

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 4

IPG KAMPUS PERLIS 2012


Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat pada kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya.

(ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial) Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial. Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu.

(ii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan) Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai mengikut sesuatu masa tertentu. Teks : Bahasa kuno, klasik dan kini. Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau masa yang dituturkan dari segi sebutan, ejaan dan penggunaan ayat yang panjang serta pendek.

(iv) Wacana Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar dan sebagainya). Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu dengan jelas tentang peristiwa yang dilaporkan. Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya. Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat, pelaku dan sebagainya), penggunaan slogan, perifrasa dan kata pemula (yang menarik).

(b) Fitur sementara stilistik

(i)

Laras (Bahasa undang-undang, sains, perubatan, ekonomi, politik dan sebagainya)

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 5

IPG KAMPUS PERLIS 2012


Fungsi : Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbezabeza. Teks : Bahasa undang-undang, agama, sains, ekonomi dan sebagainya. Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata, imbuhan dan jenis ayat tertentu mengikut laras yang digunakan.

(ii) Status (Slanga, jargona, lemah-lembut, diraja dan sebagainya) Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai apabila menuturkannya. Teks : Dituturkan mengikut status pemakai. Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza, pencampuran kod bagi slanga, kata atau ungkapan yang tertentu bagi jargona dan sebagainya.

(iii) Bahasa pergaulan rasmi Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan rakyat. Teks : Bersifat pemerintah, melukiskan dengan berbelit-belit. Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit, gagal menggunakan kata yang berhubungan dengan perasaan.

(iv)Gaya bahasa rasmi Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian logik dan objektif. Teks : Karangan ilmiah, komentar, kuliah. Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan tanpa warna emosi, istilah yang monosemi, jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti pepatah, jalinan yang padu antara ayat-ayatnya.
AK KEN DIRI 2.2

Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup stilistik di dalam sesuatu bahasa. Oleh kerana itu, pembaca jarang terjumpa perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik, jadi tidak mungkin wujud sinonim sebenar. Elok disemai sinonim dengan makna konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali gaya-gaya atau

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 6

IPG KAMPUS PERLIS 2012


cara-cara yang diketengahkan oleh penutur. Di dalam hal ini, tidak mungkin juga kita mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim dengan perkataan lain. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai cara tersendiri. Contohnya, perkataan sarapan atau makan pagi yang mempunyai sama sahaja sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi, tetapi sifat dalamannya tentu sekali berbeza. Bagi sesetengah orang, makan pagi betul-betul makan, mengenyangkan, banyak dan sedap terutama bagi pesawah, penoreh getah atau pelaut. Bagi orang Barat, makan pagi memang banyak, iaitu banyak dan sedap pula. Bagi orang lain, hanya kudap-kudap sahaja atau sedikit-sedikit dan tidak banyak, iaitu hanya untuk melapik perut sahaja.

Disamping itu, stilistik juga mempunyai bahasa perbandingan dan fungsi yang tersendiri, terutama di dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan untuk menerangkan sesuatu maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di dalam gaya bahasa eufemisme, perkataan seperti bunting boleh digantikan dengan ayat seseorang yang telah mengandung. Secara tidak langsung, perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca. Seterusnya, bahasa perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau pelukisan watak dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat daripada perbuatan yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan bagaikan harimau kehilangan belangnya boleh membawa maksud seseorang yang berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada tindakannya yang tidak baik.

Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 7

IPG KAMPUS PERLIS 2012


sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi.

Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu, maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.

Sebagai rumusan, stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang perlu menentukan stail pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu, baru muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik. Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan sesebuah makna.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 8

IPG KAMPUS PERLIS 2012


2.0 REFLEKSI TENTANG FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3107 iaitu Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu, En Muhamad Rudzi Bin Darus. Dalam tempoh perlaksaan yang diberikan selama 5 minggu ini, Alhamdulillah ia membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa menyiapkan tugasan projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk menghabiskan tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa yang dikatakan dengan Stilistik ini memandangkan tajuk bagi bab ini tidak diterangkan lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.

Apakah yang dikatakan dengan Stilistik ini? Perkataan ini telah bermain difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami fungsifungsi Stilistik dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. Selain itu, di dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi.

Dari segi fungsi-fungsi Stilistik ialah saya dapat mengetahui dimana Stilistik dapat memantapkan dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa dapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 9

IPG KAMPUS PERLIS 2012


dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah dari segi status penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa kasar dan bahasa basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan mempunyai maksud yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak muda zaman sekarang ini. Contohnya ialah, lu apa hal bro, mat rempit dan minah rempit dan sebagainya. Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa kasar sedikit.

Fungsi yang ketiga pula ialah, bahasa pengaulan rasmi. Dalam fungsi yang ketiga ini, kita dapat lihat dimana bahasa amat penting sekali dalam memantapkan stilistik ini dalam Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan apa yang diujarkan. Selain itu, nada dan intonasi juga amat penting dalam memastikan perkara yang diujarkan dapat difahami oleh pendengar dan orang lain. Fungsi yang keempat dan yang terakhir sekali ialah dari segi laras bahasa yang digunakan. Fungsi ini amat penting sekali bagi memastikan laras yang digunakan itu mestilah sesuai dengan perkara yang hendak diujarkan. Contohnya ialah laras bahasa dari segi agama. Laras yang digunakan mestilah berkaitan dengan hadishadis dan ayat-ayat Al-Quran. Laras bahasa juga amat penting diaman jatuhnya sesuatu syarikat bergantung kepada laras bahasa dari segi ekonomi.

Intihanya, fungsi Stilistik ini amat penting sekali dalam meastikan bahasa yang digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun pendengar. Oleh itu, Stilistik ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.

PISMP BM/PJ/PSV SEM 4 10