Anda di halaman 1dari 9

WAHAI MUSLIMAH!

wahai MUSLIMAH kesayanganku.. sekiranya dirimu TIDAK dihadiri lelaki, itu tidak bermakna dirimu TIDAK DIINGINI.... jangan khuatir kerana CINTA ALLAH itu SUATU yang SANGAT PASTI.. sesungguhya ALLAH sedang memelihara HATI dan JIWAMU daripada DIKECEWAKAN dan didatangi perasaan RIAK. DEKATKANLAH dirimu kepada ILAHI, berilah cintamu pada yang memiliki CINTA, PASTI CINTA SEJATIMU akan KAU TEMUI jua.. TAK USAH BERHARAP CINTA pada insan yang kau sendiri TIDAK PASTI.. jadilah seperti FATIMAH R.A, MENDIAMKAN DIRI kepada lelaki yang kau SUKAI.. BERDOALAH kepada ALLAH..berdoa..... dan terus berdoa..... InsyaALLAH, dirimu pasti DICARI.. berpeganglah dengan kata-kata ini : JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGAMU.. muslimah seperjuanganku.. Tak usah dirimu khuatir, berbuatlah sesuatu kerana ALLAH, dan bukannya kerana kritikan manusia, kerana mereka juga hamba ALLAH.. walau dirimu TIDAK CANTIK di dunia, walau dirimu TIDAK MENJADI SIULAN di dunia, semoga dirimu MENJADI BUALAN DI SYURGA kelak, semoga dirimu DIPANDANG DI SYURGA kelak.."

"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benarbenar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"

ETIKA PEMAKAIAN WANITA MUSLIMAH

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aisyah .a Sesungguhnya, Asma binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda Wahai Asma , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya. 2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar. Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh. (Riwayat Muslim). 3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagianbahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu! Lalu seseorang berkata Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya . selanjutnya Umar berkata, Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak. 4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam). 5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina. Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur. (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi) 6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru niru atau menyerupai pakaian lelaki.

Telah berkata Ibnu Abbas : Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupa lelaki (Riwayat Bukhari) 7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik. 8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

..

Masukkan Email Anda Di Sini Untuk Mendapatkan Artikel Akan Datang Dari Blog ini Terus ke Email Anda:

About Wan Muhd Ali: Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Wan Muhd Ali & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan). Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari apa yang telah dikongsikan di atas. InsyaAllah... View author profile.

Comments (1)
Trackback URL | Comments RSS Feed

1.

nuru hidayatul says: 04/03/2012 at 3:53 pm subhanallah bek untk ingatan brsama. mnta share ek Reply

Tinggalkan Komen Anda

Name ( required )

Email ( required; will not be published )

Website

Komen yang menggunakan bahasa yang kesat akan di'delete'..

Notify me of follow-up comments by email. Notify me of new posts by email.

Jumlah Pelanggan Artikel Terkini:

Rangkaian Facebook Kami


. ..

Most Shared Posts

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda 10 187 22133

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu 10 71 8408

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh 11 76 7325

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita. 1 8 4773

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa? 2 18 3293

Komen Pembaca

Wan Muhd Ali on Perjalanan Saya Mengenali Islam naktahu on Perjalanan Saya Mengenali Islam Wan Muhd Ali on Jangan Menggunakan Akal Memahami Hukum Tutup Aurat Azif on Peringkat Dosa Dalam Hati laila on Jangan Menggunakan Akal Memahami Hukum Tutup Aurat

Pen Al-Quran Digital

Panduan Merancang Perkahwinan


Sebuah panduan lengkap untuk merancang perkahwinan anda dengan sempurna. Terdapat 3 Modul utama iaitu: Modul 1: Belanjawan. Modul 2: Persediaan Modul 3: Perancangan

Panduan Kurus Berkesan

Anda mungkin juga menyukai