Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis filem: Cinta merupakan motif utama.

Islam merupakan landasan yang dipegang dalam membina hubungan cinta dan kehidupan harian. Watak utama Khairul Azzam (Azzam) dan Anna Althafunnisa (Anna) memberikan kesan dalam jalan cerita filem ini. Permulaan cerita lebih menjurus kepada masalah hubungan dan kehidupan teman rapat Azzam. Percintaan temantemannya juga banyak diceritakan dan Azzam bertindak sebagai penasihat bagi mereka juga. Disebabkan terlalu memikirkan akan orang lain dirinya sendiri diabaikan. Mempunyai perasaan kepada penuntut perempuan yang bernama Anna walaupun tidak pernah berjumpa ataupun melihat rupanya, tetapi bila telah ditakdirkan bertemu walaupun dari jauh rupanya wanita itu pernah dijumpainya ketika adegan menyelamatkan harta Anna dan temannya yang tertinggal di dalam bas.

Azzam telah menghabiskan masa selama 9 tahun di Cairo, akhirnya dia lulus juga. Sepanjang kehidupannya di perantauan dia mencari rezeki dengan membuat tempe dan menyediakan masakan asli Indonesia di majlis-majlis keramaian yang mana tenaganya diperlukan. Begitu rapat dengan pelakon sinetron bernama Eliana, sehingga segala majlis keramaian yang dijalankan olehnya mesti menggunakan khidmat Azzam untuk penyediaan makanan. Dalam diam Eliana ada menyimpan perasaan kepada Azzam dan banyak kali juga mereka berseloroh berkaitan perasaan suka terhadap masing-masing. Bagi Azzam dia tidak minat dengan perempuan seperti Eliana kerana dia mahukan muslimah seperti Anna.

Anna telah dipinang oleh Furqan iaitu teman dan kenalan kepada Azzam. Furqan merupakan seorang anak orang kaya dan sering menunjukkan kekayaannya dengan hidup mewah tinggal di pangsapuri dan hotel mewah walaupun ketika masih belajar. Walaupun suka menunjuk dari segi kebendaan tapi dia tidak sombong dan angkuh malah disenangi teman dan kawan. Sehingga satu peristiwa dia diperas ugut oleh seorang wanita arab yang terlibat dalam

kumpulan pemerasan. Furqan telah dirogol oleh wanita tersebut, dan gambar bogel mereka telah dirakamkan oleh wanita tersebut. Disebabkan Furqan tidak sedar ketika perkara itu dilakukan maka keesokan paginya dia mendapat email yang menyatakan perkara buruk itu telah berlaku. Tidak cukup dengan itu, Furqan disahkan menghidap HIV AIDS selepas peristiwa hitam itu. Wanita arab tersebut telah berjaya ditangkap. Furqan dinasihatkan meninggalkan tanah arab bagi menjaga nama baik dirinya dan keluarga. Namun begitu, rahsia yang dipendamnya itu hanya diketahui oleh dirinya sahaja sehingga menjadi beban yang amat berat.

Walaupun Furqan menghidap HIV namun dia tetap meneruskan niatnya untuk memperisterikan Anna. Selepas Anna mengetahui Furqan menghidap HIV, Anna mengambil keputusan untuk bercerai dengan Furqan dan meneruskan kehidupannya dengan ibu bapa. Azzam pula sibuk mencari teman hidupnya tetapi kesemuanya gagal kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Akhirnya, dia telah bertunag dengan Vivi dan ibu Azzam menyarungkan cincin pertunangan ke jari Vivi. Seminggu sebelum perkahwinannya, Azzam dan ibunya telah mengalami satu kemalangan dan ibunya telah meninggal dunia. Perkahwinan Azzam terpaksa dihentikan. Pada akhirnya, Azzam telah berkahwin Anna dengan persetujuan bapa Anna.

Anda mungkin juga menyukai