Anda di halaman 1dari 2

IBU BAPA

Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Perhatikan tingkah laku serta perubahan sikap anak. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anakanak. Dorong Anak Secara Positif Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Kerjasama Sepenuhnya Keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya. Kurangkan Aktiviti Luar Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan. Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Berikan Ganjaran (jika berkemampuan) Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya.

PERSIAPAN MENJELANG PEPERIKSAAN

Berilah dorongan secara positif: Bukannya "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa", Bukannya "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi" atau "Ibu percaya adik pasti BOLEH!", Bukannya "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang", Bukannya "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati", Semoga bermanfaat.

Oleh: JAWATANKUASA UPSR 2012

Sekacip pinang...
Musim peperiksaan menjelang lagi. Calon-calon UPSR akan menghadapi peperiksaan UPSR selama tiga hari berturut-turut yang bakal menjelang tidak lama lagi. Justeru itu, marilah kita, seluruh warga SKBP serta ibubapa memanjat doa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala semoga diterangkan hati dan minda anakanak kita agar dapat menjawab soalan dengan baik InsyaAllah. Peperiksaan UPSR sesungguhnya, walaupun ianya merupakan peperiksaan paling rendah secara formal, tetapi peperiksaan ini penting, sebagai pengakhiran kelulusan pada peringkat rendah. Sijil UPSR menjadi bukti penting yang menjadi puncak menghimpunkan pengajian peringkat rendah yang kelak menjadi ingatan mesra dan nostalgia setiap murid, bahawa mereka melalui dan melakar sejarah pada peringkat rendah bersama kawan-kawan dan seluruh warga Sekolah. Selain daripada itu keputusan peperiksaan UPSR ini juga menjadi penilaian kemampuan anak-anak dalam pelajaran peringkat rendah. Sekiranya keputusan baik dan berkelayakan, mereka akan ditawarkan belajar ke sekolah-sekolah pilihan yang membuka ruang belajar secara lebih baik dan peluang masa depan lebih cerah. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah satu isyarat berakhirnya sebuah kejayaan sekiranya calon gagal mencapai keyayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Lantaran itu juga, ibu bapa berdoalah serta bersolat hajatlah untuk kejayaan anakanak. Pada hari-hari anak-anak menghadapi peperiksaan, iringilah dengan bacaan surah Yasin dan doa kepada Allah semoga anak-anak diberi kelawasan, hidayah, terang hati dan minda bagi menjawab peperiksaan dengan baik. Insya Allah.

PELAJAR BEBERAPA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN 40 hari Solat Hajat setiap malam Jauhkan daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah Memperbanyakkan membaca Al-Quran Mengamalkan pemakanan berkhasiat dan halal contoh: kismis Mengulangkaji semua mata pelajaran MINGGU TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN Jumpa guru : minta maaf dan minta dihalalkan ilmu Kuatkan amal ibadat : solat hajat, baca al-Quran Minta ibu bapa berdoa dan solat hajat lebih kerap MALAM PEPERIKSAAN Mendirikan solat hajat Membaca Al-Quran Mengulangkaji - tengok skema, peta minda dan nota ringkas Jangan belajar benda baru Kunci jam dan tidur awal Semak jadual Sediakan peralatan alat tulis secukupnya Minum air suam dengan disertai selawat Tidur berwudu Berdoa dan membaca 4 Qul PAGI PEPERIKSAAN Subuh Minum madu / air suam / susu Bersarapan Memohon restu dan izin ibu bapa Rancang perjalanan Tiba awal di dewan peperiksaan Bertawakal

SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN Menunaikan hajat (jika perlu - buang air kecil) Membaca doa penerang hati / ayat Quran Stress! Buat regangan otot dan tarik nafas Melangkah masuk kaki kanan dan selawat Jangan berbual kosong / ketawa SEMASA DALAM DEWAN PEPERIKSAAN Baca arahan dan semua soalan dengan teliti Merancang masa dengan baik Membahagi masa dengan bijak Jawab soalan mudah dahulu Semak jawapan secara umum Panik! Tarik nafas; Membaca ayat 1000 dinar; Membaca selawat; Membaca Surah Alam Nasyrah; Membaca Doa Nabi Yunus

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang aniaya. ( al-Anbiyaa 87 )

SELEPAS PEPERIKSAAN Jangan bincang perkara yang sudah setiap kali selepas peperiksaan Solat hajat secara berterusan

OSMAN AFFAN

Seorang juara tidak pernah mengalah Seorang yang mengalah tidak akan menjadi juara ______ Winners never quit Quitters never win...

Anda mungkin juga menyukai