Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan Masa Kaunselor

Seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu diberi peruntukan waktu mengajar Modul B&K tidak lebih daripada 10 waktu seminggu untuk membolehkannya menjalankan kegiatan bimbingan dan kaunseling. Walau bagaimanapun ini bukanlah situasi yang ideal. Sebaik-baiknya setiap sekolah mempunyai kaunselor sekolah supaya kaunselor dapat menumpukan sepenuh masa untuk membantu pelajar. I. Masa maksimum untuk seorang guru bimbingan dan kaunseling dalam seminggu: a) Mengajar Modul B&K= 400 minit b) Bimbingan dan kaunseling = 900 minit JUMLAH = 1300 minit Ini adalah berdasarkan 40 minit bagi setiap waktu mata pelajaran. Tugas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah dijadual dan dicatatkan di dalam buku rekod mengajar. II. Penggunaan waktu bimbingan dan kaunseling yang minimum untuk aktiviti-aktiviti spesifik dalam seminggu: a) Kaunseling Individu dan kaunseling kelompok = 640 minit b) Bimbingan Individu & Kelompok, Konsultasi, Kaunseling keluarga = 200 minit c) Pengurusan & pentadbiran bimbingan dan kaunseling = 60 minit JUMLAH = 900 minit Agihan masa yang lebih untuk kaunseling tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling kelompok adalah untuk membolehkan pelajar ditemui oleh guru bimbingan dengan lebih kerap dalam masa yang singkat. Dengan itu, usaha untuk menyampaikan maklumat dan interasi yang tidak formal adalah digalakkan. * Waktu bertugas kaunselor adalah sama dengan waktu bertugas guru akademik.