Anda di halaman 1dari 14

ALIF HILMAN

SUKATAN PELAJARAN PSV BERDASARKAN KBSR

OBJEKTIF
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan 3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM

PEMERHATIAN SECARA AKTIF - merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. - membantu perkembangan emosi dan imaginasi. - menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

INTERAKSI KRITIS DAN KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN - menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan - memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan

APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH - mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi - menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja MENGHARGAI SEMUA NILAI BAIK DALAM KEHIDUPAN - dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka - membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan

KANDUNGAN
Menggambar

Memuat Corak dan Rekaan

EMPAT BIDANG KEGIATAN

Mengenal Kraff Tradisional

Membenuk dan Membuat Binaan

1. MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: 1.1 Lukisan 1.2 Catan 1.3 Kolaj 1.4 Montaj 1.5 Cetakan

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.

2.1 Corak tidak terancang secara:


2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:

2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumiaktiviti seperti:
3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL


perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri 4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 Tembikar

Anda mungkin juga menyukai