Anda di halaman 1dari 16

Faktor Mempengaruhi Kemahiran Membaca

Zarith Sofia Hassan Quenstina Usop Magesswari Illavarasi

Faktor Mempengaruhi Kemahiran Membaca

Pembaca

Bahan Bacaan

Persekitaran

DEFINISI MEMBACA
Boleh dimaksudkan sebagai proses tafsiran yang bermakna di atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris & Sypay) Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau pun makna yang diketahui melalui pengalaman (pembelajaran) dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.

Bagi Smith& Johnsan (1980) membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Goodmen(1973) menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.

PEMBACA
Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain di mana seorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami bahan yang dibaca jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah. Kecerdasan dapat membantu pelajar dalam aktiviti membaca adalah dari segi membantunya : Pertama, menumpukan perhatian semasa membaca. Kedua, murid dapat ingat apa yang dibaca

Dalam proses membaca, pertalian antara kecerdasan dan pemahaman sememangnya wujud. Kajian-kajian menunjukkan pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman yang lebih baik daripada pelajar lain. Peranan,pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada pelajar tersebut membantunya memahami kandungan teks (apa yang dibaca) dengan baik. Contoh, seorang pembaca pernah melawat ke suatu destinasi pelancongan. Pengalaman yang diperolehinya memudahkan pembaca itu memahami tajuk berkaitan tempat yang pernah dilawatinya.

BAHAN BACAAN
Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa .

Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka perlu didedahkan kepada buku-buku bergambar berwarna; didedahkan dengan aplikasi bahan audio visual kerana kebolehan membaca mereka bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan; atau membaca buku cerita, melihat buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan buku berwarna-warni.

contoh bahan bacaan


buku cerita majalah surat khabar komik ilmiah

PERSEKITARAN
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama

Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid, termasuklah :

Pemilihan bahan Jenis soalan yang ditanya Jenis maklum balas yang diberi Suasana pembelajaran Dorongan Pengukuhan yang digunakan.

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca


Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu kanak-kanak membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

Bacakan buku yang disukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakanrakannya pula.

Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermainmain dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Anda mungkin juga menyukai