Syukran Jazilan ya Pengerusi acara Hakim yang bijaksana, hadirin hadirat semua Kisah Nabi Adam di syurga tajuk bicara Haraplah mendengar isi ceritanya.
Kawan-kawan,Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT dari tanah. Malah, ia juga adalah Nabi pertama yang diutuskanNya.
Allah SWT telah memerintahkan Adam tinggal di syurga..
Indahnya syurga bukan kepalang, Sungai mengalir sejuk dan tenang Makanan terbayang terus terhidang Nikmatnya Allah tiada terbilang
Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4:
) 9 $)={ }# m& 5)?
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
Namun dunia hari ini memperlihatkan kejadian pembuangan bayi dan pemerdagangan bayi semakin menjadi-jadi dikalangan manusia sendiri.
Sahabat sekalian,
Perkhabaran Allah untuk mencipta khalifah di muka bumi menimbulkan kebimbangan para malaikat. Lalu mereka bertanya:
Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dibumi,orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau.
Lalu Allah berfirman,
$% o) = & $ =?
Maksudnya: Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Al-Baqarah: ayat 30
Adam dicipta ditiup rohnya Perintah Allah sujud padanya Malaikat mengikut membantah tiada Iblis membangkang membangga dirinya Lalu ia diusir dari syurga Berjanji akan sesatkan manusia sepohon kayu
Begitulah kawan-kawan, janganlah kita bersikap takabbur dengan kelebihan yang kita ada.
Dunia hari ini, memperlihatkan banyak pemimpin dunia yang mengalami kejatuhan dalam hidup mereka kerana sikap takabbur mereka sendiri. Misalnya, apa yang berlaku di Palestin dan beberapa negara lagi.
Sahabat semua,
Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah nama-nama benda yang ada dimuka bumi. Kemudian, Allah menguji pengetahuan yang ada pada Adam. Kebijaksanaan Adam dikagumi oleh para Malaikat.
Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Firman Allah :
$% 9& %& 39 o) =& = N 9# {# =& $ 7? $ F. F3?
Maksudnya: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
Al-Baqarah: ayat 33
Dalam hidup ini, kita patut bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dapat bernaung di bawah pemerintahan 1 Malaysia yang aman dan damai.
Wahai sahabat,
Di dalam syurga Adam sebatang kara Sepi di jiwa tiada teman bicara Nikmat di syurga memang tiada taranya Namun Allah tahu segalanya - lagu Hanya Tuhan yang tahu
Ketika sedang melayan jiwa yang lara, Adam tertidur. Lalu Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri. Ketika terjaga dilihat ada seseorang berada disisinya. Lalu Malaikat bertanya;
Wahai Adam, apa dan siapakah makhluk di sisimu?
Sesuai dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah pada Adam, ia menjawab;
Seorang perempuan.
Tanya Malaikat lagi, Siapa namanya?
Jawab Adam, Hawa.
Untuk apa Allah ciptakan makhluk ini? Tanya Malaikat lagi.
Untuk mendampingiku, membahagiakanku dan memenuhi keperluan hidupku sesuai kehendak Allah swt, Jawab Adam.
Maka, tinggallah Adam dan Hawa di dalam syurga, menikmati segala keindahan dan kemewahan di syurga dengan hati yang gembira. Firman Allah dalam surah al-Araf: ayat 19 :
$ 3# M& 7_ f9# 3 ]m $F $ /)? f9# $3F >9#
Maksudnya: "Dan Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
Allah juga berpesan yang iblis akan sentiasa menyesatkan mereka dan mengheret mereka keluar dari syurga.
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan. Tujuannya, untuk saling bantu membantu dan berkasih sayang.
Namun, pada masa kini kes perceraian mencatatkan peningkatan yang semakin membimbangkan. Sedangkan Allah amat membenci kepada perceraian.
Kawan-kawan semua,
Tipu daya iblis berjaya memesongkan iman Adam dan Hawa.
Buahlah khuldi buah larangan Perintah Allah jangan dimakan Iblis memujuk cuba rasakan Kesedapnnya tiada tandingan syair
Mereka akhirnya diperintahkan untuk keluar dari syurga sebagai hukuman dari Allah.
Firman Allah Taala ; 9& $3& $3=? f9# %& $39 ) 9# $39 7 Maksudnya: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" Al-Araf: ayat 23
Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan godaan dan hasutannya.
Pada masa kini, masalah sosial yang melibatkan gejala syirik dan murtad semakin berleluasa di kalangan masyarakat Islam. Berhati-hatilah kita agar tidak terjebak dengannya.
Kisah Adam di syurga tamatlah sudah Jadikan teladan iktibar semua Hukuman Allah itulah padah Menyesal kemudian tiada gunanya
Terima kasih untuk semua Mendengar cerita jemunya tiada Mana yang baik ambil iktibarnya Apa yang buruk elakkanlah ya.