Anda di halaman 1dari 7

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Berikan DUA tanggungjawab seorang pentadbir mengikut definisi Everard (1986). (2)

2.

Huraikan DUA daripada sifat kerja seorang pentadbir. (2)

3.

Seorang pentadbir harus bersedia, menerima, dan sanggup berhadapan dengan tekanan dan kekangan, khususnya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Bagaimanakah seorang pentadbir itu menghadapi masalah tekanan dan kekangan ini dengan bijak? Nyatakan DUA daripada pendekatannya. (2)

4.

Bandingkan teori kepimpinan sekolah iaitu teori karismatik dengan teori perhubungan manusia. (2)

5.

Rumuskan DUA daripada unsur-unsur penting dalam menentukan kejayaan mengikut Philip Van Hooser (1998). (2)

6.

Terdapat empat jenis Program Pendidikan Khas yang wujud dalam sistem Pendidikan Malaysia. Dua daripadanya ialah Sekolah Pendidikan Khas dan Program Integrasi (Percantuman). Nyatakan DUA lagi daripada program Pendidikan Khas ini. (2)

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

7.

Beberapa kementerian telah memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas. Terangkan perkhidmatanperkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kumpulan murid-murid berkeperluan khas ini. (2)

8.

Pengurusan rekod juga amat penting dalam menjamin keberkesanan sesuatu program pendidikan khas. Jelaskan jenis-jenis rekod yang perlu diuruskan demi mencapai keberkesanan yang ditetapkan itu. (2)

9.

Kaunseling amat perlu untuk para ibu bapa, ahli keluarga, dan murid-murid pendidikan khas. Jelaskan bagaimana kaunseling boleh memainkan peranan membantu golongan yang terlibat secara langsung dengan kumpulan murid-murid pendidikan khas ini. (2)

10.

Bezakan di antara program Pemulihan Dalam Komuniti di Pusat (Centre Based) dengan program Pemulihan Dalam Komuniti di rumah (Home-based). (2)

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA sahaja.

SOALAN

Markah

1. Seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran dan pengurusan seharian tidak dapat lari daripada beberapa proses pentadbiran dan pengurusan. Di antaranya ialah perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan kawalan.

(a)

Jelaskan pengertian kepimpinan dalam pentadbiran dan pengurusan. (4)

(b)

Huraikan proses pentadbiran dan aktiviti-aktivitinya. (4)

(c)

Pengawalan dalam sesebuah organisasi adalah penting untuk hala tujunya. Huraikan tentang kawalan dalam proses pentadbiran dan pengurusan ini. (4)

(d)

Frederick Taylor (1856-1915) mengasaskan pendekatan Pengurusan Saintifik yang juga dikenali sebagai Prinsip Taylor atau pendekatan analisis tugas. Nyatakan prinsip-prinsip tersebut. (4) (Jumlah: 20)

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

2. Dalam pentadbiran pendidikan, komunikasi memainkan peranan yang penting. Kegagalan dalam komunikasi menyebabkan berlakunya salah faham dan kekeliruan dalam organisasi. Komunikasi boleh dikaitkan dengan pelbagai aspek seperti penyebaran maklumat, perkongsian makna, pembujukan dan juga tingkah laku.

(a)

Terdapat beberapa teknik komunikasi yang biasa digunakan dalam sistem sekolah Malaysia. Ulaskan keberkesanan setiap jenis komunikasi yang terdapat di sekolah. (10)

(b)

Huraikan faktor-faktor penyebab yang boleh mewujudkan konflik di sekolah. (10) (Jumlah: 20)

3. Program Pendidikan Khas disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran, dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/ vokasional yang menggunakan program khas itu.

(a)

Terangkan objektif-objektif pendidikan inklusif. (10)

(b)

Seorang guru kelas Khas mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam usaha mendidik para murid berkeperluan khasnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah susun atur bilik darjah Pendidikan Khas yang paling sesuai. (10) (Jumlah: 20)

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

4. Seorang guru Pendidikan Khas harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang khas untuk memikul tanggungjawab memberikan pelajaran dan latihan kepada golongan murid berkeperluan khas.

(a)

Nyatakan sebab-sebab yang mendorong seseorang itu untuk menjadi guru pendidikan khas. (10)

(b)

Huraikan ciri-ciri Guru Pendidikan Khas. (10) (Jumlah: 20)

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU sahaja.

SOALAN

Markah

1. Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(a)

Huraikan matlamat Pendidikan Khas menurut matlamat pendidikan negara. (10)

(b)

Terangkan tentang teras TIGA aksiom utama Falsafah Pendidikan Khas. (10) (Jumlah: 20)

2. Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis Pendidikan yang sesuai bagi anak mereka (Jabatan Pendidikan Khas, 1988).

(a)

Tidak dapat dinafikan bahawa cabaran memang wujud dalam semua bidang pendidikan, lebih-lebih lagi dalam Pendidikan khas. Huraikan cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti wujud dalam program Pendidikan Khas. (10)

HBSE2103_SEM SEPT08/F_NE

(b)

Beberapa isu telah timbul dalam perlaksanaan program Pendidikan Khas di negara ini. Semuanya perlu ditangani dengan teliti, cermat dan pada kadar segera dalam usaha memantapkan lagi program pendidikan khas. Bincangkan isu-isu ini. (10) (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai