Anda di halaman 1dari 17

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pensyarah: En. Datu Raiman bin Datu Kauman Ahli kumpulan: Mohd Faizol bin Amat Lydora Patrick Siti Halizah binti Mohd Sading Nor Aizati binti Dawi

FITRAH KEJADIAN MANUSIA (BUDDHA)

KONSEP FITRAH
Kamus Dewan (1998)- Perkataan fitrah berasal daripada bahasa Arab yang beerti sifat semulajadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan. Fitrah manusia ialah sifat insan yang mempunyai potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.

Kejasmanian, kebendaan, keduniaan

Kerohanian, ketuhanan, keakhiratan

Fitrah manusia

JALABUJA YONI >Makhluk yang lahir dari kandungan Cth: manusia, kucing

SANSEDAJA YONI >Makhluk yang lahir dari kelembapan Cth: Nyamuk

KELAHIRAN MAKHLUK MENURUT AGAMA BUDDHA


ANDAJA YONI >Makhluk yang lahir dari telur Cth: Burung, buaya OPAPATIKA YONI >Makhluk yang lahir dalam keadaan dewa

JASAD TIMBUL DAN BERKEMBANG KERANA 4 SEBAB:


Pertama: Jasad muncul kerana kamma sebagai penyebab. Disebut kammajarupa. Kedua: Jasad muncul kerana citta sebagai penyebab. Disebut cittajarupa. Ketiga: Jasad muncul kerana utu iaitu haba sebagai penyebab. Disebut sebagai utujarupa. Keempat: Jasad muncul kerana ahara iaitu makanan sebagai penyebab. Disebut aharajarupa.

PENGENALAN
Proses kejadian manusia menurut pandangan agama Buddha berlaku melalui proses yang lama. Proses ini juga melalui beberapa evolusi. Proses evolusi ini agak mirip dengan Teori Evolusi Darwin tetapi mempunyai beberapa perbezaan.

EVOLUSI PERTAMA
Dalam proses pengerasan bumi dari zat cair ke padat, manusia mula muncul di bumi. Manusia yang pertama kali muncul di dunia bukan seorang tetapi banyak. Mereka muncul bukan kerana kemahuan makhluk tertentu. Proses kejadian manusia ini dihuraikan di dalam Agganna Sutta, Patika Sutta dan Brahmajala Sutta.

Makhluk-makhluk yang meninggal di Abhassara (alam cahaya) biasanya dilahirkan semula di bumi sebagai manusia. Mereka hidup dari ciptaan batin (mano maya) memiliki tubuh yang bercahaya, melayang-layang di angkasa. Makhluk tiada beza lelaki dan perempuan. Makhluk-makhluk hanya dikenal sebagai makhluk sahaja.

EVOLUSI KEDUA
Kemudian ada makhluk-makhluk itu memiliki sifat khianat/ tamak. Lalu, mereka memakan sari tanah (muncul dari air). Maka mereka diliputi oleh rasa sari tanah itu dan nafsu keinginan muncul dalam diri mereka. Maka matahari, bulan, bintang dan alam semesta.

EVOLUSI KETIGA
oMereka makan sari tanah tersebut semula. oMaka tubuh mereka menjadi padat dan muncul dalam pelbagai bentuk tubuh. oDalam kalangan mereka ada yang memiliki tubuh cantik atau buruk.

oMaka wujud perasaan sombong dan dengki terhadap kejadian masingmasing. oKemudian wujudlah tumbuhtumbuhan seperti cendawan, padi dan tumbuhan menjalar.

EVOLUSI KEEMPAT
Proses pembentukan manusia berlaku. Setelah wujudnya tumbuhan itu, makhluk tersebut mula menikmatinya. Apabila mereka menikmatinya, tubuh mereka menjadi lebih padat sehinggalah terhasil perbezaan tubuh antara lelaki (purisalinga) dan perempuan (itthilinga).

Mereka saling memperhatikan tubuh mereka antara satu sama lain sehingga timbulnya perasaan nafsu indria maka berlakunya hubungan kelamin (methuna). Ahli-ahli psikologi pendidikan meninjau fitrah manusia dari segi potensi dan keperluan pelajar serta perbezaan dalam kalangan mereka.

Penganut Buddha mengatakan bahawa apabila manusia mati, semua roh akan berpisah daripada jasad. Pembentukan manusia baru adalah diri. Apabila seseorang manusia mencapai tahap nirwana (peringkat dapat hapus segala nafsu dan kehendak), maka tiada kelahiran semula.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/29012774/FitrahKejadian-Manusia-buddha http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/1 2/kejadian-manusia-menurut-perspektif.html

SEKIAN, TERIMA KASIH