Anda di halaman 1dari 4

www.zahrein.

com

Kuliah Maghrib
Tarikh: 16 Dec 2008
Tempat : Surau An-Nur

Apabila kita mengucapkan syahadah, hendaklah kita mencari keredaan Allah S.W.T.
Bukan setakat bershadah sahaja kita dapat memsuki syurga. Pintu taubat sentiasa
terbuka hingga is sampai di kerongkong kita.Apabila melakukan kesilapan
hendaklah kita terus bertaubat. Kita bekerja untuk mentaati Allah S.W.T.Syarat
taubat buat semata-mata mentaati Allah S.W.T.

1. Ikhlas dan Reda pada Allah


2. Jangan makan benda haram
3. apa yang kita lakukan hendaklah mengikut syariat.

Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan meminta ampun.Kita kena buktikan
ayang yang kita bershahadah itu. Bukan hanya dengan lidah semata-mata. Buktinya
hanya dengan amal Salleh. Percakapan kita hendaklah tidak bertentangan dengan
perbuatan kita. Kita kena sentisa berikrar.

Akidah bermaksud ikatan. Kita kena ikat hati kita kepada Allah dan Rasul. Kita kena
tahu sifat 20 Allah S.W.T. Kita dikehendaki beriktikad dan berkeyakinan bahawa
Allah adalah Maha Esa dan Allah adalah Maha Pencipta.

20 Sifat Allah S.W.T

Sifat 20 Bagi ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di
dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib
diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
www.zahrein.com

SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni
dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan
dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga
perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-
bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau
tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu
terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil
Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil
Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
www.zahrein.com

SIFAT WAJIB : SAMA


MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak
mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak
bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah
memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang
dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil
atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini.
Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala
tidak mendengar atau tuli.
www.zahrein.com

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi.
Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu
atau tidak boleh berkata-kata.

Kita hendaklah beriktikad dan berkeyakinan bahawa Allah S.W.T adalah Maha Esa dan
Allah S.W.T adalah Maha Pencipta. Ingatlah kita diberi akal dan Allah S.W.T hendak
menguji kita. Allah hendak uji kita sama ada kita yakin kepada Allah S.W.T atau tidak.
Yakinlah kita kepada Allah S.W.T. Janganlah kita dihasuti oleh was-was yang
diungkapkan oleh Syaitan.

Ingatlah manusia apabila sampai masanya akan mati. Janganlah kita merasa syak atau
ragu-ragu kepada Allah yang Maha Pencipta.

Surah Al-Araf (Ayat 54)


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang
mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan
bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada
Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.
Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Hendaklah kita patuh kepada Allah S.W.T. Undang-undang Allah S.W.T adalah amat
tepat dan dapat memberi perlindungan kepada Allah S.W.T. Jangan sekali kita beriktikad
kepada benda selain daripada Allah S.W.T. Hendaklah kita berdoa kepada Allah S.W.T
sentiasa.

Allah S.W.T telah menerangkan bentuk pengabdian yang harus kita lakukan. Hendaklah
kita dengar dan taat. Allah memiliki segala sifat kesempurnaan. Kezaliman hanya
berlaku atas diri kita. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai