Anda di halaman 1dari 28

KATA HATI

(Hashim Yaacob)
Oleh:
KHAIRUL FIRDAUS BIN MOHD TALIB

>Maruah dan jati diri yang bertunjang kepada kebijaksanaan kata-kata


*(rujuk bahagian pengenalan sajak, antologi Harga Sebuah Lukisan :muka surat 17).

Kalau kita dicerca dengan kata, jangan kita diam tak terkata, Pertahankanlah maruah kita, lawan kata dengan kata.
>Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara.

Kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata.
>Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara.

Ini martabat bangsa kita ini kedaulatan negara kita kita pelihara dengan kepantasan kata daripada kepala.
>Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat.

Kita merdeka bukan kerana senjata. Kita merdeka kerana bijak kata.
>Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta.

Aduhai anakanda Kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata.


>Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.

~PATRIOTIK

>Rima akhir setiap baris sajak sama, iaitu bunyi "a". Penggunaan kata-kata dalam sajak begitu jelas dan mudah. Walaupun demikian, mesej yang hendak disampaikan begitu dalam. Menerusi kata-kata yang bersahaja, penyajak mengajak pembaca berfikir tentang jati diri dan maruah yang tiada galang ganti.

a) Asonansi (pengulangan vokal A).

Contohnya:- lawan kata dengan kata

b) Aliterasi (pengulangan konsonan K)


Contohnya:- kita merdeka kerana bijak kata

a) Anafora
Contohnya:- kata ini pada rangkap ketiga baris 1 dan 2; rasa kita merdeka pada rangkap keempat pada baris1 dan 2.
Contohnya:-kata kata pada rangkap pertama baris 1,2 dan 4; kata kita pada rangkap ketiga baris 1 dan 2.

b) Epifora

c) Sinkope

Contohnya:- tak

a)Keberanian. Contohnya,berani dalam mempertahankan hujah. b) Kebijaksanaan. Contohnya,bijak berfikir dan berhujah

c) Kegigihan. Contohnya,tidak mudah berputus asa


d) Patriotisme. Contohnya,mempertahankan martabat dan kedaulatan bangsa

a) Kita hendaklah bijak berani mempertahankan hujah. b) Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri maruah diri dan maruah negara. c) Kita perlulah berhujah dengan cara bijaksana

SEKIAN,

Anda mungkin juga menyukai