Anda di halaman 1dari 42

13 JAN 2013 oleh Syed Othman A Alkaff (BSc Edu & Pengajian Islam(UTM) / M Edu(Guidance/Counseling)

Firman Allah dalam surah al-Jumuah, ayat 9 11:

Firman Allah dalam surah al-Jumuah, ayat 9 11: Wahai orang-orang yang beriman, apabila dilaungkan azan untuk menunaikan solat pada hari jumat, maka bersegeralah kamu untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli kerana yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki dan kurnia Allah, dan ingatlah kepada Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu menjadi orang-orang yang beruntung. Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka melayaninya (perniagaan dan permainan tersebut) dan mereka meninggalkan kamu berdiri sendirian. Katakanlah apa yg di sisi Allah itu lebih baik dari permainan 3 dan perniagaan itu dan Allah lah sebaik2 pemberi rezeki.

Firman Allah dalam surah al-Jumuah, ayat 9 11: diseru dengan seruan azan hari jumat
hujung minggu bagi orang Islam bersegeralah bermakna, berjalan dengan cepat Mengingati Allah yang dimaksudkan disini ialah solat jumat Bila telah selesai solat disini bukan bermakna qada solat Bertebaranlah kamu di muka bumi untuk melaksanakan kepentinganmu carilah rezeki dari Allah melalui jalan yang halal mereka bubar dan meninggalkanmu untuk menuju ke tempat perniagaan dan permainan itu mereka meninggalkanmu berdiri

3 sesetengah ulama mengatakan dalam ayat ini membuktikan bahwa khutbah itu wajib dalam keadaan berdiri

RINGKASAN KANDUNGAN AYAT

Allah swt berfirman, Wahai orang-orang yang beriman, yang percaya kepada Allah dan Hari Akhirat, apabila kamu mendengar laungan azan yang memanggil manusia untuk mendirikan solat jumat, maka hentikanlah perniagaanmu dan pekerjaanmu. Bersegeralah ke masjid untuk melaksanakan perintah Tuhanmu berjemaah dengan orang-orang Islam yang lain. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih utama sekiranya kamu benar-benar orang yang mengetahui.
3

RINGKASAN KANDUNGAN AYAT

Apabila kamu telah selesai menunaikan solat jumat, maka bertebaranlah dan teruskanlah dengan pekerjaanmu mencari rezeki yang diberikan oleh Tuhanmu dengan cara dan jalan yang diredhai oleh Tuhanmu.

Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan ibadahmu kepadaNya dan perbanyakkanlah berzikir kepada Allah agar kamu memperoleh keuntungan.
3

RINGKASAN KANDUNGAN AYAT

Kemudian Allah memberitahu hal keadaan sekumpulan manusia yang mengutamakan kesenangan dunia daripada kesenangan akhirat yang kekal. Mereka ini akan meninggalkan solat jumat dan membiarkan Rasulullah berkhutbah demi kepentingan dunia yang ingin mereka capai. Sekiranya mereka itu orang-orang yang berakal, niscaya mereka mengetahui bahwa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dari apa yang mereka kejarkan dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik pemberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 3

SEBAB TURUNNYA AYAT Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan at-Turmuzi meriwayatkan Jabir bin Abdullah berkata: Ketika Nabi saw sedang berkhutbah pada hari jumat dengan berdiri, suatu kafilah (rombongan) datang ke Madinah. Ramai sahabat-sahabat Nabi saw yang ada di masjid meninggalkan masjid dan menuju ke kafilah tersebut. Sehingga tinggal hanya dua belas orang sahaja, di antaranya, saya sendiri, Abu Bakar dan Umar. Lalu Allah menurunkan ayat: ... Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka melayaninya (perniagaan dan permainan tersebut)
3

KEPELBAGAIAN BACAAN Jumhur qurra membaca dengan huruf mim berbaris depan. Az-Zuhri dan al-Amasy membaca dengan huruf mim berbaris mati. Abdul Aliah dan an-NakhaI membaca dengan huruf mim berbaris atas. Jumhur qurra membaca kata ganti ditujukan kepada makna perniagaan. Ibnu Abi Ablah membaca kata ganti ditujukan kepada makna permainan.
3

KEPELBAGAIAN BACAAN

Ada pula yang membacanya dengan kata ganti ditujukan kepada kedua-dua perniagaan dan permainan. Jumhur membaca Diriwayatkan bahwa Ibnu Masud dan Umar ra. membaca tetapi seperti yang

dikatakan oleh al-Qurtubi bahwa qiraat ini bukan


qiraat qurani.
3

BEBERAPA RIWAYAT TENTANG KEBESARAN HARI JUMAT

BEBERAPA RIWAYAT TENTANG KEBESARAN HARI JUMAT Hari jumat merupakan hari yang mulia. Imam Muslim telah meriwayatkan dalam sahihnya dari Nabi saw, beliau bersabda: Sebaik-baik hari yang terbitnya matahari padanya ialah hari jumat. Pada hari itu diciptakan Adam as. lalu dia dimasukkan ke syurga dan pada hari jumat juga beliau dikeluarkan. Tidak akan terjadi Hari Kiamat kecuali pada hari jumat. (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah)
3

BEBERAPA RIWAYAT TENTANG KEBESARAN HARI JUMAT

Imam Malik dalam kitabnya Muwattha meriwayatkan dari Rasulullah saw bahwa beliau bersabda: Sebaik-baik hari yg terbit padanya matahari ialah hari Jumat. Pada hari itu diciptakan Adam as. dan diturunkan dari syurga ke bumi. Pada hari itu taubatnya diterima dan pada hari itu juga dia wafat. Pada hari Jumat juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada seekor binatang pun yg memasang telinganya kecuali jin dan manusia pada setiap hari Jumat sejak subuh hgga matahari terbit kerana takut sekiranya ditiup sangkakala pada masa itu. Pada hari Jumat ada masa yg tertentu semasa seorang muslim itu solat, dia memohon kpd Allah swt sesuatu dan Allah pasti memperkenankan permohonannya.
(diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, Abu Daud, at-Turmuzi yg mengatakan hadis ini sahih dan an-Nasaai)
3

HUKUM-HUKUM YANG TERKANDUNG DALAM AYAT

Hukum Pertama Apakah azan yang apabila dilaungkan wajib kita menyahutnya? Beberapa ulama berpendapat bahwa yang dimaksudkan ialah azan yang pertama Jumhur ulama berpendapat yang dimaksudkan ialah azan yang dilaungkan setelah khatib berada di atas mimbar

Hujjah golongan pertama Azan yang dimaksudkan ialah azan yang pertama yang diperintahkan oleh Khalifah Uthman pada zaman pemerintahannya kerana pada zaman itu beliau dapati jumlah orang-orang Islam bertambah ramai dan ada yang tinggal jauh dari masjid. Maka beliau memerintahkan azan pertama dilaungkan agar orang yang tinggal jauh sempat tiba di masjid sebelum azan yang kedua dan sempat mendengar khutbah.
3

Hujjah golongan pertama

Sekiranya yg dimaksudkan ialah azan yg kedua iaitu selepas khatib naik mimbar, maka orang yg tinggal jauh, malah ramai orang yg akan ketinggalan mendengar khutbah yg menjadi syiar hari jumat. Pada zaman Rasulullah tidak ada azan yg pertama. Yg ada hanya azan selepas khatib naik mimbar. Maka pd masa itu yg dimaksudkan dlm ayat ini ialah azan yg kedua, tetapi pd masa itu jumlah muslimim tidak ramai dan mereka tinggal berdekatan dgn masjid. Maka mereka sempat tiba di 3 masjid sebelum mula khutbah.

Hujjah golongan kedua

Azan yg dimaksudkan ialah azan yg kedua kerana itulah yg ada pada zaman Rasulullah dan pada zaman wahyu diturunkan kepada beliau. Rasulullah adalah orang yg paling mengambil berat ttg ummatnya. Sekiranya kaum muslimin tidak sempat ke masjid selepas azan kedua, maka Rasulullah lah orang yg pertama yg akan menyelesaikan masalah tersebut. Dlm ayat ini juga mengharamkan jual-beli dan ia rujuk kpd azan yg sama iaitu azan yg kedua.
Tarjih Pendapat golongan kedua iaitu pendapat jumhur.
3

Hukum Kedua Adakah jual beli menjadi batal apabila azan dilaungkan? Firman Allah swt: dan tinggalkanlah jual-beli. Ulama berbeza pendapat dalam hal ini adakah jual-beli menjadi batal atau sah? Sebahagian ulama berkata ianya menjadi batal kerana ayat itu menyuruh kita meninggalkan jual-beli. Jumhur ulama mengatakan hukum meneruskan jual-beli itu haram tetapi tidak membatalkan, qias kepada masalah solat di atas tanah rampasan yang hukum solatnya tetap sah tetapi makruh. Imam al-Qurtubi berkata: Waktu-waktu yang diharamkan jual-beli ialah, a. Sejak awal hingga akhir solat jumat b. Dari mula azan yang sebelum khutbah hingga waktu 3 solat

Hukum Kedua Menurut mazhab Malik, jual-beli mesti ditinggalkan dan ia menjadi batal sekiranya setelah dilaungkan azan yang kedua, tetapi perkara-perkara yang lain seperti sedekah, nikah dan talak, dan sebagainya tidak membatalkan kerana perkara tersebut bukan amal kebiasaan manusia seperti jualbeli. Az-Zamakhsyari pula berkata jual-beli pada waktu itu tidak batal dengan alasan ia sendiri tidak haram, namun jual-beli pada waktu itu membawa kepada kelalaian terhadap sesuatu ibadah yang wajib. Al-Qurtubi pula berkata jual-beli pada masa itu batal, berdasarkan sabda Rasulullah saw: Segala perbuatan yang tidak berdasarkan perintah kami, maka ia ditolak. 3

Hukum Ketiga Berapakah bilangan minima jemaah bagi solat jumat? Tidak ada khilaf (perbezaan) antara ulama bahwa jemaah merupakan salah satu syarat bagi sahnya solat jumat berdasarkan sabda Rasulullah saw:

- - :

Solat Jumat adalah kewajipan setiap muslim, dilakukan secara berjemaah kecuali empat orang yang tidak diwajibkan, iaitu hamba, kaum wanita, anak kecil dan orang yang sakit. (diriwayatkan oleh Abu Daud) Para ulama khilaf dlm masalah berapakah jumlah 23 minima bagi dapat melaksanakan solat Jumat.

( )

Al-Quran dan hadis tidak menetapkan jumlah yang tertentu. Oleh sebab itu para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Mazhab Hanafi mengatakan cukup empat orang seorang dari mereka menjadi imam. Bahkan ada yang berkata tiga orang sudah mencukupi. Mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan jumlah minimanya ialah empat puluh orang. Mazhab Maliki pula mengatakan tidak disyaratkan jumlah tertentu, tetapi disyaratkan solat itu dihadiri jemaah seperti satu perkampungan dan terjadi diantara mereka jual-beli. Tidak pula sah solat jumat dengan hanya tiga atau empat orang. Tarjih Menurut Ibnu Hajar, mazhab Maliki yg paling kuat 23 dengan hujjahnya.

Al-Quran dan hadis tidak menetapkan jumlah yang tertentu. Oleh sebab itu para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Mazhab Hanafi mengatakan cukup empat orang seorang dari mereka menjadi imam. Bahkan ada yang berkata tiga orang sudah mencukupi. Mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan jumlah minimanya ialah empat puluh orang. Mazhab Maliki pula mengatakan tidak disyaratkan jumlah tertentu, tetapi disyaratkan solat itu dihadiri jemaah seperti satu perkampungan dan terjadi diantara mereka jual-beli. Tidak pula sah solat jumat dengan hanya tiga atau empat orang. Tarjih Menurut Ibnu Hajar, mazhab Maliki yg paling kuat 23 dengan hujjahnya.

) (

32

Sholat Jumat itu dua rakaat, dilaksanakan dengan sempurna tanpa qoshor berdasarkan lisan Nabi SAW.
(Diriwayatkan oleh al-Nasai, Imam Ahmad, dan Ibnu Majah dengan sanad Hasan).

( )

Solat Jumat itu hukumnya fardhu ain bagi setiap mukallaf yg mampu dan memenuhi syarat2nya; dan ia bukan pengganti sholat Zohur. Bila ketinggalan maka wajib melaksanakan sholat Zohur empat rakaat.

23

Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Jika seorang pergi untuk solat jum'at maka hendaknya mandi. (Bukhari, Muslim).

: ( )

Abu Saied AIkhudri r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Mandi pada hari Jum'ah itu wajib atas tiap orang yang telah baligh. (Bukhari. Muslim)
23

: ( )

Abu Saied r.a. berkata: Saya bersaksi bahwa Rasulullah saw. bersabda: Mandi pada hariJum'at itu wajib atas tiap orang yang baligh juga bersiwak (menggosok gigi), dan berharum-harum jika ada padanya. (Bukhari, Muslim).

: : ( )

23

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Jika anda memperingatkan kawan anda walau hanya dengan kalimat: Anshit! (dengarkan, perhatikanlah) ketika imam sedang khutbah, maka sungguh anda telah berbuat laghu. (Bukhari, Muslim). Laghu berarti tidak mendapat pahala yang istimewa dalam shalat jum'at

: ()

23

Abu Hurairah r.a. berkata: Ketika Rasulullah saw. menceritakan hal hari J um'at bersabda: Pada hari Jum'at itu ada saat. tiada seorang muslim yang bertepatan pada saat itu sedang solat, minta sesuatu kepada Allah melainkan pasti diberinya. Nabi saw. menerangkan itu sambil nunjukkan, mengisyaratkan dengan jarinya menunjukkan sedikit singkatnya). (Bukhari. Muslim). 23

: ) (

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Kamilah ummat yang terakhir di dunia dan yang terdahulu masuk surga pada hari kiamat, hanya saja tiap ummat telah diberi kitab sebelum kami sedang anu diberi sesudah mereka, maka inilah hari yang mereka selisihkan, maka esok hari untuk Yahudi dan lusa untuk Nashara. (Bukhari, Muslim) Esok hari Sabtu, dan lusa hari Ahad. 31

: ( )

ADANYA DUA KHUTBAH SEBELUM SOLAT JUM'AT

32

ADANYA DUA KHUTBAH SEBELUM SOLAT JUM'AT

Ibn Umar r.a. berkata: Biasa Nabi saw berkhutbah sambil berdiri, kemudian duduk dan berdiri kembali sebagaimana yang kamu lakukan sekarang. (Bukhari, Muslim).

: ( )

33

SUNNAT MERINGANKAN SHALAT DAN KHUTBAH ATAU RINGAN KHUTBAH DAN LAMA SHALATNYA

Ya'la bin Umayyah r.a. berkata: Saya telah mendengar Nabi saw. membaca di atas mimbar ayat: Wa naa dau yaa maa liku (dan mereka berseru: Hai Malik). (Bukhari, Muslim).

: ( ( )

33

SOLAT TAHIYATUL MASJID KETIKA IMAM BERKHUTBAH

Jabir bin Abdullah r.a berkata: Rasulullah saw. bersabda: Jika datang salah satu kamu ke masjid sedang imam berkhutbah atau telah keluar menuju ke mimbar maka hendaknya solat dua raka'at. (Bukhari Muslim). 35

: : ()

Rasulullah bersabda:
: :
Abu Umamah r.a. berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan selawat kepadaku pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku.(HR al-Baihaqi )
32

SELAWAT KETIKA BERKHUTBAH

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah (s.w.t) DALAM Surah Al-Ahzab: 56 :

Maksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

Manakala di dalam hadis2 Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan 35 dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

) (
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. [Hadis riwayat an-Nasai]
35

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ass r.a] Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Masud r.a] Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

35

Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafie para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan khutbah , sesudah membaca tahmid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat yakni ada dua khutbah, di baca Hamdalah, selawat ke atas Nabi s.a.w. membaca ayat AlQuran, berwasiat agar bertaqwa kpd Allah SWT dan berdoa utk org2 mukminin dan mukminat.
35

Kata Imam Syafie: Aku suka membanyakkan selawat ke atas nabi Rasulullah s.a.w. pada setiap keadaan, dan pada siang dan malam Jumaat, aku lebih2 menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat 35
(al-Umm, Kitab as-Solat, Bab Menjawab Panggilan Jumaat)

37