Anda di halaman 1dari 27

ISI KANDUNGAN

TAJUK 1. 2. 3. 4. Penghargaan Soalan tugasan Punca-punca keracunan makanan 3.1 4.1 4.2 4.3 5. 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 6. Mikroorganisma Pelbagai bentuk virus dan bakteria Tipoid ( Typhoid ) Hepatitis A Cirit-birit ( diare ) Pemakanan Kebersihan diri Bersenam Menjauhi tabiat buruk Tidur / Rehat / Istirehat Penyakit-penyakit disebabkan oleh keracunan makanan 8 - 10 11 - 14 15 - 18 21 22 23 24 25 26 3-4 5-6 7 MUKA SURAT

Gaya Hidup Sihat

Bibliografi

PENGHARGAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya telah berusaha dengan penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Elias bin Talib yang banyak memberi bimbingan,panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyudahkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan ini.Apa yang pasti, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan kelemahan itu datangnya daripada saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam tugasan ini .

Sekian , terima kasih.

SOALAN TUGASAN 1. Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. (a) Bincangkan dengan memberi contoh-contoh asas mikrobiologi dari aspek punca-punca keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah. ( 5 markah ) (b) Di bawah ini adalah penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh keracunan makanan. Huraikan bagaimana penyakit ini terjadi. Huraian anda hendaklah meliputi perkara berikut : definisi, sebab/punca, symptom, rawatan dan cara mencegahnya. i. Tipoid ( typhoid ) ii. Hepatitis A iii. Cirit-birit ( diare ) ( 15 markah )

2.

Rajah di bawah menunjukkan rutin harian seseorang individu yang mengamalkan Gaya Hidup Sihat . Berdasarkan faktor-faktor tersebut, huraikan dengan jelas beserta contoh-contoh yang relevan, bagaimana setiap faktor mempengaruh kesihatan individu.

GAYA HIDUP SIHAT PEMAKANAN KEBERSIHAN DIRI BERSENAM / BEREKREASI MENJAUHI TABIAT BURUK TIDUR / REHAT / ISTIREHAT

( 15 Markah ) ( Jumlah : 35 markah )

1. A PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN Sejak kebelakangan ini sering kita mendengar, melihat dan membaca pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Apa yang kita tahu ialah bagaimana masalah ini terjadi tetapi kurang memberi perhatian pada masalah ini. Jadi banyaklah kes keracunan makanan yang menimpa pelajar-pelajar di sekolah. Kebanyakan kejadian keracunan makanan yang berlaku di sekolah ialah berpunca dari makanan yang di jual di kantin, asrama dan program-program pemakanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. Pelajar-pelajar sering terdedah kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan yang tidak bersih, terdedah dan tercemar. Ini termasuklah susu yang telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar, ternyata sudah lama di bungkus dan adakalanya melebihi tarikh yang dibenarkan oleh pihak tertentu. Mahupun begitu kejadian keracunan makanan ini bukan pada pelajar-pelajar sekolah sahaja, malahan kepada orang dewasa yang antaranya tidak menyedari mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Kearacunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Kebanyakan punca-punca keracunan makanan disebabkan oleh: PUNCA-PUNCA KERACUNAN PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN OLEH: MAKANAN OLEH:

1. Bakteria 1. Bakteria 2. Protozoa dan kulat 2. Protozoa dan kulat 3. Virus 3. Virus 4. Racun atau Toksin 4. Racun atau Toksin 5. Bahan-bahan kimia 5. Bahan-bahan kimia

Kebanyakan punca keracunan makanan adalah bila adanya kemunculan bakteria dalam makanan, proses penyediaan makanan yang kotor, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.Antara makanan yang seringkali terdedah kepada bakteria dan pengendalian makanan yang tidak sempurna termasuklah; Daging iaitu lembu, ayam, ikan atau burung yang tidak disimpan di tempat dingin Makanan laut seperti kerang Makanan dalam tin yang telah kemik atau penutup yang berkarat Susu atau makanan bersususu iaitu keju atau krim Makanan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus Jenis bakteria yang terdapat pada makanan ini ialah bakteria campylobacter. Tanda-tanda keracunan berlaku dua hingga lima hari selepas makan. Selain daripada itu juga terdapat tanda-tanda pesakit mengalami deman atau najis mengandungi darah. Keracunan yang berpunca daripada virus pula disebabkan oleh makanan seperti kerang dan siput-siput yang dicemari oleh air kumbahan dan sayur-sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Malahan ada antara kita yang memasak dan memakan siput dan kerang ini dengan tidak betul. Virus yang terdapat dalam kerang dan siput-siput ini ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Ia adalah sejenis virus Norwalk . Pesakit akan mengalami deman, lemah anggota badan, tidak berselera makan dan jaudis.Tanda-tanda keracunan ini bermula dua hingga enam minggu selepas makan dan adakalanya boleh menyebabkan kerosakan hati serta membawa maut. Biasanya makanan seperti ini juga ada disediakan oleh pihak kantin dan asrama pelajar Sikap orang ramai juga diambil kira kerana kurang memberi perhatian kepada halhal yang berkaitan dengan keracunan makanan. Sentiasa membeli makanan yang sering terdedah semasa jualan dan memasaknya tanpa membersih samada bahan mentah atau sayur-sayuran yang telah layu dan tercemar pada persekitaran alam.

MIKROORGANISMA PELBAGAI BENTUK VIRUS DAN BAKTERIA

B. i.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DI SEBABKAN OLEH KERACUNAN MAKANAN Tipoid (typhoid) Salah satu penyakit yang di sebabkan keracunan makanan adalah Tipoid atau Demam kepialu atau Demam paratifoid atau dalam bahasa Inggerisnya Typhoid Fever. Tipoid merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Typhi yang terdapat dalam air kencing dan najis pesakit Tipoid dan pembawanya akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa Tipoid merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit Tipoid. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sebanyak 16 juta kes tipoid pada setiap tahun dan 600,000 daripadanya telah meragut nyawa. Seseorang pembawa penyakit Tipoid, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Seorang pembawa Tipoid yang pertama pada tahun 1907 ,Mary Mallon berasal dari Amerika Syarikat telah dikenal pasti. Seorang daripada dua puluh orang yang dijangkiti Tipoid masih membawa penyakit ini walaupun selepas sembuh.

BAKTERIA SALMONELLA THYPI

Sebilangan kecil daripada pesakit ini walaupun pulih, ia akan terus membawa bakteria di dalam badannya. Tipoid ini merebak malalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Apabila seseorang pesakit itu membuang air besar, bakteria Salmonella Typhi turut dikeluarkan bersama-sama najis. Seseorang yang lain boleh jatuh sakit ,sekiranya memakan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan bakteria ini ataupun sisa kumbahan yang tercemar melalui bakteria ini, memasuki air yang digunakan untuk diminum atau membersihkan makanan. Tipoid selalu ditemui di sesuatu tempat, sekiranya penduduk di situ tidak mengamalkan membasuh tangan dan berkemungkinan airnya tercemar dengan sisa kumbahan.Ini akan menyebabkan bakteria merebak ke dalam saluran darah dan badan, seterusnya bertindak balas dengan menunjukkan gejala seperti demam. Seseorang yang disyaki diserang Tipoid akan mengalami simptomsimptom seperti berikut ; Sakit kepala yang amat sangat Perut meragam dan sakit Sembelit yang diikuti cirit-birit sehingga dua tiga minggu Demam tinggi berterusan beberapa minggu dengan kepanasan mencecah 39 hingga 40 darjah celcius Hilang selera makan Mata layu dan cengkung Ruam pada badan berbentuk bunga ros Mengantuk dan selalu berkhayal Meracau dan tidak sedarkan diri

Pesakit Tipoid boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah. Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh dan biasanya tidak akan pulih seperti sedia kala. Jika pesakit tidak dirawat, jangkitan Tipoid ini akan merebak ke jantung dan akan membawa maut.

Dalam satu kajian Pusat Kawalan Penyakit, AS (CDC) menganggarkan, sekurangkurangnya 20 peratus kes seperti ini tidak dapat diselamatkan.

Sekiranya seseorang diserang Tipoid, segeralah berjumpa dengan doktor. Berbagai-bagai jenis rawatan yang terdapat untuk merawat Tipoid ini. Ubat-ubatan moden seperti ubat telan dan antibiotik intravena digunakan pada masa kini. Doktor juga telah memberikan ubat chloramphenicol selama 14 hari kepada pesakit. Secara fizikalnya , terdapat keberkesanan namun, terdapat kesan sampingan terhadap tulang sumsum sehingga menjejaskan penghasilan sel-sel darah. Pesakit yang diberikan antibiotik ,biasanya akan menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Adalah penting pesakit menghabiskan dos ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia tidak akan berulang dan bukan pembawa tipoid. Sebelum dijangkiti sesuatu penyakit kita seharusnya bertindak untuk mencegahnya, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat . Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan oleh para doktor merupakan tindakan asas bagi melindungi diri daripada penyakit Tipoid antaranya ialah; 1. Adalah sangat penting bagi seseorang itu membasuh tangan dengan bersih agar tidak mencemarkan makanan dan minuman yang disajikan, selain itu juga perlulah membersih tangan dengan sabun selepas membuang sampah sarap, memegang bahan mentah atau selepas membuang air besar. 2. 3. 4. Kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dipantau setiap masa bagi seseorang penjual. Elakan daripada membeli makanan yang terdedah dan tercemar terutamanya kawasan yang terdapat wabak Tipoid. MInum air yang telah dimasak sahaja, buat air batu menggunakan air yang telah dimasak. Orang ramai perlulah berhati-hati dengan ais kacang atau air batu yan menggunakan ais yang telah dihancurkan. 5. 6. Makanlah makanan yang baru dimasak, pastikan makanan yang dipesan di kedai adalah makanan yang baru dimasak. Tudunglah semua makanan dan minuman agar tidak dihinggapi lalat. 10

7. 8.

Gunakan penyepait, senduk,sudu atau garpu yang bersih untuk mengambil makanan. Buah-buahan hendaklah dibasuh dahulu sebelum dikupas.

9. 10. 11.

Hapuskan tempat pembiakan lalat bagi mengelakkan pembiakan. Gunakan tandas yang sempurna dan bersih. Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami tanda-tanda dijangkiti Tipoid.

ii.

Hepatitis A Antara penyakit jangkitan virus yang merbahaya ialah hepatitis. Walaupun penyakit ini sudah lama menjadi masalah dinegara kita, masih ramai yang yang keliru mengenainya. Hepatitis ialah penyakit yang menyebabkan hati menjadi radang dan bengkak disebabkan jangkitan virus. Hepatitis akibat serangan virus adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada tipoid. Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada lima jenis bergantung kepada virus penyebabnya iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E. Hepatitis A adalah penyakit berjangkit paling lazim di dunia. Dianggarkan 1.4 juta kes Hepatitis A dilaporkan di dunia setiap tahun. Gejala Hepatitis A menyamai influenza. Virus Hepatitis A (HAV) merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan najis manusia dan mudah dijangkiti serta saluran penghadaman. Ia termasuklah tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menukar lampin bayi yang dijangkiti serta memakan makanan tercemar. Kerang, tiram dan siput boleh menjadi punca utama wabak Hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.

11

VIRUS HEPATITIS A Semua orang berisiko tinggi mendapat jangkitan virus ini, apatah lagi mereka yang tinggal bersama pesakit Hepatitis A. Antara kumpulan yang paling berisiko dijangkiti Hepatitis A ialah ; Ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama pesakit Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian Pekerja pusat jagaan harian (kanak-kanak dan orang tua ) Orang yang mengunjungi kawasan yang tercemar

Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus kerana banyak kes tidak menunjukkan gejala, terutamanya dikalangan orang dewasa. Ketiadaan gejala juga menyebabkan jangkitan virus pada kanak-kanak tidak disedari.

12

Tanda-tanda penyakit seperti yang tersenarai dibawah akan muncul dua hingga empat minggu selepas dijangkiti. Ada juga pesakit yang mendapat gejala selepas 50 hari dijangkiti. Antara simptom-simptom penyakit Hepatitis A ialah ;

10. Warna najis berubah

1. Demam 2.Selsema

9. Demam kuning

3. Sakit Simptomsimptom Hepatitis A kepala

8. Perut kembung

4. Sangat lesu 5. Sakit perut

7. Cirit-birit

6. Hilang Selera makan

Masalah -masalah kesihatan akibat jangkitan virus Hepatitis A biasanya lambat sembuh kerana badan mengambil masa untuk menghasilkan antibodi. Ia mungkin mengambil masa antara tiga minggu hingga enam bulan, bergantung kepada keadaan setiap pesakit. Jangkitan akan lebih teruk jika berlaku pada orang yang berumur melebihi 40 tahun, tetapi secara umumnya 50 % penduduk mempunyai imuniti terhadap virus Hepatitis A apabila meningkat umur 39 tahun.

13

Secara lazimnya setiap penyakit ada cara rawatannya, begitu juga dengan penyakit Hepatitis A. Antara cara rawatan ialah melalui vaksin. Sehingga kini tidak ada rawatan yang khusus untuk jangkitan Hepatitis A dan kebanyakan rawatan hanya untuk menghilangkan gejala penyakit. Namun apabila sembuh, bermakna seseorang itu akan imun iaitu mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit sepanjang hayat. Bagi langkah-langkah pencegahan, seseorang itu perlulah mematuhi atau menjaga kebersihan diri. Antara langkah-langkah pencegahannya ialah ; 1. Orang yang dijangkiti perlulah banyak berehat. 2. Elakkan minum minuman keras 3. Perlulah menjaga kebersihan diri, seperti cuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas 4. Elakkan mengambil makanan mentah seperti ulam dan salad, terutama di tempat yang ada kes. 5. 6. tidak Elakkan minum minuman yang tidak dimasak dengan betul dan minuman berais. Elakkan minum susu yang tidak dipasteur serta makanan laut yang dimasak dengan sempurna Untuk hidup sihat, kita memerlukan hati yang sihat dan boleh berfungsi dengan baik. Hati berfungsi sebagai organ penting untuk menyingkirkan bahan baracun seperti dadah daripada darah. Hati yang sihat juga penting untuk melawan jangkitan dan memberhentikan pendarahan. Jadi, perlulah setiap orang itu menjaga dan mencegah dari penyakit ini.

14

iii.

Cirit-birit (diare) Cirit-birit atau diare merupakan keadaan di mana seseorang atau kanakkanak yang hilang kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa membuang najis setiap masa. Dalam erti kata yang lain membuang air besar lebih daripada tiga kali dan keadaan ini mampu menyebabkan kekeringan air (najis yang keluar hanya air sahaja). Jika keadaan ini berlarutan ia akan membahayakan pesakit itu sendiri. Kanak-kanak yang sedang menyusu, adakala akan membuang air sehingga lemah hingga enam kali sehari tetapi najisnya biasa sedikit dan berwarna kuning dan tidak begitu banyak air. Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat 60 hingga 90%. Air sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Seseorang kanak-kanak boleh diserang cirit-birit apabila dijangkiti oleh virus di saluran ususnya, ada juga kanak-kanak yang tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Selain daripada itu juga keadaan cirit-birit mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas atau makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Cirit-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar mengenal pasti punca masalah tersebut. Punca masalah cirit-birit boleh berlaku akibat ; Masalah psikogenik iaitu ketegangan emosi dan kerisauan Masalah neurogenik iaitu gangguan sistem saraf Selepas pembedahan Gangguan sistem kelenjar atau edokdrin Pemakanan Alahan Masalah penyerapan makanan dan garam mineral Jangkitan dan radangan

15

Cirit-birit yang disebabkan kuman bakteria yang menyebabkan cirit birit ialah E. coli, Shingella, Camphylobacter dan Staphylococos. Sebahagian kuman ini menghasilkan racun. Antara tanda-tanda ialah pembuangan najis berair yang banyak secara tiba-tiba, mual, muntah, kekejangan di bahagian perut dan mengalami demam. Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan memberikan air yang secukupnya dan garam mineral bagi menggantikan jumlah air yang hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap.

BAKTERIA E. COLI Masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran asas pemakanan akan pulih tanpa rawatan alam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya digunakan apabila cirit-birit berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit. Cirit-birit akibat kuman virus pula biasanya dialami oleh bayi dan kanakkanak. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanakkanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan hingga sepuluh kali sehari bagi bayi berusia dua bulan boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta

16

peredaran darah. Masalah yang dialami oleh kanak-kanak seperti ini memerlukan pemerhatian yang serius oleh doktor. Tanda-tanda bahaya yang di alami oleh seseorang pesakit cirit-birit ialah ; Cirit-birit dimana najis akan bercampur dengan darah Keadaan kanak-kanak yang lemah dan langsung tidak bermaya Keadaan dimana kanak-kanak muntah terus menerus dan perut kembung Cirit-birit jika berada di kawasan di mana terdapat wabak cholera

Cirit-birit kronik pula sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit dengan kerap selama lebih dua minggu. Cirit-birit ini boleh diakibatkan oleh tekanan emosi dan penyalahgunaan ubat laksatif yang diguna untuk memudahkan pembuangan air besar Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli farmasi sebelum memberi rawatan ialah ; 1. Umur pesakit 2. Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit 3. Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit 4. Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah 5. Ciri najis yang dihasilkan 6. Faktor yang dikenalpasti oleh individu yang menyebabkan keadaan seseorang bertambah teruk 7. Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit 8. Rawatan yang diambil sebelum ini 9. Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah cirit-birit atau gangguan sistem penghadaman yang dialami oleh ahli keluarga Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jika seseorang mengalami ciritbirit kerana kesan sampingan ubat, tidak boleh memberhentikan ubat tersebut sewenang-wenangnya. Ia perlulah mendapat nasihat dan panduan daripada doktor yang memberikan ubat tersebut, ini adalah kerana pemberhentian ubat tersebut 17

boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kadang kala masalah cirit-birit yang dialami tidak serius. Rawatan di hospital atau klinik biasanya bergantung kepada keadaan seseorang itu terutamanya kanak-kanak. Bagi kes yang teruk, air perlu diberikan dengan segera dengan memasukkan terus ke dalam darah. Susu yang diminum juga perlu diberhentikan seketika atau diubah kepada susu soya. Selain daripada rawatan yang kita dapati dari klinik atau hospital, terdapat banyak juga produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat masalah cirit-birit. Sebagai seseorang yang mementingkan kesihatan yang baik langkah pencegahan adalah yang terbaik. Contohnya seseorang yang ingin melancong, beberapa rawatan pencegahan perlulah diambil kira, diantaranya ; 1. Memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan. 2. Dapatkan ubat antibiotik yang bersesuaian, antaranya doksisiklin atau trimetroprim, norfloksaksin dan lain-lain 3. Pemakanan yang sesuai seperti sup dapat membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang. 4. Berikan makanan yang mudah dihadam dan yang lembut kepada bayi. 5. Elakkan makanan yang berlemak atau pedas. 6. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan Sebagai kesimpulannya seseorang yang mengalami cirit-birit, pesakit perlulah meminum air yang banyak. Seluruh ahli keluarga perlulah mengamalkan semua amalan dalam kesihatan diri dan keluarga supaya menjadi sebuah negara yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera.

18

2.

Faktor-faktor Gaya Hidup Sihat Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dalam erti kata yang lain merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seseorang menikmati kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang ceria. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, semuanya boleh dicapai. Semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif, bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani.Kita seharusnya membentuk gaya hidup yang sihat dan praktikal, sesuai dengan semua peringkat umur. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan seseorang individu, antaranya ialah ;

GAYA HIDUP SIHAT

1. PEMAKANAN

4. MENJAUHI TABIAT BURUK

2. KEBERSIHAN DIRI

5. TIDUR / REHAT / ISTIREHAT

3. BERSENAM DAN BEREKREASI

19

Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan yang mencukupi dan seimbang. Makanan yang seimbang sangat penting untuk kesihatan. Kita perlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapat tenaga dan menjaga kesihatan. Pemakanan makanan yang seimbang dapat meransangkan tumbesaran yang normal. Kesihatan seseorang akan terganggu jika berlaku malnutrisi iaitu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan. Kita perlu memilih makanan yang sesuai supaya kita dapat menikmati keenakannya di samping mendapat khasiatnya. Di samping kuantiti makanan, kualiti makanan juga perlu dititikberatkan. Tabiat pemakanan seseorang akan mempengaruhi kesihatannya. Tabiat pemakanan yang buruk boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti obesiti dan penyakit-penyakit seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan ulser peptik. Makanan membekalkan tenaga untuk semua proses hidup dan juga menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan dan penggantian tisu-tisu yang rosak atau cedera. Makanan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan badan. Karbohidrat, lemak dan protein merupakan tiga kelas zat makanan yang diperlukan dalam jumlah yang agak besar. Ketiga-tiga kelas makanan ini tidak cukup untuk memastikan kesihatan yang baik, sebaik-baiknya sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan. Kegemukan atau obesiti yang berlebihan merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini dan juga pada negara-negara maju. Pengambilan makanan yang berlebihan adalah antara faktor utama yang menyebabkan obesiti. Contohnya seseorang yang membuat kesilapan memilih jenis makanan berkalori tinggi daripada sumber haiwan, makanan segera, minuman berkarbonat dan mengabaikan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam 20

diet harian akan memudahkan lagi seseorang menjadi gemuk. Masalah ini sudah tentulah mengundang pelbagai penyakit.

Sebagai seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat, maka perlulah memilih makanan seimbang untuk memelihara kesihatan yang sempurna. Kebersihan diri juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat. Kebersihan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan diri. Menjaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting. Untuk meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaan kebersihan diri adalah perlu. Kita seharusnya perlulah menaga kesihatan diri ;

1.1. MENJAGA MENJAGA KEBERSIHAN KEBERSIHAN TANGAN TANGAN

6.6. MENJAGA MENJAGA KESIHATAN KESIHATAN RAMBUT RAMBUT

2.2. MENJAGA MENJAGA KEBERSIHAN KEBERSIHAN KAKI KAKI

KEBERSIHAN KEBERSIHAN DIRI DIRI

5.5. MENJAGA MENJAGA KESIHATAN KESIHATAN KULIT KULIT

3.3. MENJAGA MENJAGA KEBERSIHAN KEBERSIHAN GIGI GIGI

4.4. MENJAGA MENJAGA KEBERSIHAN KEBERSIHAN PAKAIAN PAKAIAN

21

Amalan menjaga kebersihan tangan adalah perlu, sebelum dan selepas makan. Begitu juga selepas menggunakan tandas, seseorang itu haruslah membersih tangan dengan sabun pada tapak tangan dan juga celah-celah jari. Kuku jari yang panjang seharusnya dipotong supaya kuman tidak terlekat di dalamnya. Kebersihan kaki juga amat penting bagi menjaga kebersihan diri, kita hendaklah memaki kasut atau selipar,membasuh kaki dan mengeringnya serta memaki stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit. Menjaga kebersihan gigi juga amat penting, di mana seseorang itu tidak boleh berkongsi berus gigi,selain itu juga hendaklah memberus gigi dengan cara yang betul dan ubat gigi yang sesuai bagi memastikan gigi dangusi tidak rosak. Amalan memberus gigi perlu dipraktikkan kepada kanak-kanak supaya menjadi rutin harian . Kita perlulah memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur dan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pakaian yang dipakai oleh kita hendaklah dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum diguna semula bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit. Pakaian yang kotor atau lembab akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri kerana terdapat pembiakan kuman dan kulat. Kebersihan kulit perlu dijaga kerana lubang-lubang halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlulah menbasuh kulit dengan sabun yang bersesuaian. Menjaga kebersihan rambut juga amat penting. Rambut perlu di basuh dengan syampu yang bersesuaian mengikut keadaan rambut yang kering atau berminyak. Menyikat rambut juga dapat membantu membuang kotoran dan sel-sel mati. Amalan menjaga kebersihan diri perlu di amalkan bagi menjadikan kita sentiasa bersih dan sihat. Apa yang penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat faktor kebersihan diri juga menjadi seseorang itu mementingkan menjaga kesihatan agar boleh mendapat kesejahteraan hidup yang lebih baik.

22

Pada masa kini semua orang sedar mengapa senaman itu penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolestrolyang memudaratkan dan tekanan darah tinggi. Bersenam sekurangkurangnya 30 minit sehari pada setiap hari dapat mengawal tekanan darah. Senaman boleh dilakukan dalam sebarang bentuk kegiatan fizikal, seperti yoga dan tai chi. Seperti semua otot-otot lain ,jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman dan dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung boleh berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan. Orang yang bersenam lazimnya mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit jantung. Banyak kajian mendapati bahawa senaman ringan hingga sederhana juga membawa manfaat kepada pengidap sakit jantung.Antara kelebihan seseorang itu bersenam ialah ; Dapat mengurangkan rsiko penyakit jantung Meningkatkan kolesterol baik dalam darah Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis Menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan Membantu untuk tidur yang baik Mengurangkan ketegangan dalam diri

Cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat ringkas yang dilakukan selama beberapa kali dan berguna untuk orang yang lebih berumur. Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit angina. Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan dalam senarai perubahan yang harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat pemakanan, mengurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok. Selain itu mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafien, mengawal pengambilan makanan berlemakdan mematuhi arahan pengambilan ubat apabila 23

diperlukan. Dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat, perkara paling penting adalah mengubah gaya hidup yang aktif pada masa sekarang.

Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan bahan di negara ini. Dadah, pil estacy, rokok dan alkohol adalah bahan bahan yang biasanya salah digunakan sehingga mengakibatkan ketagihan. Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan diri dalam usaha memerangi ancaman penyalahgunaan bahan. Seseorang individu itu secara umumnya perlulah menjauhi penyalahgunaan bahan ini untuk menjadi seorang yang sihat. Dadah adalah bahan psikotropik iaitu bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dikawal. Walaubagaimanapun bahan ini telah disalah gunakan oleh pihak tertentu. Ianya boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan penggunanya. Risiko yang dihadapi kesan daripada penyalahgunaan bahan ini ialah gangguan fikiran, ketagihan, kerosakan akhlak, tidak bermoral dan ada yang maut. Seseorang individu itu hendaklah menjauhi tabiat buruk ini bagi kesempunaan dirinya. Antara kegiatan yang buruk atau tidak dapat dikawal pada masa kini ialah merokok. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai orang tidak mengira umur,atau jantina. Walau apa pun alasannya , ianya merupakan satu tabiat yang mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bebagai-bagaibahan kimia yang digunakan bagi menghasilkan sebatang rokok dan berbagai-bagai jenis racun yang telah disedut dalam badan manusia. Akibatnya seseorang individu itu mengalami sakit jantung, barah, pengecilan saluran darah, paru-paru berair, penyakit pernafasan dan berbagai-bagai lagi. Selain daripada itu juga terdapat individu yang mengamalkan tabiat buruk seperti mengambil alkohol yang berlebihan. Keinginan mencubanya menjadi punca utama dan boleh menyebabkan rasa mabuk, ini menyebabkan berlakunya punca pergaduhan seperti memberontak, bertumbuk sesama kawan dan pelbagai kegiatan yang tidak sihat. Iniadalah satu tabiat yang perlu dijauhi untuk menjadi seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat. 24

Faktor terakhir yang mempengaruhi gaya hidup sihat ialah tidur, rehat dan istirehat yang secukupnya. Setiap individu itu memerlukan rehat yang cukup. Rehat adalah satu faktor yang sering kita kaitkan dengan tidur. Tidur berkualiti bukan bermakna kita tidur dalam masa yang panjang, sebaliknya tidur apabila sudah mengantuk dan bangunlah apabila tubuh sudah merasa segar. Rehat ialah tempoh yang diambil oleh seseorang untuk berhenti melakukan sesuatu aktiviti atau kerja dari segi mental atau fizikal.Tidak semestinya seseorang itu rehat, ia terus tidur sebaliknya ia akan merehatkan badan atau otak untuk seketika. Semasa rehat ini juga kita boleh melakukan aktiviti seperti membaca, bemain karom atau melakukan aktiviti merehatkan otak seperti bersiar-siar atau bermain. Sekurang-kurangnya minda akan berehat dan kembali normal serta tidak mengalami stress. Istirehat pula merujuk kepada satu tempoh masa yang terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif. Boleh dikatakan setiap daripada kita akan beristirehat pada setiap hari. Badan dan otak manusia memang memerlukan istirehat. Melukis, tidur seketika dan mendengar radio contohnya adalah dianggap sebagai beristirehat . Jadi, seseorang individu itu perlulah mendapat tidur, rehat dan beristirehat secukupnya, sekiranya ia mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apa yang dapat dirumuskan di sini seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat perlulah mempunyai faktor-faktor pemakanan yang baik, kebersihan diri, bersenam dengan betul, menjauhi tabiat buruk dan mendapat tidur, rehat dan istirehat yang secukupnya. Seandainya amalan gaya hidup sihat tidak dipatuhi, seseorang mungkin diserang penyakit, menghadapi konflik dan stress atau terjebak dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Gaya Hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada menghadapi masalah kesihatan, mental dan sosial.

25

BIBLIOGRAFI

Kiren Sharma. Senaman dan Kesannya : Mingguan Malaysia. 48, (5), 26. Peter Ling Chee Chong, Tan Kim Low & Mohammed Haniff Mohammed Saad. (2002). KBSM Sains Tingkatan 5. Kuala Lumpur, Masa Enterprise. Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Bt Yusof & Mohd. Sofian B Omar Fauzee. (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Zarina Law bi Abdullah & Abdul Latif bin Ahmad. (2007). Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Open University Malaysia. http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/kosmik/2000/kosmik 1.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit _kecing_manis http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/racun/1995/makanan.html http://www.geocities.com/aa I my/gaya Hidup.htm200722

26

27