Anda di halaman 1dari 21

ARTIKEL : Anak Yatim Perlukan Pendekatan Fizikal

Penulis : Azni Husairi Majalah : Keluarga Sumber : Karangkraf

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
Mengikut Hazlina dan Joy, emosi didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
Mengikut Daniel Goleman (1997), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri.

Mengikut Advanced Learner`s EnglishMalay Dictionary (2001), emosi dihuraikan sebagai perasaan apa sahaja yang membuak-buak seperti kasih, gembira, benci, takut dan sebagainya.

JENIS-JENIS EMOSI
Menurut Daniel Goleman (1997), terdapat 8 jenis emosi yang utama.
Marah Sedih Takut Gembira Sayang Hairan Benci Malu

SINOPSIS ARTIKEL
Artikel ini mengisahkan masalah emosi yang sering dihadapi oleh anak yatim. Dalam pada itu, artikel ini merangkumi dua jenis masalah yang dihadapi seorang anak yatim.

MASALAH PERTAMA
Kanak-kanak ini berhadapan dengan masalah dalaman. Kanak-kanak tersebut mula rasa rendah diri, kurang disayangi, dan tidak dipedulikan.
Selain itu, budak tersebut juga mengasingkan dirinya dan bertukar menjadi pasif.

MASALAH KEDUA
Kanak-kanak ini menyatakan perasaan marah, benci dan rasa tidak puas hati melalui pelakuan (memberontak). Dia juga akan menjadi individu yang suka merosakkan, suka mengganggu, dan suka menyebabkan kesukaran kepada individu yang lain.

Bagaimanakah masalah sosio-emosi bermula?


Satu pengalaman yang cukup tragis bagi seorang anak kecil ini ialah dia kehilangan ibu bapanya. Rentetan daripada ini, anak yatim tersebut mula berhadapan dengan masalah apabila penjaga barunya gagal memberi kasih sayang sebagaimana yang dia perlu dan harapkan.

Faktor Pendorong Masalah Sosio-Emosi


Berdasarkan artikel, mengikut Profesor Suradi Salim, iaitu pensyarah di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaya, menyatakan bahawa emosi kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa berbeza-beza.

Mengikut firasatnya, risiko untuk anak yatim berhadapan masalah tersebut mula timbul apabila penjaga baru gagal memberikan kasih sebagaimana yang dia perlu dan harapkan. Oleh itu, Profesor Suradi menegaskan bahawa kanak-kanak memerlukan jagaan pada peringkat awal.

Faktor Pendorong Masalah Sosio-Emosi


Mengikut teori Erikson yang berdasarkan pada lima prinsip utama iaitu: 1. Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. 2. Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluankeperluan asasnya.

3. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. 4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

5. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Berdasarkan lima prinsip tersebut :


a) Keperluan asas bagi kanak-kanak ini ialah kasih sayang. b) Kebiasaanya, perkembangan kanakkanak akan bergantung pada tindak balas kasih sayang daripada seseorang individu.

c) Selaras dengan prinsip ke-4, setiap tahap mempunyai konflik sepertimana kanak-kanak ini hadapi konflik dalam kehidupannya sewaktu kecil. d) Tetapi malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat mengatasi konfliknya lalu ia menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. e) Sebagainya implikasinya, kanak-kanak menghadapi dua masalah tadi.

Faktor Pendorong Masalah SosioEmosi:


Mengikut teori Erik Erikson, pada peringkat ke-2 konflik emosi (autonomi vs keraguan ), sekiranya berjaya dan menerima sokongan, ia akan menimbulkan rasa percaya kepada kepercayaan diri.
Sekiranya gagal, mereka mula ragu-ragu dengan keupayaan diri.

Berdasarkan artikel ini, kanak-kanak tersebut gagal menyesuaikan dirinya dengan penjaga baru setelah kehilangan ibu bapanya. Oleh itu, selaras dengan peringkat kedua, kanakkanak tersebut menghadapi masalah iaitu dia tidak yakin dan mengasingkan dirinya serta berkelakuan pasif.

CARA MENGATASI MASALAH SOSIOEMOSI ANAK YATIM


Perbincangan antara pasangan suami
isteri
Menyediakan keperluan yang kondusif
Meluangkan masa bersama anak tersebut

Perbincangan antara pasangan suami isteri dan anak kandung


Supaya anak kandung dapat menerima kehadiran anak angkat yang akan tinggal satu bumbung. Persetujuan anak sangat penting Ibu bapa perlu meyakinkan anak sekiranya terdapat bantahan.

Peranan ibu bapa Bersabar dan bertoleransi dengan kerenah yang dipamerkan (anak kandung dan anak angkat) Ini kerana kasih sayang dan perasaan diterima tidak lahir secara tiba-tiba.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai