Anda di halaman 1dari 12

2.

0 PENGENALAN KONSEP PERGERAKAN ASAS Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanakkanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai dengan :1)Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ) 2) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul. 3) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran pergerakan asas Kemahiran ini dibahagi kepada dua iaitu : Kemahiran Lokomotor dan Kemahiran Bukan Lokomotor. 2.1 Lokomotor Kemahiran lokomotor

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. Lokomotor beritma sekata 1. Berjalan- pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain 2. Berlari- kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)- pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. 4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 6. Meloncat- ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 7. Melompat Ketingting- Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Lokomotor Beritma Tidak Sekata. 1. Skip 2. Melongsor 3. Galop 2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang. Membongkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'. Aktiviti- aktiviti untuk membongkok dan meregang 1.Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jarijari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. 2.Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong. Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Aktiviti- aktiviti untuk mengilas dan memusing.

1.Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher. 2.Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong. Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik 1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan 2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi . 3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai

1. 2.

Hayun Hayun

tangan kaki

ke ke

hadapan hadapan

, ,

ke

belakang

atau ke

menyilang sisi

badan

di kaki

dada lain

belakang

atau

menyilang

3. Hayun dengan bergayut pada palang 4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan 5. Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. Aktiviti- aktiviti untuk rebah dan bangkit 1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu 2. 3. Berdiri Rebah dan ke dengan perlahan hadapan merebahkan di atas badan tilam di atas dan tilam jatuh. . berguling.

4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas: 1) Merangkak-membongkok + berjalan.

2) Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. 3)Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong. 4) Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan. 2.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :1. Memberi tenaga kepada objek. ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul ) 2. Menguasai objek. ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek. ( menggelecek dan memantul bola ) CADANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN MANIPULATIF. Aktiviti bagi kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan motor halus dan kasar. Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu, anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat di lihat misalnya dalm aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengengam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegam objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dengan mengendalikan objek di dalam kelas.

Penggunaan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, menggolekan, melantunkan atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiaran manipulatif juga buleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanakkanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil melantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skiping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka. Skipping Skipping merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis skipping yang boleh digunakan oleh kanak-kanak seperti skipping yang diperbuat daripada tali biasa atau dari getah. Selain itu, medium yang diambil kira adalah dari aspek keselamatan kanak-kanak tersebut iaitu memakai kasut ketika hendak melakukan aktiviti skipping ini. Guru atau ibu bapa hendaklah melatih kanak-kanak melakukan aktiviti skipping ini. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah untuk melakukan aktiviti ini, iaitu pertamanya badan hendaklah berdiri tegak. Setelah itu, kedua-dua tangan mereka hendaklah memegang hujung tali skipping, kemudian lari beberapa langkah ke hadapan kemudian lompat tali skipping tersebut. Semasa berlari, tali skipping tersebut hendaklah dihayun kehadapan. Kaki hendaklah melompat apabila tali skipping mencecah kaki, dan terakhir adalah lutut di angkat tinggi semasa melompat skipping itu. Koordinasi tangan, badan, jari, lutut , kaki dan lain-lain lagi amat penting dalam perkembangan motor. Oleh itu, apabila melakukan aktiviti skipping ini, semasa tangan kanak-kanak tersebut sedang memegang tali skipping itu, kemahiran motor kasar kanak-kanak sedang berlaku. Manakala, kaki yang mereka gunakan untuk melompat tali skipping tersebut juga merupakan salah satu perkembangan motor kasar. Lutut juga meningkatkan kemahiran motor kasar iaitu ketika kanak-kanak tersebut membengkokkan kaki untuk melompat. Menggolek Menggolek merupakan salah satu aktiviti pergerakan manipulatif. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pergerakan menggolek diantaranya bermain bola, bermain gelung dan sebagainya. Menurut Berk, 2005 mengatakan bermain bola melibatkan aktiviti menendang, menggolekkan, membaling dan menangkap

bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini. Contohnya kanak-kanak boleh menggolekkan bola yang kecil dari jarak yang lebih jauh. Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan seperti menggolekkan gelung rotan. Bahn-bahan yang diperlukan adalah gelung dan kon. Sebelum guru memulakan aktiviti, guru menerangkan cara-cara permainan dilakukan sebelum kanak-kanak melakukannya. Seterusnya guru membuat satu garisan permulaan dan garisan penamat. Setelah kon disusun supaya membentuk satu lorong, kanak-kanak diminta bersedia di garisan permulaan. Kanak-kanak perlu berdiri dalam keadaan tegak dan badan dicondongkan sedikit dan tangan memegang gelung di garisan permulaan. Gelung perlu digolek sambil berjalan mengikut lorong yang telah disediakan sehingga ke garisan penamat. Penguasaan mata, tangan dan kaki amat penting bagi aktiviti ini. Ia penting kerana kanak-kanak memperkembangkan motor kasar dan motor halus mereka. Mereka menggunakan mata untuk menggolekkan gelung mengikut lorong dan tangan pulan untuk memegang gelung tersebut. Manakala kaki pula adalah untuk berjalan ke garisan penamat. Melambung Aktiviti melambung bola atau melambung objek-objek lain merupakan salah satu kemahiran dalam pergerakan manipulatif alatan ini. Aktiviti ini amat penting untuk perkembangan motor kanak-kanak sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Bagi mengembangkan lagi bakat atau kemahiran yang terdapat pada kanak-kanak ini, guru atau ibu bapa seharusnya memberikan permainan yang sesuai untuk mereka seperti bermain bola, bermain di taman permainan, melambung bola dan sebagainya. Pada usia empat atau lima tahun ke atas, aktiviti melambung ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ketika ini kemahiran motor mereka sedang berkembang. Pada peringkat awal, guru atau ibu bapa bolehlah menyediakan objek-objek yang mudah bagi kanak-kanak untuk membuet aktiviti melambung ini. Sehubungan itu, ibu bapa atau guru hendaklah menunjukkan cara-cara melaksanakan aktiviti tersebut iaitu guru atau ibu bapa menunjukkan cara untuk melambung bola. Pertamanya, kanak-kanak hendaklah berdiri tegak, kemudian tangan mereka memegang bola dan seterusnya bola dilambung ke udara dari paras pinggang dan ke atas. Akhirnya, kanak-kanak hendaklah menyambut bola tersebut apabila bola hendak jatuh ke bawah. Bagi aktiviti melambung bola ini, anggota badan atau perkembangan yang terlibat adalah tangan iaitu ketika kanak-kanak hendak melambung bola tersebut keatas. Kemudian, ketika hendak melambung bola tersebut, motor halus iaitu jari memainkan peranannya secara tidak langsung. Badan pula

membongkok ketika hendak melambung bola dan kaki bergerak ketika hendak menangkap bola yang jatuh setelah melambung. Selain itu, koordinasi mata juga terlibat semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti melambung ini.Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelanggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakan kemahiran manipulatif. Contohnya raket tenis, kayu hoki dan pemukul softball dalam merancang aktiviti bagi meningkatkan kemahiran manipulatif mereka.

KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR KASAR. kandungan


Hasil pembelajaran

Menguasai kemahiran manipulatif. Kemahiran motot kasar-

Mengerakan kepala ke pelbagai arah. Menanduk objek

koordinat otot leher-kepala

Menguasai kemahiran manipulatif. Menguasai koordinasi mata-tangan

Membaling objek ke sasaran. Menyambut Membaling, objek menggunakan dan kedua-dua belah tangan.

melambung

menangkap objek besar dan kecil.


Melantun dan menangkap. Melompat menggunakan tali skipping. Memanjat. Bergayut. Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan. Membuat pergerakan berguling. Membuat seperti pergerakan haiwan, semulajadi tumbuh-tumbuhan,

Menguasai kemahiran manipulatif. Menguasai koordinasi anggota badan.

angin dan air.

Contoh Pergerakan Lokomotor

Berjalan Contoh Pergerakan Bukan Lokomotor

Melompat

Meregang Contoh Kemahiran Manipulatif Alatan

Mengilas

Menggunakan tali skipping

Menanduk Bola

Bibliografi

(Tiada nama pengarang). (2011). Pergerakan Asas dan Manipulatif. Diakses pada Jun 21, 2011 dari http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/pergerakan-asas-merupakan-proses-bagi.html (Tiada nama pengarang). (2011). Pergerakan Asas Penuh. Diakses pada Jun 21, 2011 dari http://www.scribd.com/doc/18418437/PERGERAKAN-ASAS-PENUH (Tiada nama pengarang). (2011). Pergerakan Manipulatif. Diakses pada Jun 21, 2011 dari http://manipulasialatan.blogspot.com/ Wee Eng Hoe. ( 2001 ). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.