Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah sebagai sebuah pusat aktiviti bersepadu antara guru dan murid di peringkat sekolah yang mempunyai ruang khas dan koleksi pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik. Menurut Davies (1974), Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah makmal yang mampu menawakan semua jenis media pengajaran dan pembelajaran penting bagi memberikan sokongan optimum kepada program pendidikan.

LOGO

MOTO Nadi Peningkatan Prestasi Kecemerlangan Pelajar.

VISI Pusat Sumber Penjana Ilmu dan Pembentuk Insan Yang Cemerlang.

MISI Memartabatkan budaya ilmu melalui pengurusan Pusat Sum ber yang cemerlang dan berteknologi moden di samping menyemai dan membudayakan tabiat membaca dan mencari maklumat secara berterusan.

PIAGAM PSS 1. Sistem pengurusan yang lebih berkesan.

2. Memberi maklumat yang terkini. 3. Memberi perkhidmatan penggunaan ICT, Internet, CD interaktif dan teknologi pendidikan seperti TV Pendidikan, TV, VCD, VCR dan radio. 4. Menyediakan kemudahan pinjaman bahan bacaan dan bahan sumber dalam keadaan yang baik dan terkini. 5. Menyediakan bahan bacaan, APD dan BBM yang mencukupi. 6. Mengemaskini semua rekod dan stok pada akhir tahun 7. Memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, JPNP, BTPN dan pihak pentadbir sekolah dengan cepat dan tepat.

MATLAMAT PSS 1. PSS sebagai nadi peningkatan prestasi kecemerlangan pelajar.

2. PSS sebagai One Stop Learning Centre. 3. PSS mewujudkan suasana yang dapat mengembangkan kemahiran berfiir dan kemahiran literasi maklumat sehingga melahirkan pengguna yang berfikiran kreatif dan inovatif. 4. PSS mengamalkan polisi perkongsian maklumat. 5. PSS sebagai nadi dan pusat kurikulum sekolah iaitu dari segi peranan, penyampaian dan kemajuan. 6. Mewujudkan suasana PSS yang lebih kondusif, ceria dan menarik.